Hari ni sehari aku tak dapat nak surf internet sebab sibuk dok buat liputan dekat luar. lepas buat 2 laporan tadi aku belek google reader aku, kunun nak carik info terkini. aku perasan satu thread dekat malaysiakini pasai hantu raya/katak raya yang dok tengah feymes skarang.
Rupanya betoi la "khabar angin" yang dok habaq kata Osman masuk spital Selayang malam tu pasai sakit jantung..!
Yang betoinya maklumat tu mengatakan bahawa Osman Jailu sedang dirawat dalam ICU Hospital Selayang lepas tu yang bangangnya wartawan pi interview wakil dari Hospital Kuala Lumpur tanya betoi ka tak betoi Osman masuk ICU.
Apa punya bangang wartawan akhbar perdana. bingai macam anak tapir, apa punya bangang pi carik sumber dekat hospital lain?
Samada wartawan yang bangang, atau spekulator yang bangang sebab nak cover sangat masalah orang berpenyakit ni.
Hangpa pikiaq la sendiri berita dari blog atau berita dari media perdana yang tepat sekarang?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
nanti media haprak akan cakap typo error muahahahha jawapan standard
bagus2
Menderhaka dosa besar: Mufti WP
19/02/09
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."
Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.
Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu. - Bernama
http://www.hmetro.com.my
/Current_News/myMetro/Thursday/Mutakhir/20090219183232/Article
tolong beri ulasan sikit..
Pak cik mat..sy minta laluan untuk bagi pendapat (hehe..kena ckp baik2 dengan pakcik2.. hormat)
Sultan pada zaman yg dimaksud dalam hadis tu mungkin tak sama dengan Sultan yg kita ada sekarang.
Dengan hanya "gelaran" Sultan apakah wajib kita sanjung jika peranan "Sultan" itu tidak dijalankan.
Yang nyata sekali (kalau kita baca sejarah) sultan pada masa tu ada seorang yg pemerintah yg sememangnya "pemerintah".
Berbeza dengan sultan yg kita ada sekarang, dia duduk diatas singgahsana, kita panggil dia sultan. Tapi apakah dia yg memerintah? Jawapannya Tidak.
Jelas sekali dalam sistem demokrasi (kononnya) kita, yg memerintah adalah Perdana Menteri atau Menteri besar.
Sultan buat apa? Saya pun tak tau nak jawab soalan ini.
Masalahnya kita diakhir zaman nie, KITA AMBIL SEPARUH, KITA TINGGAL SEPARUH LAGI.
Tu yang jadi hukum cacamerba, pendapat ulama tak sama, dan mcm2 kepincangan.
Dan lebih jijik lagie jika para ulama (atau mereka yg melebelkan diri mereka ulama..) membuat kenyataan untuk "menjaga kedudukan" sesetengah pihak.
Sy ingin bertanya seperkara, jika mufti2 nie betul2 berkhidmat atas "tiket" AGAMA. Kenapa tidak suarakan tentang ISA.
Penahanan tanpa bicara jelas sekali menyimpang dari hukum islam.
Nah.. bersekongkol lah kamu mufti2 sekalian dan kamu jawablah bila mati nantie.
Semua dari kita akan "kembali".. mereka lebih tahu.
Mohon maaf andai ada pendapat sy yang salah pada faktanya.
kpd tok-tok mufti..
kembalilah kpd kbenaran..sapa lagi nak tegakkan kebenaran kalau bukan mufti.jgn lah jd ulama' sukh..ulama' yg djamin NERAKA buat mereka..
Pak cik Mat ku sayang!
ayat kat atas tu kena baca sampai habih! jangan ambik sekerat-sekerat! kalau ayat habih rasanya bunyi macam ni kot" rakyat wajib taat kepada pemerintah YANG ADIL". tapi rasanya, kalau dah jadi hamba duit, hamba nafsu, hamba dunia, pemerintah macam tu wajib di taat ka? cuba Pak Mat cakap lagu manalah..."ayam sembelih, sembelih baca Bissmillah, tapi Pak Cik Mat...ayam tu ayam depa curi! depa curi ikut pintu belakang reban (habih depa semo kena taik ayam tuh!)jadi Halal ka ayam tu Pak Cik Mat? Pak Cik Mat nak makan ka? atau kalau tak nak makan pun nak ka bagi kat anak bini makan ka? apa beza ayam tu dengan daging babi Cik Mat? melalut pulok...sorry aaa Cik Mat kerih berkarat, belakang parang boleh diasah ini apa susah benor kerih sontot berkarat nih nak kilat!
Post a Comment