"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 19, 2009

Sidang Akhbar MB Ir Nizar Sebentar Lagi - malaysiakini

Barisan Pimpinan Tertinggi Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sedang bermesyuarat di rumah rasmi Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Selepas ini, MB Ir Nizar akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan beberapa perkara berhubung isu terkini kemelut politik di Perak.

Laporan lanjut akan menyusul selepas sidang akhbar selesai diadakan.

Lapor Balik Dari Istana Iskandariah - malaysiakini

Kemaskini dengan gambar Jam 1:10 dalam lalok-lalok, baru bangun tido, tido tak cukup, MSK ajak aku pi Istana. macam ada cerita best. rupanya tak de la best sangat pun. nak cakap hot... erm... biase je kot.

NGO Serah Memorandum Rakyat Kepada DYMM Sultan Perak

Tepat jam 3:00 petang tadi satu gagasan NGO yang dikepalai oleh Tuan Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) telah mengetuai pakatan NGO telah mmengadakan satu majlis penyerahan Memorandum, Referandum Rakyat kepada DYMM Sultan Perak di pejabat DYMM Sultan Perak bersebelahan Istana Iskandariah.

Antara objektif utama penyerahan memorandum tersebut ialah untuk menyampaikan suara rakyat berkenaan dengan isu politik terkini yang sedang bergolak di Perak.

Didalam memorandun tersebut juga disertakan bersama sejumlah 20,000 tandatangan sokongan dari rakyat Perak dan kami difahamkan bahawa terdapat lebih dari 100,000 lagi tandatangan penanda sokongan dari rakyat Perak bakal menyusul selepas ini.

Majlis penyerahan berjaalan dengan cukup lancar dan memorandum berkenaan tekah selamat diterima oleh wakil dari Pejabat DYMM Sultan Perak.

Selepas selesai majlis penyerahan memorandum, satu sidang akhbar telah diadakan untuk menjelaskan kepada umum sebab-sebab memorandum diserahkan (transkrip dan rakaman sepanjang majlis berlangsung dan juga sidang akhbar akan disiarkan kemudian selepas selesai kerja-kerja editor).

Berkumpul Di Perkarangan Masjid Ubudiah Sebelum Ke Pejabat DYMM Sultan Perak.

Mengumpul Tandatangan Wakil-Wakil NGO

Majlis Penyerahan Memorandum Kepada Wakil DYMM Sultan Perak

Sidang Akhbar

Cop Rasmi Pejabat DYMM Tanda Menerima Memorandum Rakyat.

Yoeb..! Osman Memang Sakit Jantung Yeob..! - malaysiakini

Hari ni sehari aku tak dapat nak surf internet sebab sibuk dok buat liputan dekat luar. lepas buat 2 laporan tadi aku belek google reader aku, kunun nak carik info terkini. aku perasan satu thread dekat malaysiakini pasai hantu raya/katak raya yang dok tengah feymes skarang.

Rupanya betoi la "khabar angin" yang dok habaq kata Osman masuk spital Selayang malam tu pasai sakit jantung..!

Yang betoinya maklumat tu mengatakan bahawa Osman Jailu sedang dirawat dalam ICU Hospital Selayang lepas tu yang bangangnya wartawan pi interview wakil dari Hospital Kuala Lumpur tanya betoi ka tak betoi Osman masuk ICU.

Apa punya bangang wartawan akhbar perdana. bingai macam anak tapir, apa punya bangang pi carik sumber dekat hospital lain?

Samada wartawan yang bangang, atau spekulator yang bangang sebab nak cover sangat masalah orang berpenyakit ni.

Hangpa pikiaq la sendiri berita dari blog atau berita dari media perdana yang tepat sekarang?

Nizar Dan Zamry Dipanggil Mengadap DYMM Sultan Perak..? - malaysiakini

Kemaskini 7:17pm Satu sms sedang berlegar-legar dari hp ke hp mengatakan kununnya bahawa DS Ir Nizar dan juga YB Zambry dipanggil mengadap kebawah DYMM Sultan Perak.

Aku dah cuba hubungi orang-orang perantaraan tapi masing-masing tak angkat telipon. apa hal?

Apa yang aku tau, masa kami sampai dirumah MB kejap tadi lepas balik dari Istana Iskandariah, kereta rasmi MB ada dok parking dekat sebelah bilik media. lepas aku dapat sms, aku jawab, tu cerita bohong pasai kereta MB ada dekat luaq.

Lepas aku jawab sms, aku kluaq hisap rokok, aik..? kereta rasmi MB dah hilang..?

Aku, Mat Saman Kati, Cyber Boron, Dugong Darat ngan tengah garu-garu kepala...

Mana depa pi..?

*Aku dah siasat kebenaran cerita tu, macam yang kami agak, tu semua cerita bohong... MB Nizar ada dok dalam rumah... tengah standby untuk program dekat rumah rasmi MB malam ni... semua dijemput hadir...

Baca dekat bawah ni :

Program Nizar hari ini

Program Bersama DS Nizar & Pakatan Rakyat Negeri Perak

Tarikh : 19 Februari 2009 (Khamis)

Bermula 7.00 petang

Solat Maghrib - Solat Hajat - Solat Isya’ -

Tazkirah & Taklimat -

Tempat : kediaman Rasmi Menteri Besar

Semua Dijemput Hadir

Anwar kemuka bukti BN ugut dan ancam Adun Pakatan agar lompat parti

Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.

Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.

Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.

Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.

Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.

Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.

-SIASAH

Ada Cerita Best Ke Hari Ni? - malaysiakini

Aku bangkit je, MSK teruih tanya aku, hang nak pi istana ka tak nak? Hah..? Istana? Ada cerita baguih ka hari ni? Aku on the way ke Istana Iskandariah dah... Jumpa dekat sana.

Hot..! Sampai Bagan Hutan Melintang - malaysiakini

Ini adalah program Terakhir MB Ir Nizar semalam. dalam kehangatan khabar-khabar angin berkenaan kemungkinan berlaku pembubaran DUN Perak semalam, MB Nizar menghangatkan lagi ssuasana malam dengan kehadirannya dalam program program bersama rakyat di Bagan Hutan Melintang.

Ketibaan MB Nizar disambut dengan sorakan lantang dan bersemangat "MENTERI BESAR - SAH..!!!" berulang kali sebagai satu penghargaan para pengundi dan pengiktirafan rakyat keatas status Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang SAH mengikut perlembagaan negeri Perak dan juga dihati rakyat Perak.





Macam biasa... gambar seterusnya boleh diskodeng di[sini].

Berita Hot..! Hot..! Hot..! Bermula Jam 6:30 Petang - malaysiakini

Dah pukul 5:42am... tinggal aku dengan CyberBoron je yang masih setia dok ngadap laptop masing-masing. CyberBoron aku tengok ada sikit tension... sikit-sikit gosok kepala, sikit-sikit, gosok kepala... apa masalah aku tak tau... biaq pi la dia... sape suruh gatai-gatai jadik blogger..?

Mat Saman Kati, Dugong Darat ngan penat sangat kot pasai dok follow aktiviti MB hari ni...

Ni nak kongsi sikit cerita yang dok tersebar petang semalam pasai artikel yang [ni].

Hot..! Hot..! Hot..!

Mulanya alkisah tersebarnya berita tu masa kami balik dari program kedua MB semalam. on the way nak ke Sungai Betul, Rungkup, dah kecoh pasai keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Haramkan MB Haram dari memasuki sidang DUN selama 18 bulan sebab ketegaq ikut kepala otak dia sendiri. EXCO Haram pulak diharamkan dari memasuki sidang DUN selama 12 bulan.

Dari situ member aku dekat KL dah start dok call aku. bukan aku je, MSK pun sama naik tak menang tangan ngan mulut dok menjawab call yang masuk bersimpang-siur.

Bota Pecah Berita

Paling ralat bila kami dapat berita dari sumber tertinggi mengatakan yang Dato' Nasa dah ambik keputusan nak letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bota sebab tak tahan dengan tekanan dari para pengundi Bota.

Mula-mula sms masuk, kami dok agak ni berita bangang je ni. tapi macaam ada lojik jugak. sementelah pulak berita dari Ipoh habaq ada konvoi 3 bijik kereta pi rumah Dato' Nasa. konvoi dari mana aku tak leh bagitau. kalau hangpa nak tau jugak, hangpa tanya Makcik Kiah.

Kami pun start dok berhubung dengan informer-informer nak mintak kesahihan berita ni. lo... tau-tau semua informer semua macam dah sepakat, semua tutup handphone... ni apa punya komplot ni?

Jelapang Tunggu Terompah

Dekat-dekat nak maghrib, dapat lagi info habaq YB Jelapang pun dah standby nak letak jawatan. yang ni ada cerita lawak sikit. Mat Nor yang telipon aku ni budak Jelapang, meniaga dekat Pasar area mana aku tak tau. yang aku tau rumah dia dekat dengan rumah YB Hee.

Dia habaq YB Hee ni lama dah tak balik, anak beranak dia dekat sana sekarang ni hidup segaaan mati tak mau pasai kena pulau dengan semua orang. ni bahaya penangan orang kampung dia. bukan setakat kena pulau, pi pasar nak beli lauk pun tak dak langsung hamla nak jual dekat depa. nak beli babi pun tak buleh... Mat Nor habaq, orang sana bagi syarat, nak beli babi buleh, tapi kena belli sekoq... kah kah kah kah kah...!!! nasib kau la labu...

Tu yang buat Hee tertekan sangat-sangat sampai dia nak letak jawatan... confirm tak confirm kita tak tau lagi, lagi belum jadik, jangan dok percaya... tapi kalau nak percaya jugak, tu hangpa punya pasai.

Bubar DUN Perak

Belum habis cerita Bota dengan Jelapang, dapat pulak info dari KL... ada delegasi UMNO/BN pi jumpa Raja Muda Nazrin, mintak bubar DUN Perak... pergh...

Ni yang bom habis ni... kami pun pakat-pakat publish berita khabar angin yang belum sahih ni. lepas kami publish, nah kau... telipon tak renti-renti dok bunyi, sms masuk macam sakai... bertindan-tindan. mana yang sempat, aku balas, mana yang tak sempat, aku buat bodo... mintak maaf...

Sampai la ni 3 berita tu belum sahih lagi, tapi angin dah bertiup kencang dan keluar jugak dalam malaysiakini.

KERAjaan Haram "Tenat" Dan "Penat"

Sampai la ni, aku tak reti nak kata apa-apa sebab kami masih kabur. tapi kalau fikir-fikir, KERAjaan Haram UMNO/BN Perak sekarang memang dalam keadaan yang amat-amat tenat. MB Haram sendiri diharamkan dari menghadiri sidang dewan, EXCO Haram pun diharamkan jugak dari menghadiri sidang dewan.
*berapa banyak haram daaa...

KERAjaan apa ni? macam mana nak buat kerja kalau tak buleh masuk dewan? dekat sini kita dah mula nampak dah kecelaruan yang timbul akibat dari sikap tamak, sikap gila sangat naak tunjuk kuasa, gila nak jadi gila... last sekali... amik kau...!!!

Bakal Pi EM Yang Gagal

Kalau ikut lojik, perancangan pengambil-alihan kuasa ni datang dari kepala otak sapa? aku dok nampak muka Mat Monggol sebab dia yang pegang jawatan tertinggi dalam UMNO Perak - Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Darul Ridzuan.

Orang macam ni hangpa nak angkat jadik Pi Em? nak bawak parti naik atas pun terlungkup, macam mana nak handle sebuah negara? dalam parti UMNO cuma ada "melayu", dalam negara Malaysia pulak ada berbagai-bagai bangsa. hangpa harap ka orang macam ni nak tadbir negara?

Nak handle kaum sendiri pun pun awal-awal dah gagal, lepas ni alamatnya mampuih negara ni.

Kalau Jumpa Ulaq...


Ada lagi 1 cerita aku nak kongsi dengan hangpa... cerita ni datang dari MB Nizar sendiri. masa Najib nak bentuk KERAjaan Haram Perak, Najib namakan ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman sebagai calon Menteri Besar Haram Perak. hangpa tau sape Hamidah Osman ni dan apa kehebatan dia?

Kehebatan Hamidah ni ialah SIFAT PERKAUMAN yang menebal dalam diri dia. dalam sidang DUN bulan 11 tahun lepas, Hamidah pernah berkata dalam Dewan - kalau jumpa ulaq dengan India, hang katok India dulu..! kalau hangpa tak percaya, hangpa pi tanya sendiri ADUN-ADUN DAP, PKR dengan PAS Perak.

Gabungan yang cukup baik... sekor kaki bom anak dara orang, sekor kaki assobiyah... lagi cepat negara jahanam kalau bagi dekat 2 ekoq ni.

Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya hari ni... bagi aku, aku tak harap sangat berita-berita yang menyebelahi Pakatan Rakyat sebab sebagai warganegara Malaysia, aku cukup paham "kelebihan-kelebihan" dan "kebolehan-kebolehan" KERAjaan pusat pimpinan UMNO/BN.

Bukan hangpa tak tau... Malaysia penuh dengan kejutan, penuh dengan "magic"... kalau depa nak, 1+1 depa boleh habaq 35 dan kita kena terima samada suka atau tak suka, samada betul atau tidak... yang tu belakang kira... yang penting, slogan "MALAYSIA BOLEH" tu jarang gagal mencapai matlamat.

Tapi kalau khabar angin tak sahih tu betul-betul berlaku, DUN Perak dibubarkan... Alhamdulillah...

*gambar dekat atas tu aku ambik dekat jeti Bagan Datoh... bukan senang nak dapat view matahari terbenam dekat KL beb..!

MB Nizar Di Bagan Sungai Tiang La Pulak..! - malaysiakini

Jam 6 petang semalam lepas buat lawatan mengejut ke Pasar Malam Batu 20, MB Nizar berkejar pulak ke Bagan Sungai Tiang untuk sessi Ceramah Penerangan disana.

On the way nak kesana, aku terperaasan ada sebijik kereta polis dok ngekor kami sekali sampai ke lokasi program petang tu... sampai je, dia drop 2 orang SB, pastu 2 orang SB tu terus hilang dalam ramai-ramai tu. yang aku perasan, sebelum depa hilang, sempat jugak depa kutip risalah-risalah penerangan yang depa dok agihkan dekat orang ramai.

Ketibaan Dato' Seri Ir Nizar disambut meriah oleh paraa penduduk yang majoritinya adalah dari kaum China. kalau sebelum ni amat sukar bagi PAS menembusi mana-mana perkampungan China di Malaysia selain dari Kelantan,kali ni senarionya berubah hampir 100%.

Dimana-mana saja program PAS di kawasan majoriti kaum Chin atau India, pasti sambutan yang diterima amat menggalakkan... rakyat sekarang sudah bijak menilai mana-mana parti politik.

Tak perlu propaganda, tak perlu provokasi. sokongan akan datang dengan sendiri.





Nak tengok gambar-gambar lain, macam biasalah... klik dekat [sini].

MB Nizar: Lawatan Mengejut Ke Pasar Malam Kg.Batu 20 - malaysiakini

Semalam sekerat hari aku ngan Mat Saman Kati mengekor MB Ir Nizar dalam siri jelajah Negeri Perak Darul Ridzuan. kalau pembukaan siri jelajah Negeri Perak dimulakan dikawasan DUN MB Nizar, lokasi kedua Siri Jelajah Negeri Perak pula Pakatan Rakyat memilih kubu kuat Dato' Zahid Hamidi iaitu Bagan Datoh.

Program pertama untuk semalam dimulan dengan Majlis Hi-Tea bertempat di Kampung Parit 1. program pertama ni aku tak sempat nak cover... ngam-ngam aku ngan Mat Saman Kati sampai, depa dah nak blah... aku sempat shot 2 keping gambar yang tak berapa menarik je. apa aktiviti dekat situ pun aku tak tau...

Kalau hangpa nak tau, hangpa pi dekat blog Ummi Anni pasai dia ada dekat sana dan dia ada buat post beserta dengan gambar dekat lokasi tu.

Program kedua ialah lawatan mengejut ke pasar malam Kampung Batu 20. aku tengok orang ramai cukup syok bila dapat tau MB Nizar ada dekat Pasar Malam. semangat depa ni. gambar ada dekat bawah ni...





Nak tengok lagi lain-lain gambar, hangpa klik dekat [sini].