"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 24, 2010

Royalty Minyak: 'Pa" Tak Konsisten

Ceramah "Maulidur Rasul dan Isu-Isu Semasa" di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan semalam sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan audience yang hadir dari kawasan sekitar (ada juga yang datang jauh dari Gua Musang dan Kuala Krai bersama seisi keluarga) dan dianggarkan hampir 7 ke 8 ribu hadir malam semalam.

Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Kelantan lebih berminat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dari wakil-wakil Pakatan Rakyat berbanding dengan penjelasan dari wakil-wakil Kerajaan Pusat. khabarnya apa yang dipanggil "Ceramah Perdana" oleh badan NGO yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Pasir Mas tempohari (di Bangunan UMNO Kota Bharu) sekadar mampu menarik minat tidak sampai 3,000 hadirin.

Kata Tok Pa dalam ucapannya pada malam tersebut - "ini adalah program kita (UMNO maksudnya) yang paling berjaya sejak 5 tahun lepas!". begitu berbangga Tok Pa apabila berjaya mengerah penjawat awam dengan bas-bas yang mungkin disewa "khas" dan juga anak-anak muda bermotorsikal yang dibayar kehadirannya. RM20 sebiji motor kata salah seorang anak muda.

Tok Pa nampaknya begitu berminat dengan angka "20". mungkin ada nostalgianya.

Apa yang kita faham dari siri-siri ceramah anjuran baik pihak Pakatan Rakyat ataupun pihak Kerajaan Pusat ialah, mereka-mereka yang hadir lebih berminat untuk mendengar penerangan dari wakil-wakil Pakatan Rakyat kerana wakil-wakil kita (Pakatan Rakyat) lebih banyak menerangkan sesuatu isu itu dengan fakta dan hujah yang bernas dan bukannya "auta" yang melemaskan.

Ceramah "Mini" semalam juga dihadiri oleh ADUN Salor YB Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Machang saudara YB Saifudin Nasution, ADUN Pengkalan Pasir YB Hanipa Ahmad, ADUN Tendong YB , ADUN Chetok Ustaz Haji Halim, ADUN Gual Ipoh YB Wan Yussof, TG Haji Husin (Dewan Ulama' PAS Kelantan), Ustaz Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama' PAS Kelantan) dan beberapa lagi saf pimpinan PAS Kelantan.

YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz yang dijadualkan hadir sama tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh TG haji Husin disusuli dengan solat Hajat. Ustaz Daud Iraqi memulakan majlis ceramah dengan tazkirah dan juga sedikit ceramah Maulidur Rasul.

Ceramah seterusnya oleh YB Saifudin Nasution banyak menyentuh isu-isu semasa dan nasional seperti isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam, kes DSAI, SPRM, perundangan dan beberapa masalah dalaman UMNO/BN yang akhir-akhir ini semakin hilang sokongan akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri.

Akibat daripada kerakusan pimpinan UMNO/BN dalam usaha untuk mempertahankan kuasa yang semakin hilang, banyak badan-badan dan institusi-institusi dibawah Kerajaan Pusat digunakan sepenuhnya diluar untuk mempertahankan kuasa (UMNO/BN) sehingga mengakibatkan kepada berlakunya kerosakan sistem termasuk sistem perundangan.

Banyak undang-undang dilacurkan sewenang-wenangnya termasuk perlembagaan negara yang sepatutnya dihormati dan diangkat setinggi-tingginya dan bukannya dipijak-pijak begitu sahaja. bidang keagamaan tak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari dulu lagi UMNO/BN tidak pernah menghormati 1-1nya institusi yang paling tinggi martabatnya ini.

ADUN Salor YB Haji Husam Musa meneruskan ceramah malam tadi dengan penerangan yang cukup bernas berkenaan dengan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan. beliau menempelek kenyataan Ahli Parlimen Jeli yang mengatakan bahawa Negeri Kelantan tidak berhak menuntut pembayaran Royalty atas hasil buminya kerana lokasinya berada diluar kawasan mengikut "Ordinan Darurat 1969".

YB Haji Husam dalam ucapannya mempersoalkan apakah rasionalnya Ahli Parlimen Jeli menafikan lokasi carigali tersebut dengan mengguna pakai "Ordinan Darurat 1969" yang telah dimansuhkan penggunaannya pada tahun 1979 iaitu 31 tahun lepas?

Kenyataan Ahli Parlimen Jeli juga dipertikaikan 1 persatu oleh YB Haji Husam kerana kebanyakannya tidak konsisten.
"mulo-mulo 'Pa' (panggilan manja Haji Husam pada Ahli Parlimen Jeli sambil disambut dengan gelak tawa audience) oyak Kelate tak dok minyok, lepas tu 'Pa' oyak Kelate tok leh claim sebab tu hasil usahasama dengan negara jiran, lepas tu 'Pa' oyak cumo buleh 'wang ehsan' sebab Keraja'e Pusat 'siye" (kesian) ko Kelate, lepas tu tibo-tibo 'Pa' oyak pulok buleh 20 juto jah (5%) dari hasil carigali akan dibayar mulo pado bule mac".
Semua kenyataan-kenyataan dari Ahli Parlimen Jeli tidak pernah konsisten.
"sekejap ada sekejap tak ada, tiba-tiba ada balik, tapi dalam bentuk lain iaitu 'wang ehsan'. tok kigho lah demo nok panggil ggapo pun, kito ado banyok dokumen-dokumen hok kito dapat dari kakitangan Petronas sendiri hok menyokong usaha Negeri Kelantan atas kapasiti Kelantan memang berhak menerima apa saja bentuk bayaran tak kira Royalty atau Wang Ehsan. yang penting, Kerajaan Pusat melalui Petronas kena bayar seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri".
Kata YB Haji Husam lagi, tidak kira negeri itu berada dimana asalkan ianya dalam Malaysia, hanya ada 1 perjanjian sahaja yang ditandatangani pada masa itu (1974) dan perjanjian itulah yang ditandatangani oleh semua negeri baik di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak. tidak ada lagi perjanjian lain selain dari perjanjian itu.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Gua Musang (UMNO/BN) Tengku Razaleigh Hamzah, individu yang bertanggungjawab dari mula perjanjian tersebut dibincangkan, merangka perjanjian tersebut untuk direalisasikan sehinggalah ianya (perjanjian tersebut) ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat.

Majoriti yang terlibat didalam merangka perjanjian tersebut mengatakan bahawa Kelantan berhak menerima bayaran tunai hasil dari galian tersebut bersama menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tetapi mengapa pula pihak-pihak yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja (merangka perjanjian) tersebut pula yang bersungguh-sungguh menafikan hak Negeri Kelantan?

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kelantan untuk 1 program penerangan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan bersama semua ADUN-ADUN Kelantan (termasuk ADUN-ADUN UMNO/BN) pada 28hb.. Februari, 2010 ini.

Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com

Laporan Perkembangan Aduan Kes Salah Laku: ”Hebatnya Ahli-Ahli PAS”

Dalam saya kena “dushum” kiri dan kanan dari penyokong “ulamak” dalam PAS di atas tindakan saya menegur pimpinan melalui blog dan membuat aduan salah laku, rupa2nya ada orang perati.

Dan, kerap saya diberitahu bahawa tindakan saya dan rakan-rakan menjatuhkan imej parti. Tapi, ada seorang peguam ni memberikan satu perspektif baru.

Almaklumlah, punya susah nak dapat peguam. Ada sorang peguam yang kita tanya tu, dia ni PKR. Dia siang-siang kata dia takut. Tapi, dia kata apa yang kitorang buat ni patut dipuji. Apa kita buat ni sebenarnya menaikkan imej ahli-ahli PAS itu sendiri.

Tindakan kami para bloggers ni memberi gambaran bahawa PAS itu sendiri parti yang sukar untuk dikorupsi kan kerana ahli-ahli PAS tidak akan mengizinkan PAS dikorupsikan. Rupanya, rakyat Malaysia sudah semakin matang dan dapat menilai.

Kalau rakyat Malaysia konfiden dengan imej ahli-ahli parti, ertinya peluang parti tersebut untuk mendapat sokongan rakyat adalah AMAATTTTT CERAAAAHHH.

Jadi, hancurlah pendapat yang mengatakan kononnya Tulang Besi ni perosak jemaah, pemecah belah jemaah, merosakkan imej PAS dsbnya. Rupanya tindakan Tulang Besi dan rakan-rakan Bloggers lebih menguatkan lagi imej PAS di mata rakyat.

Peguam tu kata, dia berharap ada orang-orang dalam PKR yang seberani macam kami ni. Selamat dan aman damai PKR. Saya nak cadangkan kepada peguam tu supaya pegi jumpa Wak Kerang Kota Damansara Cabang Subang. Dia tu lebih berani dari Tulang Besi dan ada track rekod meluruskan benda yang bengkok.

Dan Allah SWT telah jelas berfirman dalam AlQuran dalam banyak ayat bahawa apabila kita melakukan “Amar Makruf Nahi Mungkar” nescaya kita akan dimuliakan.

APASAL LA LAWYER2 PR NI HAMPEH

Berbalik pada topik asal, kami masih meneruskan usaha kami untuk mencari peguam yang sesuai dan tepat bagi kes ni. Peguam kat sana tu banyak, tapi takkan kita nak main ambik je. Takut-takut dapat peguam setaraf dengan Suwardi Yaakob, habis kita.

Dan, peguam2 yang kita kenali sebagai amanah dan berani serta kompeten semua dah jadi ahli PAS, PKR dan DAP. Bila kita minta wakili kita, semua angkat dua tangan. Semua guna perkataan yang sama: “takut”.

Heran saya. Ada peguam tu saya nampak sendiri dia kena angkat dengan FRU satu masa dulu. Tapi, dalam kes ni, dia buleh kata takut. Pening kepala memikirkan.

Jadi, saya minta beri kami masa lagi untuk mencari peguam. Peguam-peguam DAP pun “takut” nak wakili kami. Dengan SPRM korang semua berani bertekak, dgn polis korang berani maki, kes macam ni apasal korang takut??

Baik PKR, PAS, DAP semua guna perkataan sama, takut. Ada tu tambah lagi, “mati aku”. Ntah apa-apa ntah.

“Pes” time saya tengok, klient ada, kes ada, duit ada, peguam tak berani. Macam kata Mak Enon dalam filem “Keluarga 69”:
Orang biasa duduk rumah sewa tak bayar berbulan-bulan. Ini, sewa bayar, orangnya takda. Hai, dunia, dunia.”
.Namun, sekiranya ada peguam-peguam di luar sana yang ada pengalaman dalam politik dan mahu menawarkan khidmat anda, di minta menghantar email kepada saya di malaysiawaves@rocketmail.com. Sumbangan saudara/ri amat kami hargai.

PERKEMBANGAN KES

Saya telah dipanggil oleh Khairul Pejabat Agung mewakili SU Agung, Cikgu Mustafa Ali, untuk berjumpa terus dengan beliau. Alhamdulillah, saya memang konfiden Cikgu Pa takkan tolak kes saya mentah-mentah sebab beliau ni kawan kepada arwah bapa saya.

Saya bagitau passport saya ada di imigresen dan akan keluar hanya minggu depan. Jadi, kalau boleh saya nak jumpa Cikgu Pa hari Sabtu depan.

Khairul kata dia akan contact saya balik. Inshaalah saya berharap di hari saya bersemuka dengan Cikgu Pa, saya akan bersama peguam yang saya telah lantik. Saya harap, by then, saya sudah ada peguam yang mewakili kes ini.

PELUANG UNTUK “OUT OF COURT SETTLEMENT”

Saya bercadang untuk menghantar salinan aduan saya kepada kesemua AJK PAS Pusat secara pribadi sebab mungkin AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat akan dapat membincangkan satu bentuk “Out of Court Settlement”.

Tujuannya supaya kes ini tidak diperpanjangkan dan meleret-leret. Mungkin JK Kerja PAS Pusat dapat membincangkan aduan saya ini dan membuat “plea bargain” kepada mereka yang saya adukan.

Perkara “plea bargain” ini amalan biasa dalam dunia undang-undang dan ia boleh membantu menyelamatkan masa dan menutup sesuatu kes itu dengan cepat.

Dalam mahkamah, “plea bargain” akan ditawarkan oleh Pendakwaraya kepada yang tertuduh. Biasanya “plea bargain” itu akan memberi hukuman yang lebih ringan berbanding kalau tertuduh didapati bersalah dengan proses mahkamah yang biasa.

Jadi, JK Disiplin tidak perlu bersidang lama cuma hanya sekali untuk memberikan penghakiman yang rasmi. Itu sahaja.

LAPORAN TABUNG GUAMAN

Jumlah Terkumpul setakat ini adalah RM10,330. Hebat sungguh penyokong-penyokong usaha ini. Saudara “anak” menyumbang RM10k. Tapi ada yang lain tu, walaupun tidak berwang, tapi masih sanggup mengeluarkan derma RM20, 50, 100. Masing-masing berkorban apa yang mampu. Semoga sumbangan saudara/ri sekelian dirahmati Allah SWT hendaknya.

Doakan usaha kami berjaya, inshaalah. Lupakan apa-apa keraguan kerana apa yang dilakukan oleh kami, inshaalah, diberkati Allah SWT dan menjadikan imej PAS lebih harum dan murni.

Rakyat sekarang bukan bodoh lagi. Mereka tahu dalam setandan pisang, takkan semuanya baik. Ada yang buruk. Kalau ahli-ahli tunjuk pada rakyat yang mereka sanggup memotong pisang yang buruk, maka keyakinan rakyat pada parti itu akan bertambah.

Rahsia UMNO dapat bertahan lama satu masa dahulu adalah kerana ahli-ahli bebas mengkritik kepimpinan mereka. Sehingga, Tun Razak di dalam satu Perhimpunan Tahunan Pemuda pernah memberi ucapan mengingatkan Pemuda UMNO supaya jangan menjadi “pembangkang dalam kerajaan”. Tun Razak kata, tugas pembangkang sudah pun dipikul oleh parti-parti pembangkang.

Sikap keterbukaan UMNO itulah yang menjadikan ramai orang Melayu kekal menyokong UMNO sehinggalah naikknya Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty sebagai Presiden UMNO. Di bawah Dr Mahahtir, orang UMNO pun kena ISA i.e. Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan Fahmi Pandan.

Apabila ahli-ahli UMNO semua jadi lembu cucuk hidung, maka otomatiklah orang Melayu jadi menyampah dengan mereka.

Saya berdoa usaha kami ini akan menambahkan lagi keyakinan rakyat dan orang Melayu terhadap PAS.

Tulang Besi

Hujjah: Dr.Agus vs Totok UMNO

Lagi Pasal P.Gunasegaram & Laporan Polis

Artikel ini adalah lanjutan dari isu laporan polis terhadap P. Gunasegaram.

Jumaat lepas sewaktu Khutbah Jumaat, Khatib menceritakan berkenaan sebuah kesah yang berlaku kepada Nabi kita SAW.
Pada satu hari, Nabi SAW dikunjungi oleh seorang wanti Nasrani yang berhajat menghadiahkan sebiji limau kepada Nabi SAW. Maka, Nabi SAW mengambil limau tersebut dan merasa seulas. Selepas itu, Nabi SAW terus menghabiskan limau tersebut. Sahabat2 yang berada di situ terkejut kerana kebiasaannya Nabi SAW akan berkongsi setiap hadiah yang Baginda dapat bersama para Sahabat2.

Perempuan Nasrani itu merasa gembira. Apabila perempuan Nasrani itu pergi, Baginda memberitahu para Sahabat bahawa limau yang diberikan oleh wanita tersebut masam. Baginda takut kalau dikongsi bersama dengan para Sahabat, maka aka nada Sahabat yang mengulas perkara tersebut kepada wanita Nasrani tersebut. Ini akan menyebabkan hati wanita Nasrani tersebut terluka. Lantas, Baginda menghabiskan setiap ulas tanpa berkongsi.
Begitulah Nabi SAW mengajar kita bersikap adil dan saksama hatta kepada oranb bukan Islam sekalipun. Perasaan wanita Nasrani tersebut dijaga walaupun wanita tersebut bukan Islam. Tindakan yang kecil-kecil seperti ini telah berjaya melindungi imej Islam buat beribu tahun kemudian.

MENGAPA MAHU BERSIKAP KERAS DENGAN MEREKA YANG JAHIL?

Sememangnya tulisan P.Gunasegaram itu bersifat biadap dan kurang ajar. Tapi, kita harus sedar bahawa P. Gunasegaram juga jahil berkenaan Islam dan sistem shariah. Mengapa kita mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang jahil? Tidakkah itu menunjukkan kita sebenarnya yang jahil?

Sememangnya tugas orang Islam adalah memastikan perasaan orang bukan Islam tidak terjejas dengan tindakan kita sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda di atas.

Kita mungkin bersikap kasar dengan P.Guna, tetapi bagaimana pula dengan pembaca-pembaca beliau yang berjumlah ribuan tersebut? Tidakkah lebih baik kita berhujjah secara baik dan dengan hujjah tersebut kita boleh menukar pemikiran ribuan pembaca artikel P.Gunasegaram.

Tidak ada kesan sekiranya kita Cuma melahirkan kemarahan semata-mata tanpa kita mengalahkan hujjah-hujjah mereka. Mereka akan terus kekal dengan kejahilan mereka ditambah dengan perasaan marah dan benci kerana tindakan kasar mereka.

KELEMAHAN NGO2 ISLAM DI DALAM MENGHADAPI KUMPULAN LIBERAL

Mereka tidak cukup hujjah “Aqli”. Dan mereka lebih suka berhujjah dengan retorik serta dari sudut emosi. Seharusnya kita memberikan hujjah-hujjah yang nyata dan jelas bagi mengalahkan mereka dari segi pemikiran.

Walaupun mereka tidak akan menerima hujjah kita, sekurang2nya mereka masih mampu menghormati pandangan kita.

Dan apabila kita menunjukkan akhlak Islam serta kebolehan kita memahami hujjah mereka, selepas ini penentangan mereka kepada kita akan jadi lebih kendur.

P.Guna adalah seorang penganalisi ekonomi. Motivasi beliau menulis demikian tidak lain hanyalah mahu menjaga Malaysia dari dipandang sebagai sebuah negara Dunia Ketiga oleh para pelabur-pelabur asing. Hukuman-hukuman sebegini berpotensi menakutkan pelabur asing dari melabur di Malaysia.

Ertinya, kita mesti cari hujjah yang dari sudut ini untuk menghadapi orang-orang seperti P. Guna. Bagi saya mudah sahaja. Kalau pelabur takut undang-undang ini, baik mereka tarik pelaburan mereka yang berjumlah berbilllion-billion Dollar dari Saudi Arabia yang menjalankan hukum jenayah Syariah Islam secara 100%.

Senang sahaja.

Tulang Besi

Lagi Contoh Fitnah Penyokong2 “Ulamak” Dalam PAS

Saya bukan suka pun nak layan si Batu Api ni. Tapi, nampak sangat betapa puak2 penyokong “Ulama” dalam PAS ni merasakan mereka di atas syariat Islam. Mereka berkefahaman mereka bebas dari cengkaman syariat Islam dan boleh melakukan apa sahaja yang diharamkan oleh Islam.

Tapi, sebelum tu, saya nak bawa komen dari Qurtubby yang telah bersumpah dengan nama Allah:
qurtubyy berkata...
demi Allah saya tetap yakin batu-api itu songkok putih.

mns, tulang besi bukan serang pas, dia serang pemimpin munafik di dalam pas.

depan umno kata lain, depan pr kata lain.

“Artinya : Dan jika mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman’. Dan bila mereka kembali pada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok” [Al-Baqarah : 14]
Blogger Qurtubby telah bersumpah dgn nama Allah SWT. Kita tunggu bila Batu Api ni nak bersumpah balik menafikannya dakwaan di atas.

FITNAH BATU API YANG TERBARU

Dah berapa kali saya buktikan fitnah di Batu Api ni. Tapi, dia tetap terus dengan perangai sebar fitnah dia. Al maklumlah, diri sendiri tu dah rasa hebat dan maksum kerana menyokong “ulama”. Fitnah terbaru ni dia kata:
“Soal Tabung Guaman kononnya tak nak aduan dia mengenai pimpinan PAS dibakul sampahkan adalah muslihat licik mengamburkan orang ramai. Sebenarnya Tabung itu adalah untuk melawan syarikat Guaman Suwardi melalui firmanya ‘Zulfadli & Edham’.
Artikel macam ni Songkok Putih pergi masukkan dalam Tranung Kite.? Saya nak tergelak pun iye, nak menangis pun iye atas kebodohan si Batu Api ni. Dan yang izinkan ia keluar dalam Tranung Kite 100x lebih bodoh dari Batu Api.

Saya nak bagitau ni, Notis tu NOTIS TUNTUTAN bukan NOTIS SAMAN. Sehingga hari ni, Suwardi Yaakob tak pernah hantar NOTIS SAMAN pada Tulang Besi. Jadi, apa yang Tulang Besi nak takut pasal tuntutan saman Suwardi? Tuntutan saman pun takda.

Sudah JAUH LEBIH dari 30 hari semenjak NOTIS TUNTUTAN ini namun tiada NOTIS SAMAN yang dihantar. Ertinya, tiada kes dari Suwardi kepada Tulang Besi.

Kalau Tulang Besi kena saman pun, Tulang Besi bercadang nak bawa Nazlee GERAK sebagai saksi. Haaa baru kita tengok sapa yang benar dan siapa yang tidak.

Batu Api ni bengap, tak tau undang-undang. Dia ingat benda NOTIS SAMAN ni benda otomatik. Padahal tidak. Ia mesti dihantar dan disahkan terima oleh Tulang Besi. Baru kes berjalan.

Lagi sekali kita nampak Batu Api ni jenis kaki sebar fitnah. Sebelum ni saya bawak contoh Afyan Mat Rawi.

Trendnya amat jelas. Mereka yang berbangga menjadi penyokong “ulama” ni berasa mereka berada di atas syariat Islam dan kebal dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT i.e. fitnah dan berbohong.

Mereka boleh sebar fitnah dan pembohongan sesuka hati mereka. Saya dah bawak 3 contoh dalam blog saya: Afyan Mat Rawi, Batu Api dan juga Songkok Putih. Mereka tak rasa berdosa walau sedikit pun sebar fitnah yang jijik dan jahat seperti ini.

Patutlah mereka ni kemaruk sangat nak masuk UMNO. Perangai masing-masing pun dah jadi macam UMNO. Eloklah korang semua berambus dari PAS dan masuk UMNO

Tulang Besi

Tok Pa Pengkhianat No-1 Negeri Kelantan...!!!

Tengok gambar dulu...
Lepas tu baca petikan berita:
Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta "wang ehsan" diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau juga menjelaskan Kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan "TELUS" bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu Jawatankuasa Khas.
Sambung balik tengok gambar...
Ni projek Kerajaan Malaysia...
Nampak tak tarikh mula projek bila..?

Tarikh Mula: 1hb Dis.2008... Tarikh Siap: 31hb Julai 2009

Apa cerita Tok Pa..?

Ulang balik "kata-kata hikmat" dari Tok Pa...
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.
Betul ke ayat Tok Pa tu..? kira-kiranya Kerajaan Pusat geng Tok Pa tu lagi TELUS la dari Kerajaan Negeri Kelantan ya Tok Pa..?

TELUS... sebab tu la Projek yang patutnya makan masa 6 bulan je tak siap-siap sampai sekarang... bukan setakat tak siap, PEMBINAAN PUN TAK MULA LAGI..! setakat pacak papan projek merata-rata, tulis besar-besar dekat papan projek "Kerajaan Malaysia", "1 Lagi Projek Pembangunan Oleh Kerajaan BN", anak Kontraktor Kelas "F" pun boleh buat...!!!

Oi Tok Pa..! Jambatan 2 lorong dekat Manek Urai yang BN janji masa Pilihanraya Kecil Manek Urai yang regenya lebih 7 juta apa cerita..?

Jambatan ke-2 Sultan Mohamad ke-IV apa cerita..?

Duit Katering supplier gerai makan yang dok jamu orang ramai masa PM Murujib datang Kota Bharu dekat Kompleks Sekolah bulan Ogos tahun lepas tak sampai RM300,000 apa cerita..?

Bila nak bayar..?
Oi Tok Pa..! kalau dengan peniaga 100% Melayu ahli dan penyokong UMNO tak sampai RM setengah juta pun tak boleh nak jelas sampai sekarang......

TAK PAYAH NAK SEMBANG PASAL "WANG EHSAN" LAAAAAA...!!!

HANCING MACAM SIAL...!!! PENGKHIANAT...!!!

Ptuih..! Ptuih..! Ptuih..! Ptuih..! Ptuih..!

Royalty Minyak: Henti Tipu Rakyat..! - Zaid Ibrahim

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum

Sumber - Zaid Ibrahim

Tulang Besi Dijemput UMNO Protes P.Gunasegaram

Seorang aktivis UMNO menghantar email pada saya dalam FB menjemput saya ke majlis membuat laporan polis. Laporan tersebut dibuat terhadap P.Gunasegaran, bekas wartawan The Edge serta sekarang ini wartawan The Star.

Laporan itu adalah kerana salah satu artikel P.Guna yang dikatakan memperlecehkan hukuman sebat dan sistem syari'ah di Malaysia. Ia merujuk kepada hukuman sebat yang dikenakan terhadap 3 orang perempuan atas kesalahan zina ghiar muhsan di Pahang.


Saya memberitahu beliau saya tak dapat bersetuju kepada laporan polis tersebut. Tetapi, saya akan bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan P.Gunasegaran di atas isu ini hatta di dalam Bahasa Inggeris sekalipun.

Saya menyatakan kesediaan saya untuk berdebat dengan P.Gunasegaram ini secara terbuka. Bagi saya, buat apa kita buat laporan polis pada mereka yang sememangnya jahil dalam agama Islam? Kita hendak bersikap keras kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai maklumat yang jelas berkenaan dengan Islam dan sistem syari'ah Islam? Ertinya kita yang nampak bodoh sebab kita marah pada orang jahil.

Hasil dari tindakan keras kita, mereka tidak akan membuka hati mereka untuk menerima Islam. Mereka kekal di dalam kejahilan mereka dan tiada apa-apa kebaikan yang kita akan dapat sebagai orang Islam di Malaysia.

Kita mesti sedar majoriti orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah mendapat maklumat yang betul berkaitan dengan hukum syari'ah Islam. UMNO juga membantu menyebarkan salah faham dan kekeliruan berkaitan dengan Islam kepada orang bukan Islam.

Sebagai contoh, RAMAIIIIIIIIII orang bukan Islam di Malaysia tidak sedar yang hukum syari'ah Islam telah wujud secara rasmi dan diwartakan SEBELUM MERDEKA lagi. Rujuk di sini. Mereka ingat mereka akan dikenakan satu sistem yang baru muncul. Padahal sistem ini telah wujud di Malaysia waktu tok nenek mereka berhijrah ke Malaysia lagi.

UMNO MEMBANTU MENGELIRUKAN ORANG BUKAN ISLAM BERKENAAN ISLAM

Di negara-negara Arab, orang2 Kristian telah sampai ke tahap boleh memakai pakaian seperti orang Islam. Kenapa di Malaysia kita tidak boleh memberi edukasi yang cukup berkenaan dengan Islam kepada orang bukan Islam?

Kita masih ingat sebelum 2004, bagaimana RTM sering kali menyiarkan rakaman Taliban menjalankan hukuman bunuh ke atas pesalah-pesalah syari'ah di waktu “half time” permainan bola sepak di Afghanistan. Perkara-perkara seperti ini sebenarnya MENJAUHKAN orang bukan Islam dengan Islam. Tapi UMNO tidak kira kerana matlamat menghalalkan cara.

Allah SWT Maha Kaya. Orang yang bertanggungjawab terhadap program-program yang menghina Islam itu, akhirnya tersungkur menyembah bumi dalam pilihanraya 2008 di Parlimen Merbok. Zainuddin Maidin cuba menawan undi orang bukan Islam dengan memburukkan Islam, akhirnya orang bukan Islam itu sendiri menimbus Zainuddin Maidin. Allah SWT membalas “cash” segala usaha penghinaan terhadap Islam yang telah dilakukan oleh Zainuddin.

Akhirnya, Tulang Besi kata dia setuju untuk jadi panel forum, tapi untuk protes P.Guna dengan membuat repot polis, Tulang Besi tidak dapat setuju. Masa sekarang ini adalah untuk berdakwah pada yang bukan Islam kerana mereka jahil dan telah terlalu lama termakan dengan propaganda UMNO/BN yang memberi gambaran buruk tentang Islam kepada mereka.

Malahan, Tulang Besi sedia berdebat atau berforum atau berhujjah dengan sesiapa sahaja dalam isu Islam baik dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Tidak jadi masalah bagi Tulang Besi, insya Allah.

Tulang Besi