"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 25, 2009

Hakim Dalam Prosiding SELCAT Adalah Rakyat

Oleh kerana itulah, maka dalam prosiding SELCAT tidak ada hakim dan tidak ada penghakiman serta pemberian hukuman kepada pesalah. Malahan, tidak ada sesiapa yang akan dilabel sebagai pesalah ataupun pelaku kesalahan.

Prosiding ini adalah untuk mendapat penerangan dan penjelasan dari sesiapa sahaja di dalam apa-apa sahaja topik yang bersangkutan dengan perjalanan dan pentadbiran negeri Selangor terutamanya di dalam isu yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Selangor.

Hasil dari prosiding dan penjelasan serta kenyataan yang diberikan seterusnya akan diedarkan kepada rakyat supaya rakyat negeri Selangor memberi penghakiman. Sekiranya terdedah berlakunya jenayah dalam sessi2 soal jawab ini, maka terpulang kepada pihak Peguam Negara ataupun LA negeri untuk mengambil apa2 bentuk tindakan undang-undang. Malahan pihak perseorangan juga berhak mengambil tindakan sivil hasil dari perbincangan dan prosiding ini.

Oleh kerana itulah juga, sessi soal jawab ini dipanggil “prosiding” dan bukannya “perbicaraan”. Ini kerana sessi ini tiada hakim, tiada peguamcara, peguambela dan tiada juri. Tidak ada yang dituduh bersalah dan tiada yang perlu membela diri. Hanya sessi soal jawab supaya rakyat dapat menghakimi. Namun, pihak yang dipersoal-jawab itu ada hak untuk membawa peguam mereka bagi tujuan mendapat nasihat undang-undang sewaktu prosiding ini berjalan.

Misalnya, sekiranya DO Kelang, Bukhari Husin memberitahu bahawa beliau terpaksa mempercepatkan kelulusan peruntukan ADUN untuk tujuan kempen pilihanraya BN, maka rakyat Selangor kelak akan menghakimi Barisan Nasional dalam PRU ke 13 kelak. Ini kerana arahan pencepatan proses tersebut datang dari BN dan bukannya DO tersebut.

Prosiding Anjuran SELCAT Adalah Perkara Normal Dalam Mana-Mana Demokrasi

Amalan prosiding yang dianjurkan SELCAT ini adalah amalan yang amat normal dan tidak menjadi apa2 keaiban kepada mana-mana orang sekalipun. Ianya menjadi amalan normal dalam semua Negara Komenwel dan Negara2 Demokrasi yang Maju.

Saya sendiri pernah membaca transkrip Prosiding JK Senat Amerika dalam hal berkaitan Pengganas yang dipengerusikan oleh Senator Bill Mitchell. Dan pada waktu itu, wakil dari Negara Sudan telah dipanggil ke Senat di Amerika untuk menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan. Sudan pada waktu itu diwakili oleh saudara Hasan Turabi. Dan hasilnya, Negara Sudan telah Berjaya dikeluarkan dari senarai negara2 pengganas.

Contoh lain adalah sewaktu MP dari Britain, George Galloway, mengadap JK yang ditubuhkan oleh Senat Amerika kerana terdapat tuduhan bahawa George Galloway menjual senjata kepada Saddam. Peluang tersebut digunakan George Galloway untuk membantai pentadbiran Bush serta mempersoalkan JK tersebut kenapa tidak dipanggil Dick Chenney yang jelas telah menjual senjata kepada Saddam Hussein?

Sila tonton prosiding atau sessi soaljawab tersebut di bawah :

Ertinya, SELCAT mempunyai hak untuk memanggil sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Selangor atau bukan rakyat Selangor untuk menghadiri sessi tersebut dan menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh mereka.

Namun akhirnya rakyat yang akan menjadi hakim.

Tulang Besi

Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?

Diberitakan bahawa beberapa orang D.O telah memboikot sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Faktor berlakunya boikot ini adalah kerana telah berlangsung “sessi soal jawab” terbuka antara SELCAT yang dilantik DUN Selangor bersama beberapa pegawai kerajaan negeri Selangor.

Sessi soal jawab ini (atau lebih dikenali sebagai proseding) telah dilaksanakan terutamanya dengan D.O. dari Kelang bernama Bakhtiar Husin. Isu yang dipersoalkan adalah bagaimana D.O. tersebut boleh meluluskan projek bernilai RM4 juta berhampiran waktunya dengan PRU 2008.

Bakhtiar selaku D.O. Kelang mengakui telah mempercepatkan kelulusan serta mengeluarkan peruntukan tersebut untuk memberi impak yang besar (kepada wakil rakyat Barisan Nasional) yang sedang berkempen mempertahankan kerusi mereka. (Rujuk laporan Malaysian Insider dibawah)
Dato' Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Tiba tiba, selepas pendedahan ini dibuat oleh DO Kelang, yakni mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato' Hasan Ali tiba2 datang untuk mempertahankan tindakan D.O. ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnaya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?

Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan memberi alasan kononnya sessi soal jawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitakan Dato Hasan berkata :
Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?

Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini?

Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?

Juga, sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?

Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO?


Hairan pula saya. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23

Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Dilaporkan oleh The Edge Daily:
Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.

Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.