Kalau cukup budget, kami akan naik ke Penanti dengan corum yang cukup macam di Perak. Kalau kata budget ciput, kami terpaksa buat pandai-pandai kami. Kalau ada yang nak tambah lagi sumbangan, tabung BloggersNetwork@Perak masih terbuka menanti sumbangan untuk Projek Penanti.
Tapi di Penanti kali ni rasanya jaringan kami akan bertambah besar. BloggersNetwork@Penang dah menunggu kami di Penanti untuk bergabung di Penanti.
Hari tu ada yang offer tempat tinggal sementara untuk kami di Penanti nanti. aku lupa dah sape-sape yang offer tu dan mintak korang-korang yang offer hari tu contact sape-sape geng BloggersNetwork@Perak untuk confirmkan tempat. asalkan dekat dengan Penanti, kalau dalam DUN Penanti lagi bagus. yang penting, coverage untuk Broadband mantap, serik dah dok layan Berukband.
Lepas PRK Bukit Gantang tamat, aku balik KL. banyak dapat info dari UMNO/BN.
Hal yang sebenarnya ialah memang UMNO/BN akan bertanding di Penanti, calonnya tak tau sape lagi, aku pun malas nak berspekulasi dalam hal ni.
Bila Najib umumkan BN "mungkin" tak bertanding di Penanti, semua orang ternganga, lebih-lebih lagi orang UMNO/BN. semua melatah. aku bantai gelak je... sebab aku tau...
Najib cuma buat gimik dan Madey pun buat gimik jugak. 2-2 buat gimik untuk padamkan imej Madey dalam pemerintahan Najib. padahal 2-2 dah kawtim... Najib umum "mungkin" tak tanding, Madey pulak umum "Bodo" kalau tak tanding. agendanya supaya nampak bercanggah pendirian dengan harapan orang tak kata Najib boneka Madey.
Ini orang UMNO/BN yang bagitau aku... team Brahim Ali... hehehe... team Brahim Ali? Brahim Ali bukan UMNO woi..! hahaha... memang dia bukan ahli UMNO tapi dia tu macam Madey... nyuruk belakang logo Bebas dengan agenda UMNO. team Brahim Ali ada connection dengan team "lagi satu" dalam UMNO. UMNO sekarang ada 3 team. aku malas nak cerita lagi dekat sini.
Untuk Projek Penanti (UMNO/BN), kali ni KJ, dengan Ezam diharamkan dari berkempen untuk UMNO/BN. Najib pun dengar katanya tak turun kempen di Penanti. ada sorang "orang kuat PKR" "mungkin" akan berkempen atas tiket bebas atas platform UMNO/BN. jangan lupa 2 ekor katak, mungkin akan diturunkan jugak. risiko agak besar tapi depa ada plan depa sendiri. jadi Pakatan Rakyat jangan dok loqlaq sangat. jangan ingat "ala... tu kubu kuat DSAI tu... turun temurun dah... letak mangkuk jadi calon pun boleh menang...".
*kalau mat UMNO tu kelentong aku, kira aku pun kelentong korang... hahaha... tunggu...
Jangan pikir semudah tu.
Setakat ni Najib pegang title Bapa KeKalahan, tapi kalau kalah 4 tempat tapi menang di "Kubu Terkuat" Pakatan Rakyat, orang UMNO akan sembah Najib.
Jadi kita kena beringat... jangan ingat PRK DUN Penanti tu kacang goreng...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, April 27, 2009
31 Mei Mengundi Di Penanti - malaysiakini
Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Ni Binatang Apa Pulak Ni..? - malaysiakini
Tengok iklan gila dekat bawah ni... dunia makin maju, kepala otak manusia makin mundur. yang pakai tudung dok promosi bomoh nombor ekor. bangang tak abis-abis... nak marah pun tak boleh sebab ada mufti pun, dok sibok berpolitik.
Fatwa ke apa ke cuma keluar untuk back-up parti pemerintah, untuk kembangkan lagi pemahaman orang ramai terhadap Islam letak belakang. yang penting "Selamatkan Melayu"... Islam dok dalam tong sampah tak kisah.
Jadi tak heran kalau makin hari makin banyak poduk macam ni keluar dekat Malaysia... apa nak heran? Mufti peduli ape? ala... ada ajaran sesat pun tak leh nak setel. berape tahun dah?
Kalau hal pembangkang, matahari belum naik tau-tau dah kedalam. kalau hal pembangkang, belum habis ceramah, berita dah keluar dekat TV... aik... cepat pulak?

Subscribe to:
Posts (Atom)