Assalamualaikum...
Perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia & Singapura sudah berakhir dengan Singapura mendapat pengiktirafan dari ICF sebagai pemilik muktamad Pulau Batu Putih.Malaysia sekadar mampu berputih mata.bagaimanapun,banyak respon dari pelbagai individu yang agak menarik dapat kita lihat semenjak krisis tersebut berakhir...saya amat tertarik dengan satu ulasan dari seorang rakan cyber tentang isu tersebut...sama-sama kita nilaikan kebenarannya dan harap dijadikan iktibar dimasa hadapan.
Salam alaik,
Ma'af. Saya terpaksa membentangkan sedikit perkara sensitif.
Jatuhnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah hasil budaya kita sendiri. Kali ini hasilnya amat pahit sekali.
Budaya yang saya maksudkan adalah budaya REAKTIF dan tidak PROAKTIF.
Akibat dari sifat REAKTIF, bukan sahaja Malaysia dikudungkan dari Pulau Batu Putih, bahkan 12km nautika sekeliling pulau tersebut juga jatuh ke tangan Singapura.
REAKTIF = hanya mengambil tindakan setelah sesuatu yang dahsyat berlaku. sifat begini asalnya dari sikap tidak mahu berfikir jauh lantas tidak menganalisa sebarang kemungkinan pada masa akan datang. simptom biasa adalah leka dan lalai. Pelan perlaksaan jika ada, biasanya dijalankan dengan lembab. over-confident NUMBER 1 dan sangat suka dipuji serta benci dikritik. hasil dari sikap ini biasanya adalah pencapaian yang menyedihkan dan mungkin menyesal tak sudah.
Jika REAKTIF sekalipun, perlaksanaan pelan tindakan seharusnya dijalankan dengan tekun dan berterusan.
Malaysia hanya bertindak setelah Singapura memfailkan protes rasmi kepada ICJ pada 1980. Singapura bertindak setelah kerajaan Malaysia mengeluarkan PETA RASMI pada tahun 1979 yang memasukkan Pulau Batu Putih ke dalam Malaysia. Keputusan UTAMA ICJ untuk memihak kepada pihak Singapura adalah ini. ICJ juga berkata, Malaysia dan kerajaan sebelumnya, tidak pernah ambil tahu mengenai Pulau ini sejak 1890.
ICJ menyatakan bahawa Malaysia telah melepaskan tanggungjawabnya terhadap Pulau Batu Putih kerana tidak terlebih dahulu menfailkan saman terhadap Singapura. Tambahan pula kata ICJ, pegawai kerajaan negeri Johor tidak mengakui bahawa Pulau Batu Putih adalah kepunyaannya.
Singapura telah lama merancang sambil Malaysia leka seperti biasa. Singapura menjalankan penyelidikan demi penyelidikan dengan tekun untuk menjayakan rancangan jahatnya. Mereka melihat MANFAAT yang besar jika berjaya dan telah VISUALAIZE kejayaan sebelum Malaysia megeluarkan PETA RASMI itu lagi. Singapura tahu kerajaan Malaysia tidak membuat sebarang persediaan diperingkat perundangan antarabangsa. ZAP !!!! Masuk perangkap.
Kita lihat contoh-contoh lain yang menyakitkan hati:
1. Setelah kemalangan maut berlaku berkali-kali di simpang 3 atau 4, BARULAH PIHAK MAJLIS TEMPATAN memasang traffic light.
2. Setelah bertahun-tahun lamanya penumpang dan pelancong kena tipu dengan PEMANDU TAXI JAHAT, barulah nak jalankan operasi pembanterasan.
3. Setelah ramai anak zina, buang anak, pelacuran serta rogol berleluasa, barulah kononnya nak mempertingkatkan pendidikan akhlak di sekolah.
4. Buat rumah-rumah FLAT banyak-banyak kat BANDAR tanpa merancang keadaan trafik dan logistiks. Bila jam teruk, nak kenakan macam-macam pada pengguna jalanraya.
5. Buat 3 sistem LRT, tapi stesen lain-lain. Menyusahkan yang OKU, Warga Emas dan pengguna terpaksa berhujan-berpanas.
6. Kurikulum Universiti tak dikemaskini dan Bajet penyelidikan tak dinilai semula. Bila jatuh TARAF UNIVERSITI tempatan ke tangga-tangga jauh ke bawah, barulah kelam-kabut.
7. Banyak lagi hal tapi tak dapat dimuatkan.
PROAKTIF = mempunyai VISION pencapaian yang jelas. Mempunyai MISSION yang tertera dan teratur. Sikap melaksanakan pelan tindakan dengan tekun sebab VISIONnya jelas. Bersedia untuk merubah pelan bila perlu setelah mengkritik diri sendiri dan mendapat feedback dari orang lain. Sibuk dengan tugasan lantas tak sempat nak mengumpat dan memfitnah. Tidak mudah menyalahkan orang lain. Hasil sikap PROAKTIF biasanya kejayaan.
Budaya PROAKTIF bermula di SEKOLAH dan di RUMAH. Didiklah budak-budak tu supaya Malaysia tak bertambah KODONG dan supaya kita semua menikmati hidup lebih baik.
itulah antara analisis yang agak menarik dan ada benarnya...memang itulah yang selama ini berlaku didalam masyarakat dan kepimpinan kita.sudah terantuk,baru terngadah.menang sorak,kampung tergadai...yang lebih perit ialah...KALAH SORAK,WILAYAH TERGADAI...
MALAYSIA GEMILANG DALAM GEMERLAPAN. *penganalisis lebih dikenali dengan nick Mann Trex.