"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 20, 2009

spRM Dan pdRM jadikan Malaysia macam Afrika..!!

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan agensi kerajaan menutup gejala rasuah di kalangan pemimpin UMNO-BN menyebabkan Malaysia tidak ubah seperti negara dunia keempat benua Afrika.

Beliau mepersoalkan tindakan SPRM dan polis yang terang-terangan menutup sebelah mata terhadap jenayah rasuah yang dilakukan pimpinan kerajaan adalah amat menghampakan.

Menurutnya lagi, pelbagai kes yang dilakukan UMNO-BN antaranya komisen RM400juta pembelian kapal selam Scorpene dan isu istana kraton jutaan ringgit milik mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo langsung tidak disiasat.

“Apa yang penting dan perlu diingat mengapa Malaysia di tahun 2009 jadi macam Afrika hulu? Mahu tangkap suka-suka, mahu tendang suka-suka, mereka ingat negeri ini negeri bapa mereka, ini negeri kita bukan negeri bapa mereka.

“Apa ini? Ia menjadi bahan ketawa polis berperangai seperti ini, SPRM seperti ini, ia jadi bahan ketawa. Berbilion ringgit dicuri tapi semuanya ditutup dan tidak perlu disiasat,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat di Permatang Pasir semalam.

Anwar berkata rahsia kepada pembentukan sebuah negara bersatu, harmoni dan berwibawa adalah urustadbir yang baik, mesra rakyat dan dipercayai mampu berubah dan bekerja dengan lebih baik.

UMNO-BN sebalik berubah ganas dan menggunakan kekerasan bagi menghadapi kritikan. Menurut pemimpin reformasi itu lagi, UMNO-BN menggelarnya pengkhianat Melayu kerana ia ketandusan alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari kematian Setiausaha Politik EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

“Saya berjuang untuk Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia. Cara UMNO sangat kotor buat poster saya anti Melayu supaya saya jadi seorang Melayu sebenar. Saya tidak perlu buktikan kepada UMNO biar orang Melayu yang tentukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu kerana berjaya membantu golongan miskin tegar di Kepala Batas yang dahulunya merupakan kawasan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dapat dijayakan sebagai kerajaan rakyat hanya sekiranya pengundi memilih wakil-wakil rakyat yang berwibawa, berani untuk tampil ke hadapan dan berhujah, serta yang terutama sekali berintegriti tinggi.

Info : Anjung Info

Hari ni pulak, pacuan empat roda milik spRM ni hangus dibaling bahan letupan buatan sendiri (Molotov Coktail)... Itu tandanya...???

spRM nak siasat sapa??

pdRM nak tunding jari kat sapa??

Nordin Mat Top??

Jangan salah tembak......

Surat Misteri Kes TBH

Aku dapat dari sorang sahabat... baca boleh, percaya..? ermmm... kene fikir dulu... nak cakap betul pun boleh, nak cakap tak betul pun boleh... ini 1Malaysia..!
Klik sini untuk besarkan...
Klik sini untuk besarkan...
Klik sini untuk besarkan...
Klik sini untuk besarkan...
Klik sini untuk besarkan...

Video Kenyataan Akhbar Yusri Isahak

Rakan Kongsi Calon BN Permatang Pasir Nafi Tuduhan BN

Nampaknya UMNO dalam keadaan telan mati mak luah mati bapak. Cuba menutup bangkai gajah dengan daun nyiru. Masakan tempur bersarang rendah, kalau tidak diada-adakan. Cuba berlagak seperti pahlawan tetapi hakikatnya kecut dan penakut. Cuba baling batu sembunyi tangan. Tapi, Allah maha Adil. Orang yang cuba dipersalahkan, melawan semula.

Dalam mempertahankan calon UMNO di Permatang Pasir, UMNO telah menuduh bahawa segala penipuan yang telah menyebabkan Rohaizat dibuang dari Bar Council adalah sebenarnya angkara rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri Ishak.

Antara contoh tuduhan UMNO boleh dibaca disini...

Contoh:
Namun, malang seribu kali malang buat UMNO apabila Yusri Ishak mengambil keputusan untuk mempertahankan diri beliau dan menafikan semua tuduhan UMNO terhadap beliau yang jelas berniat jahat. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini.

Yusri berkata:
(Terjemahan: Sebahagian dari duit koperasi itu (Koperasi Pekebun Getah) digunakanuntuk menolong rakan Rohaizat yang satu lagi, seorang pengarah dalam sebuah syarikat perumahan serta (sebahagian lain) digunakan untuk mentadbir cawangan firma tersebut di Ipoh.

Rohaizat telah gagal di dalam rayuan beliau (di Mahkamah Tinggi) untuk membatalkan keputusan Bar Council (yang telah memecat beliau) yang mana di dalam rayuan itu Rohaizat telah meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas rakan kongsi beliau)


Nah, terbukti. Semakin UMNO cuba menutup bangkai gajah ini, semakin banyak penipuan yang telah dilakukan oleh UMNO. Kalau dulu, penipuan mereka tidak melibatkan pihak ketiga, sekarang ini pihak ketiga telah datang dan memalukan UMNO. Seperti tindakan Imam Ramlang yang telah mendedahkan konspirasi SAiful Bukhari sewaktu PRK Permatang Pauh tempohari.

Tulang Besi

ADUN Pelabuhan Kelang Hilang ?Pelabuhan Kelang ADUN is not Contactable

Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah sudah sampai ke tahap tidak dapat dihubungi. Situasi ini iras-iras kedua-dua ADUN lompat di Perak tempohari. Mari kita berdoa kerajaan PR Selangor akan dapat mengatasi masaalah ini dengan terbaik mungkin, inshaalah.

Ingat, UMNO cuma memerlukan 9 orang ADUN untuk melompat bagi memastikan kerajaan negeri bertukar tangan. Dan dengan Najib Tun Razak sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor, mereka amat "desperate" untuk mengambil alih Selangor.

Saya merasakan UMNO sedang mencuba untuk mendapat kesembilan-sembilan orang ADUN tersebut melalui aksi melompat dari kedua2 PKR dan PAS. Dari PAS, saya yakin paling ramai yang akan melompat hanya dua orang. Yang lain itu masih berprinsip dan beriman. Dari PKR pula, baru-baru ini bukankah berlaku ADUN PKR sendiri menyerang kerajaan negeri? Saya tidak tahu berapa orang yang mampu bertahan dan berpegang dengan prinsip mereka?

Oleh sebab itu kita semua wajib berdoa dan berusaha supaya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dipertahan dan segala usaha jahat UMNO digagalkan, inshaalah.

Sekiranya saya dibuktikan salah dalam isu ini (yakni Badrul tidak melompat) saya akan menjadi amat gumbira.

I was informed by trustable sources, that Pelabuhan Kelang State Assemblyman from PKR, Badrul Hisham Abdullah, has gone missing and cannot be contacted. This situation mimics the defection scenario that occured in Perak previously.

Although UMNO will require the defection of about 9 ADUN for the government to change, the Pelabuhan Kelang defection may be the start of the entire process of coup-de-tat ala' Perak.

UMNO is desperate to wrest Selangor being that Najib Tun Razak is it's liason chief. And being that UMNO has no conciense (or even religion), they will do anything within their powers to get back Selangor.

The longer Selangor remains in PR hands, the more difficult UMNO will be in regaining lost ground. In other words, the failure to wrest Selangor means UMNO will die a slow death.

I know that from PAS, the most, 2 ADUN will defect. The other ADUN are known to have integrity and principle. The rest will be made up from PKR and probably DAP as well.

Remember it was the DAP ADUN that tip the balance in Perak.

So, please pray that Badrul Hisham Abdullah will not be swayed even if he is a well known "Ezam" man.

The idea for this article is not to spread panic but to get all of us to pray for the safety of the Pakatan government in Selangor.

I really hope this dissappearance does not lead to defection.

Tulang besi

UMNO/BN Edar Wang Palsu Ke Rumah Penduduk Kampung..!

Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka.

Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".

Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.

Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan.

Rohaizat Pengkhianat..! - Yusri

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, hari ini tampil untuk memberi penjelasan kepada seluruh rakyat tentang kedudukan sebenar Rohaizat dan bagaimana calon BN itu ditarik lesen perkhidmatan peguamnnya.
Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Aman dekat sini, pagi ini, beliau telah mengatakan rakan kongsinya itu, bukan sahaja mengkhianatinya, bahkan mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan tidak memberitahu perkara yang sebenarnya.

Kenyataan akhbar beliau akan disiarkan kemudian.

N11: Ceramah perdana Di Bukit Indera

Malam tadi di Bukit Indera telah diadakan Ceramah Perdana PRK N11. antara yang hadir ialah Dato' Mansor Osman (TKM1 Pulau Pinang), Haji Mat Sabu, Calon PAS N11, Haji Mohd Salleh Man dan juga DS Anwar Ibrahim.

Aku dan jugak Zorro dibawak oleh seorang anak tempatan berbangsa india kesana, cukup 3 bangsa dalam geng aku semalam, melayu, cina dan jugak india - 1Malaysia... hahaha...

Berpusing-pusing kami bertiga mencari lokasi... punya la terceruk tempat ni... sampai-sampai rupanya sebelah jirat cina... kawasan pengundi hantu.

Memang betul dakwaan KJ bahawa wujudnya pengundi hantu di Permatang Pasir dan malam tadi Ceramah Perdana telah diadakan dikawasan para pengundi hantu untuk memberi penerangan kepada hantu-hantu yang bakal mengundi... harap-harap hantu-hantu mendapat penerangan yang jelas dan bersama-sama kita menolak UMNO/BN dalam PRK N11.

Dato' Mansor dalam ceramahnya (ni pertama kali aku dengar TKM1 yang baru berceramah) mengupas isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang dan beberapa penerangan mengenai gerak kerja Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kira ok la jugak bagi aku Dato' Mansor ni... orang baru, fresh, banyak idea dan bersemangat... harap-harap DUN Penanti akan jadi lebih baik dari sebelum ni.

Lepas Dato' Mansor, calon PAS pula mengambil alih pentas dengan sedikit penjelasan yang aku rasa cukup untuk dijadikan bekalan bagi para pengundi yang bakal mengundi nanti. tak banyak yang diperkatakan, sebab masa tak cukup... calon terpaksa berada di 10 lokasi ceramah malam tadi.

Ceramah diteruskan oleh Haji Mat Sabu. kalau dah Abang Mat dapat mikrofon, korang paham-paham je lah... semua dikupasnya... daripada isu perhimpunan ISA, kes salah laku Rohaizat, keganasan pihak polis, tangkapan Gobalakrishnan, TBH dan banyak lagi...

Kata Abang Mat (aku setuju sangat-sangat), Malaysia mengamalkan undang-undang "jakun".
Undang-undang "jakun" ni cukup-cukup berguna untuk mempertahankan KERAjaan UMNO/BN yang makin hari makin mendapat sokongan untuk rebah.

Perundangan "jakun" ni, kalau ada mana-mana negara yang Kerajaannya dan teruk sangat, nak rebah, tak de sokongan, elok jugak hantar wakil untuk berkursus dengan UMNO/BN. parti ni memang hebat sangat-sangat dalam memanipulasi undang-undang sedia ada dan menjadikan undang-undang itu sebagai undang-undang "Jakun".

Akhir sekali barulah DS Anwar Ibrahim mengambil alih pentas untuk sessi ceramah malam tadi.

DS Anwar pulak, macam biasa lah... macam-macam dia jelaskan dalam ucapannya... aku dah ngantuk dah ni... malas nak taip dah...

Hahahaha... biar la berita ni tergantung gini je...

Ops... lupa... akhir sekali DS Anwar Ibrahim mengumumkan kemasukan seorang bekas pimpinan UMNO kedalam PKR.

Mekasih...

Kem Pengundi Hantu Dikesan...

Oleh kerana KJ baru perasan adanya pengundi hantu dalam daftar pengundi di N11, maka aku cuba menjejaki para pengundi hantu yang disebut oleh KJ untuk mendapatkan penjelasan dari mereka...
Tapi sayang... semuanya tidak memberi kerjasama... aku rasa betul la dakwaan KJ tu... SPR nak ambik tindakan ke tak ni..?

Moral Rohaizat: Kenapa BN Bersungguh Pertahan..?

Akhir-akhir ni kalau buka berita atau baca surat media perdana, hampir kebanyakan kandungannya adalah artikel-artikel atau berita-berita yang nampaknya bersungguh-sungguh sangat hendak mempertahankan penyelewengan yang pernah dilakukan oleh calon UMNO/BN N11.

Jadi aku dok heran sangat-sangat... kenapa bersungguh sangat..? macam ada yang tak kena je... sana-sini dok hilite bahawa kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh Rohaizat... UMNO keluarkan kenyataan mempertahankan Rohaizat sementara Bar Council pula berterusan mempertahankan tuduhan bahawa Rohaizatlah yang bersalah.

Aku dok tertunggu-tunggu jugak kot-kot ada sape-sape atau mana-mana wartawan media perdana yang rajin, tolong cari rakan kongsi Rohaizat dulu untuk dapatkan penjelasan dari dia pulak supaya perkara ni lebih jelas dimata bakal pengundi N11 dan juga rakyat Malaysia.

Ada sape-sape yang rajin atau kenal rakan kongsi Rohaizat..? kalau sape-sape tau, elok jugak kita bongkar hal ni... kita tanya tuan punya badan sendiri apa sebenarnya yang berlaku...

Macam best je kan..?