"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 27, 2008

Surat Terbuka Buat Pimpinan PAS.

Assalamualaikum...
"Realpolitik Melayu Islam" - Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh DSAI sebagai tonggak kepada Pakatan Rakyat?Apa sebenarnya yang dimainkan oleh DAP?Apa sebenarnya yang dilakonkan oleh PKR dan apa sebenarnya yang sedang dihadapi oleh PAS?Membaca artikel super_saiya membuat kita dalam dilema.

Mungkinkah kenyataan DAP sebagai satu signal seperti yang dikatakan oleh saudara Tarabulsi_2008 dalam analisisnya berkenaan isu tersebut(Realpolitik Melayu Islam)adalah benar?Bakal diketepikankah PAS dari Pakatan Rakyat?Mungkin juga...DAP memang sedari dulu menentang usul "Negara Islam" yang diperjuangkan oleh PAS.Memang dari dulu DAP tidak pernah bersetuju dengan PAS didalam isu "Negara Islam"...Didalam Pakatan Rakyat pun tidak ada hubungan secara langsung antara PAS & DAP.Lihat saja betapa lantangnya Lim Kit Siang dan Karpal Singh melontarkan pendiriannya sehingga bila Tok Guru menjemput mereka untuk melihat & bertanya sendiri kehidupan sahabat-sahabat mereka di Kelantan si Karpal menolak mentah-mentah jemputan tersebut.Sementelah pula DAP hari ini punya bilangan kerusi ke-2 terbanyak diparlimen bagi pihak Pakatan Rakyat.Dan Pakatan Rakyat pula bakal bertambah kerusinya seandainya "teori lompat parti" menjadi kenyataan...dimanakah Pas pada masa itu?

Kemungkinan juga apa yang berlaku dipihak PKR ialah adanya persetujuan bersyarat dari para perwakilan BN yang bakal melompat ke PKR?Mungkin perwakilan tersebut meletakkan persetujuan beralih ke PKR dengan syarat agenda asal PAS atau PAS sendiri digugurkan dari Pakatan Rakyat?Demi kuasa,manusia akan melakukan apa sahaja,hatta menggadai maruah sekalipun...macam-macam boleh berlaku didalam politik.Kenapa perlu timbul isu "lompat parti?".Tak bolehkah bersabar sedikit sehingga PRU13?Bukankah kemenangan didalam PRU lebih bermakna dari kemenangan yang "direka?".Biar rakyat yang menentukan kemenangan.Berikan mereka pilihan,biar tangan-tangan mereka yang menentukan pilihan mereka.Kenapa perlu pergi jauh mengangkat diri sendiri ke puncak kekuasaan?

Saya fikir sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan PAS melakukan satu perubahan yang serius didalam parti PAS.Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi "Perjuangan".Perjuangan PAS tidak perlu diubah,tidak perlu dipinggirkan,tidak perlu menukar dasar perjuangan."Kearah Negara Islam" tetap dijadikan perjuangan,Al-Qur'an dan Hadis tetap dijadikan rujukan.

Apa yang perlu berubah ialah organisasi pimpinan PAS dan keahlian PAS.Sudah sampai masanya bagi PAS menerima keahlian dari bukan Islam.Sudah sampai masanya bagi pimpinan PAS bersikap lebih terbuka kepada bukan Islam."Kelab Penyokong PAS" bukan kunci untuk meraih sokongan bukan Islam.Pimpinan PAS sendiri patut tahu berapa ramai bukan Islam yang menyokong PAS tetapi tidak dapat menjadi ahli PAS.PAS bukan satu "agama".PAS sekadar parti yang memperjuangkan Islam!Jadi apakah alasannya untuk bukan Islam tidak boleh menjadi ahli PAS?Perlu ada keterbukaan didalam hal ini.Tidak salah bagi seorang yang bukan Islam berjuang menegakkan Islam bersama-sama PAS.

Apa keistimewaan ahli "kelab penyokong PAS?".Berikan mereka ruang yang lebih luas lagi bagi mereka menyuarakan pandangan dan pendapat mereka didalam PAS.Biar mereka bersama-sama duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan pimpinan PAS.Bukankah "ISLAM UNTUK SEMUA"?Ruang yang ada untuk masyarakat bukan Islam sekarang tidak menepati kata-kata "ISLAM UNTUK SEMUA".Seolah ada double standard.PAS perlu sedar,antara mereka(masyarakat bukan Islam)ada juga yang punya pandangan yang boleh digunapakai,ada yang boleh memimpin dan hanya berminat pada perjuangan dan dasar PAS tetapi sukar untuk disampaikan dengan adanya benteng yang memisahkan yang bukan Islam dengan yang Islam didalam parti PAS.mereka Disyaratkan supaya beragama Islam,barulah boleh menjadi ahli PAS.Bukankah tiada paksaan didalam Islam?Apakah hanya dengan menjadi seorang Islam barulah kepimpinannya diakui?Sempit sangatkah Islam itu?

Organisasi kepimpinan PAS juga perlu dirombak.Beri peluang dan ruang yang lebih kepada yang bukan Islam menyertai kepimpinan PAS dengan syarat mereka bersatu hati dan benar-benar faham akan perjuangan PAS.Bila dicadangkan penyertaan bukan Islam dalam kepimpinan PAS bukanlah bermakna kerusi Presiden juga boleh diberi kepada yang bukan Islam...maksudnya ialah beri peluang dan ruang didalam kepimpinan tetapi hadkan kepada beberapa jawatan(Presiden WAJIB beragama Islam).Dalam organisasi PAS sekarang mempunyai 3 kerusi Naib Presiden.Bahagikan ke3-3 kerusi Naib Presiden 1-mewakili Melayu(WAJIB beragama Islam),1-mewakili China(bukan Islam) dan 1-mewakili India(bukan Islam).Cadangan ini bukan sekadar strategi politik,tetapi perlu dilihat sebagai satu contoh dan bukti persepakatan antara Islam dan bukan Islam juga berbagai bangsa yang sudah semestinya akan memangkir kepada kejayaan PAS dalam menyatukan Ummah mengikut acuan Islam,Al-Qur'an dan Hadis.Dengan ini perumpamaan "Islam Untuk Semua" dapat dibuktikan dengan contoh yang amat jelas sekali kepada rakyat Malaysia khasnya.Sudah sampai masa dan ketikanya PAS membuat perubahan demi masa depan dan perjuangan PAS.Kenapa perlu membuang masa melayan karenah mereka yang tidak faham perjuangan PAS?

Sudah sampai masanya untuk PAS berdiri diatas kaki sendiri.PAS bukan sebuah parti "setahun jagung".PAS sudah ditubuhkan semenjak tahun 1951.PAS sudah berumur 56 TAHUN dan sepatutnya PAS sudah mempunyai tapak yang kukuh disebuah Negara Islam.Jentera PAS pula diakui sebagai jentera yang banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat didalam PRU12.Tetapi apa yang berlaku ialah PAS masih menjadi pilihan TERAKHIR rakyat Malaysia dibelakang UMNO,PKR dan DAP.Berbeza dengan PKR yang melangkah teguh walaupun baru berumur setahun jagung.Kenapa PKR boleh berjaya?

Pimpinan PAS perlu melihat cadangan ini sebagai satu cara yang akan menarik sokongan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.Sampai bila PAS perlu bergantung pada parti lain?Sampai bila PAS mahu menjadi kuda tunggangan?Sampai bila PAS mahu dihina sedemikian rupa?Tidak serikkah PAS bergabung ketika perlu kemudian disisihkan?PAS bukan kad "KAD TOUCH "N" GO!!!"PAS bukan "KUDA TUNGGANGAN!!!"PAS juga bukan "MADU!!!"PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam.Parti yang mendokong agama suci Islam.Perlukah sebuah parti yang memperjuangkan Islam di"PERKUDAKAN?".Pada pimpinan PAS(seandainya anda membaca artikel ini),tepuk dada tanya selera.Masih belum terlambat untuk membuat perubahan dan ingat : "ISLAM UNTUK SEMUA".

No comments: