"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 27, 2008

Polis siasat blog didakwa hina Nabi Muhammad

Polis akan menyiasat perbuatan menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog seperti yang didakwa dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung, khususnya umat Islam dan orang Melayu serta mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa.

Ketika dihubungi Bernama, Ismail berkata, dari sudut perundangan, ia dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan polis akan segera menyiasat pemilik serta penulis blog berkenaan.

Dalam laporannya hari ini, akhbar berkenaan mendakwa terdapat sebuah laman blog, yang kononya milik seorang wanita Melayu, yang dikesan melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W dan menggunakan gambar dan lukisan.

Laporan itu juga memberitahu selain penuh dengan tohmahan, artikel tersebut turut disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburuk-burukkan Nabi Muhammad S.A.W.

Jumpa menteri


Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.

"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.

Ahmad Shabery berkata wanita yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat pemotoran besar di Lembah Klang sendiri mengakui beliau keliru dengan motif pihak tidak bertanggungjawab itu selain tertanya-tanya kenapa identitinya dijadikan mangsa.

"Dia mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah pun membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Sehubungan itu, menteri berkenaan meminta pihak terbabit menyiasat segera laman blog berkenaan untuk membersihkan nama wanita terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bagaimanapun beliau difahamkan laman blog terbabit mempunyai pelayar yang berpangkalan di luar negara dan menyukarkan Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak terbabit.

Katanya, beliau yakin laman blog itu sengaja diadakan-adakan oleh pihak yang mempunyai niat buruk terhadap wanita berkenaan serta majikannya.

Beliau berkata wanita itu kini berada dalam keadaan tekanan mental dan fizikal ekoran kejadian tersebut.

Ahmad Shabery yakin wanita tersebut tidak bersalah kerana jika benar beliau mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam, tidak mungkin masa yang sama laman blog terbabit turut mempunyai ucapan berbaur penghinaan terhadap agama lain.

-malaysiakini

Hudud: Samy minta Anwar nyatakan pendirian

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini.

Katanya, Anwar, yang penasihat PKR, tidak sepatutnya berdiam diri dengan isu itu kerana kegagalannya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan undang-undang itu boleh menimbulkan bantahan daripada masyarakat India di negara ini, lapor Bernama.

Katanya kini sudah timbul protes secara senyap di kalangan masyarakat India sejak Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata PAS tidak pernah melupakan matlamat mereka bagi melaksanakan undang-undang Hudud di negara ini.

"Anwar sepatutnya menjelaskan pendiriannya dan parti yang diwakilinya, terutama kepada bukan Islam yang menyokong pembangkang agar mereka dapat menilai dan membuat keputusan sama ada untuk terus menyokong pembangkang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samy Vellu berkata, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, ramai kaum India yang membawa bendera PAS tetapi "adakah ini cara PAS dan parti pembangkang yang lain menghargai mereka".

Dengan perkembangan terbaru sekarang, kata Samy Vellu, Anwar sepatutnya memberi penjelasan berhubung isu itu kerana jika tidak ia akan membuktikan bahawa Anwar dan pembangkang hanya mempermain-mainkan orang ramai.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul RahmanSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

Tuanku Ja'afar yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 diputerakan di Klang, Selangor, pada 19 Julai 1922.

Baginda merupakan putera kedua Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga 1933 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1933 hingga 1944.

Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura pada tahun 1941, tetapi ia terganggu apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semasa pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban manakala dari 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau, Negeri Sembilan.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Ipoh dan Pegawai Daerah di Tampin, Negeri Sembilan.

Tuanku Ja'afar meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-undang LL.B di Universiti Nottingham, United Kingdom pada tahun 1951.

Semasa berada di Britain, baginda juga mengambil peluang untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford.

Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda telah diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negera; antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari tahun 1957 hingga 1958.

Baginda juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kounselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Tanah Melayu di London, dan kemudian pada tahun 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London.

Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia di Republik Arab Bersatu yang beribu pejabat di Kaherah dari tahun 1963 hingga 1965 dan Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari tahun 1965–1967.

Tuanku Ja'afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976 dan sering menggesa supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan.

Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

Baginda pernah menerima Anugerah Pingat Keamanan Dunia Sri Chin Moy Centres International pada 11 Disember 2005 yang disampaikan oleh Sri Chin Moy yang mengasaskan pertubuhan antarabangsa itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda dalam kemajuan pendidikan, perkhidmatan awam, sukan, serta memartabatkan nama Negeri Sembilan dan Malaysia di mata dunia.

Tuanku Ja'afar dan keluarga juga turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan" kerana baginda sekeluarga meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar negara.

Baginda meninggalkan Tuanku Ampuan, Tunku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, tiga putera dan tiga puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Putera Nadzaruddin.

Diarah bayar AS$1 juta


Keluarga diraja Negri Sembilan yang diterajui oleh Tuanku Ja’afar mempunyai pegangan dalam beberapa buah syarikat, termasuk Antah Holdings, sebuah konglomerat yang terbabit dalam bidang kewangan, industri minyak dan gas serta dalam bidang pembuatan.

Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (AS$1 = RM3.4) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Saman itu dikemukakan setelah Tuanku Ja'afar, pada atau kira-kira pada 12 Februari 1999, memperoleh melalui Standard Chartered Bank, satu surat kredit tunggu sedia (SBLC) bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika sebagai kemudahan kredit yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

TEC, yang bergiat dalam bidang pengeluaran getah tayar, sepatutnya menggunakan wang itu bagi membuka dan mengendalikan sebuah kilang yang terletak di kawasan kilang Ford Motors, di Detroit, Michigan, Amerika.

-malaysiakini

Tahniah Para Blogger's Misi Berjaya..! - malaysiakini

Hari ni aku malas nak taip panjang-panjang pasal blog Adibah, jadi aku ciplak je salah 1 entri yang aku rasa baguih untuk kita kongsi.

Komen aku dekat bawah skali. yng ni aku ciplak dari blog justkhai.

Mula-mula Khai tak nak tulis pasal entri ni sebab macam menyebarkan benda yang tak baik la pulak. Tapi tadi dalam TV3 pun dah keluar pasal isu ni, so takpelah mari kita berkongsi bersama.

Adibah Noor adalah nama besar yang kita kenal dalam industri muzik tanah air, tapi siapa pula Adibah Ahmad? Adibah Ahmad bukanlah seorang artis mahupun selebriti, tetapi kini populariti Adibah Ahmad boleh dikatakan sama dengan populariti seorang artis. Mengapa?

Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad ni? Khai akan mengulas mengikut apa yang Khai tahu dan rasakan melalui sedikit siasatan secara terperinci..

Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Begitu berani. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Dari apa yang Khai siasat, Adibah Ahmad (gambar) memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya dan dengan berani Khai putuskan di sini, blog tersebut ditulis oleh orang cina. Diulangi, berbangsa cina. Kalau kita lihat betul-betul cara penulisan dia pun, pelat-pelat melayu bangang masih ada.

Apa yang menguatkan penyiasatan Khai ni? Ok.. kalau korang masuk blog Adibah Ahmad tu, dia siap kasitahu lagi siapa nak berkenalan boleh hubungi dia di talian 03-5566 3800.. Well, nombor tu dah pun disahkan milik syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

Ok, mari kita lihat satu profile Friendster ni. Sebelum itu, biar Khai jelaskan apa yang ada di page Friendster yang akan korang lihat ni nanti. Azahar Mohd (tuan page) menulis company dia bekerja sebagai Auto Bavaria Malaysia, BMW. Nyatanya nombor telefon yang diletakkan di blog tersebut adalah milik Auto Bavaria Malaysia, BMW. Selain tu, owner friendster tu jugak ada upload gambar dengan title “Cina Babi”. Dan lihat di “Who i want to meet”, tertulis nama Adibah Ahmad di situ sebagai secretary kepada Azahar Mohd. Di bawah adalah profile Friendster Azahar Mohd yang telah di save dalam bentuk gambar. Mana tahu kalau dia close akaun Friendster dia kerana kes ni nanti.

* klik gambar untuk paparan yang sedang-sedang saja…

Gambar kat atas ni, dah pun Khai highlight’kan mana part yang perlu korang ambil perhatian. Nyatanya di sini, ada pertelingkahan antara Adibah Ahmad, Azahar Mohd dan juga yang menyamar di sebalik blog Adibah Ahmad, seorang lelaki/wanita berbangsa cina.

Wahai pihak Polis Diraja Malaysia yang cepat, mesra dan betul, nyatanya di sini, apa yang perlu korang buat hanya pergi ke Auto Bavaria yang beralamat di..
  • No 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie,Shah Alam, Selangor
… dan cari lelaki bernama Azahar Mohd. Kemudian tanya dengan cina mana yang tak puas hati dengan dia? Selesai kes!

Kesimpulannya di sini, Adibah Ahmad dan Azahar Mohd telah dianiaya oleh seorang manusia berbangsa cina. Sama-samalah kita berdoa agar agama Islam tidak diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagaimana kita yang beragama Islam menghormati agama lain di Malaysia, seharusnya mereka yang bukan beragama islam harus juga menghormati apa yang telah ada di Malaysia sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Sesuatu yang tidak adak di negara lain.. Wallahualam..

Ini pula Myspace Adibah Ahmad yang turut di’create oleh cina tersebut. Terang lagi bersuluh yang page itu wujud kerana sifat dengki dan mencemarkah maruah gadis bernama Adibah Ahmad.

URL:
http://adibahahmad.blogspot.com/

* If blog tu dah tak wujud lagi dan korang tak sempat nengok, Khai dah siapkan backup dalam bentuk jpeg. Boleh klik sini kalau nak nengok.

** Thanks to Hafreze atas link Myspace & Friendster Adibah Ahmad.

TP
® - Semasa entri ini diciplak, blog Adibah telah selamat dihilangkan dari tapak blogger.com. terima kasih para bloggers yang telah bersama-sama menjayakan kempen "flag this blog" dan hasilnya dalam masa tak sampai 24 jam, usaha kita telah berjaya - blogger's... ur rock...!!!

MP Kapar keluar PKR minggu ini? - malaysiakini

PETALING JAYA: Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini.

"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

"Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi.

DIPUJUK ANWAR


Manikavasagam, yang kelihatan antara pemimpin lantang bersuara dalam PKR, mengakui beliau pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan meletakkan jawatan sebelum ini tetapi telah dipujuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

"Tetapi kali ini, saya sudah buat keputusan dan tidak bercakap dengan mereka (Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain).

"Saya tidak mahu bercakap dengan mereka, saya sudah membuat keputusan muktamad saya," kata beliau dalam nada sambil memperlihatkan kekecewaan dengan perkembangan semasa dalam parti tersebut.

KECEWA


Dua hari lalu, Manikavasagam melahirkan hasrat untuk keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Manikavasagam menambah, beliau sudah kecewa dengan perkembangan sejak sembilan yang lalu.

"Saya sudah kecewa. Pengundi-pengundi saya tahu saya bekerja untuk mereka, saya tidak mahu ditipu lagi selepas mengalami nasib yang sama selama 50 tahun yang lalu," katanya.

Selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, jelas Manikavasagam, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

TIADA SOKONGAN PEMIMPIN PKR


Kata Manikavasagam lagi, apabila dikritik oleh pemimpin parti komponen, tiada pemimpin PKR yang tampil mempertahankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam penjelasan itu, Manikavasagam secara langsung merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang didakwa menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar.

Dua bulan lalu Manikavasagam juga pernah mengugut akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebagai tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober lalu.

Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor.

AMARAN TIMBALAN PRESIDEN


Dalam pertemuan dengan mStar Online, beliau juga memaklumkan bahawa menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali yang antara lain menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media.

Syed Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam agar menghentikan perbuatan itu.

Manikavasagam berkata, beliau menjawab SMS itu dengan menjelaskan bahawa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden seharusnya meneliti tohmahan yang dilemparkan ke atasnya oleh Teng dari pelbagai sudut dan kesukaran yang dialami selama ini.

Katanya, pemimpin PKR tidak menghulurkan bantuan dan sokongan apabila diharapkan dan tidak melihat isu itu dari satu sudut semata-mata.

Tolak sentimen perkauman - malaysiakini

Rakyat diminta menolak sentimen perkauman yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu bagi menggugat keharmonian kaum yang telah lama wujud di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata, cubaan menyemarakkan sentimen perkauman itu hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Keharmonian perpaduan jitu yang wujud di kalangan kaum di negara ini khususnya di Sabah merupakan benteng kepada apa jua dakyah yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk V.K Liew; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Pengerusi MIC Sabah, Datuk V. Jothy.

Menurut Dompok, amalan rumah terbuka pada setiap perayaan yang menjadi tradisi masyarakat pelbagai kaum di negara ini perlu dikekalkan kerana terbukti mampu mengeratkan hubungan antara kaum.

"Amalan rumah terbuka merupakan kekuatan bangsa Malaysia dalam mewujudkan persefahaman dan hubungan kukuh antara kaum sekali gus mengelak perbalahan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman," ujarnya.

Pemuda PAS buat demo bantah i-Dance - malaysiakini

Pemuda PAS Pulau Pinang terus mengadakan demontrasi menentang i-Dance yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Demonstrasi itu diadakan di dua lokasi iaitu di Masjid Jamek Kubang Semang, Permatang Pauh dan Masjid Jamek Sungai Nibung, Bayan Baru selepas solat fardhu Jumaat semalam.

Kedua-dua lokasi demontrasi tersebut mendapat sambutan daripada hadirin sambil melaungkan beberapa slogan yang mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan program yang dakwa memberi kesan pada golongan muda agar tidak menghampiri dadah, ketagihan alkohol dan budaya lepak di pasaraya besar.

Program tarian jalanan itu telah diadakan Ahad lepas sebagai saringan pertandingan manakala pada 28 Disember ini merupakan pertandingan akhir.

Sebelum ini Pemuda PAS Negeri telah mengadakan dua demontrasi aman iaitu pada 12 dan 19 Disember 2008 lalu masing di masing Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Kampung Rawa di Jelutong.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong menerusi Setiausaha khasnya, Steven telah mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang melibatkan Dewan Ulamak PAS Negeri.

Memandangkan isu ini semakin panas, sekali lagi Lydia menghantar surat pada Pemuda PAS supaya diadakan perbincangan terperinci di samping ingin tahu perancangan PAS untuk duduk semeja berbincang tangani masalah remaja masa kini.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man telah menasihati Pemuda PAS Negeri agar tidak lagi menganjurkan demontrasi sebagai jalan penyelesaian sebaliknya mencadangkan cara perbincangan.

Cara perbincangan katanya, lebih relevan deripada melaungkan ketidak puasan hati di jalanan terhadap program berkenaan.

Laman blog menghina Nabi Muhammad

Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu, yang kononnya milik penulis blog terbabit, ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.

Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah. Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.