"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 31, 2009

Tahniah "Datuk" Dato' Seri Ir Nizar - malaysiakini

Kami dari BloggersNetwork@Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah diatas penganugerahan pangkat tertinggi yang membawa kepada gelaran "Datuk" didalam keluarga Dato' Seri Ir Nizar.

Kepada para pembaca, Dato" Seri Ir Nizar baru sahaja dianugerahkan dengan gelaran "Datuk" oleh Allah s.w.t sebentar tadi diatas kelahiran cucu sulungnya yang dilahirkan seminggu lebih awal dari tarikh yang dijangkakan oleh Doktor iaitu pada 7hb. April, 2009.

Cucu perempuan Datuk Dato' Seri Ir Nizar dilahirkan lenih kurang jam 4 petang tadi di sebuah Hospital di Perak.

Tahniah dari kami.

Mat Ezam Tersalah Tajuk Ceramah di N.25...

Semalam seorang yang cheGuBard anggap abang, Ezam Mohd Nor berceramah di Bukit Selambau. Ceramah yang diadakan di Sungai Lalang di perkarangan rumah penyokong Umno itu mulanya dijangka besar tetapi hanya dihadiri kira - kira 20 orang petugas Bn sendiri.

Ezam masih seorang pemidato hebat tapi cuma gayanya sahaja hebat malangnya pengisiannya agak kosong. Semalam seorang teman telah pergi merakam ceramah beliau. Terus terang cheGuBard katakan yang setelah menonton rakamanya semalam hati ini sedih Ezam seolah tercari - cari rentak ceramah. Jelas apa yang dia cuba sampaikan bukan dari dalam naluri beliau.

Dia dengan jelas semalam menyebut "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga Hitam....Letak Calon India"....

Sedarkah kamu saudara Ezam calon Bn yang kamu datang sokong itu juga India dari MIC.

Sedih dan kesian cheGuBard melihat Ezam. Masuk Umno tak dibenar pegang jawatan hanya layak menjadi alat bila tiba pilihanraya. Musuhnya dalam Keadilan, Lokman Adam lebih cerdik darinya. Sekurang kurang Lokman sudah di iktiraf sebagai Exco Pemuda Malaysia.

cheGuBard pernah cabar GERAK yang sama ditubuhkan dengan Ezam supaya menjawab beberapa persoalan namun sehingga kini GERAK membisu.

sumber : blog Che'Gu Bard

Congkuih... Hang Penaya Mat Bijan Ha...

Kesian aku tengok mat congkuih punya kerja IT nih... geng-geng Dacing mesti mengamuk sakan sat ni...

Aku cilok ni dari blog Ini yang aku rasa...

Jangan marah no... Lain kali jangan le sebut perkataan yg bukan-bukan kalau masuk TV

Ceramah Nizar Semalam - malaysiakini

Ada yang tanya aku betul ke ceramah Dato' Seri Ir Nizar semalam tak dapat sambutan dan kehadiran cuma sekitar 50 orang je... cerita banyak tak mau... kalau baca laporan media perdana memang tak dak sambutan...

Tapi jangan marah pasai depa belajaq bahasa melayu dalam bahasa inggeris dan jugak matematik dalam bahasa inggeris... cara kiranya lain sikit.

Hangpa tengok gambaq sudah... biaq gambar je jawap soklan tu.

Semalam Mat Sabu pun ada jugak tapi teman tak sempat nak snap gambar dia pasai bateri kamera teman kong... hihihi... mintak mahap banyak-banyak... hari ni Dugong Darat pi beli bateri spare...

Markaz UMNO/BN Kembali Sesak..! - malaysiakini

Tengahari tadi aku pi keluar ngan member, sambil-sambil nak hantar baju dekat dobi sempat gak aku ronda-ronda dekat markas-markas UMNO/BN.

Nampaknya jentera pilihanraya UMNO/BN dah kembali bertugas seperti biasa. aku kira-kira ada la dalam 5 ribu lebih petugas-petugas UMNO/BN dok bertugas di markas-markas depa.

Korang nampak tak depa dok buat banner dekat depan tu..? tu banner yang nak pasang malam nanti.

Dekat dalam markas ni aje dah ada dalam 3 ratus petugas. jangan kacau... depa tengah makan nasik bungkus tu...

Dalam markas ni tak ramai sangat... sekitar 1500 orang je dok buat kerja...

Dalam ni sikit... adaa 4 orang je...

Nampak tak? Najib dengan Ismail pun ada sekali tu... sempat depa senyum dekat aku masa aku ambik gambar depa... wa caya lu..!

Depa tengah meeting tu... bincang macam mana nak bagi nampak ramai... jangan kacau... syyy...

Sini paling ramai... dekat-dekat 3 ribu orang berbagai bangsa bertungkus lumus mengosongkan markas... hihihi...

Dalam rumah ni aku tak tau ada berapa ramai...

Wakhakhakhakhakha...!!! woi Najib..! budak-budak mu semua tak mau kempen dah sebab mu tak mau tabur RM RM RM dekat sini woi..! mana ada "pengorbanan" dalam "perjuangan" Dacing Najib woi..!

Orang UMNO pesan dekat Najib -

"KAMI NAK DUIT NATANG...!!!"

Najib Tersedak: Tonjol Segala Kelemahan - malaysiakini

Nah, sudah terang lagi bersuluh..! makin hampir kita pada hari pemilihan pilihanraya kecil P-059, semakin tersedak Najib dek kebangkitan suara rakyat yang tak pernah dijangka kesan dari perbuatan bacul Najib merampas kuasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak 2 bulan lepas.

Nah kau Najib..! memang tidu rkau tak lena bukan? memang tidur suami kau juga tak lena bukan? apa mimpi kau tiap hari asyik diulit bayangan wanita cun Mongolia anak Shaariibuu itu? kenapa kau takut pada nama tu? kalau kau tak bersalah, kenapa kau perlu takut?

Hari ni kau tonjolkan lagi kelemahan demi kelemahan kau dengan berselindung dibalik PDRM.

PDRM hari ni mengeluarkan arahan seperti yang dilaporkan dalam malaysiakini -
  • Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.
  • Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.
  • Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".
  • Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."
Aku nak tanya pencacai Najib sekelian... apa yang bos kau takutkan sangat dengan 2 isu tu? tak cukup ke lepas disekat media alternatif milik Pakatan Rakyat? UMNO bacul dah punya segala bentuk media untuk memainkan sebarang isu dan apa pula perlunya takut pada media alternatif milik Pakatan Rakyat yang dianggap :nyamuk" tu?

Hari ni pula cuba nak menutup mulut penceramah dan menutup telinga rakyat dengan arahan paling bongok.

Kalau benar pemimpin pujaan UMNO tu benar, aku cabar turun ke gelanggang ceramah di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan jugak Batang Ai, jelaskan sebenar-benar perkara, duduk bangunannya kisah, jatuh-bangunnya tuduhan orang ramai dan nafikan bahawa yang dituduh itu tak bersalah..!

Jangan selama-lama asyik nak bersembunyi di sebalik nama lain untuk melindungi telor sendiri yang semakin masam akibat dari peluh jantan yang tak henti-henti menggomol diri kerana takutkan bayangan Atlantuya.

Najib... kau tak sedar ke? makin lama kau lari dari masalah, makin dekat dan bertambun masalah datang menimpa. hari awal kau dapat mengelak sebab hanya 1 masalah tapi lama-kelamaan masalah makin bertambah dan kau tak kan dapat menampung lagi masalah sampai ke satu tahap kami akan terlihat kau bicara kesorangan ditepi longkang.

Kau boleh lari dari dosa tapi dosa tidak akan lari dari kau selagi kau tak bersihkan dosa tu sendiri. kau ingat doa orang lain boleh mengampunkan dosa kau sesama makhluk?

Terkenang Semasa Dulu... - malaysiakini

-tok iskandar

Pengkhianat bangsa dan raja Melayu ramai dalam UMNO.

Siapa yang berani tabalkan tengku ibrahim petra sebagai sultan kelantan ketika sultan kelantan masih hidup kalau bukan anuar musa.

Siapa yang berani bawak lari Ku Yah ke Siam dan kawin lari, adik Sultan Selangor sekarang kalau bukan Mat Taib me no spik inglish. mi no pil pom..!

Siapa yang cakap "kami nak deris, natang!" kata-kata kesat yang ditujukan kepada Sultan Mizan dan sampai sekarang polis tak siasat siapa malaun UMNO yang berkumpul di kediaman Idris Jusoh.

Siapa yang berani hilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu kalau bukan Dr.Mahathir.

Siapa yang berani minta dedahkan semua harta Sultan dan Raja Melayu kalau bukan Shahidan Kassim.

Siapa pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Kalau bukan...

UMNO..!

Ulang Tahun Ke 40 Batu Pusat Hiburan Genting - malaysiakini

-tok iskandar

Hari ni 31hb. Mac, 2009 adalah ulang tahun perletakan batu asas Hotel Genting, kasinonya dan lain-lain iaitu pada 31hb. Mac, 1969.Pengerusi Genting Highlands Berhad ketika itu ialah arwah Tan Sri Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Inilah sumbangan UMNO untuk Melayu beragama Islam iaitu kasino terbesar di Asia Tenggara. Tak sampai 2 Bulan lepas perletakan batu asas tu berlaku trajedi 13hb. Mei, 1969.

Tak semua Melayu tahu tapi tak ramai melayu yang cerdik tinggal dalam UMNO. Tok tak mahu jadi Melayu bodoh yang mengharapkan sesuap nasi daripada UMNO dan mempertahankan setiap tindakan UMNO biarpun salah.

Hishamudin pulak gagal dalam peranannya sebagai Menteri Pelajaran. Anaknya belajar di Sekolah Antarabangsa satu hal. Kejayaan Nik Nor Madihah menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A adalah satu tamparan hebat buat Hishamudin. Madihah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ma'ahad Muhammadi (P) yang berada di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan (YIK). Kira kategori Sekolah Agama Rakyat.

Ada Kementerian Pelajaran umumkan dia atau beri anugerah kepada madihahnya? kejayaannya telah mengalahkan semua sekolah berasrama penuh dan MRSM. Patut Kementerian Pelajaran mengambil modul pengajaran dan pembelajaran daripada Sekolah Menengah Ma'ahad Muhammadi (P) ini untuk dipraktikkan ke seluruh sekolah menengah di bawah kelolaan kementerian pelajaran.

Begitu juga dengan bantahan PPSMI oleh GMP yang diketuai oleh Sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Datuk Dr.Hassan Ahmad. Bila tokoh bahasa dah turun ke padang dan menyertai demonstrasi membantah PPSMI, Hishamudin masih mempertahankan egonya. Biarpun UMNO Johor dan wanita UMNO juga menyokong usul membantah PPSMI tapi hishamudin tetap menang. Nampak sangat UMNO tak perjuangkan bahasa Melayu.

Tentang cadangan Hishamudin agar guru dibenarkan berpolitik sebenarnya untuk menutup kelemahannya yang membiarkan Kementerian Pelajaran, JPN dan PPD dikuasai orang UMNO dan sering menghukum guru-guru yang menyokong pembangkang dengan menghantar mereka ke pedalaman biarpun mereka tergolong guru cemerlang.

Pegawai khas Hishamudin sendiri ialah pengarah JPN Pahang, Datuk Azmi yang juga merupakan bekas setiausaha UMNO Bahagian Pekan yang diterajui sepupunya Najib.

Kepada semua pengundi Melayu yang beragama Islam jika anda mengundi Pakatan rakyat bermakna anda menolak kepimpinan Najib sebagai PM yang akan membawa negara kita semula ke era Mahathir sebagai PM yang penuh dengan autoritarian dengan penindasan. Mengundi BN bermakna bersetuju Najib jadi PM biarpun satu dunia sudah tahu perihal kes Altantunya. Dalam Al-Jazeera turut disiarkan selain akhbar di Perancis, India, Korea, Indonesia, Australia dan lain-lain.

Maaf: PerakExpress Tergendala Buat Seketika - malaysiakini

Salam buat semua pembaca, pelayar dan peminat laman web Mat Saman Kati iaitu http://perakexpress.com/www/. laman web Perak Express tidak dapat diakses buat sementara waktu kerana penggunaan bulanan bandwidth telah mencapai paras maksima malam semalam.

Lonjakan pelayar yang amat luar biasa sejak berlaku Krisis Perlembagaan di Perak telah membuatkan server tidak dapat menampung jumlah pengunjung dan hal ini sedang cuba diselesaikan oleh pihak webmaster PerakExpress.com.

Dijangkakan masalah ini akan dapat diselesaikan menjelang pagi esok. diharap semua bersabar dan ribuan maaf dari pihak PerakExpress.com atas kesulitan yang dialami.

Walau bagaimanapun, sebarang perkembangan terkini akan disalurkan melalui laman-laman web dan blog rakan-rakan BloggersNetwork@Perak.

Terima Kasih.

UMNO/BN Bukit Gantang Bergolak - malaysiakini

UMNO/BN Bukit Gantang bergolak lagi. ini bukan omongan kosong, tapi kenyataan. tak percaya, korang boleh buat survey sendiri dekat kawasan-kawsan sekitar Bukit Gantang. pi la ronda-ronda dekat semua markas-markas dan jugak bilik-bilik gerakan pilihanraya UMNO/BN. kalau nak cakap tak dak orang langsung, memang penipu, tapi kalau nak cakap ada orang, memang penipu kalau lebih dari 20 orang ada.

2 hari dah aku dok perati keadaan ni dan benda ni memang dari awal lagi aku dah agak dan dari awal jugak aku dah dapat info bahawa ada ahli UMNO yang bertindak memboikot 2 pilihanraya kecil yang diadakan serentak pada 7hb. April, 2009 kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan UMNO dalam PAU lepas.

Malam sebelum hari penamaan calon geng dari Kolumpo call bagitau awal-awal yang ramai geng-geng UMNO dari PAU yang sepatutnya bergerak terus dari PWTC ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengambil keputusan untuk memboikot 2 Pilihanraya Kecil ni sebab tak puas hati.

Memula aku kurang percaya sebab kalau ikut sejarah, kalau 10 benda orang UMNO cakap, 20 tak betul. tapi bila sampai waktu Hari Pencalonan aku tengok penyokong UMNO/BN yang berkumpul sampai jam 8:00 pagi tak sampai 1000 orang dan majoriti yang ada hanya kaum India yang diangkut dengan bas, aku mula percaya depa memang boikot.

Masa hari pencalonan tu pulak, mungkin lepas habis ikhtiar, UMNO/BN terpaksa kumpul budak-budak PLKN (tak tau betul tidak) untuk meramaikan penyokong depa. tu pasai lambat sangat depa pi masuk padang. lepas depa kerah budak-budak PLKN pun angka penyokong depa masih lagi kecil berbanding penyokong Pakatan Rakyat.

Kalau nak nisbahkan, aku letak Pakatan Rakyat 10, UMNO/BN 1 - (10:1). nak percaya boleh, tak mau percaya pun aku tak kesah. tu pasai dalam TV ngan surat khabar tak keluar gambar penyokong UMNO/BN. depa dok tayang gambar calon je.

Kalau tayang gambar penyokong kang takut pulak kantoi bila mak bapak budak-budak PLKN tu nampak anak depa dipergunakan, tak kek mampuih..?

Ni dah masuk hari ke-2 kempen pilihanraya kecil P-059. markas-markas UMNO/BN lengang. majlis ceramah setakat kecil-kecilan (kelompok) je depa buat. semalam Ezam datang, ada la dalam 400-500 orang datang dok dengar Ezam melebong.

Dengar cerita Ezam nak pakuk DSAI, tapi macam tak dak kesan pun? silap strategi ka?

Hari ni aku tak ambik gambar markas UMNO/BN walaupun aku cakap nak snap gambar petang tadi. bukan apa, kalau aku snap pun, rasaa macam rugi bateri je. sebab suasananya sama je macam yang aku publish sebelum ni.

Kesian pun ada.

Dengar cerita bajet untuk pilihanraya pun tak sampai-sampai lagi. tu pasai tak dak orang. ni la bezanya petugas UMNO/BN dengan petugas Pakatan Rakyat. hangpa berkhidmat untuk RM, petugas Pakatan Rakyat berkhidmat untuk menang. tak sama perjuangan.

Hari ni pulak ada blogger jumpa bendera kempen UMNO berbucu bintang 6 (Star Of David)... ni memang tak sengaja ke memang sabotaj?

Kalau tak sengaja aku kira bohong. tak kan dalam ramai-ramai petugas tak dak sorang pun yang terfikir benda tu?

Samada tak terfikir, kurang pandai berfikir atau saja buat, aku tak tau.

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Badrulzaman - malaysiakini

Malam tadi Wanita KeADILan buat ceramah kecil-kecilan di salah satu kawasan di Bukit Gantang.

Antara yang hadir ialah saudara Badrulzaman bin Shamsudin yang tinggal di alamat 326, Lorong 12, Taman Kaya, Fasa 1, Taiping.

Nak dijadikan cerita, ceramah malam tadi menjadi ceramah terakhir yang dihadiri oleh saudara Badrulzaman bin Shamsudin apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di majlis ceramah tersebut.

Kami dari BloggersNetwork@Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Badrulzaman diatas kepulangannya ke rahmatullah.

Mana-mana saudara-mara, handai-taulan, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang mengenali Allahyarham Badrulzaman diminta agar menyebarkan berita sedih tersebut kepada kenalan-kenalannya yang masih belum mendapat berita ini.

Majlis pengkebumian Allahyarham Badrulzaman akan diadakan esok (sila berhubung dengan keluarga Allahyarham untuk maklumat lanjut).

Al-Fatihah kepada Allahyarham.

UMNO/BN Kempen Untuk Israel Di P-059..? - malaysiakini

Ni kalau aku cakap UMNO/BN ejen Yahudi a.k.a Israel hangpa tak percaya. orang UMNO/BN pun mesti maki aku macam biasa, tapi cuba hangpa tengok bendera dekat bawah ni lepas tu korang bandingkan dengan gambar dekat bawah sekali.

Apa beza 2-2 gambar dekat atas dengan bawah ni..? bucu 6 dah sama... kaler biru pun ada sikit sama... tapi UMNO/BN punya ada tambahan keris.

Yahudi Melayu kot..?

Gambar ni aku cilok dari blog Amin Iskandar. lepas ni aku nak pi ronda nak tengok ada lagi ka tak dak menatang ni dekat situ... oit... lupa nak habaq... lokasi menatang ni dekat Bukit Gantang...

Kemaskini: Untuk Maklumat Terkini Dari N-25 Bukit Selambau - malaysiakini

Media Perdana PEMBOHONG... oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini dari pilihanraya kecil DUN N25 Bukit Selambau silalah layari laman-laman web dan blog-blog di bawah.
"LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!"

Dato' Seri Ir Nizar Di Majlis Pengkebumian - malaysiakini

Tengahari tadi Dato' Seri Ir Nizar sempat meluangkan masa ke majlis pengkebumian anak salah seorang penduduk Taman Damai, Bukit Gantang.

Aku tak mau cerita panjang-panjang nanti jadik kontroversi macam kes Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan solat maghrib di Masjid Simpang semalam. hangpa tengok gambar je dah cukup... biar gambar jelaskan segala cerita.

Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan sembahyang jenazah selepas selesai mengimamkan solat Zohor.

Puan Aisyah, ibu kepada Allahyarham Syamsul Anuar.

Bapa Allahyarham.

Jenazah juga ditalqinkan oleh Dato' Seri Ir Nizar atas permintaan bapa Allahyarham.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Monday, March 30, 2009

Penjelasan DSIN Berkenaan Isu Solat - malaysiakini

Hari penamaan calon PRK P-059 Bukit Gantang berjalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbandaran Taiping jam 8.45 pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj. Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb. Presiden UMNO, Dato' Zambry Kader, calon Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada raka'at pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu..." dan raka'at kedua surah Al-kaafirun.

baca selanjutnya di[sini].

BPN, Bloggers Network dan Blogawan Stand Alone

Maaf kalau tajuk penulisan ini ada "kacukan" bahasa penjajah. Dunia blog semakin meriah dan berpuak-puak. Tidak kurang dari sepuluh permuafakatan blogger yang diwujudkan dengan konsep perjuangan tersendiri.

Namun, di mata Harimau hanya nampak 3 pemain utama dalam dunia blog politik terutama di arena BN lawan PR. Malangnya antara ketiga-tiga golongan tadi, jelas kelihatan hanya BloggersNetwork@Perak sahaja yang bersungguh di lapangan tidak kira samada di Pilihanraya Kecil ataupun di mana-mana demonstrasi jalanan.

Golongan kedua adalah dari permuafakatan Bloggers Pembela Negara. Entah apa sebabnya, Harimau merasakan (mungkin silap), yang majoriti (tidak semua) blogawan Bloggers Pembela Negara hanya duduk mengangkang di rumah dan menembak dari balik semak.

Golongan ketiga adalah yang tergolong dari blogawan "Stand Alone" tidak mengira kecenderungan parti politik yang disebelahinya samada BN, PR atau gabungan kedua-duanya sekali. Harimau Menaip (setakat ini) bolehlah dikategorikan sebagai Blogawan Stand Alone. Terkadang mengangkang juga ketika menulis. Hahaha.

Dari ketiga-tiga pemain utama dunia blog itu, yang sama adalah nama. Nama semacam tidak kebangsaan walaupun ramai antara mereka yang menentang PPSMI.

Pokok pangkalnya, matlamat Harimau Menaip menulis hari ini adalah, untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya buat ketiga-tiga golongan blogawan di dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Saya (Ai). Kalian tetap sahabat walaupun terkadang berlainan pandangan dan pendapat.

-Bila Harimau Sudah Menaip

Jom Meronda Ke Markas UMNO/BN - malaysiakini

Aku nak keluar pi meronda dekat markas-markas UMNO/BN... tau nak buat apa?

Aku nak pi snap gambar-gambar dekat markas-markas UMNO/BN pasai geng call bagitau tempat-tempat tu lengang-selengang-lengangnya. geng tanya aku, betoi ka UMNO/BN tak bertanding?

Jadi... untuk geng-geng UMNO/BN yang dok baca post ni, tolong bagitau geng-geng hangpa, Topeng Perak Unmasked on the way meronda dengan kamera. penuhkan cepat-cepat markas hangpa kalau tak nak malu...!!!

Kalau aku tengpok lengang, siap la hangpa... satu Malaysia aku kasi tengok..!

Nak bertanding ka tak mau woi..?

Link Semua Blogger Di Lokasi Bukit Selambau - malaysiakini

Oit... mintak mahap... tadi salah tajuk...mekasih dekat geng yang sms bagitau... gua mamai la, baghu bangun tidoq...

Ramai yang call, sms dan email aku dok tanya dari mana nak dapat info-info terkini dari Bukit Selambauink bloggers-bloggers yang berada di Bukit Selambau dan sedia mengupdate sebarang berita dan perkembangan dari Bukit Selambau.

HA..! TUNGGU APA LAGI..? - malaysiakini

TUNGGU KAPLA BAPAK APA LAGI?

JAWAB LA... JANGAN TAK JAWAB...

Tolong sampaikan kepada yang berkenaan :

Pemimpin, Bloggers Dan Penyokong UMNO. Tolong Jawab...!!!

Salam semua pengunjung dan pembicara minda Kerajaan Rakyat, semoga kalian berada dalam peliharaan ALLAH s.w.t hendaknya...

Seorang penitip bicara minda bernama ‘Guest’ bertanya soalan berikut:

Persoalan berkaitan kes Dato’ Seri Najib Razak, presiden UMNO. Demi untuk tidak mengelirukan dan membuatkan RAKYAT tertanya-tanya, maka laman Kerajaan Rakyat.com mempersilakan dan memohon jasa baik para pemimpin, bloggers dan penyokong UMNO/BN untuk menjawabnya.

Andainya tiada jawapan yang konkrit dan logik, maka dengan sendirinya RAKYAT Malaysia akan menghakimkan bahawa Dato’ Seri Najib Razak, presiden UMNO sebagai bersalah dan cuba berselindung menggunakan statusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perlu diingat, mengenepikan kesalahan sendiri dengan menggunakan status sebagai timbalan perdana menteri boleh ditakrifkan sebagai menyalahgunakan kuasa!!!

Sekiranya para penyokong dan bloggers UMNO juga gagal untuk memberikan jawapan, maka ini memberi maksud bahawa bloggers dan penyokong UMNO/BN juga adalah dalam kalangan mereka yang tidak bermaruah, maka bolehlah RAKYAT anggap mereka seperti “Lembu yang dicucuk hidung” - mengikut pemimpin mereka tanpa usul periksa kerana mereka bebal, bahalol dan tolol.

Soalan-soalannya seperti berikut:

1 - Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

Kepada pemimpin, blogger dan penyokong UMNO, sila jawab kesemua soalan yang diutarakan.

Nota: Kepada para pengunjung, sekiranya ada lagi apa-apa keraguan, sila titipankan di ruangan komen dan harap penitip bicara minda pro umno dapat membantu untuk meleraikan keraguan RAKYAT.

Salam Takzim.

-abudol albahlol

Photo Penamaan Calon 10hrs - 11hrs - malaysiakini

10:05am - Sessi bergambar oleh Pemuda PAS. tak tau depa ni dari mana. ada yang cakap Kelantan, ada yang cakap Key El, ada yang cakap Perak... senang kira - Pemuda PAS Malaysia. ngam..?

10:11am - Entah dari mana datang, tiba-tiba Kapal Selam Scorpene boleh timbul atas darat di Dataran Perbandaran Taiping. tapi yang ni lain macam sikit pasai dia ada gambaq mendiang wanita Mongolia dekat kapal selam tu. lain macam betul.

Mungkin bakal Pi Em kita tau macam mana kapal selam ni boleh timbul dekat Dataran Perbandaran Taiping.

Aku intai-intai jugak kot-kot Bala, Razak Baginda, Jamal, Osman, Hee dan Saiful pun nak timbul jugak dekat sini, tapi tak dak atau mungkin aku tak perasan.

Bik Mama dan isteri Rosmah pun tak timbul dekat sini.

10:29am - Ni kalau tak silap aku geng Mahasiswi... kalau tak silap aku la... kalau silap, hangpa bagitau la kasik betul...

10:33am - Pertandingan kibar bendera parti berlangsung antara penyokong Pakatan Rakyat dengan penyokong AMNO/Bi End... pusingan pertama AMNO/Bi End kalah teruk... kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga..!

10:50am - Aku ingat penyokong AMNO/Bi End bergaduh sama depa, rupanya depa pi serang kenderaan pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu dekat kawasan depa berhimpun. bingai sungguh...

Ni nak bagitau Tungaklangit ngan Zali... contoh dekat atas tu dah terang dan nyata menunjukkan parti mana yang menganjurkan keganasan. geng hangpa bilaa pimpinan kami lalu dekat geng hangpa, kome baling dengan batu, botol minuman, kayu dan macam-macam lagi.

Belah kami pulak, bila penyokong AMNO/Bi End lalu tempat kami, kami bagi 10 orang petugas Kawalan Keselamatan eskot hangpa biaq hangpa dapat jalan dengan selamat sampai ke kereta hangpa..! (nanti Dugong Darat upload rakaman sepasang suami-isteri yang lalu dekat kawasan kami tu).

Dah la Zali ngan Tungaklangit dan jugak geng-geng BPN... hangpa semua yang kurang ajar, tapi hang dok melebong fitnah Pakatan Rakyat ganas. aku malas nak nasihat orang yang buta hati.

Hangpa dok habaq kami gunakan agama untuk kepentingan politik tapi hangpa pulak kerana politik, agama hangpa anggap tak penting.

Mana lagi bahaya..?

Photo Penamaan Calon 9hrs - 10hrs - malaysiakini

9:07am - Rombongan Boneka AMNO/Bi End berbondong-bondong tiba itupun setelah berhempas pulas cuba dikumpulkan. unit perisik kami dalam rombongan AMNO/Bi End maklumkan bahawa pada awalnya depa hanya dapat mengumpul sekitar 1000 orang sahaja penyokong (tu pasai lewat masuk padang) tapi dengan bantuan RM200 seorang, boneka-boneka AMNO/Bi End dari kem PLKN berhampiran berjaya juga dikumpulkan tapi masih gagal untuk mencecah angka 5000 ribu orang.

Geng-geng Puteri AMNO rasanya tak sampai 500 orang. wanita AMNO pun tak jijak angka 500 orang jugak, manakala dari Pemuda AMNO pula, depa berjaya membonekakan para pelatih PLKN untuk menyamar sebagai Pemuda AMNO.

Ketibaan menyokong AMNO/Bi End disambut oleh penyokong Pakatan Rakyat dengan laungan "RASUAH..! RASUAH..! RASUAH..!", manakala mereka pula membalas dengan laungan yang tak kedengaran... hehehe... amik kau..!

9:09am - Tu tengok tu... mana la AMNO/Bi End dapat lawan... entah apa media perdana report hari ni aku tak tau... kalau depa habaq kehadiran penyokong "Pembangkang" cuma sekitar 2000 orang, sikit aku tak heran...

Lagipun depa belajaq Matematik dalam Bahasa Inggeris... lain kiranya... hehehe...

9:21am - Yang ni geng-geng Muslimah PAS... dari mana depa datang aku tak tau. yang aku tau, depa datang dengan semangat. bukan sebab RM RM RM..!

9:23am - Matahari mula memancarkan cahaya terang. bahang mula terasa. mujur ada yang bawak payung, boleh la berteduh sementara menanti keputusan pencalonan.

9:36am - Kelab Penyokong India PAS menghiburkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dengan paluan alat muzik tradisional mereka.

Kalau rasa-rasa nak tengok apa-apa pertunjukkan tradisional, rajin-rajinlah ikut program Pakatan Rakyat. aku selalu ikut dan kalau ada majlis sederhana atau majlis-majlis besar, pertunjukan-pertunjukan macam ni memang tak pernah miss. tapi kalau rasa nak tengok pertunjukan hiburan import karaoke, poco-poco atau apa-apa yang "Moden"... rajin-rajinlah ke majlis-majlis AMNO/Bi End.

Malam tadi pun dekat Bilik Gerakan AMNO/Bi End simpang ada majlis karaoke. tak caya tanya la geng-geng yang rumah depa dekat-dekat kawasan tu.

9:38am - Ni saat paling haru-biru untuk para penyokong AMNO/Bi End... sebelah Pakatan Rakyat dok sorak depa dengan sorakan "AMNO RASUAH..!" sambil julang RM RM RM di tangan masing-masing... simbolik sungguh...

Tahniah pada MC geng-geng dekat bawah ni. hangpa memang kreatif.

Snap-Snap Ikut Sedap Jiwa 3 - malaysiakini

Snap-Snap Ikut Sedap Jiwa 2 - malaysiakini

Nih nak habaq lagi sekali... ada yang call aku mintak gambaqdepa yang aku snap nak buat kenang-kenangan. bila aku tanya nak hantaq dekat mana, depa habaq hantaq by hand. umah dekat luar dari negeri Perak.

Mintak mahap... yang jauh-jauh aku tak dapat nak hantaq by hand. kalau nak, hangpa email dekat aku, lepaih tu aku email balik dekat hangpa. gambaq yang aku publish dekat sini kebanyakannya aku dah edit (crop). kalau nak yang full, aku hantaq by email je. aku tak dak bajet nak pi jauh-jauh sebab nak by hand sekeping gambaq. mintak mahap banyak-banyak.

Hangpa email dekat email aku poji2ya@gmail.com bagitau gambaq mana, lepaih tu aku email balik original copy kat hangpa. ok..?