"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 25, 2009

Demo ISA: GMI & Pemuda PR Tetap Berhimpun 1 Ogos..!

Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih.

Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu.Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman.

"Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana Negara. Kita serius dalam menyampaikan deklarasi ini dan kita telahpun membuat temujanji dengan Istana Negara dan kita telah menyerahkan surat temu janji baru-baru ini.

Sementara itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata, beliau berharap Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan akta zalim berkenaan sebagai menunjukkan beliau komited dengan laungan 1 Malaysia rakyat diutamakan.

"Saya nak sebut pada petang ini ialah Perdana Menteri Najib Razak komited dengan slogan 1 Malaysia dan rakyat diutamakan saya tegaskan bahawa masanya Najib mengambil keputusan memansuhkan terus akta yang zalim ini.

"Apa yang GMI telah rancang ini adalah tindakan mengatasi politik tidak ada kena mengena dengan parti politik, tiada kepentingan mana-mana pihak. Apa yang kita buat pada 1 Ogos ini ialah untuk kepentingan dan masa depan generasi Malaysia," katanya.

Ketua Penerangai PKR Tian Chua berkata, selagi ISA tidak dimansuhkan, apa juga isu yang dibangkitkan rakyat akan ditutup oleh kerajaan dengan cara menggunakan akta berkenaan.

Katanya, Najib perlu mengambil keputusan memansuhkan akta ini kerana banyak parti komponen BN telah menyuarakan hasrat supaya akta berkenaan dimansuhkan.

"Banyak isu-isu yang berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan kuasa yang dipegang oleh kerajaan menggunakan ISa, satu akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara terhadap sesiapa. Pa pun isu masyarakat yang kita bangkitkan akan ditutup kerana kerajaan mempunyai kuasa ISA.

"Bekas Perdana Menteri setuju bahawa ISA patut dimansuhkan dan ada banyak lagi parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan perkara yang sama termasuk MCA, PPP, Gerakan kita juga mengharap ini bukan perhimpunan yang dihadiri oleh NGO dan rakyat tetapi anggota Barisan Nasional juga dimobilisasikan menyertai perhimpunan aman ini," katanya.

Sementara itu, wakil DAP Ronnie Liu berkata, perhimpunan aman berkenaan merupakan cara rakyat membantu kerajaan untuk membuat keputusan sama ada untuk mengkaji semula atau memansuhkan akta berkenaan.

Perhimpunan berkenaan diadakan bagi menghantar deklarasi kepada Istana Negara untuk memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kemunting turut disertai oleh Pemuda Gerakan.

Sumber : Anjung Info

Lagi Orang Kuat BN sertai PKR..!

Bekas Ahli Parlimen Segamat dan juga bekas Naib Presiden MIC, S.Subramaniam isytihar keluar parti dan menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR) dalam satu Program bersama DS Anwar Ibrahim bersama masyarakat India bertempat di Petaling Jaya petang tadi.

Dengan pengisytiharan ini Sepuluh cawangan MIC di beberapa lokasi ditutup dan lebih 1000 ahli turut serta menyertai PKR seterusnya memberi tamparan hebat buat Barisan Nasiyonal yang kehilangan beberapa tokoh penting dalam Parti komponen.

Najib cakap tak "meninggalkan kesan"... Ada lagi selepas ni... - TPU

Muhyiddin Cari Formula Tawan 1Malaysia

Muhyiddin - Ahli-ahli UMNO perlu menyambut gelombang positif yang melanda parti ketika ini dengan mencari formula segera untuk menawan hati rakyat supaya UMNO kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi mereka.
Formula..?

Meh nak bagi formula... kasi bikin yang ni dulu, kurang-kurang dapat tarik 10% pengundi Pakatan Rakyat.

1 - Bukak balik kes Memali, dedahkan apa yang berlaku sebenarnya kepengetahuan 1Malaysia, bicarakan semua yang terlibat, hukum mana-mana yang bersalah kemudian bela nasib waris-waris dan keluarga Tragedi Memali.

2 - Bukak balik kes rogol gadis bawah umur di Melaka yang membabitkan Rahim Thamby Cik. dedahkan apa yang berlaku sebenarnya kepengetahuan 1Malaysia, bicarakan semua yang terlibat, hukum mana-mana yang bersalah kemudian bela nasib gadis yang jadi mangsa dan keluarga Nenek gadis tersebut.

Jangan lupa untuk bawa kambing hitam dalam kes tersebut dan minta mereka ceritakan kisah sebenarnya.

3 - Siasat semua 900 laporan rasuah UMNgOk dan dedahkan pada umum hasil siasatan. tapi yang tukang siasat tu mestilah terdiri dari mereka-mereka yang berkelayakan dari 4 parti utama di 1Malaysia... mesti ada wakil dari PAS, PKR, DAP dan UMNgOk.

Mana-mana yang bersalah, 1Malaysia nak tengok mereka dihukum..!

Bikin yang ni dulu TPM... kalau yang ni pun lu tak dapat bikin, lu punya suka... lepas PRU-13, boleh rasa jadi "PEMBANGKANG..!"

*Dah jadi TPM pun masih bodoh jugak..!

AWAS..! Lagi 1 Projek Tipu Rakyat 1Malaysia..!

TPU - Mampuih..! 1 lagi projek nak kencing rakyat..! lepas ni bukan duit pencen kakitangan Kerajaan je bakal jadi bahan penyelamat, duit pencen kakitangan Swasta pun dia nak cilok jugak...

Bijak, bijak..! oi..! tak habis-habis lagi ke "selera besar..?"...

Modal rakyat bagi, interest kau makan..!

1Malaysia nak kena tipu... jaga-jaga..!

Ceramah Umum, Majlis Aqiqah & Ceramah Isra' Mikraj

Ceramah Umum

Penceramah - Nik Abduh Nik Aziz (EXCO Pemuda PAS Pusat)
Hari/Tarikh - Ahad 26hb. Julai, 2009
Waktu - 9:00 pm
Tempat - Jalan Mawar 33,Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor

Majlis Aqiqah, Kenduri dan Ceramah Isra' Mikraj.

Penceramah - Ustaz Razali Jamil Al-Hafiz
Hari/Tarikh - Ahad 26hb. Julai, 2009
Waktu - Selepas Solat Isyak
Tempat - PASTI Jalan Nenas 10, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor

Semua Dijemput Hadir

CUPING MERAH

Siri ceramah:Rakyat Didahulukan..!

Melayu dan Islam perlu bangsa ISA?

Hari ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membentuk satu suku kaumnya yang tersendiri, bangsa ISA. Tuhan mereka adalah rasuah dan nabi mereka adalah nafsu. Jika anda menemui orang bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu, tidak kira dari parti apa sekalipun termasuk yang mengaku menjadi ahli PAS, itulah dia bangsa ISA.

Bangsa ISA sebenarnya menentang dan mencabar Allah. Dan, oleh kerana kita hamba Allah, kita tidak ada pilihan melainkan menentang mereka. There's no two ways about it.

Artikel penuh sila layar ~penarik beca

Justice 4TBH (III): Konspirasi Yang Lemah

Ketiga - Wong Chuan How disebut sebagai "pemain/pelobi/kontraktor" yang sering mendapat habuan lebih dari 80 kontrak-kontrak atas angin di Kawasan DUN Sungai Pelek.

Siapa sebenarnya Wong Chuan How..? Untuk pengetahuan korang, Wong Chuan How ialah Pembantu Khas Ronnie Liu dan bukannya seorang kontraktor seperti yang disebut didalam blog tersebut.

DUN Sungai Pelek pula pada ketika ini diwakili oleh Yap Ee Wah dari Barisan Nasional.

Buduh punya penyapu..!