"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 13, 2009

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti & Harapan (video)

Sumber - Mediakini Video

1Malaysia: Membudayakan Kencing & Pijak Demi Kepentingan Politik

Satu lagi projek 1Malaysia! Perbuatan sesetengah pihak yang berkepentingan politik amat menjijikan. Malah aksi yang paling biadap dan tidak bertamadun ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Aksi kencing berdiri atas gambar pemimpin parti lawan juga melambangkan betapa matangnya mereka berpolitik.
:BANGSA MALAYSIA

1Malaysia: Zambry, Razak, Jambatan Gantung...

  • Zambry berkata selepas peristiwa itu, rakyat mula melihat kepada apa yang beliau dan kerajaan negeri yang baru telah lakukan di Perak - BERNAMA
Saja nak kacau orang Perak.

Nama : Abdul Razak Abdullah

No Kad Pengenalan : 651005085277

Alamat : Kampung Jelintoh, 31600, Gopeng, Perak Darul Ridzuan (baca Darul Kartun)

Keahlian Parti : UMNO

Jawatan Dalam Parti : Bendahari UMNO Gopeng
Dekat atas ni gambar jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang, Gopeng

Apa kaitannya..?

Royalty Minyak Kelantan: Dato' Husam Di Astro Awani

Sumber - pinkturtlevideo

Baru Saya Faham Mengapa Ada Ulama Telah Mengkafirkan UMNO Dalam Tahun 60an

Barulah saya faham mengapa ada ulama-ulama pondok dalam tahun 60an yang telah mengkafirkan UMNO. RUpanya UMNO telah menghalalkan benda yang haram semenjak penubuhannya lagi. Bukti utama adalah Lotteri UMNO yang saya tunjukkan dokumen-dokumen berkaitan dengannya dalam artikel saya “Hari Ini Dalam Sejarah: Lotteri UMNO

Saudara boleh rujuk buku karangan Al Qardhawi yang bertajuk “Al Halal Wal Haram Fil Islam” yang mana Dr Yusuf menyatakan dengan tegas bahawa hukum menghalalkan benda yang haram adalah kafir. Dengan kata lain, jatuh kafir seseorang itu apabila ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. (Sapa kata Feqah tiada kena mengena dengan Akidah?).

UMNO dengan jelas mengharamkan judi. Mereka mempromosi serta menjadikan loteri UMNO sebagai sumber kewangan utama mereka sekaligus menebarkan budaya berjudi di kalangan orang Islam dan orang Melayu. Apabila UMNO buat, maka semua orang Melayu lain akan ikut, kecuali kalau yang menyokong PAS.

Saya ada membaca dalam sejarah Tok Guru Nik Aziz. Dalam pertengahan 60’an apabila isu mengkafirkan UMNO ini hangat, maka di Kelantan telah diadakan satu seminar anjuran UMNO. Ia bertujuan untuk menyalahkan PAS dalam isu kafir mengkafir ini serta membersihkan imej UMNO sama sekali.

Mereka menjemput Tok Guru Nik Aziz sebagai peserta kerana di waktu itu beliau baru balik dari Mesir dan membantu mengajar di kelas2 dewasa anjuran KEMAS. Mereka berharap TOk Guru akan menjadi tokoh UMNO yang akan mempertahankan UMNO.

Tapi, harapan mereka meleset kerana dalam seminar tersebut, Tok Guru telah bangkit dan mempertahankan PAS serta menyerang UMNO habis-habisan.

Tak lama selepas itu, salah seorang ahli Parlimen PAS meninggal dunia bagi kerusi Kelantan Hilir dan Tok Guru Nik Aziz dicalonkan menggantikan allahyarham Tuan Guru tersebut dalam sebuah pilihanraya kecil. Tuan Guru bekas MP tersebut meninggal dunia akibat penderaan yang teruk dalam tahanan ISA.

Tok Guru Nik Aziz menang dengan cemerlang dalam pilihanraya kecil tersebut dan semenjak itu, beliau tidak pernah kalah bertanding pilihanraya kecuali sekali dalam tahun 1986. Itu pun kepada calon HAMIM dan bukannnya dengan calon UMNO.

Pendirian Tulang Besi

Bagi saya, mari kita selesaikan isu ini sama sekali. Saya cabar UMNO membawa kes ini di mahkamah Syariah supaya satu deklarasi dapat dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah kita. Namun, saya yakin UMNO tak berani sebab mereka tahu, kalau mereka bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, mereka akan kalah.

Tak payah pakai kitab Sheikh Yusuf Al Qaradhwi, pakai Mutthalaal Badrin pun cukup untuk memastikan UMNO kalah dalam perbicaraan kes kafir mengkafir ini.

Tulang Besi menunggu kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah dan Tulang Besi akan mengambil keputusan Mahkamah Syariah dengan hati yang terbuka.

UMNO boleh lantik Mufti mereka yang tak fasih cakap Arab tu untuk jadi peguamcara mereka.

Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin dalam PAS yang kemaruk nak duduk satu kelambu dengan UMNO. Dah lah UMNO tu hina, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ni lagi hina.

Tulang Besi

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti & Harapan

Ulasan Akhir.

Pada aku, wacana yang diadakan menepati sasaran awal penganjur. wakil dari PAS iaitu Nik Amar konsisten dalam membahaskan hujahnya, segala kenyataannya tidak keluar dari tajuk perbincangan, Dr Asri pula dilihat mengambil sikap yang berkecuali iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam setiap hujahnya. beliau menjawab dengan baik soalan dari Nakhaie tentang doa musnah TGNA.

Beliau menerangkan kepada hadirin, Nakhaie dan juga Affandi berkenaan dengan doa TGNA. kata Dr Asri, orang yang dizalimi, berhak mendoakan kemusnahan terhadap orang yang menzalimi dirinya dan hujahnya gagal disanggah oleh Nakhaie dan juga Affandi.

Affandi pula kelihatan seperti banyak membuat kajian sebelum menghadiri wacana tetapi sayangnya kebanyakan dari hujahnya "memakan diri" lantaran apa yang disebutkan kebanyakannya dilakukan oleh UMNO. hujahnya banyak menumpu pada isu hukum hudud.

Kata Affandi, PAS hanya pandai menggunakan agama dalam berpolitik dan Affandi juga mempersoalkan PAS yang gagal menjalankan hukum hudud sejak awal pemerintahan PAS di Kelantan lagi. Affandi juga mencabar PAS supaya membawa kembali usul hudud ke Parlimen jika benar PAS mahu menjalankan hukum hudud.

Hujah Affandi kemudian dijawab oleh Nik Amar yang mengatakan bahawa Affandi hanya pandai bercakap sahaja sedangkan Affandi sebenarnya tidak faham prosedur Parlimen yang berkehendakkan kelulusan dari Speaker dan Menteri didalam membawa apa-apa usul di Parlimen untuk dibahaskan.

Nik Amar juga berjaya memerangkap Affandi dengan soalan, sekiranya PAS membawa draf hukum hudud ke Parlimen, adakah UMNO akan menyokongnya atau menolaknya seperti yang pernah UMNO lakukan dahulu..? soalan Nik Amar tidak dijawab oleh Affandi dan juga Nakhaie malahan apabila Prof Agus mengajukan soalan yang sama pada Affandi dan Nakhaie, ke-2-2nya tidak menjawab soalan tersebut.

Prof Agus juga sempat bertanyakan Nik Amar berkenaan dengan desakannya supaya TGNA menamakan penggantinya dan Nik Amar menjawab soalan Agus dengan mengatakan bahawa pihak media tidak menyiarkan kesemua kenyataannya dimana dalam kenyataannya dia ada menyebut bahawa TGNA perlu menamakan penggantinya kerana dia tidak mahu TGNA sekiranya TGNA berhenti secara mengejut tanpa menamakan penggantinya.

Kata Nik Amar, pihak media telah mengulas kenyataannya yang telah disunting dan mungkin ianya dilakukan dengan tujuan melaga-lagakan ahli-ahli PAS.

Berkenaan dengan media pula, Dr Asri nampaknya sependapat dengan Nik Amar dan Prof Agus yang mengatakan bahawa pihak media tidak boleh dipercayai kerana banyak kenyataan yang tidak menguntungkan UMNO tidak disiarkan manakala kenyataan yang disiarkan hanya untuk dimanipulasi sahaja.

Dr Asri juga sempat mensihatkan para ulama dan juga badan-badan keagamaan supaya menumpukan pada soal memartabatkan Islam di Malaysia daripada menangkap pendakwah-pendakwah yang tidak diberi tauliah.

Affandi pulak dalam hujah akhirnya menyalahkan Dr Hasan Ali dalam banyak isu agama yang menjadi kontroversi di Selangor. lain-lain aku malas nak ulas... hahaha... korang cuba la surf dekat lain-lain blog pulak.

Kesimpulannya ialah - UMNO memang tak minat nak martabatkan Islam dekat Malaysia sebab kalau Islam dimartabatkan dan hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, alamatnya ramai la pemimpin UMNO jadik penghuni penjara. hahaha...!

UMNO - AYAM
Antara tetamu penting yang hadir.
Barisan ahli panel dan moderator kusyuk mendengar soalan dari hadirin dalam sessi soal-jawab.
Update 21:59pm.
Suasana makin panas, Nik Amar dan Dr Asri dengan hujah yang konsisten, Nakhaie dengan Affandi pulak tak habis-habis dengan isu Pakatan dengan DAP dan jugak hudud.

Soalan balas dari Dr Asri dan Nik Amar gagal dijawab. Soalan dari Agus juga gagal dijawab sehingga Agus terpaksa memanjangkan soalan yang sama sehingga 2-3 kali kerana lain yang disoal, lain yang dijawab.
Hadirin semakin bersemangat.

UMNO cuma guna agama ketika nak makan dan nikah kahwin sahaja. Nakhaie tegaskan kalau nak lawan azan, memang tak terlawan dengan TPM (hujah Nakhaie tentang Islamnya pimpinan UMNO) dan Nik Amar tegaskan bahawa Islamnya pemimpin bukan pada hebatnya dia melaungkan azan.

Update 21:41pm.
Islam tidak ada masalah sebaliknya yang bermasalah ialah pemimpin yang memimpin dan dari kalangannya ialah orang Islam sendiri kata bekas ahli PAS yang pernah memegang jawatan tertinggi didalam PAS satu masa dahulu.

Alamak... Aku tak paham apa Nakhaie merapu da... Tiba-tiba dia naik angin... Nakhaie persoalkan antaranya kelemahan umat Islam dalam soal pembangunan Islam...

Kata Nakhaie lagi, semasa dia berada didalam PAS, tidak ada seorangpun individu bukan Islam berjaya di Islamkan oleh dirinya tetapi setelah berada didalam UMNO, dia berjaya mengislamkan lebih dari 7000 ribu orang bukan Islam.

Dalam hujahnya juga Nakhaie menegaskan bahawa ianya berlaku kerana PAS pada ketika itu tidak pernah mengadakan program seumpamanya untuk menarik golongan bukan Islam kepada Islam. hujah Nakhaie kemudiannya ditempelek oleh hadirin yang mempersoalkan kedudukannya didalam PAS pada ketika itu.
  • "Nakhaie pada ketika itu memegang jawatan tertinggi dalam PAS tetapi kenapa dia pada ketika itu yang mempunyai kuasa tidak mengadakan program seumpama itu padahal dia ada kuasa untuk melaksanakannya..? ini hujah "bodoh" kata hadirin pada Nakhaie.
Nakhaie juga dalam hujahnya mempersoalkan peranan bukan Islam yang lebih berjaya dalam beberapa segi dan umat Islam terkebelakang dibawah PAS.

Nakhaie agaknya masih berada dalam mimpi... dia tak sedar ke yang memegang kuasa di Pusat ialah UMNO dan sepatutnya UMNO lah yang bertanggung jawab dalam hal ni. kenapa nak salahkan PAS dan kenapa tanggung jawab berkenaan Islam nak diletakkan diatas kepala PAS padahal dalam masa yang sama, UMNO menuduh PAS sebagai Parti Sesat..?

Nakhaie jugak dalam hujahnya banyak membicarakan soal "melayu"....

Senang cerita... Nakhaie ni terang-terang Assobiyah la... Ceh... Ni ustaz ke tukang pelaga kaum..?

Agus tanya Nakhaie apa perbezaan pengalaman masa dalam PAS dan UMNO..? jawab Nakhaie - PAS amalkan Islam sekular manakala UMNO amalkan Islam sebenar... Korang pikir la sendiri...

Update 21:39pm.
Nik Amar baru je mula berhujah sebagai panel pertama. Kata Nik Amar, Islam makin terpinggir di Malaysia. Bila ada isu-isu agama, para ulama dijadikan sebagai rujukan terakhir dan tiap kali juga pandangan ulama diperlekehkan. apa yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat ialah, meletakkan ulama hanya sebagai simbol agama sahaja tetapi peranan ulama sama sekali tidak digunakan dengan sebaiknya.

Badan-badan agama hanya sebagai perhiasan. Undang-undang syariah pula hanya sebagai 'syarat' tapi dari segi pelaksanaan, akhir sekali.

Paling menakutkan ialah bila isu murtad dianggap sebagai isu kecil dan timbul trend melabel atau mewujudkan Islam baru, contohnya Islam HadHari. Ini amat mengelirukan umat Islam.
Dr Asri sebagai panel ke-2 pula dalam hujah pembukaannya mempersoalkan pelaksanaan undang-undang syariah, pengurusan zakat, kelemahan pelaksanaan syariat Islam yang mengakibatkan yang bukan Islam 'tawar hati' kepada Islam.

Peranan ulamak juga dipersoalkan oleh Dr Asri. Ada ulama yang pentingkan harta, kerusi, pangkat, dunia, jawatan sehingga sekadar menjadi ulama bisu.

Hujah Dr Asri disambut dengan sorakan sokongan dari orang ramai. Dr Asri juga menyelar pandangan setengah pihak terhadap mazhab lain selain mazhab syafie.
  • "Saya tidak tahu apa itu 'Wahabi', yang saya tahu saya ialah Asri"
Tegas Dr Asri dan disusuli dengan sorakan takbir oleh para penyokong Kerajaan Negeri Kelantan.

Update 21:03pm.
Penyokong Gerombolan Yang Hadir... tak cukup korum lagi ni... kepala demo depan SUK hari tu pun ada...
Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan yang memenuhi dewan... yang mana lewat, terpaksa berdiri di belakang dewan dan juga diluar dewan. tapi tak payah risau sebab skrin besar disediakan untuk yang berada diluar dewan.

Update 20:05pm.
Ruang dalam dewan masih belum penuh... orang ramai mula memenuhi dewan KTC.