"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 01, 2011

"Kerajaan" Akan Menang Semua Pilihanraya Sampai Kiamat

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Macam mana nak nafikan statement "tajuk" artikel ni padahal itu adalah kenyataan yang 1 dunia kena terima sampai bila-bila samada nak atau tak nak. gua bukan mendahului Allah. kalau paham dan hadam dengan "politik", pasti tak kan tolak statement tajuk dekat atas. yakin.

Sebab apa "Kerajaan" akan menang semua pilihanraya sampai bila-bila..?

Sebab utama yang kita nak kena paham ialah - Kerajaan tak pernah sertai mana-mana pilihanraya atas dunia ni. yang menyertai pilihanraya ialah "Parti Politik" yang kalau dia menang, dia akan "menerajui" pemerintahan dan peneraju ini namanya "Kerajaan".

Sebaik saja Dewan Undangan Negeri atau Negara dibubarkan di mana-mana Negeri atau Negara, tiada lagi "parti" yang menerajui Kerajaan. ini bermakna semua parti politik bertanding atas nama "Parti" dan bukan lagi Kerajaan. ini tujuan Pilihanraya diadakan. Pilihanraya diadakan bukan untuk menumbangkan mana-mana Kerajaan, sebaliknya ianya diadakan semata-mata untuk memilih pihak mana (yang bertanding dalam pilihanraya) yang akan menerajui pemerintahan.

Makcik-makcik & Pakcik-pakcik FELDA tak faham perkara ni. yang berada jauh dari pembangunan & maklumat pun tak faham perkara ni.

Di Malaysia, Beer eNd yang sekian lama menerajui pemerintahan menjadi sangat-sangat bongkak. bila berkempen, mereka sebut "undi Kerajaan", sampai hari ni gua tak jumpa lagi mana-mana pengundi yang "mengundi Kerajaan" dalam mana-mana pilihanraya.

Gua pun yakin 110% bahawa pada kertas undi mana-mana Negeri atau Negara, tak pernah tertulis di sebelah mana-mana logo Parti sebagai "Kerajaan" atau "Government". orang Beer eNd mungkin sebab selalu mabuk akan nampak tulisan "Kerajaan" di sebelah logo Beer eNd. ini adalah akibat pengaruh alkohol.

Boleh tanya Parpu Kari kesan pengaruh alkohol sebab dia ada pengalaman "high" sampai lupa waktu maghrib & hilang dari dunia nyata sampai gambar diambil orang pun tak perasan. mungkin masa tu ParpuKari dah sampai Kerala.

Persoalannya sekarang, macam mana nak bagi semua orang faham sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri atau Negara dibubarkan, baik Beer eNd mahupun Pakatan Rakyat, 2-2 bukan "Kerajaan".

"Kerajaan" hanya akan diterajui selepas selesai pilihanraya. Hantu & Jembalang pun bukan Kerajaan.

Kebanyakan Sarawakian takut nak undi selain dari Beer eNd sebab dari semenjak dahulu kala, Beer eNd dah tanam dalam kepala otak mereka bahawa:

Beer eNd = Kerajaan
Kerajaan = Beer eNd

Ini adalah "Mitos" lama yang kepercayaan keatasnya adalah "turun temurun" di Sarawak & kalau "Mitos" ini dapat dipecahkan - gua 110% yakin Pakatan Rakyat akan menerajui pemerintahan Negeri Sarawak.

Nasihat gua - Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..?

PRN Sarawak: Politik Negeri Sarawak

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.

Mekasih...

Baik... kita pergi pada agenda yang lebih serius - Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-10.

Masuk hari ni dah 2 hari dah gua dekat Bandar Kucing. Bandar ni boleh tahan, tak sesak sangat & tak sunyi sangat. Mat rempit beroperasi dengan bebas sebaik jam melepasi angka 9:00 malam. Trafik lebih kurang Bandar Kota Bharu, sesak dijalan-jalan utama sebelum opis awer & selepas opis awer.

Cuaca setakat ni ok.

Malam tadi sempat sembang dengan kawan lama yang aku baru jumpa di Kucing... "kawan lama" sebab dia dah lama kenal aku dalam Facebook tapi baru dapat jumpa di Sarawak padahal sama-sama berasal dari Pantai Timur - Kelantan.

Sempat jugak bersembang dengan anak tempatan Sarawak berkenaan dengan Politik di Sarawak. banyak benda baru aku belajar dekat sini berkenaan dengan Politik Sarawak yang pada aku 110% (pinjam keyakinan Zulkifli Noordin) berlainan dengan politik di Semenanjung Malaysia.

Pada dasarnya majoriti orang Sarawak langsung tak peduli dan tak kisah dengan politik. tahap kesedaran masih dibawah paras beku dekat setengah-setengah tempat mungkin mencapai tahap -10 darjah celcius (negatif).

Kalau nak kempen dekat sini, tak payah susah-susah nak cerita pasal pembangunan sebab sebahagian besar Negeri Sarawak berada jauh dari pembangunan & kalau korang cerita pasal pembangunan, apa yang orang Sarawak (kawasan pedalaman) akan faham hanyalah - elektrik, air, jalanraya & rumah.

Infrastruktur yang hebat-hebat macam KLCC, KLIA, Menara Berkembar Petronas, Cyberjaya, Putrajaya tak de orang nak heran sebab pada mereka yang kehidupan hariannya masih dalam zon "tradisional", semua tu tak penting. yang penting - mereka hidup.

Budaya anak muda (luar bandar) di Sarawak agak "unik". anak muda hanya akan bekerja ketika kesempitan wang atau "kering". bila duit dah ada dalam poket, masa akan dihabiskan dengan aktiviti sosial biasa-biasa iaitu "mengosongkan poket".

Majikan selalu pening kepala sebab anak-anak muda ni kalau dia nak cuti dia main cuti suka-suka dia je, tak de masa nak apply-apply.benda-benda macam ni kita tak boleh nak kondem sebab ianya adalah "budaya" bagi mereka. lain tempat lain budayanya, jadi kena hormat. aku seronok tengok anak-anak muda ni "menikmati" hidup mereka.

Politician kalau nak bertanding & berkempen di Sarawak ada baiknya tak payah gatal-gatal nak offer janji manismu dekat sini. 1-1 nya janji manismu yang diterima pakai di Sarawak ialah "imbuhan wang ringgit" yang macam-macam kaler.

Tahap kesedaran politik di Sarawak bagi aku sangat minimum kecuali di kawasan-kawasan bandar, tu pun kalau nak dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia jurangnya masih sangat jauh. kalau di Semenanjung Malaysia, cakap-cakap kedai kopi boleh kata 70% politik & yang selebihnya gosip artis, kecuali kebelakangan ini cakap-cakap kedai kopi di Semenanjung Malaysia dah 110% - seks.

Terima Kasih kepada Trio Datuk "T" kerana berjaya membawa perubahan paling drastik - kepala otak seks.

Bila sebut pasal Pilihanraya, soalan pertama yang akan ditanya oleh orang tempatan kalau kita berkempen untuk Pakatan Rakyat ialah - apa aku akan dapat kalau aku undi "Pembangkang"..?

Mitos "Pembangkang" sangat kuat berada dalam fikiran rakyat Sarawak... pembangkang ni kira macam hantu jembalang la, sebab tu TPM suka sangat dok sebut hantu jembalang, rupa-rupanya sekian lama rakyat Sarawak dipupuk dengan zikir - Pembangkang = Hantu Jembalang.

Yang jadi tukang zikirnya ialah Beer eNd.

Ramai rupanya yang takut nak undi "Pembangkang" sebab takut "Pembangkang" tak boleh bagi apa-apa pada rakyat Sarawak padahal kalau majoriti rakyat Sarawak mengundi "Pembangkang"@Pakatan Rakyat, secara Automatiknya "Pembangkang" akan membentuk "Kerajaan" di Sarawak.

Jadi apa masalahnya..?

Penerangan macam ni agak kurang diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat. fakta paling mudah. kalau Pakatan Rakyat menang dengan undi "Majoriti", Pakatan Rakyat akan bentuk "Kerajaan" di Sarawak dan Beer eNd pula akan membentuk "Pembangkang" di Sarawak.

Kalau dan Pakatan Rakyat jadi Kerajaan & Beer eNd jadi Pembangkang, dah tentulah masa tu Beer eNd yang tak dapat nak bagi apa-apa dekat rakyat sebab tugasan tu akan diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sama jugak bila ada yang cakap - kalau kau undi Pakatan Rakyat, Beer eNd tak kan bantu kau dah lepas ni..! ayat ni ialah ayat paling jujur dalam politik Malaysia.

Memang betul kalau semua pengundi memberi undi kepada Pakatan Rakyat, Beer eNd akan jatuh berdebab menyembah bumi & sebagai parti yang dah tak de kuasa di Sarawak, confirm la Beer eNd tak kan bantu rakyat Sarawak sebab Beer eNd dah tak de kuasa. yang ni kita kena bagi rakyat Sarawak faham betul-betul.

Beb... lebih 20 tahun dulu Beer eNd berkuasa di Kelantan, lepas PAS berjaya bentuk Kerajaan hasil undi majoriti rakyat Kelantan, apa yang Beer eNd boleh buat di Kelantan..? mesti puak PenChaChai Beer eNd akan jawab - memang la Beer eNd tak boleh buat apa-apa sebab Beer eNd bukan Kerajaan di Kelantan..!

Time tu kita pakat-pakat ketuk kepala puak PenChaChai Beer eNd ramai-ramai.

Yang lain aku sambung pulak esok.