"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Pengliporlari.. Show all posts
Showing posts with label Pengliporlari.. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Laknat..?Lahanat..?Pengkhianat..?Semua Untuk Mohsin..!!!

Sumber : Malaysiakini

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu - gagal ditunaikan.

Malah, tambah Ahmad, Mohsin juga sudah seminggu tidak dapat dihubungi melalui talian telefon bimbitnya. “Saya hari ini pun ada SMS pada beliau. Tetapi tidak berjawab,” katanya menjelaskan tindakan lanjutnya setelah membuat amaran tersebut pada Khamis lalu - sehari selepas Mohsin mengiystiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad bagaimanapun berkata, beliau masih boleh mempertimbangkan membatalkan program tersebut walaupun dihubungi Mohsin di saat-saat akhir.
"Kalau nanti beliau SMS kata setuju (dengan syarat saya), tak perlulah buat, Tetapi macam saya kata dulu, beliau mesti iystiharkan (pendiriannya) pada orang ramai melalui media", kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS negeri.
Ahmad berkata, solat hajat itu akan diadakan di pusat pengajian agama yang diasaskannya di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak.
"Di tempat itulah beliau (Mohsin) mula-mula diperkenalkan kepada pengundi,” katanya.

Ahmad menjangkakan sekurang-kurangnya 600 muridnya akan turut turut serta dalam solat tersebut. Penyokong PAS dari kawasan berdekatan Bagan Serai, seperti Kuala Kangsar dan Parit Buntar, juga akan turut menyertainya, tambah beliau.

Thursday, March 04, 2010

Harapan Baru Untuk Mat Usin....

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Sumber: Malaysiakini

Hang Memang PENGKHIANAT..!!

Pagi ni aku dimaklumkan akan diadakan satu 'Demo' bantahan sebagai mendesak PENGKHIANAT 'Kulaan' Bagan Serai,iaitu Yb Mohsin Fadli Samsuri meletak jawatan yang mana telah membongokkan pengundi dengan keputusan keluar Parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuatkuasa serta merta.

Aku akan berada di lokasi dirancang (Hadapan Pusat Khidmat MP ni...?Pernah ke berkhidmat..?) untuk mengetahui aman ke tak aman 'Demo' ni....Sebab orang Bagan Serai jarang ber'Demo'..

Insyaallah gambar-gambar akan Dimuat naik bila sekembalinya dari lokasi....

1.5 juta...?takde hal la....ciput!!

Monday, February 01, 2010

Karnival Penang Harmoni: Pakat Mai Penang...!!!

'Muslimin & Muslimat Serta Penyokong Pakatan Rakyat Dijemput Beramai-ramai'

Sunday, December 06, 2009

'Puaka' Ciptaan Rosmah...

Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok.

Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi.

Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, dan Muhammad Aizat ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, beliau dihubungi oleh pegawai penyiasat kes itu Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu.

Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan Duta, pada waktu yang sama.

Shazni Munir, pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam (API), telah berbincang dengan peguamnya dan dinasihati hadir esok.

Dua lagi pelajar API yang telah dituduh - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - akan bicarakan di mahkamah tersebut mengikut seksyen-seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan.
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh bawah Seksyen 427 bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka", mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam satu kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin, 24 Jun lalu.

Kedua-dua pelajar itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dihadapkan didakwa di mahkamah tersebut pada 30 Jun lalu, dan kes tersebut disebut pada 13 Julai lalu.

Sewaktu sebutan kes, Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan esok hingga 11 Disember ini untuk perbicaraan dua pelajar UM yang dituduh menconteng, menceroboh dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah API.

Tiga lagi suspek kes yang sama ditahan berasingan selepas pertuduhan terhadap Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

Shazni Munir, Muhammad Aizat dan Muhammad Saufi masing-masing ditangkap pada 17 Julai, 12 Ogos dan 19 November lalu.

Sumber - Malaysiakini

Saturday, November 07, 2009

Nogoghi Julang Piala Malaysia '09...

Piala Malaysia baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi,kemenangan berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan bimbingan Wan Jamak Hasan dengan bergaya 3-1 menewaskan Kelantan yang dilatih B.Sathianathan.

Negeri Sembilan mendapat 2 gol di separuh masa pertama diikuti satu gol lagi diawal separuh masa kedua.kedudukan itu kekal hingga masa tambahan sebelum Kelantan mendapat gol 'Ehsan' dari sepakan percuma Indera Putra Mahyuddin.

Sunday, October 25, 2009

Tiada EGM, Mesyuarat Khas... Mungkin - Salahuddin Ayub

PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

Dan satu Sidang Media akan diadakan pada pagi esok (26 Okt 09) bertempat di Pejabat Agung PAS di Ibu Negara yang akan diketuai oleh Musatafa Ali di Bilik Masyuarat Utama.

Friday, October 09, 2009

Lopeh Bagan Pinang Pakat-Pakat Pi Kota Seputih Pulak...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang, pilihan raya kecil akan diadakan di Kedah pula iaitu di Kota Seputeh.
  • “Insya Allah, selepas Bagan Pinang kita akan ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil di sana,” kata Azizan ketika berucap di Taman Sri Rusa, dekat sini.

Azizan memberikan ceramah bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad bin Omar.Seterusnya disini...

Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pinang:UMngok Umum Calon Paling Bersih..!!

Sebagaimana yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Najib memilih seorang calon yang bersih dari rasuah politik bagi mengembalikan kreadibiliti parti itu di mata rakyat.

Isa disabit atas kesalahan merasuah perwakilan untuk pemilihan UMNO pada tahun 2004 dengan menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Beliau dilucutkan jawatan naib presiden dan digantung selama tiga tahun. Tempoh itu berakhir pada Jun tahun lalu.

Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan dicalonkan untuk Bagan Pinang atas reputasinya sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan untuk lebih dua dekad serta berpengalaman luas dalam politik negeri itu.

Dalam memilih Isa, Najib dilihat mengambil "jalan selamat" untuk memastikan UMNO mengekalkan kerusi tradisinya itu dan tidak kalah pada pilihanraya kecil di Semenanjung untuk kali kelapan berturut-turut sejak pilihanraya umum 2008.

UMNO-BN sebelum ini tewas pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Isa diletakkan di Bagan Pinang bersandarkan popularitinya di kalangan masyarakat tempatan di situ walaupun kepemimpinan UMNO itu akan dilihat sekali lagi sebagai tidak serius dalam membersihkan parti itu daripada gejala politik wang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN untuk Bagan Pinang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Sumber - Anjung Info

Malam ini PAS pula akan mengumumkan calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Pengumuman akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Khas Semperna Aidilfiri 1430 Hijrah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah S.A.W.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya Aidil Fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah S.W.T. mewajibkan kita bersiyam (puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll). Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulannya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabdian sepenuhnya kepada kehendak Allah S.W.T.

Terdahulu dari bulan Ramadhan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Muhammad S.A.W. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, dipelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri.

Segala amalan ramadhan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus. Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya. Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.
Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah : 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka selama lebih 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, berbuka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll.

Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.

Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.
(Menteri Besar Pekatan Rakyat Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang, ADUN Pasir Panjang)

Sunday, August 23, 2009

Lagi Katak Di Kedah...!!!

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar dari PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak (UMNO).

Beliau, yang juga EXCO Pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan EXCO Pelancongan Kedah kerana soal pelantikan EXCO negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN, S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Lapor - Malaysiakini

Pengliporlari - Boleh percaya ke tak kena beli?? Mungkin tak beli la... Sebab tak ikut kehendak pasaran, tapi dapat 'Saguhati' la....

Thursday, August 20, 2009

spRM Dan pdRM jadikan Malaysia macam Afrika..!!

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan agensi kerajaan menutup gejala rasuah di kalangan pemimpin UMNO-BN menyebabkan Malaysia tidak ubah seperti negara dunia keempat benua Afrika.

Beliau mepersoalkan tindakan SPRM dan polis yang terang-terangan menutup sebelah mata terhadap jenayah rasuah yang dilakukan pimpinan kerajaan adalah amat menghampakan.

Menurutnya lagi, pelbagai kes yang dilakukan UMNO-BN antaranya komisen RM400juta pembelian kapal selam Scorpene dan isu istana kraton jutaan ringgit milik mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo langsung tidak disiasat.

“Apa yang penting dan perlu diingat mengapa Malaysia di tahun 2009 jadi macam Afrika hulu? Mahu tangkap suka-suka, mahu tendang suka-suka, mereka ingat negeri ini negeri bapa mereka, ini negeri kita bukan negeri bapa mereka.

“Apa ini? Ia menjadi bahan ketawa polis berperangai seperti ini, SPRM seperti ini, ia jadi bahan ketawa. Berbilion ringgit dicuri tapi semuanya ditutup dan tidak perlu disiasat,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat di Permatang Pasir semalam.

Anwar berkata rahsia kepada pembentukan sebuah negara bersatu, harmoni dan berwibawa adalah urustadbir yang baik, mesra rakyat dan dipercayai mampu berubah dan bekerja dengan lebih baik.

UMNO-BN sebalik berubah ganas dan menggunakan kekerasan bagi menghadapi kritikan. Menurut pemimpin reformasi itu lagi, UMNO-BN menggelarnya pengkhianat Melayu kerana ia ketandusan alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari kematian Setiausaha Politik EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

“Saya berjuang untuk Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia. Cara UMNO sangat kotor buat poster saya anti Melayu supaya saya jadi seorang Melayu sebenar. Saya tidak perlu buktikan kepada UMNO biar orang Melayu yang tentukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu kerana berjaya membantu golongan miskin tegar di Kepala Batas yang dahulunya merupakan kawasan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dapat dijayakan sebagai kerajaan rakyat hanya sekiranya pengundi memilih wakil-wakil rakyat yang berwibawa, berani untuk tampil ke hadapan dan berhujah, serta yang terutama sekali berintegriti tinggi.

Info : Anjung Info

Hari ni pulak, pacuan empat roda milik spRM ni hangus dibaling bahan letupan buatan sendiri (Molotov Coktail)... Itu tandanya...???

spRM nak siasat sapa??

pdRM nak tunding jari kat sapa??

Nordin Mat Top??

Jangan salah tembak......

Monday, August 17, 2009

N11: Pertembungan Sengit, Calon Bebas Hangit...!!!

Pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir akan menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman.

Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Salleh Man dan calon BN, Rohaizat Othman menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Bukit Mertajam.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya. Pegawai SPR Roslan Yahya berkata sebanyak 15 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 2 0gos nanti.

Salleh tiba seawal 8.35 pagi dengan diiring Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Md Isa, Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim serta pemimpin akar umbi Md Sabu. Beliau diarak lebih 1,000 orang sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon.

Manakala Rohaizat tiba tidak lama kemudian dengan 400 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi.Tidak ketinggalan juga kelihatan MB Halam Perak Dr Zambry Kader.

Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang bertanding di Bukit Gantang, Penanti juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi Adun di Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terakhir ekoran tersesat jalan lalu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas akibat diserang sakit jantung.

SPR menetapkan Tarikh pengundian pada 25 Ogos ini,Tarikh teropong anak bulan puasa pagi tadi dah di IKBN Permatang Pauh...Bulan Penuh!Gerenti puasa penuh sebulan bagi yang tak datang bulan...! huhuhuhu...

Sunday, August 16, 2009

Nuri bawa TPM mendarat cemas...!!

Setiap kali keluar berita tentang helikopter Nuri pasti tak ada cerita lain. Sama ada terhempas, hilang dari radar ataupun terpaksa mendarat cemas. Cuma hari ini agak istimewa kerana cerita helikopter Nuri membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pastinya tak dapat melupakan apabila helikopter Nuri yang dinaiki untuk merasmikan satu mesyuarat UMNO bahagian di Sabah terpaksa mendarat cemas di Tuaran.

Bagi Muhyiddin mungkin ini pengalaman pertama beliau merasai saat cemas menaiki helikopter Nuri. Tetapi bagi anggota tentera negara khususnya kapten pesawat mungkin detik-detik cemas seperti itu sudah acap kali mereka lalui. Mujur tidak ada sesuatu yang buruk berlaku. Jika tidak mungkin satu lagi sejarah hitam terpalit membabitkan helikopter Nuri yang telah digunakan sejak tahun 1970-an lagi.

Tak dapat nak dibayangkan bagaimana helikopter yang telah berpuluh tahun digunakan masih lagi menjadi aset 'berharga' kerajaan. Jika nak dijual ke negara mundur sekalipun mereka akan fikir beratus kali sebelum membuat keputusan membeli helikopter Nuri ini.

Saya yakin jika tidak kerana kontroversi cadangan pembelian Eurocopter tempohari, Muhyiddin tidak perlu melalui mimpi ngeri merasai pengalaman menaiki pesawat yang pernah digelar 'keranda terbang' ini.

Jika kerajaan masih lagi bercadang meneruskan penggunaan helikopter ini saya cadangkan ia hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya serta menteri-menteri yang ada. Biarlah mereka gunakan untuk merasmikan mesyuarat UMNO di sini sana. Bagi operasi ketenteraan, logistik atau operasi mencari dan menyelamat gunakanlah pesawat lain.

Agak malang anggota tentera perajurit negara terkorban sia-sia kerana disebabkan pesawat yang telah layak disimpan di Muzium Negara. Jika tidak pun boleh dihadiahkan kepada kerajaan Melaka untuk menambah koleksi Muzium yang ada.Ajal maut memang ketentuan Allah SWT tetapi pepatah Melayu ada berkata 'maut jangan dicari'. Sudah tiba masanya kerajaan menukar helikopter antik ini sebelum satu lagi musibah melanda negara.

Dari : Angkasanuri

Nasib baik...Nasib baik...Nasib baik la lu Mat Sembab!!

Saturday, August 15, 2009

PRK Permatang Pasir:Penempatan Petugas Pakatan Rakyat

Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN N11 Pmtg Pasir
No Telefon : 04-3984226

1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung


2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor

3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru

4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas

Friday, August 14, 2009

P/J lawan S/U di Permatang Pasir....

Ustaz Saleh Man selaku P/jaya PAS Pulau Pinang diumumkan sebagai calon pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir yang dibuat oleh Dato Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Majlis yang bermula 9 malam itu turut disertai oleh Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat serta 3000 penyokong yang hadir membanjiri lokasi bertempat di Sungai Dua.Ustaz Saleh Man akan berhadapan dengan calon Barisan Nasiyonal,Rohaizat Othman yang juga setiausaha UmNGOK bahagian Permatang Pauh dalam hari pengundian 25 ogos ini sebelum selepas hari penamaan calon ditetapkan SPR 17 ogos (Isnin).

UMNgOk khianat UMNgOk...!!!

Ahli UMNgOk, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" UMNgOk Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang tadi untuk mengutuk Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.

Program anjuran UMNgOk itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua.

Timbalan Presiden UMNgOk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram.

Namun pemimpin UMNgOk Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.

Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNgOk memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Antara yang berucap ialah Ketua UMNgOk Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid, Ketua UMNgOk Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNgOk Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.

Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang UMNgOk yang direntangkan.

Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin UMNgOk Johor.

Jumaat adalah cuti umum di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan ramai.

Namun sambutan hambar adalah tamparan, bukan sahaja ke atas penganjur tetapi yang lebih besar, terhadap Muhyiddin sendiri.

Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti.

Realitinya Johor tetap Darul UMNgOk dari dulu hingga sekarang!Dah kena NGOK dengan pimpinan atasan pun masih berpegang pada keris karat!

-Pengliporlari

Thursday, August 13, 2009

PRK Permatang Pasir: Siapa Calon PAS..?

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang akan mengumumkan calon Pas yang akan bertanding pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pula ditetapkan 25 Ogos ini.

"Satu simbol yang sangat menarik untuk Pakatan Rakyat sebab, pertama yang bertanding ialah PAS, DUN tersebut pula dibawah Parlimen Permatang Pauh dan negeri ini pula dibawah jajahan DAP. Sebab itu saya kata pilihanraya ini sangat menarik. Nama calon sudah dalam poket saya. Malam esok saya akan umumkan siapa calonnya," kata Haji Hadi.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keadilan akan memberikan sokongan kepada wakil PAS yang akan menghadapi pilihanraya kecil kali ini.

"Pada peringkat ini kita ingin jelaskan bahawa jentera Parti Keadilan Rakyat dan kebetulan Permatang Pasir dibawah Permatang Pauh. Kita akan berikan sokongan padu dan saksama. Kita telah kehilangan seorang wakil rakyat, Allahyarham Datuk Hamdan yang merupakan seorang ADUN yang baik dan juga sahabat baik saya sekian lama," ujar Datuk Seri Anwar.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian penyandangnya, wakil PAS Datuk Hamdan Abdul Rahman yang mendapat serangan jantung.

Hamdan menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi apabila meraih 11,004 undi.

Pilihanraya ini merupakan yang ke 7 untuk tahun 2009.

Dari : Anjung Info

Pengliporlari - Sementara itu Pilihan raya DUN Permatang Pasir ini juga bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan seorang calon Bebas daripada Pakar Motivasi, Kamarul Ramizu Idris yang menyuarakan hasratnya untuk bertanding. Kamarul yang tewas dalam dua PRK sebelum ini menyatakan bersedia membeli borang pencalonan di pejabat SPR negeri Jumaat ini.

Dalam pada itu ketua Polis Pulau Pinang berkata pihaknya sudah menyediakan anggota yang bakal dikerahkan dan menjalankan pemantauan di pusat penamaan calon Isnin ini, di institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Mari! Mari! Mari!!! Keluar BARISAN masuk BULATAN... Mari! Mari!

Tuesday, August 11, 2009

PRK Permatang Pasir: PAS umum Calon 14 Ogos...

Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak. Iklan

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya.

Info : HarakahDaily