"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 12, 2010

Cabaran Kepada KICKDEFELLA: Sila Buat Laporan Kepada SPRM

Semenjak “KICK” ada tuan baru ni, habis diserangnya TGNA. Walaupun dalam isu Arifahmi, saya bersependapat dengan beliau, tapi sejak akhir-akhir ini, tulisan beliau amat melampau.

Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau.

Baca selanjutnya disini.

Speaker DUN Kelantan "Terkejut", Rancang Beli 3 Enjin Jet F5-E

Oleh: Jeming Hasan

Dato' Nassuruddin Hj Daud yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan memberitahu para hadirin bahawa belia mahu membeli 3 buah enjin jet pesawat F5-E termasuk `afterburner'yang berharga RM303,570 setiap satu.

2 dari enjin jet tersebut akan disedekahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sebelum ini baru kehilangan 2 buah enjin jet jenis F5-E, Manakala satu lagi enjin jet tersebut akan digunakan sebagai kegunaan peribadi.

Beliau juga ada menyatakan yang beliau akan memuatkan enjin jet tersebut kedalam kenderaan kegunaan peribadinya untuk menghadiri mana-mana ceramah yang menjemputnya tidak kira di dalam Malaysia atau luar daripada Malaysia.

Belia juga menyatakan bahawa akan menghantar atau mengambil mana-mana penceramah PAS yang ingin berceramah di Kelantan jika beliau berjaya membeli enjin jet F5-E. Beliau yang dikatakan akan meminta rakyat kelantan supaya menyumbangkan sedikit sebanyak wang dalam membantunya memiliki 3 buah enjin jet tersebut, ada juga yang mengatakan yang beliau akan meletakkan salah satu enjin jet tersebut pada motornya.

Namun betul atau tidak tidaklah dapat dipastikan. Beliau berkata demikian pada ceramahnya bersama Yb Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) di Kg Paya Senang gelanggang takraw belakang SIC Kota Bharu pada pada malam semalam.

Beliau nyata terkejut dengan harga enjin jet yang dikatakan bernilai hanya RM303,570 sahaja. Belia mencabar kerajaan supaya memberitahunya dimanakah boleh didapati enjin jet yang semurah itu yang dijual dan dia sendiri akan merayu kepada rakyat Kelantan supaya menyumbangkan wang untuk membeli enjin jet yang baru bagi menggantikan enjin jet yang hilang tersebut.

Tambahnya lagi, beliau yang terkejut kerana enjin jet yang kononnya merupakan sebuah pesawat keselamatan negara lebih murah berbanding dengan harga sebuah kereta Porche. Beliau juga terkejut dengan kehilangan enjin jet tersebut memandangkan enjin jet tersebut merupakan dibawah kawalan anggota tentera sendiri.

Beliau juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keselamatan negara ini yang sebelum ini pernah digemparkan dengan penggunaan C4 yang menunjukkan akta kawalan senjata tentera sangat longgar. Beliau juga terkejut kerana kesemua yang berlaku ini ketika dibawah kementerian Pertahanan yang sama iaitu Dato' Seri Najib yang sekarang merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Isu kapal selam juga sangat mengejutkan rakyat kerana Malaysia memiliki sebuah kapal selam yang tidak mampu tenggelam yang merupakan salah satu keajaiban di dalam dunia. Ucapan syabas kepada Najib kerana telah mengharumkan nama Malaysia kerana memiliki sebuah kapal selam yang tidak mampu tenggelam.

*TPU - berapa banyak terkejut daaa...