Bukit Gantang - hujan turun dengan lebatnya. lebatnya hujan kurang sikit dari air semburan terak merah dan bezanya air hujan dengan air semburan terak merah ialah air hujan adalah rahmat manakala air semburan terak merah ialah kegatalan.
Bila hujan turun, aku dekat Stesyen Maya 1 beku. hajat nak keluar meronda terkantoi. kalau buat keras kepala jugak akibatnya ialah kamera akan rosak. walaupun murah, tapi agak mahal bagi aku.
Jadi aku paparkan gambar-gambar candid yang aku ambik di Majlis Sambutan Hari Wanita dan juga Perasmian Bilik Gerakan Jentera PAS Kelantan di kawasan Bukit Gantang.
Uniknya dimajlis ni ialah bilamana semua kaum bersatu dibawah 1 bumbung. Bilik Gerakan Jentera PAS Kelantan dipenuhi oleh bukan sahaja Pak-Pak Lebai berkopiah putih, berserban dan jugak berjambang/berjanggut sejemput, malah turut dipenuhi oleh pelbagai kaum india, cina dan lain-lain kaum.
Kalau nak bercakap soal perpaduan rasanya amat-amat tak sesuai kalau kita ambik dari pusat-pusat atau markas UMNO sebab kalau pergi dekat sana, agak sukar nak mencari muka-muka pelbagai kaum yang agak ceria.
Kalau nak carik muka-muka bengis dan penuh tekanan, dipersilakan ke markas UMNO. betul tak betul, korang pi tengok sendiri.
Tengok gambar dekat atas ni. orang india tak segan silu mengenakan vest berlambang PAS. lengkap dengan gambar TGNA. brader dekat atas ni kalau sape-sape yang biase dengan ceramah mesti kenal dia ni. dari Selangor naik ke Permatang Pauh lencong ke Kuala Terengganu u-turn pulak ke Bukit Gantang.
YB Zuraida ni bukan apa... terkejut sebab dok sebelah bapak speaker. tengah bagus-bagus sembang kene sergah dekat speaker (bukan Sivakumar beb...).
Ni pulak adik-adik yang memeriahkan majlis petang tu dengan paluan kompang dan jugak hiburan pesen lama (tradisional). semua yang dok sana pakat-pakat nganga tengok budak-budak ni. ini anak-anak jenerasi baru yang akan mempertahankan seni tradisional.
Ni wakil-wakil pimpinan 3 parti Pakatan Rakyat. KeADILan, PAS dan jugak DAP. siap-siaga untuk menggempur Bukit Gantang..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, March 26, 2009
Bukit Gantang Tenang - malaysiakini
Pagi tadi aku sampai di Bukit Gantang dari Kelantan lebih kurang jam 5:00 pagi. cuba nak connect, tapi BerukBand too bad. jadi aku bantai tido jam 7:00 pagi.
Jam 11:00 pagi aku bangun mandi, lepas tu kejut Dugong. keluar pi ronda-ronda sekitar Bukit Gantang. jalan-jalan raya agak tenang. markaz dan bilik gerakan Pakatan Rakyat macam biasa manakala markaz dan bilik gerakan UMNO/BN sunyi sepi.
Mungkin depa masih sibuk dengan PAU. tak pe lah. aku agak menjelang hari penamaan calon atau selewat-lewatnya malam esok, keadaan dekat sini akan kembali meriah. jumlah bendera parti-parti politik masih tak berubah. aku tinggalkan Bukit Gantang 2 hari lepas keadaan macam ni, aku balik pun dengan keadaan yang sama jugak.
Yang berbeza cuma suasana. hari ni agak tenang.
Kosmo melaporkan bahawa semua ceramah-ceramah pilihanraya sebelum tempoh kempen tidak akan mendapat permit. harap semua pihak akur. ini masanya untuk menyusun jentera. tempoh kempen nanti kita balun habis-habisan.
Bagi peluang pihak PDRM dan FRU berehat. pos-pos MATEK sedang giat didirikan. semalam MSK cakap stok tilam untuk para petugas PDRM di pos-pos MATEK dah sampai. baguslah... berehatlah dengan tenang para petugas PDRM.
Harap sampai masa untuk tugasan, otak kalian boleh berfikir dengan waras.
Lepas ni aku nak meronda lagi. nak jelajah markaz-markaz dan bilik-bilik gerakan pilihanraya. korang-korang di markaz siap sedia dengan berita masing-masing. kami keluar bukan untuk makan angin. kami mencari bahan berita.
Kalau ada yang terbaca post ni dari markaz atau bilik gerakan dan rasa nak masuk gambarnya dalam blog, call aje kami... no Al-Banjari - 012 402 6129 dan no aku 013 973 9721. insya-Allah kami sampai ke markaz anda. harap ada berita menarik.
Ramai yang menunggu khabar diluar sana.

Subscribe to:
Posts (Atom)