"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 15, 2010

Ku Li: Jika Saya Salah, Saya Sedia Dikenakan Tindakan..!

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menegaskan beliau tetap ahli UMNO dan sanggup menerima apa sahaja tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau menggunakan platform NGO (GEGAR) untuk menerangkan kedudukan sebenar berhubung Royalti Minyak dianggap menyalahi Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO.

Pegawai Khasnya, Mohd Lokman Ghani berkata, tindakan Tengku Razaleigh itu adalah berasaskan pendiriannya yang ingin menyampaikan kebenaran kepada rakyat berhubung Isu Tuntutan Royalti Minyak yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan.
"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu GEGAR".

"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan Ahli Parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin UMNO?".
Lokman berkata, Ku Li bersedia menerima apa sahaja tindakan yang akan dikenakan terhadap beliau memandangkan pendirian beliau jelas dan tidak mahu diheret sama untuk berbohong kepada rakyat.
"Kalau Kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan samada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah Undang-Undang dan Perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan Wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini".

"Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?".
Mengulas mengenai wujud dakwaan kononnya Ku Li memberikan kenyataan yang berbeza dalam Isu Tuntutan Royalti Minyak bagi Kelantan dan Terengganu, Lokman berkata, Ku Li tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang berbeza kerana semasa kes di Terengganu, beliau sanggup menjadi saksi (sewaktu Kerajaan PAS menuntut Royalti Minyak dari Kerajaan Pusat) sekiranya dibawa ke mahkamah).

Katanya, Perjanjian Royalti Minyak itu cukup mudah iaitu apabila ianya berada dalam jarak 3 batu nautika, ia memang Hak Kerajaan Negeri 100% sepatutnya.
"Tidak sepatutnya dapat langsung (dalam 3 batu nautika) kepada Kerajaan Pusat. Tapi apabila Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri memikirkan bahawa tidak ada minyak di dalam jarak 3 batu nautika ini, maka ada perjanjian bahawa jika terdapat minyak di dalam 3 batu nautika atau lebih, hasil minyak diserahkan kepada Petronas. Dan Petronas mesti membayar hasil sebanyak 5% kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri".

"Itu asas perjanjian. Dalam kedudukan 3 batu nautika ini, Kerajaan Negeri sepatutnya tidak memberi satu sen pun kepada Kerajaan Pusat kerana itu memang Hak Kerajaan Negeri".

"Tetapi berdasarkan kepada kajian besar kemungkinan minyak tidak ada di dalam lingkungan 3 batu nautika, minyak semua berada di luar 3 batu nautika, jadi Kerajaan Negeri pada masa itu bertimbang rasa dan Petronas pun sepatutnya bertimbang rasa juga".
Sehubungan itu beliau menegaskan, adakah disebabkan kenyataan Ku Li berbeza dengan Kerajaan Pusat, maka beliau diheret sekali untuk berbohong?
"TPM sepatutnya dimaklumkan perkara yang betul apa yang telah disampaikan oleh Ku Li dan bukannya maklumat yang tidak tepat. Kerana Ku Li berceramah di atas platform NGO iaitu Gerakan Tuntutan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)".
Lokman berkata, kenyataan Muhyiddin juga bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
"Sehari sebelum Ku Li menyampaikan ceramah tersebut, Ahmad dan Nazri menyatakan ia bukan halangan, sekarang lain pula".

Zahrain: Mat Ezam Betul, Korang Semua Salah..!

Kata Mat Ezam:
"Saya ingin tegaskan bahawa Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik".

"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR".
Rujuk pada ayat yang aku boldkan dekat atas tu... untuk pertama kalinya AKU AMAT-AMAT BERSETUJU dengan kenyataan Mat Ezam dekat atas tu dan dalam masa yang sama aku tegaskan pada rakan-rakan blogger yang lain supaya belajar dulu berpolitik sebelum komen atas "kenyataan" seorang sehebat Mat Ezam..!

Maksud aku "saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR"... yang tu nak kena paham maksudnya dalam-dalam...

Kesannya ialah, lepas ni PKR boleh buat kerja mentadbir dan memperkemas parti dengan lebih baik... pengacau-pengacau makin sikit... yang sedia ada lagi akan menyusul berambus sorang demi sorang... lepas ni akan tinggal yang betul-betul komitmen dengan perjuangan Pakatan Rakyat SAHAJA.

Besar kesannya tu kalau pengacau-pengacau semua dah tak de. tak payah risau pasal "musuh dalam selimut" dah lepas ni sebab geng-geng "dalam selimut" dah jadi wakil "BEBAS" dan lepas ni mereka akan bersama-sama dengan Mat Ezam "mengacau" UMNO/BN pulak.

Bila geng-geng "pengacau" dah ramai bersatu atas nama "BEBAS", kita-kita dalam Pakatan Rakyat tak payah susah-susah lagi dah... semua tugasan menjahanamkan UMNO/BN akan dilakukan oleh geng-geng "BEBAS" dan kemungkinan besar mereka-mereka ini akan diketuai oleh Pak Berahim Ak-Katak'i.

Ala geng... korang fikir lojik la... masa geng-geng tu dok dalam Pakatan Rakyat yang tak de apa-apa kelebihan baik material ataupun lain-lain pun geng-geng ni dah "demand" macam-macam, apa lagi kalau dok atas nama "BEBAS" yang kita tau "pemodal besarnya" ialah UMNO/BN yang ada macam-macam lebih-lebih lagi "habuan"...

Korang fikirlah "kesan" yang Mat Ezam maksudkan tu... tak paham..? kalau tak paham, tunggu PRU-13 nanti..!

Najib - Atlantuya & Saiful - Anwar: 1Malaysia Gila..!

Wisma Putra telah diarah memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 50 orang Ahli Parlimen Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana beliau percaya kesemua Ahli Parlimen Australia terbabit tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.
"Pihak Wisma Putra telah diminta untuk menghubungi kesemua Ahli Parlimen Australia berkenaan bagi tujuan menjelaskan kedudukan sebenar kes tuduhan liwat melibatkan Anwar".

"Saya sebenarnya percaya yang kesemua Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes ini,".
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan berhubung tindakan 50 penggubal undang-undang Australia baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

TPU - Bila Najib nak arahkan Wisma Putra bagi penjelasan untuk kes Atlantuya Shaariibuu pulak..? ramai jugak yang tak tahu kedudukan sebenar dan ramai yang nak tahu apa kedudukan sebenar kes tu...

Ramai yang nak tau sejauh mana penglibatan PM sendiri dalam kes tu, ramai yang nak tau sejauh mana penglibatan BikMama dalam kes tu...

Ramai yang nak tau macam mana rekod kemasukan Atlantuya Shaariibuu dekat Imigresen tu boleh hilang...

Ramai yang nak tau macam mana dan siapa yang keluarkan bom c4 dari stor bahan letupan PDRM...

Ramai yang nak tau SEBAB apa Atlantuya dibunuh sebegitu rupa oleh yang kene tuduh dan dah dijatuhkan hukuman tu...

Setiap kejadian pasti bersebab, pembunuhan Atlantuya jugak mestilah bersebab... sebab apa..? tak kan orang yang tak de masalah mental boleh bunuh Atlantuya TANPA SEBAB..?

SEBAB APA..?

Bicara Selebriti: Malaysia Masih Kurang Filem Berunsur Islam

Industri perfileman Malaysia masih tandus & gagal menghasilkan karya-karya berunsur Islam yang berkesan untuk berdakwah kepada masyarakat.

Itu pandangan Habiburrahman el-Shirazy (gambar), 33, novelis terkemuka dari Indonesia yang terkenal dengan karyanya yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih yang berjaya telah menjadi filem.

Beliau yang juga seorang penyair berkata, pembikin filem di negara ini masih tidak berani menonjolkan amalan Islam dalam karya-karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding karya dari negara jiran itu.
"Apa yang paling penting adalah niat. Masyarakat semestinya akan melihat hasil kerja kita yang semuanya bergantung kepada penulis itu sendiri".

"Di Malaysia, mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid".

"Di Indonesia, kami mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana
".
Habiburrahman ditemui pada program Hari Hiburan Islam yang turut menyelitkan program Bicara Selebriti dan tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel terbaru beliau.
Menurutnya, sepanjang tiga tahun lepas, filem yang berunsurkan dakwah seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang berasal daripada novel beliau serta Laskar Pelangi mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat republik itu.

Ini kerana jelasnya, filem tersebut menyentuh secara langsung kehidupan masyarakat di negara itu yang majoritinya menganut agama Islam.

Mengulas mengenai perkembangan filem di negara ini, katanya, kebanyakannya digarap dengan baik tetapi dari segi idea dan tema masih kurang memberangsangkan.
"Cerita berbentuk Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik, maka akan dapat sambutan".

"Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea juga perlu, tetapi di sini ada garapan yang bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan masyarakat,".
Menurut beliau, apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan masyarakat.
"Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Walaupun sedap dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman,".
Program Bicara Selebriti petang semalam berlangsung di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada jam 3:00 petang juga dihadiri oleh pelakon terkenal Wardina Safiyyah, pengacara populor NTV7 Farrah Adeeba dan selain menampilkan Pensyarah Amin Idris sebagai moderator.

Dikhabarkan juga bahawa pelakon Wardina Safiyyah sempat menjenguk TGNA sewaktu kunjungannya ke Kota Bharu dan melahirkan perasaan gembiranya dapat bertemu dengan TGNA.

Penang Tiada Perarakan Maulidul Rasul Tahun Ini? Iye Ke?

Kontroversi baru yang ditimbulkan UMNO terhadap Pakatan Rakyat, kononnya Kerajaan Pulau Pinang telah membatalkan perarakan Maulidul Rasul. Saya pergi sendiri ke web site JAIPP dan merujuk ke link ini:


Dan antara yang saya baca adalah:
Saya rasa puak-puak UMNO tak rujuk pada website JAIPP sebelum membuat kenyataan. Rasanya mereka ni lupa dua tahun sebelum ini, perarakan telah dilaksanakan dengan jayanya di Penang.

Mereka bergantung kepada pembohongan untuk mendapat publisiti murahan. Itulah dia UMNO.

Kepada rakyat Pulau Pinang, dipersilakan menghadiri majlis sambutan Maulidul Rasul. Atucara penuh majlis boleh di baca di bawah artikel ini.

Juga, nampak atau tidak Zul Nordin sendiri sedang berkokok dengan suara UMNO menyerang DAP. Ini kerana Zul Nordin adalah BARUA UMNO dan beliau bertindak selari dengan nada dan gendang yang dipalu UMNO.

Apasal UMNO tak bising pasal Kerajaan Perlis yang langsung tidak mengadakan sambutan Maulidul Rasul?

Sekian

Tulang Besi

Perarakan Maulidur Rasul: Jom Layan Media Penipu...

Lapor disini:
Seorang Ketua Jabatan yang kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri membatalkan Majlis Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul tampil menunjukkan pekeliling mengenai perkara itu hari ini.

Pekeliling yang diterimanya itu adalah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 5 Februari 2010 mengenai pembatalan majlis perarakan itu pada tahun ini.

Pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir itu sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbohong apabila menafikan membatalkan perarakan tersebut.

Menurut ketua jabatan itu yang enggan dikenali, beliau tampil menunjukkan pekeliling itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan tersebut dan kemudian menuduh Utusan Malaysia membuat fitnah terhadap kerajaan negeri.
  • "Saya tidak faham mengapa mereka hendak berbuat demikian (menafikan) sedangkan saya dan Ketua-Ketua Jabatan yang lain sudah menerima pekeliling mengenai pembatalan perarakan Maulidur Rasul".

    "Macam mana saya tidak marah, sebagai orang Islam kita tentu marah kerana Kerajaan Negeri selama ini melaung-laungkan konsep pentadbiran Amar Maaruf Nahi Mungkar dan kononnya mengikut cara kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz".

    "Apa yang paling saya sedih apabila ada di kalangan orang Islam sendiri seolah-olah menghalalkan pembohongan yang dibuat ini".
Kandungan pekeliling itu berbunyi:
  • "Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang".
Pekeliling berkenaan diedarkan kepada semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan serta Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

Salinan pekeliling itu dihantar kepada Setiausaha Sulit, Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Jawab pulak LGE disini:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap 'rasis' yang didakwanya secara 'terpilih' mendedahkan dokumen yang mendakwa Kerajaan Negeri pimpinannya telah membatalkan Perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan Akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.
  • "Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman,"
Kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan Keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh Kerajaan Negeri.

Malah, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat dari satu lagi blog pro-UMNO yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kepada semua Ketua Jabatan Negeri dan Pusat, Badan Berkanun serta Presiden Majlis Perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang yang mengendalikan Sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua Ketua Jabatan dan Badan Kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan Perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairy dan pihak lain dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua Masjid dan Pertubuhan Islam, meminta maklum balas mengenai Perhimpunan Dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.
  • "Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya,"
Katanya.

Lim juga membidas sesetengah Media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu.
Sekarang siapa betul, siapa salah..? kot mana-manapun aku percaya dekat Utusan dengan Bernama sebab laporan 2-2 ni selalunya "Jerlus"...

Kah kah kah kah kah...!!! Media Perdana dengan UMNO apa la bezanya..?