"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 27, 2008

Surat Terbuka Buat Pimpinan PAS.

Assalamualaikum...
"Realpolitik Melayu Islam" - Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh DSAI sebagai tonggak kepada Pakatan Rakyat?Apa sebenarnya yang dimainkan oleh DAP?Apa sebenarnya yang dilakonkan oleh PKR dan apa sebenarnya yang sedang dihadapi oleh PAS?Membaca artikel super_saiya membuat kita dalam dilema.

Mungkinkah kenyataan DAP sebagai satu signal seperti yang dikatakan oleh saudara Tarabulsi_2008 dalam analisisnya berkenaan isu tersebut(Realpolitik Melayu Islam)adalah benar?Bakal diketepikankah PAS dari Pakatan Rakyat?Mungkin juga...DAP memang sedari dulu menentang usul "Negara Islam" yang diperjuangkan oleh PAS.Memang dari dulu DAP tidak pernah bersetuju dengan PAS didalam isu "Negara Islam"...Didalam Pakatan Rakyat pun tidak ada hubungan secara langsung antara PAS & DAP.Lihat saja betapa lantangnya Lim Kit Siang dan Karpal Singh melontarkan pendiriannya sehingga bila Tok Guru menjemput mereka untuk melihat & bertanya sendiri kehidupan sahabat-sahabat mereka di Kelantan si Karpal menolak mentah-mentah jemputan tersebut.Sementelah pula DAP hari ini punya bilangan kerusi ke-2 terbanyak diparlimen bagi pihak Pakatan Rakyat.Dan Pakatan Rakyat pula bakal bertambah kerusinya seandainya "teori lompat parti" menjadi kenyataan...dimanakah Pas pada masa itu?

Kemungkinan juga apa yang berlaku dipihak PKR ialah adanya persetujuan bersyarat dari para perwakilan BN yang bakal melompat ke PKR?Mungkin perwakilan tersebut meletakkan persetujuan beralih ke PKR dengan syarat agenda asal PAS atau PAS sendiri digugurkan dari Pakatan Rakyat?Demi kuasa,manusia akan melakukan apa sahaja,hatta menggadai maruah sekalipun...macam-macam boleh berlaku didalam politik.Kenapa perlu timbul isu "lompat parti?".Tak bolehkah bersabar sedikit sehingga PRU13?Bukankah kemenangan didalam PRU lebih bermakna dari kemenangan yang "direka?".Biar rakyat yang menentukan kemenangan.Berikan mereka pilihan,biar tangan-tangan mereka yang menentukan pilihan mereka.Kenapa perlu pergi jauh mengangkat diri sendiri ke puncak kekuasaan?

Saya fikir sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan PAS melakukan satu perubahan yang serius didalam parti PAS.Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi "Perjuangan".Perjuangan PAS tidak perlu diubah,tidak perlu dipinggirkan,tidak perlu menukar dasar perjuangan."Kearah Negara Islam" tetap dijadikan perjuangan,Al-Qur'an dan Hadis tetap dijadikan rujukan.

Apa yang perlu berubah ialah organisasi pimpinan PAS dan keahlian PAS.Sudah sampai masanya bagi PAS menerima keahlian dari bukan Islam.Sudah sampai masanya bagi pimpinan PAS bersikap lebih terbuka kepada bukan Islam."Kelab Penyokong PAS" bukan kunci untuk meraih sokongan bukan Islam.Pimpinan PAS sendiri patut tahu berapa ramai bukan Islam yang menyokong PAS tetapi tidak dapat menjadi ahli PAS.PAS bukan satu "agama".PAS sekadar parti yang memperjuangkan Islam!Jadi apakah alasannya untuk bukan Islam tidak boleh menjadi ahli PAS?Perlu ada keterbukaan didalam hal ini.Tidak salah bagi seorang yang bukan Islam berjuang menegakkan Islam bersama-sama PAS.

Apa keistimewaan ahli "kelab penyokong PAS?".Berikan mereka ruang yang lebih luas lagi bagi mereka menyuarakan pandangan dan pendapat mereka didalam PAS.Biar mereka bersama-sama duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan pimpinan PAS.Bukankah "ISLAM UNTUK SEMUA"?Ruang yang ada untuk masyarakat bukan Islam sekarang tidak menepati kata-kata "ISLAM UNTUK SEMUA".Seolah ada double standard.PAS perlu sedar,antara mereka(masyarakat bukan Islam)ada juga yang punya pandangan yang boleh digunapakai,ada yang boleh memimpin dan hanya berminat pada perjuangan dan dasar PAS tetapi sukar untuk disampaikan dengan adanya benteng yang memisahkan yang bukan Islam dengan yang Islam didalam parti PAS.mereka Disyaratkan supaya beragama Islam,barulah boleh menjadi ahli PAS.Bukankah tiada paksaan didalam Islam?Apakah hanya dengan menjadi seorang Islam barulah kepimpinannya diakui?Sempit sangatkah Islam itu?

Organisasi kepimpinan PAS juga perlu dirombak.Beri peluang dan ruang yang lebih kepada yang bukan Islam menyertai kepimpinan PAS dengan syarat mereka bersatu hati dan benar-benar faham akan perjuangan PAS.Bila dicadangkan penyertaan bukan Islam dalam kepimpinan PAS bukanlah bermakna kerusi Presiden juga boleh diberi kepada yang bukan Islam...maksudnya ialah beri peluang dan ruang didalam kepimpinan tetapi hadkan kepada beberapa jawatan(Presiden WAJIB beragama Islam).Dalam organisasi PAS sekarang mempunyai 3 kerusi Naib Presiden.Bahagikan ke3-3 kerusi Naib Presiden 1-mewakili Melayu(WAJIB beragama Islam),1-mewakili China(bukan Islam) dan 1-mewakili India(bukan Islam).Cadangan ini bukan sekadar strategi politik,tetapi perlu dilihat sebagai satu contoh dan bukti persepakatan antara Islam dan bukan Islam juga berbagai bangsa yang sudah semestinya akan memangkir kepada kejayaan PAS dalam menyatukan Ummah mengikut acuan Islam,Al-Qur'an dan Hadis.Dengan ini perumpamaan "Islam Untuk Semua" dapat dibuktikan dengan contoh yang amat jelas sekali kepada rakyat Malaysia khasnya.Sudah sampai masa dan ketikanya PAS membuat perubahan demi masa depan dan perjuangan PAS.Kenapa perlu membuang masa melayan karenah mereka yang tidak faham perjuangan PAS?

Sudah sampai masanya untuk PAS berdiri diatas kaki sendiri.PAS bukan sebuah parti "setahun jagung".PAS sudah ditubuhkan semenjak tahun 1951.PAS sudah berumur 56 TAHUN dan sepatutnya PAS sudah mempunyai tapak yang kukuh disebuah Negara Islam.Jentera PAS pula diakui sebagai jentera yang banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat didalam PRU12.Tetapi apa yang berlaku ialah PAS masih menjadi pilihan TERAKHIR rakyat Malaysia dibelakang UMNO,PKR dan DAP.Berbeza dengan PKR yang melangkah teguh walaupun baru berumur setahun jagung.Kenapa PKR boleh berjaya?

Pimpinan PAS perlu melihat cadangan ini sebagai satu cara yang akan menarik sokongan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.Sampai bila PAS perlu bergantung pada parti lain?Sampai bila PAS mahu menjadi kuda tunggangan?Sampai bila PAS mahu dihina sedemikian rupa?Tidak serikkah PAS bergabung ketika perlu kemudian disisihkan?PAS bukan kad "KAD TOUCH "N" GO!!!"PAS bukan "KUDA TUNGGANGAN!!!"PAS juga bukan "MADU!!!"PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam.Parti yang mendokong agama suci Islam.Perlukah sebuah parti yang memperjuangkan Islam di"PERKUDAKAN?".Pada pimpinan PAS(seandainya anda membaca artikel ini),tepuk dada tanya selera.Masih belum terlambat untuk membuat perubahan dan ingat : "ISLAM UNTUK SEMUA".

Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah.

27-04-2008 12:50:32 PM
oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

BANYAK pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya)

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya)

“..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
(Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya)

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..
(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):

“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya)

" Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). "
(Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat).

Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Senarai Hantu PRU13

Assalamualaikum...

Pilihanraya Umum ke-12 belum pun 2 bulan melepasi kalendar nampaknya pihak UMNO sudah mula bekerja keras untuk memastikan kemenangan dan kelancaran dalam proses PRU13 yang akan datang.benar...tempoh sepenggal bukan masa untuk bersukaria meraikan kemenangan atau meratapi kekalahan.kerja keras perlu untuk berjaya.

Mana suara aktivis BERSIH selepas pilihanraya?mana suara politikus-politikus,blogger-blogger dan mana suara semua individu yang mempertikaikan ketelusan SPR sebelum PRU tempohari?dah lupakah apa yang kamu laungkan sebelum ini?dengan kemenangan yang sedikit takkan semuanya sudah hanyut?nak tunggu tahun akhir penggal ke-12 baru nak berkokok?jangan...jangan mudah lalai...jangan mudah berasa selesa dengan keadaan.inilah masanya yang paling sesuai untuk kita meneliti kembali senarai-senarai para pengundi.

Apa yang perlu diteliti bukan sahaja senarai pengundi baru.yang paling penting sekali ialah senarai pengundi lama.inilah masanya untuk kita menjejak para pengundi yang umornya mencecah ratusan tahun...teliti pada semua senarai,lantik beberapa individu dari kawasan terbabit dan dapatkan pengesahan wujud atau tidak pengundi tersebut...yang mana dah meninggal dunia tu,uruskan pengeluaran nama-nama mereka dari senarai pengundi mengikut prosedur yang ditetapkan.kita juga punya banyak masa untuk meneliti mana-mana nama dalam senarai yang bertindan(2,3,4,atau beberapa kali).perlukah kita tunggu tahun akhir penggal ke-12 baru nak bertindak?bersedia dari awal adalah cara yang terbaik.

Seperkara lagi perlu diingat.Umpan SPR tidak akan dilabuhkan seawal ini...kita perlu mambaca strategi yang dirancang.mungkin senarai awal di Perak hanya sebagai umpan untuk melekakan kita.perlu dilihat lebih jauh sebelum melakukan sesuatu.pada fikiran saya,senarai awal pengundi di Perak bukan umpan hidangan utama.ianya adalah sebagai "desert" sahaja.kalau ada kesilapan pun hanya sedikit sebagai mengambil syarat(kalau telus sangat tentu lagi pelik kan?).Senarai awal yang dikeluarkan adalah sebagai "wayang" yang "kununnya" akan merubah pandangan kita bahawa SPR sekarang adalah badan yang "telus","bersih" dan "berwibawa".

Tunggulah senarai seterusnya dilain-lain negeri dan tak mustahil jika kita leka,akan tercatitlah senarai "pemain-pemain bowling"(1 undi-1 pin)yang tugasnya menamatkan permainan dengan seberapa banyak "pin" yang boleh!demi memenangkan sebuah parti nazak.pokok pangkalnya,sekarang bukan masa untuk bersantai.para petugas,tugas anda belum selesai!

Pengundi yang "roadtax"nya telah tamat tempoh WAJIB dikeluarkan dari senarai,manakala pengundi yang menggunakan banyak "roadtax" juga WAJIB diambil tindakan susulan!

Wanita Melayu Bodoh?

Assalamualaikum...

aku nak tanya semua pembaca,betul ke WANITA MELAYU BODOH?WANITA MELAYU SAHAJAKAH YANG BODOH?KENAPA WANITA MELAYU JADI BODOH?sebab selalu ditipu?kenapa WANITA MELAYU?


Kita pergi kepada perkara pokok.Dalam satu kehidupan bergelar "Rumahtangga" : "Rumahtangga" aku,"Rumahtangga" engkau,"Rumahtangga" dia,"Rumahtangga" korang..."Rumahtangga" kita...SIAPA "KETUA" DALAM SEMUA RUMAHTANGGA?"Ketua" tu ape? - BOSS,MAJIKAN,YANG MEMERINTAH tu ketua la!tu pun tak tau ke?nak kena bagi tau jugak?macam mana nak jadik ketua kalau makna KETUA pun tak tau!hampeh la korang ni...kalau dalam keluarga aku,aku la ketua(sebab aku dah kawin).sape-sape yang belum kawin tu...BAPAK korang la ketua keluarga,ketua rumahtangga.

Cerita pasal ketua keluarga pulak...korang paham tugas ketua keluarga?bukan tugas la...tugas ni kira macam kerje la pulak...TANGGUNGJAWAB!apa tanggungjawab korang sebagai ketua keluarga?STAKAT NAFKAH BATIN SAMPAI PAT LIMA ROUND satu malam tu x de maknenye...budak sekolah skarang boleh bikin lagi bagus!ni nak gi tau kasi terang!kalau tak terang lagi biar aku suluh dalam mata tu ngan lampu neon STADIUM MELAWATI biar sampai bergemerlapan trus kepala ngan mata tu!

Sebagai ketua keluarga,apa yang korang buat untuk megharmonikan rumahtangga korang?(ni aku hantam sama2 lelaki ni...ah...peduliklah...kenyataan ape!).memang aku salahkan lelaki dalam hal ni.sebab korang "KETUA"!ada sape-sape berani nak tegur kalau bini nak kuar rumah tak pakai tudung,tak tutup aurat?adeee......(dorg jwb dlm hati-aku tau...).yang tak tegur pun adeee...(aku tau la...).sebab apa tak tegur?lawa tak pakai tudung?lawa tak tutup aurat?(hehehe...ooo...gelak dlm hati e...)ada jugak SPISIS YANG TAK LEH TEGUR LANGSUNG BINI SENDIRI.sebab apa hang tak tegoq bini hang tak tutup aurat tu?...pssst...x leh...gaji dia besaq dari gaji aku...lagipun aku dah banyak makan duit gaji dia...kang tegoq kang dia ungkit bab duit tu tidoq Luaq la aku malam nih!...ooo......gitu...

ni lagi satu hal!mase bujang-bujang dulu(sekarang dah jadi trend)carik calon bini,nak yang gaji besaq,keta besaq,keja baguih,anak orang besaq,rumah besaq,*TUT* pun nak besaq!pendek kata carik calon bini bukan ikut akal,tapi ikut nafsu!last-last hang jadik pencacai pencuci pinggan ja kat umah.AMIK KAU NAK SANGAT YANG BESAQ-BESAQ!orang pompuan ni satu sikap dia...kalau hang tak leh nak jaga dia,tak leh nak jalan tanggungjawab dia,dia akan survive sendiri.ini kenyataan.jarang sekali orang pompuan yang disia-siakan hidupnya mengharap pada orang lain!kebanyakan dorang akan cuba jugak berdiri atas kaki dorang sendiri!cuma langkahnya kadang-kadang tersilap!(sesuai la sebab dorang ni insan yang lemah)

jadi kita sebagai ORANG LELAKI@JANTAN PERKASA@TERMINATOR@SUPERMAN,OTROMAN,GABAN,BLA BLA BLA(hero kan majoritinya "lelaki")apa fungsi kita sebagai ketua dalam melindungi insan yang lemah ni?tengok aje?(ade tu yg jawab - ala......bukan anak beranak aku pon...)amboih...lan...ape ko cakap tadi?biarkan dorang sebab dorang memang bodoh?eloklah tu...ko yang cerdik tu jadik lagi bodoh sebab biarkan orang bodoh.ngko nye ceredik tu ko nak wat ape?sok-sok anak beranak ko kene baru ko tau!

ni ada lagi satu spisis.SPISIS KAYA RAYA TAK HENGAT DUNIA.anak i tu...saje i bagi kebebasan penuh kat dia biar dia belajar kehidupan kotaraya.sebagai ketua keluarga...cara ngko tu NAK NGAJAR ANAK KEHIDUPAN KOTARAYA KE NAK PERANCHOR HIDUP ANAK NGKO?(aku menjerit nih!)betul ke cara tu?macam mak ayam...biar anak ayam lintas jalan sendirik pas tu bila kene langgor lori hantu mula la sebok beketak sana sini,silap-silap lori hantu tu kene pangkah!ngko sendiri yang salah ngko nak KAMBING ITAM kan orang lain pulak!pokok pangkalnya permasalahan ni memang salah "LELAKI".

tak betul ke aku cakap?aku punya suke la!

Jadi...BAPAK-BAPAK yang mana baca komen ngan ulasan aku ni cuba korang fikir(nabil cakap - LU FIKIR LA SENDIRI!)kat mana sepatutnya korang berada dalam hal ni...patutnya tempat isteri tu kat rumah je...jaga badan,tunggu suami balik.kita ni tanggungjawab kita besar.cari nafkah.usaha,tulang empat kerat tu ada.korang hengat tuhan suke-suke je bagi anggota badan korang tu cukup?korang hengat suke-suke je tuhan bagi badan korang kuat?Lelaki skarang ni lemah...lemah sangat-sangat...tanggungjawab pada keluarga sendiri pun tak mampu nak buat...yang wajib sekali didikan agama.penting sangat-sangat tu.ada yang cakap - aku sendiri pun tak reti agama,camane aku nak ajar anak bini aku?belajar la sikit-sikit.banyak bahan bacaan ada(surf internet carik gambo "bugel" reti la pulak!).kita ni yang dah tak berape reti hal-hal agama takkan nak biarkan anak bini kita pun macam kita jugak?sekurang-kura ngnya usaha jangan sampai mereka merasa kesusahan yang pernah kita rasa dulu.kita sendiri pun tak tahan dengan kesusahan apalagi insan yang lemah macam mereka?

cukuplah...kenape isteri nak kene kuar rumah cari rezeki?sebab gaji tak cukup?usaha la...usaha kene lebih...rezeki tu ada dimana-mana.kita ni lelaki.malu la kat "insan yang lemah" kalau mende small matter macam tu pun x leh nak buat.usaha bukan sebab malu...USAHA SEBAB TU MEMANG TANGGUNGJAWAB KITA!aku ulang balik...LELAKI SEKARANG MEMANG LEMAH,LEMBIK,BACUL,PONDAN@AGAR-AGAR,DODOL,LEMAU DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.tak setuju?mana la korang nak mengaku KELEMAHAN DIRI KORANG!(aku pun sama).

ni baru sikit-sikit contoh aku bagi nih...ikot ati panas aku ni mau abis dakwat PC aku nih aku taip!!!korang fikir sendiri la silap siapa...tak yah la nak tuding-tuding jari kat sape-sape dah...kambing itam pun dh x de dh...sme dh abis kene boking masa awal-awal tajuk ni kuar.kenyataan dan hakikatnya jelas - LELAKI SEKARANG LEMBIK & LEMAH.

* Firman Allah "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) . Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" (Al-Ahzab : 59)