"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 28, 2008

Nasik Lemak Kolumpo

Baru bangkit... pagi tadi aku tido lewat. sampai kolumpo jam 3:30am, lepak kat birai jalan sambil layan nasik lemak kolumpo & teh tarik.

Nasik lemak kolumpo ni best. kat tempat lain korang tak leh nak jumpa. bungkusan ada sikit spesel, kertas minyak & daun pisang...aroma bau dia memang menusuk hidung.

Bukak bungkusan, macam biase la... nasik, sambal seciput, telur dadar sebijik potong 30, ikan bilis 2 ekor, kacang 3 bijik(kalau nasib baik dapat 5 bijik)pas tu ada sikit bonus ikan kering...ikan kering?

Sambil makan, mata aku layan pemandangan biase kat kolumpo... teksi, prebet sapu, ulat, bas, mat rempit, awek kolumpo & awek baru nak kolumpo, pelancong, pelencong & pelacur, mat gian, peminta bantuan(sedekah) tak lupa jugak warga tetap kolumpo...asap...

Sambil-sambil cuci mata, nasik lemak aku habis licin...aku teguk teh tarik, layan asap rokok...kepala aku teringat Permatang Pauh...

Tu cerita subuh tadi, ni dah tengahari.aku malas nak cerita pasal kolumpo...aku kat CC.ingat nak upload gambar masa kat P-044, tau-tau tak leh nak upload...bengong sungguh PC kat CC ni... tak cool langsung...tak leh upload bukan sebab undang-undang, tapi sebab PC ni problem...

Mungkin PC ni tak pekena nasik lemak & teh tarik pagi tadi...kat kolumpo kalau pagi tak pekena nasik lemak/roti canai & teh tarik dikira tak cool...

Lagi cool kalau makan nasik lemak yang bungkusnya besar tapi isinya sikit, RM2.50 untuk 3 suap nasik lemak adalah perkara paling cool di kolumpo.tak caya korang try...

*sorry beb, tak de gambar buat masa ni...karang aku sampai rumah aku upload gambar...banyak gambar best aku dapat sepanjang kat Permatang Pauh...kita kongsi...

3 comments:

~PakKaramu~ said...
This comment has been removed by the author.
~♥ UmmiAnni ♥~ said...

wawawa...sungguh istimewa jadi warga kolumpo ekk..

ummi suka ayat ni..

"Bukak bungkusan, macam biase la... nasik, sambal seciput, telur dadar sebijik potong 30, ikan bilis 2 ekor, kacang 3 bijik(kalau nasib baik dapat 5 bijik)pas tu ada sikit bonus ikan kering...ikan kering?"

unik sungguh...tapi takpa walau macamana pun hang takyah risau pasai botak..pasai hang dah awai2 botak..hehehe

Kyra's Bundle said...

nasi lemak telur dadar potong 30 ko tu mmg sedap lah... baca cerita ko pon dah dpt rasa keenakan nya. :þ ngahahahahahaha