"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 04, 2011

Ahli-Ahli Tertinggi UMNO & Para Ketua Parti Pembangkang - Apakah Benar Kalian Bersama Rakyat..?

Part 1.

01. Pada 12 March 1996, Aisyah Jane telah membawa lari Sunni Sazali ke England dari Malaysia pada hal pada waktu itu Passport perjalanan Sunni Sazali ada bersama Ismail Ariffin, dengan itu Ismail Ariffin telah membuat satu laporan polis (Report No: B/B 377/96) berkenaan hal tersebut.

02. Setelah 5 bulan Aisyah Jane dan Sunni Sazali berada di England, Ismail Ariffin telah pergi ke England untuk mengambil semula Sunni Sazali pulang ke Malaysia.

03. Setelah sebulan kemudiannya Aisyah Jane telah kembali semula ke Malaysia dan memfailkan satu kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang berkenaan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Sunni Sazali.

04. Sewaktu kes sedang dibicarakan, pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah memutuskan bahawa hak penjagaan sementara diberikan kepada Ismail Ariffin dan juga telah mengarahkan Ismail Ariffin untuk membawa Sunni Sazali ke perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai Pulau Pinang pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk membenarkan Aisyah Jane melawat Sunni Sazali. Ismail Ariffin juga telah diarahkan untuk TIDAK berada di kawasan perkarangan balai Polis tersebut semasa lawatan diantara Aisyah Jane dan Sunni Sazali diadakan.

05. Arahan ini harus dipatuhi sepanjang proses perbicaraan sedang berlangsung sementara menanti pihak Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman seterusnya .

Part 2.

01. Ismail Ariffin telah mematuhi semua arahan tersebut dan telah menjalankan kewajipannya dengan membawa Sunni Sazali berjumpa dengan Aisyah Jane pada tiap-tiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari walaupun beliau kurang bersetuju dengan arahan dari pihak mahkamah yang tidak membenarkanya berada di perkarangan kawasan perjumpaan. Ini kerana Aisyah Jane pernah melanggar undang-
undang Malaysia dengan membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia walaupun dokumen perjalanan yang sah tidak ada pada Sunni Sazali pada waktu itu. Oleh sebab itu beliau khuatir bahawa Aisyah Jane akan melakukannya sekali lagi.

03. Setelah beberapa perjumpaan, Sunni Sazali sekali lagi telah dilarikan oleh Aisyah Jane untuk kali keduanya sewaktu kes mahkamah sedang berjalan dan yang lebih menghampakan beliau kejadian itu berlaku di perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai dan hak penjagaan pada waktu perjumpaan itu adalah di bawah hak penjagaan pihak Mahkamah
Syariah Pulau Pinang.

04. Ismail Ariffin telah membuat laporan Polis (Report No: 1401/97) di atas kejadian itu dengan harapan Aisyah Jane dapat ditahan oleh pihak berkuasa kerana telah melanggar arahan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan juga sewaktu kejadian tersebut Passport perjalanan Sunni Sazali masih ada dengan tangan beliau. Justeru itu, tidak mungkin Aisyah Jane dapat membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa mempunyai dokumen perjalanan Sunni Sazali yang sah.

05. Seperti yang sedia maklum, Aisyah Jane akhirnya telah berjaya juga melarikan Sunni Sazali dari Malaysia walaupun tanpa dokuman perjalanan yang sah serta melanggar arahan dari pihak mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Part 3.

01. Setelah sebulan kemudiannya pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman bahawa hak penjagaan Sunni Sazali telah diberikan kepada Ismail Ariffin. Walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telahpun berada di England bersama Aisyah Jane.

02. Setelah kehilangan Sunni Sazali untuk kali keduanya, Ismail Ariffin telah mengalami gangguan emosi yang amat teruk kerana beliau merasakan dirinya telah teraniaya serta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada pihak-pihak yang terlibat yang pada pendapat beliau seolah-olah lepas tangan. Ini ditambahkan lagi dengan keputusan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang memberikan hak penjaagan kepadanya, walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telah dilarikan dan berada di England. Ini menambahkan lagi satu tamparan emosi yang amat dahsyat pada beliau.

03. Ganguan emosi serta trauma yang dihadapi oleh Ismail Ariffin menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap diri sendiri dan juga kariernya sebagai seorang pelukis kerana beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya Sunni Sazali telah dilarikan dari Malaysia tanpa alasan yang logik yang pada pendapatnya adalah satu penganiayaan terhadapnya sebagai rakyat Malaysia dengan sikap sambil lewa dan lepas tangan pihak-pihak yang bertanggungjawab.

04. Kes kehilangan anaknya telah menjadi isu yang hangat dan menjadi perbualan orang ramai di Pulau Pinang. Ramai yang menganggap kehilangan Sunni Sazali bak kali kedua itu adalah disebabkan oleh kelalaian Ismail Ariffin sendiri kerana beliau gagal menjaga anaknya dengan baik walaupun pada ketika kejadian itu berlaku, Sunni Sazali berada bawah penjagaan Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Dalam keadaan yang begitu tertekan, Ismail Ariffin mendapati sukar untuk membendung tekanan emosi yang dialaminya dan dengan perasaan kecewa beliau akhirnya membawa diri ke Eropah untuk cuba menenangkan jiwanya.

05. Pada May 2009, sewaktu berada di Jerman, Ismail Ariffin telah didapati mengidap ketumbuhan di bahagian perut dan terpaksa menjalani satu pembedahan pembuangan Pankreas dan terpaksa dirawat dihospital selama 6 bulan (Rujuk laporan perubatan yang dilampirkan) dan sehingga kehari ini masih dibawah pemeriksaan dan rawatan dari pihak hospital disana. Menurut pendapat doktor yang merawatnya disana, ini adalah disebabkan oleh ganguan tekanan emosi dan trauma yang dihadapi oleh beliau selama ini, kerana setelah diperiksa, beliau bukanlah seorang perokok ataupun seorang pengambil alkohol seperti kebiasaanya penyakit ini berpunca dan ini telah disah kan oleh doktor yang merawat dan memeriksanya di Breman Germany.

06. Dalam satu laporan akhbar pada 8 Mac 2010 (rujuk laporan keratan akhbar yang dilampirkan) Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah membuat kenyataan bahawa kes siasatan terhadap Aisyah Jane kerana melarikan Sunni Sazali tidak pernah ditutup oleh pihak Polis.

07. Dengan itu beliau ingin menuntut dan mencari keadilan terhadap haknya yang tidak diendahkan setelah sekian lama bersabar dan mengalami gangguan emosi dan trauma yang teruk yang akhirnya telah turut sama menjejaskan keadaan fizikal dan kesihatan beliau
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian serta sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak pihak yang terlibat di atas kehilangan anaknya dari Malaysia yang suatu ketika dahulu berwarganegarakan Malaysia.

so... "Ahli ahli tertinggi UMNO/BARISAN NASIONAL dan para para Ketua Parti PEMBANGKANG"..

Apa benar benarkah kalian BERSAMA RAKYAT??"

13 TAHUN AKU TERBIAR.....

"Di manakah KEADILAN dan buktinya RAKYAT DI DAHULUKAN??"

~Ismail Lepat - http://www.facebook.com/profile.php?id=100001395081532