Baru-baru ini TGNA telah mendoakan supaya mereka2 yang terlibat di dalam menghalang wang royalty disalurkan ke Kelantan dipecahkan perut mereka oleh Allah SWT dan hasilnya, UMNO satu Malaysia sekarang ini memusuhi TGNA kerana doa beliau itu - (http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=460146)
UMNO-UMNO yang veteran masih ingat betapa sejurus peristiwa Memali, TGNA telah berceramah seluruh Malaysia. Di dalam ceramah beliau, akan diakhiri dengan doa dan antara doa beliau adalah supaya Allah SWT memporak perandakan UMNO dan memecah belahkan UMNO.
Tidak sampai 5 tahun selepas TGNA berdoa sedemikian secara terbuka, UMNO betul-betul pecah kepada Team A dan Team B. Selepas itu, UMNO berpecah kepada UMNO Baru dan Semangat 46. Kalaulah tidak kerana sokongan dari Anwar Ibrahim, sudah tentu lama dah UMNO akan terlungkup di Malaysia ini.
Doa TGNA ini sudah terbukti banyak kali menyakitkan serta menggagalkan perancangan UMNO terutamanya apabila PAS berada di tahap kritikal selepas 2004 misalnya. Namun, Alhamdulillah, doa TGNA berkesan dan berjaya menghalang kesemua perancangan jahat UMNO.
Siapa boleh lupa sebelum pilihanraya 2008 apabila TGNA telah mendapat laporan bagaimana akan berlaku satu usaha jahat untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan. Sehingga ada gambar bagaimana TGNA merintih meminta bantuan dari Allah SWT sehingga menitiskan air mata.
Akhirnya perancangan UMNO digagalkan oleh Allah SWT sehingga seorang yang bertangunggjawab terhadap pengundi hantu telah menyerah diri pada malam sebelum PRU 2008 itu. Malahan bukan setakat itu, doa TGNA telah menyebabkan UMNO hancur di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Sememangnya rahsia utama TGNA dalam mengekalkan pemerintahan di Kelantan adalah doa dan solat hajat. TGNA boleh memanggil solat hajat hatta qiyamulail dan semua kawasan di Kelantan akan menghantar wakil mereka.
Sehingga ada satu artikel saya pernah baca yang ditulis penulis antarabangsa yang mengesahkan betapa solat dan doa itu adalah satu senjata yang paling ampuh bagi TGNA sepanjang pemerintahan beliau di Kelantan selama 20 tahun.
Kita lihat respon dari pemimpin-pemimpin UMNO kesemuanya menampakkan ketakutan yang amat sangat. Mereka tahu, TGNA berada di pihak benar, dan mereka berada di pihak yang zalim. Mereka tahu mengikut undang-undang negara, tiada alasan bagi mereka untuk tidak membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.
Pemimpin-pemimpin UMNO juga sedar isu solat hajat ini akan menyedarkan rakyat terutama rakyat Kelantan bahawa UMNO adalah perompak negeri Kelantan. Wang Ehsan yang mereka hendak beri itu adalah satu bentuk penipuan dan akan membiakkan rasuah yang amat sangat.
Majoriti dari wang itu tidak akan sampai kepada rakyat kerana perbelanjaan wang tersebut tidak tertakluk kepada ketelusan dan tidak dapat dibentangkan di Parlimen untuk dipantau perbelanjaannya. Semua wang tersebut akan disalurkan pada UMNO2 Bahagian di Kelantan dan biasanya ia digunakan untuk menggemukan pimpinan-pimpinan UMNO di Kelantan. Itu sahaja.
Kalaulah September 16 berjaya tempohari, nescaya isu royalty Kelantan ini tidak terjadi. Sesiapa yang bertanggungjawab mengagalkan Sept 16, juga bertanggungjawab ke atas kegagalan Kelantan mendapat royalti minyak ini.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, December 07, 2009
Doa TGNA Menakutkan UMNO 1Malaysia
Labels:
MalaysiaWaves
Dr Mahathir kata UMNO Sudah Busuk Sampai Ke Usus. Visi Husam Musa Tepat
Sedar atau tidak bahawa pernyataan Dr Mahathir itu sebenarnya membuktikan visi yang diutarakan oleh Dato' Husam Musa sewaktu pemilihan PAS pada May 2009 baru2 ini? Dr Mahathir dilaporkan berkata, keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.
Sebenarnya, terjemahan itu tidak tepat. “Rotten to the Core” mengambil sempena buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” yakni bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” epal tersebut (yakni dalam epal) bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang. Sekiranya busuk tersebut hanya diisi luar sahaja, maka busuk itu boleh dikerat buang dan bahagian lain masih boleh diselamatkan.
Ertinya Dr Mahathir menyatakan bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dibuang atau diganti baru. Busuknya umpama buah epal yang sudah busuk sehingga ke bahagian dalam. Ertinya tiada lagi bahagian-bahagian dalam UMNO yang boleh diselamatkan dan keseluruhan UMNO harus dibuang di dalam longkang.
Sesuai Dengan Visi Husam Musa
Sebelum pemilihan PAS 2009, Dato' Husam pernah berkata bahawa visi beliau sekiranya berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden adalah untuk memastikan PAS menjadi pengganti kepada UMNO dan bukan rakan kepada UMNO.
Visi Dato' Husam disokong oleh kenyataan Dr Mahathir ini. Ertinya, benar kata Dato' Husam bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi, justeru, harus diganti oleh PAS.
Dato' Husam dilaporkan berkata :
(Terjemahan : Timbalan Presiden sekarang nampaknya mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan UMNO dan tidak fokus kepada usaha membuat parti kita (PAS) sebagai parti yang utama. Saya mahu memberhentikan segala aktiviti yang sangat-sangat merosakkan usaha ke arah menggantikan UMNO dengan PAS. Saya merasakan masa saya dalam PAS dibazirkan sekiranya PAS hanya mahu menjadi sebagai “sampingan” kepada UMNO sahaja.)
Justifikasi Dato' Husam itu jelas kerana Dr. Mahathir sendiri sudah “give up” dengan UMNO. Mengapa harus ada kepimpinan2 PAS yang mahu membantu UMNO dengan memberi nafas kedua kepada mereka?
Usaha Berselingkuh Dengan UMNO Berjalan Semenjak Selepas PRU 2008
Benar saudara-saudara sekelian. Tanpa sebab yang konkrit mahupun asas yang kukuh, mereka telah mengambil keputusan untuk duduk dan berbincang dalam gelap dengan UMNO? Silakan mendengar penjelasan dari Nasa sendiri di bawah :
Tiada bukti pun DAP dan PKR anti kepada Islam mahupun orang Melayu dan Islam. Malahan, baru-baru ini, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan kepada para Huffaz Al Quran. Juga, di bawah “DAP”, dakwah Islamiyyah di Selangor menjadi cukup hebat dan cukup luas tidak seperti sewaktu di bawah UMNO dahulu.
Jadi, apa perlunya PAS berusaha berbaik dengan UMNO? Apa yang PAS boleh dapat dari berbaik dengan UMNO?
Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan adalah alasan yang jelas mahu membawa PAS rapat dengan UMNO. Sedangkan keputusan muktamar adalah supaya kita merapatkan saf dan hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Sedihnya ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sedang digunakan sumber dan sokongan mereka untuk menguatkan kembali UMNO oleh Fraksi UMNO yang sedang menguasai PAS.
Kalau Dr Mahathir sudah give up dengan UMNO, mengapa masih ada kepimpinan PAS yang menaruh harapan pada UMNO? Pelik bin ajaib
Tulang Besi
Sebenarnya, terjemahan itu tidak tepat. “Rotten to the Core” mengambil sempena buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” yakni bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” epal tersebut (yakni dalam epal) bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang. Sekiranya busuk tersebut hanya diisi luar sahaja, maka busuk itu boleh dikerat buang dan bahagian lain masih boleh diselamatkan.
Ertinya Dr Mahathir menyatakan bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dibuang atau diganti baru. Busuknya umpama buah epal yang sudah busuk sehingga ke bahagian dalam. Ertinya tiada lagi bahagian-bahagian dalam UMNO yang boleh diselamatkan dan keseluruhan UMNO harus dibuang di dalam longkang.
Sesuai Dengan Visi Husam Musa
Sebelum pemilihan PAS 2009, Dato' Husam pernah berkata bahawa visi beliau sekiranya berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden adalah untuk memastikan PAS menjadi pengganti kepada UMNO dan bukan rakan kepada UMNO.
Visi Dato' Husam disokong oleh kenyataan Dr Mahathir ini. Ertinya, benar kata Dato' Husam bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi, justeru, harus diganti oleh PAS.
Dato' Husam dilaporkan berkata :
(Terjemahan : Timbalan Presiden sekarang nampaknya mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan UMNO dan tidak fokus kepada usaha membuat parti kita (PAS) sebagai parti yang utama. Saya mahu memberhentikan segala aktiviti yang sangat-sangat merosakkan usaha ke arah menggantikan UMNO dengan PAS. Saya merasakan masa saya dalam PAS dibazirkan sekiranya PAS hanya mahu menjadi sebagai “sampingan” kepada UMNO sahaja.)
Justifikasi Dato' Husam itu jelas kerana Dr. Mahathir sendiri sudah “give up” dengan UMNO. Mengapa harus ada kepimpinan2 PAS yang mahu membantu UMNO dengan memberi nafas kedua kepada mereka?
Usaha Berselingkuh Dengan UMNO Berjalan Semenjak Selepas PRU 2008
Benar saudara-saudara sekelian. Tanpa sebab yang konkrit mahupun asas yang kukuh, mereka telah mengambil keputusan untuk duduk dan berbincang dalam gelap dengan UMNO? Silakan mendengar penjelasan dari Nasa sendiri di bawah :
Jadi, apa perlunya PAS berusaha berbaik dengan UMNO? Apa yang PAS boleh dapat dari berbaik dengan UMNO?
Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan adalah alasan yang jelas mahu membawa PAS rapat dengan UMNO. Sedangkan keputusan muktamar adalah supaya kita merapatkan saf dan hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Sedihnya ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sedang digunakan sumber dan sokongan mereka untuk menguatkan kembali UMNO oleh Fraksi UMNO yang sedang menguasai PAS.
Kalau Dr Mahathir sudah give up dengan UMNO, mengapa masih ada kepimpinan PAS yang menaruh harapan pada UMNO? Pelik bin ajaib
Tulang Besi
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Posts (Atom)