"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 28, 2008

Anwar disahkan Ahli Parlimen penggal kelima, mampu capai sasaran 16 Sept?

(Dikemas kini, 1930) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh buat penggal kelima di Dewan Rakyat pagi ini selepas kira-kira 35 jam diumumkan memenangi kerusi tersebut.



Di sebalik upacara angkat sumpah itu muncul spekulasi baru 40 hingga 50 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti dalam waktu terdekat.



Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tidak mengulas lanjut melainkan berkata, "kami akan mengumumkan bila tiba masanya."


Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.



"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.



Kata Anwar, beliau gembira berada semula di Parlimen atas kepercayaan yang diberikan oleh penduduk kawasan Permatang Pauh.



"Perdana Menteri telah kehilangan mandat negara," kata Anwar sambil menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan "kesemua kroni mereka" harus dikeluarkan.



Semalam, Abdullah berkata, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain.



Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.



"Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan," kata Abdullah lagi.



Terdahulu Anwar menyempurnakan upacara itu pada pukul 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.



Sebelum ini Anwar pernah hadir di Parlimen tetapi bukan atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya mengiringi isteri beliau ketika ahli-ahli Parlimen mengangkat sumpah April lalu.



Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999, mewakili Barisan Nasional.



Kemudian kerusi itu disandang oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1999.



Anwar bertanding kerusi itu selepas dikosongkan oleh Dr. Wan Azizah 31 Julai lalu. Beliau memenangi kerusi tersebut kelmarin dengan majoriti 15,671 undi.



Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat yang baru dan mengumumkan secara rasmi mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.



Jawatan Ketua Pembangkang itu sebelum ini juga disandang oleh Dr. Wan Azizah.



Dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, dua anggota keluarganya berada di Dewan Rakyat.



Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, anggota parti komponen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda mengalu-alukan pemilihan dan pelantikan beliau.



Ketika itu, anggota Kabinet yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab atas hal ehwal Parlimen dan Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan menteri yang menyelia urusan kehakiman dan perundangan.



Pandikar berkata, Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.



Sebaik sahaja upacara ringkas itu berakhir, laporan Bernama menyebut Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric E. Majimbun dari BN sebelum mengajukan soalan pertama, sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan di atas pemilihan beliau sebagai ketua pembangkang.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.



Terdahulu Anwar tiba di lobi Parlimen pada pukul 9:50 pagi dengan diiringi Dr.Wan Azizah dan anak mereka Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.



Turut sama mengiringi beliau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Kesemua mereka juga merupakan anggota Dewan Rakyat.



Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.



-mSTAR Online

Dairi: Dari Kuala Lumpur Ke Permatang Pauh

Minggu ni tak banyak yang aku nak cerita, ada cerita panas berkenaan dengan penghilang dahaga, tapi aku tak anak cerita dulu.tunggu sampai aku dapat gambar jelas sebelum aku cerita.bila dah jelas, baru sedap kita hentam.

Banyak cerita sepanjang PRK P-044 aku nak kongsi dengan korang.agak lewat, tapi tak pe lah... aku buat ikut kederat & mampu aku je.

Gambar pun banyak jugak aku nak kongsi.nanti aku add kan dalam Album Perisik Rakyat. korang boleh tengok puas-puas.nak copy paste pun tak pe...tu bahan sejarah.tak de hakcipta.simpan untuk kenangan anak cucu kita.

Semua yang ada pada kita adalah hak Allah yang kita pinjam...jadi jangan kedekut.

Malam sikit aku publish 1 - 1 diari aku dari hari pertama aku berangkat ke P-044 sampai aku balik rumah.kita kongsi sama-sama kenangan.

BN KURANG PENGARUH PENGUNDI ATAS PAGAR

Kita sudah lama mendengar macam-macam ulasan daripada mereka yang dikatakan pakar akademilah, pakar ekonomi lah dan sebagainya dipihak bn. Kita sudah muak dengan teori kosong diatas kertas dan terawagan di alam khayalan dek kerana terlena dengan sebab kekenyangan perut.

Kita bercakap sebagai rakyat biasa dan bawahan yang tidak mampu tidor lena dan tidak kenyang perut dek kerana teori-teori kosong mereka itu yang hanya mengampu pemimpin negara sehingga tidak mengambil hirau masalah rakyat bawahan.

Dikalangan ahli akademik kangkung mereka membuat teori kosong mengampu, dikalangan pemimpin mereka terlena dan seronok diampun. Mereka dua-dua pihak ini sama sahaja. Sokong menyokong yang membawa rebah kepada rakyat jelata.

PR bercakap mengenai nasib rakyat. Moto PR tidak penuh dengan teori berbunga-bunga plastik tetapi adalah menjurus terus fokus kepada 'Masalah Kehidupan Seharian Rakyat'. Kalau 'pakar-pakar' ini merasa hebat dengan teori kosong mereka, belum tentu mereka dapat menang berdebat dengan DSAI yang jauh lebih tahu teori-teori itu tetapi jiwanya sentiasa mengingati 'petani dan nelayan'.

Rakyat bercerita pasal kesempitan hidup seharian yang semakin tidak terkawal, bukan mereka nak tau indeks ekonomi. Rakyat bercerita pasal penipuan dan penyelewengan bukan mereka hendak tahu pasal teori sistem pemerintahan. Rakyat tidak berbangga dengan banyaknya koridor tetapi rakyat mahu negara ini selamat walaupun mereka tidor di koridor rumah masing-masing.

Para akademik jangan banyak berkhayal dengan teori diatas kertas, pergi turun ke bawah melihat apakah teori kamu itu satu realiti rakyat atau kamu hanya banyak berkhayal seumpama penagih dadah melepas gian.

Sudah 2 bulan lepas berturut-turut, bil air rumah hamba di Selangor berjumlah RM1.00, bulan ini bil air rumah hamba RM0.00. Dalam keadaan dunia sekarang ini kita katakan bahawa tidak ada benda yang percuma, rupanya ada bagi hamba di Selangor. Apakah bil air yang sebegini hasil daripada teori ekonomi dan kertas kerja para akademik kangkung ? Tidak sama sekali. Ia adalah hasil daripada keperihatinan pemimpin yang berjiwa rakyat yang tidak perlu menulis banyak buku akademik tetapi menulis sejarah perjuangan dengan peluh, darah dan airmata.

Kepada DSAI, hamba ucapkan terima kasih dan semuga Allah melindungi anda dan mereka yang berjuang untuk rakyat selama-lamanya.

Nota :Dalam banyak-banyak teori pakar akademik kangkung ini, yang best adalah hujah Dr. Sivamurugan yang menyalahkan hujan punca kekalahan umno di Permatang Pauh. Hamba sokong teori ini walaupun peratus mengundi adalah tinggi. Benarlah bahawa hujan membawa rahmat dan hujan itulah juga 'tentera' Allah sebenarnya.

Dan hujan jugalah yang bakal mengajar sesumpah-sesumpah palsu nanti. Dan hujan telah mula menunjukkan dirinya dengan turun lebat dari pagi membawa kepetang dan malam membawa kepagi sekarang ini. Dan hujan ini jugalah yang akan menghanyutkan pemimpin-pemimpin penghisap darah dan pendokong-pendokong fasik yang tidak lagi manusia jiwa mereka.

Dan hujan ini jugalah yang akan membersihkan bumi ini dari cakaran tangan-tangan jahat dan akan mengantikannya dengan satu harapan yang mana kepadaNya kita sujud dan kepadaNya kita memohon perancangan yang benar dan gemerlipan 'limpahan cahaya'.

-norbaina alias

Bangunan UMNO Nyaris Dibakar Penyokong Sendiri

Malam tu kami berkumpul di Yayasan aman menunggu keputusan Pilihanraya Kecil P-044.

Hampir 1000 orang penyokong Pakatan Rakyat bersama dilokasi kami.

Lebih kurang jam 9:00pm aku dapat sms dari member yang tengah konvoi meraikan kejayaan tak rasmi Pakatan Rakyat.

Depa habaq - penyokong UMNO tengah mengamuk di Bangunan UMNO Semambu.

Apa kes..?rupanya depa mengamuk sebab tak dapat bayaran upah sepanjang kempan di P-044.malang sungguh...4 biji trak FRU terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian.pertama kali dalam sejarah trak FRU dikejarkan untuk mengawal geng-geng dacing...

Member yang meronda tadi call, bagitau yang mengamuk tu geng-geng UMNO dari Pendang & Selatan Tanahair.datang jauh-jauh lepas tu nak balik tak de tambang...kena kencing dek pimpinan atasan.

Tu perkara cool dalam UMNO...kalau tak kencing, memang tak cool.kencing biar hancing, itu baru cool.

Sebelum balik kolumpo, aku sempat ronda-ronda kawasan terbabit.ingat nak ambik gambar.rupanya tak boleh masuk dekat.ada orang depa jaga.aku ambik dari jauh je.nampak sekeping cermin besar gelap dah hilang dari tempatnya.

Aku tanya akak kat kedai tu kisahnya macam mana.dia habaq, dari petang lagi budak-budak dah bising sebab tak dapat upah yang depa janji.malam tu bila keputusan tak rasmi keluar, semua pimpinan UMNO tak dapat dihubungi.nak collect pitis macam mana?

Tu yang depa mengamuk.ada yang pi pecahkan pintu kaca yang besar & ada yang sampai tahap nak bakar bangunan tu.tapi memang depa panas gila-gila malam tu.itu yang FRU terpaksa datang tu.yang confirmnya, barang-barang dalam bangunan tu banyak yang kena pecah.

Kenapa berita ni tak keluar dalam media perdana?apa yang dok kecoh pasal wargatua kena tolak?

Pasal pengundi hantu depa diam, bangunan sendiri nak kena bakar depa sembunyi...apa hal?

Lembu Bercakap

Masa dekat Permatang Pauh, tak banyak masa aku dapat untuk update blog aku macam selalu.update pun harapkan laptop kengkawan...thanx...korang memang cool...

Sampai Kolumpo baru aku dapat bukak sepenuh-penuhnya semua entry & komen dalam blog...

Aku terperasan, ramai lembu tinggalkan komen dekat artikel-artikel aku...

Lembu-lembu ni kesemuanya berdarah biru gelap...

Aku kesian dekat lembu-lembu ni...nak buat korban, tak laku...nak bela, buang masa...nak layan, tak de pekdah...nak antar sekolah, sekolah tak nak terima...

Tak pe lah...mulai hari ni aku kategorikan lembu-lembu ni sebagai "iklan" dekat blog ni...

Supaya kita tak jadi macam depa..."iklan" ni tak bahaya...

Nasik Lemak Kolumpo

Baru bangkit... pagi tadi aku tido lewat. sampai kolumpo jam 3:30am, lepak kat birai jalan sambil layan nasik lemak kolumpo & teh tarik.

Nasik lemak kolumpo ni best. kat tempat lain korang tak leh nak jumpa. bungkusan ada sikit spesel, kertas minyak & daun pisang...aroma bau dia memang menusuk hidung.

Bukak bungkusan, macam biase la... nasik, sambal seciput, telur dadar sebijik potong 30, ikan bilis 2 ekor, kacang 3 bijik(kalau nasib baik dapat 5 bijik)pas tu ada sikit bonus ikan kering...ikan kering?

Sambil makan, mata aku layan pemandangan biase kat kolumpo... teksi, prebet sapu, ulat, bas, mat rempit, awek kolumpo & awek baru nak kolumpo, pelancong, pelencong & pelacur, mat gian, peminta bantuan(sedekah) tak lupa jugak warga tetap kolumpo...asap...

Sambil-sambil cuci mata, nasik lemak aku habis licin...aku teguk teh tarik, layan asap rokok...kepala aku teringat Permatang Pauh...

Tu cerita subuh tadi, ni dah tengahari.aku malas nak cerita pasal kolumpo...aku kat CC.ingat nak upload gambar masa kat P-044, tau-tau tak leh nak upload...bengong sungguh PC kat CC ni... tak cool langsung...tak leh upload bukan sebab undang-undang, tapi sebab PC ni problem...

Mungkin PC ni tak pekena nasik lemak & teh tarik pagi tadi...kat kolumpo kalau pagi tak pekena nasik lemak/roti canai & teh tarik dikira tak cool...

Lagi cool kalau makan nasik lemak yang bungkusnya besar tapi isinya sikit, RM2.50 untuk 3 suap nasik lemak adalah perkara paling cool di kolumpo.tak caya korang try...

*sorry beb, tak de gambar buat masa ni...karang aku sampai rumah aku upload gambar...banyak gambar best aku dapat sepanjang kat Permatang Pauh...kita kongsi...

Kesan kemenangan Anwar, Mukhriz gesa peralihan kuasa dipercepat

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pagi ini manakala Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mahu peralihan kuasa Jun 2010 dipercepatkan bagi menyelamatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Keputusan pilihan raya umum kecil Permatang Pauh sudah diketahui dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau akan mengangkat sumpah esok. Segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kemudian," kata Pandikar.

Anwar yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, Mukhriz menggesa supaya peralihan kuasa dalam Umno disegerakan sebelum pemilihan Umno Disember ini memandangkan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang berpihak kepada Anwar sekali lagi menunjukkan yang rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan berlaku pada tahun 2010 merupakan satu kesilapan kerana rakyat tidak dapat melihat perubahan dalam tempoh yang boleh diterima.

“Itu satu kesilapan dan membantu Pakatan Rakyat khususnya Anwar untuk menang dalam pilihan raya kecil. Saya harap, kita akan sedar akan kesilapan ini dan tidak lakukannya lagi.

“Ini bukan masanya untuk kita masih memegang jawatan tertinggi walhal rakyat sudah menolak. Itu sebabnya saya harap kita boleh segerakan peralihan kuasa ini,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Mukhriz berkata, peralihan kuasa perlu dilakukan sebelum pemilihan Umno pada Disember kerana ia bukan hanya melibatkan jawatan Presiden tetapi juga jawatan Timbalan dan Naib-naib Presiden.

“Kalau contohnya ada (peralihan kuasa) di perhimpunan (Agung Umno), timbalan akan ambil alih, siapa pula akan jadi Timbalan Presiden dan siapa pula yang akan naik menjadi naib-naib?

“Ini tidak dapat diselesaikan cuma pada bulan Disember. Ia seelok-eloknya awal lagi,” katanya.

Beliau berkata, BN perlu mengambil iktibar dan mengkaji semula punca kekalahan di Permatang Pauh termasuk menilai semula sama ada mereka kurang sensitif atau pun strategi yang kurang berkesan.

“Kita tidak melakukan tugas yang cukup baik untuk meyakinkan orang ramai. Pada masa ini, tidak banyak yang boleh kita katakan untuk orang percaya dan ini adalah isu kredibiliti.

“Ini disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan kita memerlukan perubahan yang besar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kekalahan itu menunjukkan Umno berada dalam keadaan yang begitu lemah, Mukhriz berkata, Umno berada dalam keadaan paling lemah selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mukhriz berkata, beliau percaya, ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, terdapat segelintir orang BN sendiri yang berpihak kepada PKR.

Justeru katanya, perubahan mesti dilakukan sekarang dan ia bukan sesuatu yang boleh dilengahkan.

-mSTAR Online

1 Analisis

"Kita Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi tadi telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok - premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.

Sehingga September 1998 beliau berada di kerusi nombor dua barisan hadapan di bahagian blok kerajaan selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertentang mata dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng.

Esok, kedudukan Anwar akan berubah di Dewan Rakyat yang landskapnya lebih meriah dan ceria berbanding satu dekad lalu.

Beliau pula akan mengetuai barisan pembangkang - bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Pemimpin-pemimpin yang disebutkan itu masih berada di Parlimen, tetapi Anwar akan mengepalai mereka di Parlimen bertentang mata dengan barisan kerajaan. Inilah politik! Tiada sesuatu yang kekal dalam arena politik negara.

Perkara ini juga seringkali disentuh oleh Anwar ketika ceramah kempennya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. "Pada 26 Ogos kita menang, insya-Allah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk melantik saya menjadi Ketua Pembangkang dan 28 Ogos saya masuk Parlimen, 29 Ogos Perdana Menteri membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan mata dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya akan duduk tengok, tak tutup mata... ," kata Anwar dalam beberapa ceramah yang diikuti sepanjang 10 hari kempen di Permatang Pauh. Pasti beliau telah mengulangi perkara yang sama dalam ceramahnya yang tidak sempat dijejaki.

Berdasarkan tinjauan mStar Online yang dibuat, Anwar khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun melakukan kerja-kerja asas bagi memastikan beliau kembali ke Parlimen dari dulu lagi. Maklumat yang diperoleh menunjukkan Anwar sudah pun merancang untuk kembali bertanding di Permatang Pauh selepas beliau keluar penjara empat tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada salah satu ceramahnya minggu lalu, Anwar ada menyebut bahawa isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah pun meminta yang beliau harus bertanding semula di Permatang Pauh.

Jadi, ia menunjukkan Dr. Wan Azizah hanya menjadi "penjaga" atau "caretaker" kerusi berkenaan yang disandang Anwar dari 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding telah membataskan beliau daripada bertanding sehingga April lalu. Pilihan raya umum diadakan 8 Mac, lima minggu lebih awal sebelum larangan itu berakhir.

Strategi untuk Anwar bertanding dan memenangi kerusi berkenaan telah disusun rapi sejak setahun lalu sebagai tambahan apa yang telah dibuat sejak April 2004. Pendek kata langkah untuk membolehkan Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen telah dilakukan dengan terperinci dan tersusun. Pemerhatian ke pusat-pusat operasi PKR juga menunjukkan situasi tersebut.