"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 24, 2010

Royalty Minyak: Henti Tipu Rakyat..! - Zaid Ibrahim

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum

Sumber - Zaid Ibrahim

5 comments:

Anonymous said...

Istilah EEZ dan 12 batu nautika ni hanyalah istilah yang bodoh yang direka2 oleh kerajaan Mahataik akibat dari perasaan penyakit hati pemimpin umno. Kalau kerajaan yang tak tahu menunaikan janji tu samalah dengan kerajaan Natang sebab otak mereka sama seperti Lembu.

Bila sama pemikiran mereka dengan natang jadilah mereka seperti Zionis Israel kerana Yahudi2 tu memang berasal dari kera2 yang disumpah akibat tidak menunaikan janji mereka kepada yang Maha Kuasa.

mankeldai said...

satu nasihat yang perlu direnung oleh tok pa!

Anonymous said...

sila bawk masuk mahkamah, persoalan2 ini tidak akan ke mana sekiranya perang media mengenai perkara ini diteruskan lagi..mmg dari awl lagi sy begitu tidak setuju diadakan penerangan2 balas melalui ceramah atau media kerana tiada penghujungnya..

yg merasakan diri mereka pandai akan berhujah..yg tenggelam boleh mencari publisiti mengenai isu ini..

biar zaid ibrahim sendiri jd peguam utk mengaturkan perkara ini..ku li jd saksi utama..berani kerana benar..

tak payah la balasan melalui media or ceramah, kerana persoalan masih belum terjawab..

anti-firaun

Anonymous said...

UMNO bkn xpaham tapi sengaja buat2 xpaham dan xmau paham....tu la yg betolnya...

Anonymous said...

anti-firaun; kalo zaid jd lawyer, ku li jadi saksi,hakimnya sape? kalo correct3 punye geng baik takyah..biar rakyat kelate jd hakim!