"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 14, 2009

Menang tetap menang..!!-Malaysiakini


Penyokong PAS di luar pusat pengiraan undi ketika sedang menanti berita gembira. Imej dari Malaysian insider.

Esok akan ada kokok kokok tentang kejayaan mengurangkan majoriti kemenangan. Tapi tak kesah .. yang penting menang ! Takkan ada 'pengundi' yang lompat parti ... Jadi .. tak perlu risau.

Jika anda anak rantau yang sepatutnya pulang ke kampung, sudah pasti memikirkan tentang wang saku. Semalam kerja, sehari cuti untuk mengundi, dan esok bekerja semula. Malahan pilihanraya di adakan pada tengah bulan .. waktu poket kering kontang.

Wahhhh ! SPR hebat ... !

PAS menang dengan undian TANPA anak rantau. Sudah cukup bagus. Tapi peratus keluar undi meningkat ... dari mana datangnya tambahan undian itu agaknya ye...



Pencapaian diutamakan?tak tecapai lagi....

Jambatan?tabur janji pada PRU 13 lak....

Lepas ni nak bina jambatan@jamban kat mana lak?Tunggu SPR umum PRK berikutnya...

N-41 Manek Urai: Tahniah UMNgOk/Barisan Nasiyonal..!

Tahniah UMNgOk/Barisan Nasiyonal kerana berjaya mempertahankan KEKALAHAN berturut-turut sebanyak 6 kali..!

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

N-41 Manek Urai: Abe Ujie Menang, Tuan Aziz Kalah.

Rasmi...

PAS Menang dengan Majoriti tipis...

65 je...

Kah kah kah kah kah...!!!

UMNgOk kalah lagi..!

N-41 Manek Urai: Berita Yang Media UMNgOk Sembunyikan ...

Sungai Peria - 2 ekor Puteri UMNgOk cedera parah setelah terkena balingan objek merbahaya (botol mineral) sehingga menyebabkan kaki mereka hampir kudung.

Tu cerita yang dok kecoh dalam media perdana TV3suku, Astro Awani, RTM1, RTM2 dan lain-lain media sayap kanan UMNgOk.

Kena botol mineral kecoh mengalahkan kena langgar lori taik..!

Khak Ptuih..!

Penyokong Pakatan Rakyat yang kena baling dengan batu sampai pecah kepala langsung tak heboh... Babi punya Baki UMNgOk..!
Komen...!!!

N-41 Manek Urai Live

Bloggers yang berada dilokasi adalah Topeng Perak, Pinkturtle dan Tok Gawo. Pro Reform pula ditugaskan untuk mengupdate dari pusat media. Gambar2 akan diupload kemudian.

8.00 am: Manek Urai mula sesak. Pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab.

8.30 am: Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Peria. Penyokong PAS lebih kurang 1000 orang. BN pula dalam 300 orang.

8.4o am: Suasana sedikit tegang apabila penyokong BN membantah penyokong PAS yang memenuhi pintu hadapanpusat pengundian di Peria.

9.15 am: Pengerusi SPR tiba di Pusat Pengundian Peria.

9.30am: Suasana kembali tegang apabila penyokong PAS dan BN hampir bertumbuk tetapi dapat ditenangkan oleh PDRM.

9.45am: Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30am: Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.

11.00 am: peratus mengundi di semua peti undi adalah lebih kurang 30%.

11.15 am: Sebuah pusat yang disyaki menjadi pusat pembahgian wang telah diserbu oleh petugas PR di Peria. Pintu rumah dikunci dari dalam. Pihak PDRM untuk masuk tidak mendapat kerjasama dari mereka yang berada dalam rumah tersebut. Disyaki 30 orang sedang bersembunyi didalam rumah berkenaan.

11.30 am: Pihak BN telah mengaku yang mereka telah memberi 'wang' kepada pengundi2 yang balik dari rantau dalam istilah duit tambang. Jadi, ini sudah jelas mereka telah melanggar akta SPR. Kedua-dua penyokong telah saling baling-membaling objek2 seperti bom air, botol, kayu... Suasana menjadi tegang.

12.00 pm: Peratusan keluar mengundi sekitar 46%

12.30: Penyokong PAS dibelasah oleh penyokong BN. Lebih kurang 5 orang penyokong PAS cedera dibelasah dan dibaling dengan objek keras sehingga mencederakan kepala.

1.00pm: Peratusan keluar mengundi dalam 70%. MU telah mencatat sejarah dimana tidak pernah mana2 Pilihanraya negara kita mencapai peratusan berkenaaan sebelum jam 1.00 pm. Najib juga dikhabarkan telah menaiki pesawat keluar keluar negara menuju Mesir. Kebiasaannya sekiranya mereka (UBN) merasakan kemenangan akan memihak kepada mereka, mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan negara.

2.45 pm: Peratusan yang keluar mengundi di Peti undi Manek Urai adalah 72%. Penyokong PAS lebih kurang 100 orang manakala BN pula 8 orang. Situasi disini tenang.

4.30 pm: Jumlah yang keluar mengundi sebelum pusat mengundi ditutup berjumlah 10, 626. Peratusan telah mencecah 86.44% dimana satu rekod baru dalam sejarah negara. Peratusan ini juga telah melepasi sasaran iaitu hanya 85% sahaja. Dijangkakan ianya akan mencecah sehingga 90% sehingga ditutup.

5.20 pm: Pusat mengundi telah pun ditutup. Jumlah pengundi yang keluar mengundi keseluruhannya berjumlah 10, 736 orang. Peratusannya ialah 87.3%. Rekod tetap berjaya dipecahkan. Keputusan dijangkakan diumum pada jam 8 malam ini.