"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, January 07, 2010
Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan
Beliau telah menghantar surat peletakan jawatan beliau kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali serta, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Alasan bagi perletakan jawatan itu adalah kerana beliau ingin kembali kepada bidang minyak dan gas yang pernah diceburinya sebelum dilantik menjadi Setiausaha PKR pada tahun 2004.
Salehudin berkata, beliau menyertai (PKR) ketika parti itu baru ditubuhkan, tetapi kini beliau meninggalkannya ketika PKR semakin kukuh.
Subsidi Baru Petrol Diumum 1 Mei
- "Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.
- "Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing. Bermula 1 Mei, pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan, dengan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.
Hahaha... lepas ni boleh la amik upah isi minyak dekat petrol pam dekat sempadan... bangun pagi start motor, lepas tu lepak depan stesen minyak. kalau ada 10 stesen minyak... erm... masyuuukkk..!
Ala... macam la tak leh pakat-pakat ngan tokey stesen minyak...
Kalau UMNO Benar2 Berjuang Islam, Perjuangkan Tuduhan Qazaf Ke Atas Saiful Bukhari Dijalankan Dengan Kadar Segera
Mengapa tidak kamu berdemo juga meminta Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya mempercepatkan pendakwaan ke atas Saiful Bukhari di atas tuduhan QAZAF yang telah dilaporkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan yang lepas?
Ataupun UMNO sendiri telah menghalalkan jenayah Qazaf bagi ahli-ahli UMNO sehingga UMNO tidak melihat keperluan untuk memperjuangkan hak seorang Islam bernama Anwar Ibrahim?
Apakah bezanya keputusan Mahkamah Tinggi dengan tindakan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melambat-lambatkan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari? Kedua-dua nya “penghinaan” pada Islam bukan?
Yang saya tahu, “qazaf” ni halal dalam UMNO. Dosa besar Qazaf ni sudah jadi macam amalan biasa di kalangan ahli UMNO. Mereka membuat tuduhan Qazaf pada Anwar tanpa rasa dosa walau sedikit pun.
Padahal,”Qazaf” ini adalah tergolong dalam dosa-dosa besar yang dibenci oleh Allah SWT. Tak heranlah judi dan arak pun UMNO boleh sokong, Qazaf ni lagilah diorang boleh halalkan.
Berentilah nak buat demo hari Jumaat ni. Buat tekak saya loya je. Nak demo konon. Pada waktu yang sama kamu halalkan judi, halalkan arak, halalkan sekularisman, buang tulisan jawi, HALANG perlaksanaan hukum jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan ancaman darurat dan MAGERAN dsbnya.
Nak demo konon nak pertahan nama Allah, tapi nama Allah kamu ludah kamu hinjak kamu maki bila kamu halalkan benda yang Allah SWT haramkan i.e. kes Saiful Bukhari.
Jenis manusia UMNO dalam Al Quran disebut sebagai :
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
8. Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe.
يُخَدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
9. Fain would they deceive God and those who believe, But they only deceive themselves, And realise (it) not!
Mengikut ayat2 di atas, UMNO ni cuba untuk menipu Allah dan orang2 yang Beriman dengan demonstrasi mereka, namun sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar mereka menipu diri mereka sendiri.
Jadi, orang-orang yang beriman sekelian, janganlah tertipu dengan aksi-aksi orang yang menipu diri mereka sendiri.
Tulang Besi
Anwar mohon tuntutan qazaf tidak dilengahkan lagi
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi ini untuk mendapat perintah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (KPS) supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf.
Selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Husin yang dinamakan sebagai responden pertama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga.
“Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997,” ujarnya dalam kenyataan media selepas memfailkan permohonan itu dan berharap tuntutan qazaf itu tidak dilengahkan lagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah Jawi dan menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
Menurutnya, permohonan itu adalah lanjutan daripada qazaf beliau bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi terhadap Mohd Saiful yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya beliau telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful pada 26 Jun 2008.
“Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada Jawi kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.
“Dalam bulan Ogos 2009, saya mendapat maklumat pihak Jawi telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap Mohd Saiful,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kesemua surat-surat peguam syarienya yang bertanyakan mengenai status laporan qazaf beliau tidak dijawab KPS.
Oleh itu, beliau agak terkejut apabila menteri berkenaan telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.
“Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil,” ujarnya.
Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.
Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden-responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.
“Sebagai seorang Islam, saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh hukum syarak,” tegasnya.
Baru Kita Nampak Siapa Yang Tidak Wala’ Sebenarnya
Ke hulu ke hilir, juak-juak pemimpin Pro UMNO dalam PAS menjaja bahawa kumpulan “Erdogan” tidak wala’ pada Presiden, tidak wala’ pada PAS dan telah memberikan wala’ mereka kepada Anwar Ibrahim. Walhal, PAS tidak buat apa-apa keputusan berkenaan rasmi berkenaan dengan isu “Kerajaang Perpaduang” ini.
Tuduhan sebegini dilempar kerana usaha-usaha pimpinan Pro-UMNO untuk berkempen kepada ahli2 dan aktivis PAS digagalkan oleh kumpulan yang mereka gelar sebagai “Erdogan”. Jadi, demi untuk memburukkan imej mereka yang tidak mahu berselingkuh dengan UMNO, tuduhan “tidak wala’” atau “tidak taat” di sebar dengan begitu meluas sekali. Juga, tuduhan “pro-Anwar” juga disebar oleh juak2 pimpinan Pro UMNO ini seluas-luasnya.
Salah seorang juak-juak pimpinan Pro UMNO ini bernama Afyan Mat Rawi dan beliau pernah menyebarkan fitnah seumpama ini dalam blog Malaysiawaves. Beliau sekarang ini memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Gombak.
Bacalah apa yang ditulis oleh beliau di bawah :
Ini adalah kata-kata dari salah seorang dari ribuan juak-juak pimpinan Pro UMNO yang begitu ghairah menyebarkan fitnah dan nista terhadap mereka yang tidak bersetuju kepada usaha membawa PAS berselingkuh dengan UMNO. Afyan inilah contoh yang jelas betapa fitnah-fitnah seperti ini telah disebarkan di akar umbi PAS sebagai menentang pimpinan2 PAS yang tidak bersetuju dengan usaha membawa PAS duduk sebarisan dengan UMNO.
SIAPA YANG TIDAK WALA SEBENARNYA!!!
Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Lujnah Politik memberitahu bahawa keputusan mahkamah ini ditentang oleh pegawai-pegawai MAIS dan JAIS. Ertinya, Hasan Ali telah membawa pendapat dan pendirian dari penyokong-penyokong UMNO di dalam institusi kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata penyokong dan pendokong UMNO. Sepertinya, Dato Hasan telah menjadi penyambung lidah pada anasir-anasir UMNO dalam Kerajaan Negeri Selangor.
Sepatutnya Dato’ Hasan mempersoalkan pegawai2 ini, dimana suara mereka bila Dato Najib meluluskan 10 lesen judi yang baru? Biar mereka terhegeh-hegeh menjawab. Dato Hasan ni betul ke orang PAS ni?
Maka, selepas Presiden mengeluarkan kenyataan rasmi Parti secara bertulis pada 4 hb Januari 2010, tiba-tiba Dato Hasan telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan pada 6 Januari menentang pendirian rasmi Parti berkaitan dengan isu ini.
Kata Dato Hasan :
- “Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.
- Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
APA SEBENARNYA DEFINASI WALA’ DALAM PAS?
Saya hairan, mereka yang menentang “Cadangan Presiden” sahaja, telah dilabel sebagai “tidak wala’” dan Proksi Anwar dalam PAS. Sedangkan kalau kita lihat, cadangan “Kerajaang Perpaduang” ini tidak pernah diputuskan oleh parti.
Cadangan “Muzakarah dengan UMNO” pun tidak pernah diputuskan oleh parti mahupun Majlis Syura Ulama PAS. Namun, mereka yang menentang idea muzakarah juga dilabel sebagai “Tidak Wala’” dan “Proksi Anwar”.
Oleh kerana itu, bagaimana pula dengan puak2 yang telah menentang pendirian rasmi PAS dalam isu Kalimah Allah ini? Adakah mereka juga boleh kita katakana sebagai “tidak wala’” serta “Proksi UMNO”? Para pembaca sekelian fikir-fikirkanlah secara tenang dan insaf.
Sedihnya saya adalah masih wujud pimpinan2 PAS yang membiarkan diri mereka menjadi alat propaganda UMNO. Seharusnya, Ustaz Nasaruddin mesti keluar menafikan laporan Berita Harian terhadap kenyataan beliau. Jelas Berita Harian mahu menggunakan kenyataan beliau untuk kepentingan UMNO.
Hai, bilalah kita nak bersihkan PAS dari pimpinan2 yang pro UMNO ni. Menyakitkan hati je. Bilalah nak EGM ni
PUJIAN PADA CHE GU PA DAN DR SHAMSURI
Saya secara terbuka ingin memuji tindakan Cikgu Pa yang telah mengarahkan semua kenyataan pimpinan2 yang tidak selari dengan keputusan parti diturunkan sama sekali. Saya tahu ada yang mengamok i.e. Ustaz Idris Ahmad tapi saya anggap tu semua sifat manusia biasa sahaja. Pada saya, kenyataan Ustaz Idris tu masih 50-50. Nak kata sokong tidak, nak kata tentang pun tentang yang beradab. Namun, Ustaz Idris janganlah marah, sebab Che Gu Pa cuma melakukan tugas beliau sahaja.
Dan kenyataan Dr Shamsuri dalam Harakahdaily juga saya puji kerana jelas pendirian PAS dalam isu ini tiada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ianya adalah berasaskan kepada hukum syariat Islam.
Setakat yang saya faham, dan juga dari kenyataan Tuan Haji Khalid Samad di Malaysiakini, keputusan PAS itu TIDAK SAMA SEKALI menyatakan PAS menyokong keputusan Mahkamah Tinggi. Cumanya, PAS tidak mahu isu ini dijadikan isu yang akan menguntungkan UMNO dan merugikan dakwah Islamiyyah.
UMNO adalah penyakit yang parah kepada Malaysia. Seharusnya kita pikir jalan untuk buang penyakit bernama UMNO ini. Bukan pegi sokong, macam Hasan Ali buat tu.
Tulang Besi
p/s - Seruan saya pada ahli2 PAS adalah supaya jangan ingat isu ini adalah isu Semenanjung sahaja. Isu ini berkaitan dengan penduduk2 kristian di Sabah dan Sarawak. Mereka telah menggunakan nama Allah ni SEJAK SEBELUM MALAYSIA ditubuhkan lagi.
Soalan saya (dan soalan yang sama saya berikan pada AB Banjary yang tidak dijawab sampai sekarang) adalah: Adakah kita mahu berjuta- penganut Kristian di Sabah dan Sarawak berhenti menggunakan nama Allah sedangkan mereka telah berketurunan menggunakan kalimah Allah?
Sila klik di sini untuk melihat contoh Bible yang mereka pakai selama ini.
Kemaskini - Kehilangan Enjin Jet: Sedikit Penjelasan Dari Pesara Tentera (TUDM)
Kemaskini 2:00PM - lepas aku publish email dekat bawah ni, aku terima pulak respon dari sorang lagi yang juga pesara tentera, ha... 1 lagi respon yang boleh dikongsi. korang baca dekat bawah email dibawah ni juga tanpa editing...
Salam Topeng, jangan cakap macam tu.
Walaupun ada juga benarnya akan kenyataan Topeng itu, tetapi tidak juga semuanya betul dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gani Patail itu.
Sebagai bekas pegawai TUDM dan berpengalaman selama beberapa tahun dalam perkhidmatan TUDM, semua urusan penghantaran barang-barang, bahan-bahan bekalan, alat ganti, komponen malah pesawaterbang sekali pun diuruskan oleh anggota peringkat bawahan. Anggota-anggota di peringkat bawahan lebih memiliki pengetahuan yang mendalam, berpengalaman dan berkemahiran kerana mereka adalah "hands-on" dalam urusan pengendalian tugas-tugas berkenaan lebih daripada pegawai-pegawai TUDM itu sendiri.
Tugas pegawai-pegawai TUDM hanyalah lebih tertumpu dan berkisar kepada urusan dokumentasi seperti menandatangani dokumen-dokumen, meluluskan pembelian, meluluskan sebutharga, untuk pembelian dan kepada syarikat pembekal atau syarikat pembaikan./baikpuli h untuk komponen-komponen dan peralatan avionik perlu dihantar untuk pembaikan atau baikpulih (procurement, repair service and overhaul).
Mungkin Gani Patail menyebut "kakitangan peringkat bawahan" bagi merujuk kepada "Senior Non-Commision Officers (SNCOs) '" yang terdiri dari anggota-anggota yang berpangkat Sjn, Flait Sjn dan Pegawai Waren. Mungkin juga ia merujuk kepada pegawai-pegawai rendah yang berpangkat Lt. Muda hingga Kapten. Pegawai-pegawai ini juga terlibat dalam urusan pengendalian tetapi lebih kepada "paperwork" daripada secara fisikal. Manakala pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Mejar ke atas, mereka lebih kepada perancangan dalam urusan logistik dan bagi mendapatklan kelulusan pembelian yang melibatkan jumlah yang tinggi mengikut kekananan pangkat dan jawatan mereka.
Manakala urusan pengendalian secara fiikalnya dan penyediaan dokumentasi diselia dan diuruskan oleh anggota peringkat bawahan seperti di atas. Malahan ada kalanya anngota peringkat bawahan inilah yang memberi nasihat atau turut terlibat bersama-sama pegawai-pegawai rendah dalam pemilihan sebutharga daripada syarikat pembekal untuk tujuan perolehan alat ganti dan komponen yang diperlukan atau pemilihan syarikat untuk pembaikan/baikpulih berdasarkan kepada tawaran sebutharga, tempoh penyampaian (Delivery Lead Time, Time Between Overhaul (TBO)) dan spesifikasi yang dikemukakan oleh pembekal.
Untuk maklumat, anggota-anggota peringkat bawahan lebih ramai dari pegawai-pegawai TUDM yang dihantar berkursus ke luar negara, malah ada yang kerap dihantar untuk mempelajari dan menguasai bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Peringkat bawahan ini yang berpangkat Sjn, Flait Sjn atau SNCO's lebih mengetahui tuga mereka dari pegawai-pegawai atasan mereka sehinggakan sebahgian besar dari mereka ditugaskan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan syarikat-syarikat pengeluar, pembekal, vendor, stokist dan agen-agen di luar dan dalam negara samada melalui telefon, faksimili atau e-mail bergantung kepada urgency dan keutamaan (priority). Ini termasuk hubungan dengan syarikat pengendali kargo (Freight Forwarders) dan syarikat-syarikat penerbangan dan perkapalan untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan konsainmen TUDM yang bakal diterima atau dihantar.
Dengan demikian, secara langsung atau tidak langsung, mereka menjalin hubungan dagang (business rapport) dengan pembekal, penglilang, vendors, wakil-wakil pembekal, stokist dan pegawai-pegawai kastam, pegawai-pegawai syarikat penerbangan dan perkapalan, dan pengendali kargo. Malah tidak kurang pula mereka terdedah kepada jalinan hubungan secara peribadi dan mesra setelah mengenali mereka dalam waktu yang panjang. Ini dapat dilihat apabila mereka yang berkaitan berkunjung ke negara ini dan bersemuka samada atas urusan penyelarasan, mesyuarat atau persembahan (presetation) . Ini diikuti dengan makan malam di hotel-hotel penginapan atas jemputan pembekal-pembekal luar negara dan wakil-wakil tempatan mereka.
ini adalaah perkara biasa. ada kalanya pula mereka bermain golf ats perbelanjaan pembekal-pembekal berkenaan. Pemberian cenderahati seperti souvenirs syarikat adalah perkara yang lumrah diterima oleh SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM.
Ini jelas dapat dilihat dari pengelibatan SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM dan syarikat-syarikat pembekal, pengeluar pesawat dan peralatan, stokis dan agen-agen pembekal yang terlibat dalam upacara dwi-tahunan Pamiran LIMA di Langkawi. Mereka bertemu dan menjalin hubungan yang baik (rapport).
Maka janganlah Topeng atau mana-mana individu yang tidak faham atau mengetahui urusan dan tugas-tugas yang dikendalikan mereka memperkecilkan akan peranan anggota-anggota peringkat bawahan dalam TUDM. Jika dibandingkan dengan orang-orang awam atau pegawai-pegawai kerajaan yang tidak pernah berinteraksi dengan Mat-Mat Saleh, penguasaan Bahasa Inggeris anggota-anggota peringkat bawahan dalam TUDM lebih menyerlah, exellent, skilled dan very fluent. Ini kerana mereka terdedah kepada suasana kerja yang memerlukan mereka berinteraksi dan membaca rujukan-rujukan publikasi dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Russia. Ini adalah kerana istilah-istilah yang terkandung dalam bahasa-bahasa berkenaan lebih bersesuaian digunakan dalam pengurusan pesawaterbang. Bahasa Malaysia hanya digunakan dalam urusan pentadbiran TUDM dan apabila berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Malahan bahasa Inggeris juga digunakan dalam dokumen-dokumen kontrak yang dimeterai bersama pembekal dan pengilang. Semua publikasi mengenai pesawat adalah dalam bahasa Inggeris dan belum ada terjemahan dalam Bahasa Malaysia.
Maka dalam isu kehilangan enjin J85-21 untuk pesawat F-5E ini, keterlibatan anggota-anggota peringkat bawahan (SNCO's) dan pegawai-pegawai rendah adalah tidak dapat dinafikan atau disangkal begitu sahaja. Tnpa pengelibatan mereka, agak mustahil perkara ini boleh berjaya dilakukan.
Pada asalnya sekitar tahun 2006/2007, TUDM telah membuat keputusan menggantung operasi pesawat F-5E (deactivate) dan seterusnya akan dilupuskan (phased-out) apabila mendapat kelulusan kerajaan yang akan mengeluarkan tender untuk jualan. mengikut perancangan, kesemua fleet pesawat F5-E ini akan digantikan dengan pesawat pejuang MIG-29, pesawat tempur supersonik F/A-18 Hornets, pesawat pejuang supersonik Sukhoi 30-MKM dan Hawks.
Berdasarkan kepada senario itu, maka terbitlah satu sindiket yang terdiri dari kalangan SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM yang "intelligent" melihat akan peluang untuk meraih keuntungan dengan cara menjual apa jua peralatan yang boleh menguntungkan. Dalaam pada itu, walaupun pesawat F5-E ini telah di 'deactivate" namun komponen-komponen dan alat-alat ganti termasuk engin pesawat F5-E ini masih perlu disenggarakan ketahap siapsiaga.
Engin pesawat F5-E itu dikatakan telah dihantar dari Skuadren Scorpion, pengkalan TUDM Butterworth ke Pusat Material 1, TUDM Kuala Lumpur. Dari situ engin berkenaan dihantar ke AIROD,. iaitu kontraktor pembaikan kerajaan yang dilantik. AIROD tiada keupayaan (capabilities) untuk mebaikpulih engin berkenaan dan ianya perlu dihantar ke luar negara untuk tujuan pembaikan ataau baikpulih.
Dalam tahun 2007 pula, TUDM telah membuat keputusan untuk mengaktifkan semula pesawat F5-E (reactivate) dengan operasi pesawat dihadkan kepada latihan dan pemantauan dalam kadar jumlah penerbangan yang minima, memandangkan operasi pesawat MIG-29, Sukhoi-30MKM, F/A-18 Hornet dan Hawks seringkali menghadapi gangguan bekalan alat ganti dan komponen dan terpaksa direhatkan sementara (AOG).
Maka dari sinilah puncanya engin berkenaan telah dikesan hilang dari inventori TUDM. Mungkin sindiket berkenaan telah merancang dengan begitu teliti bagaimana ianya tidak dapat dikesan selama dua tahun kerana engin berkenaan tidak kembali ke negara ini setelah penyiasatan oleh TUDM dijalankan. Adalah difahamkan, beberapa SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM, kakitangan AIROD dan agen pengendali kargo yang terlibat telah disoal siasat oleh TUDM dan polis sejak lama dahulu sebelum ianya disiarkan kepada media.
Bagimana sindiket yang licik itu berjaya mendapatkn pembelinya di luar negara tidak pula diketahui. Ada kemungkinan engin berkenaan dihantar keluar negara atas alasan untuk pembaikan atau baikpulih dan kemudiannya dihantar kepada pembeli melalui arahan dari sindiket berkenaan selepas engin berkenaan dibaiki atau dibaikpulih.
Dalam hal ini pastinya kakitangan AIROD pastinya terlibat dalam sindiket ini. Namun ini hanyalah satu andaian dan tidak semestinya betul.
Mengikut kenyataan Panglima Tentera Udara, bahawa tindakan sindiket berkenaan adalah satu pengkhianatan kepada perkhidmatan TUDM dan negara. Maka jika itu suatu bentuk pengkhianatan atau "arson atau espionage" seharusnya anggota-anggota TUDM yang terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tentera (General Court Martial) yang mana jika sabit kesalahannya, maka mereka tiada pilihan lain selain dari menjalani hukuman tembak hingga mati melalui barisan penembak (Firing Squad).
Adalah diharapkan kepada para pembaca terutama sekali Topeng Perak agar mendapat sedikit gambaran dan penjelasan mengenai isu ini. Walau apa pun kita harus menunggu siasatan dan perkembangan mengenai isu kehilangan dua unit engin pesawat tempur F5-E ini.
Sekian,
para_jump101
Cuma satu persoalan kenapa audit dalaman tidak dilakukan. Pengalaman saya dalam Tentera Darat, setiap setahun diadakan audit sekurang-kurangnya 2 kali. Mereka yang terlibat dengan audit ini adalah mereka diluar cawangan tersebut bahkan adakalanya dari pasukan lain. Tujuan audit adalah memeriksa lejer dengan fiskal.
Tentera Darat telah mengarahkan seluruh peralatan termasuk senjata kecil diaudit selepas kehilangan senjata M16 yang dikategorikan dead stok di 6 KOB dan digunakan dalam rompakan di Sungai Petani setiap tahun.
Memang pernah berlaku kehilangan kenderaan dan kompenen kenderaan terutama enjin dalam stok simpanan mahupun dalam pembaikan oleh pihak KJLJD tetapi kehilangan tersebut dapat dikesan awal dan tindakan diambil dengan segera. Terus terang saya katakan terdapat kelemahan dalam TUDM dalam urusan kendalian stok terutama dokumentasi pembaikan tempatan (local repair).
Setahu saya apa jua dokumen pembaikan luar (local repair) ditandatangani oleh pegawai pemerintah ke atas iaitu mejar ke atas. Dan pegawai tersebut perlu tahu di mana peralatan itu berada dan sekiranya tempoh yang mengcurigakan pegawai tersebut boleh menyiasat kedudukan pembaikan peralatan tersebut.
Adakah ini dilakukan oleh pihak TUDM. Bagaimana pula penyata asset yang berstatus boleh guna/gerak (BG), tidak boleh guna (TBG), tidak ekonomi dibaiki (TEB) dan sebagainya yang mana setiap bulan perlu dimajukan ke markas atasan.
Sekiranya enjin tersebut dihantar ke pembaikan tempatan yang mana syaratnya adalah tiada kepakaran dan memerlukan pembaikan segera, sudah pasti pegawai memerintah mahupun pegawai atasan tahu dimana kedudukan enjin tersebut.
Bagaimana pula pegawai TUDM yang ditempatkan di Airod adakah dia tahu tentang kehilangan enjin ini kerana jiran saya dulu adalah pegawai TUDM yang ditempatkan di Airod Subang. Yang paling tertarik, enjin tersebut diistiharkan besi buruk sedangkan untuk mengistiharkan satu-satu asset sebagai besi buruk ianya memerlukan laporan NMD dan sijil TEB.
Bagaimana pula enjin tersebut boleh dibawa keluar tanpa kedua-dua dokumen penting ini untuk diistiharkan sebagai besi buruk. Selain itu, pelupusan besi buruk adalah melalui kementerian kewangan untuk melantik syarikat pembeli besi buruk tersebut.
Pada pandangan saya semua anggota termasuk pegawai TUDM di Pangkalan TUDM Sg Besi dan kakitangan Airod terlibat dengan kehilangan enjin ini termasuk mereka yang berada di Kementah. Itu adalah pandangan saya dan saya amat berharap pandangan saya ini salah.
Semasa dalam perkhidmatan saya amat benci dengan main golf tak kira pegawai mahupun LLP kerana golf ini sebenarnya mendedahkan kepada rasuah. Yang ke dua mari kita lihat tahap keselamatan kem-kem tentera samada TDM, TUDM mahupun TLDM terlalu longgar. Tiada pemeriksaan samada memasuki mahupun keluar dari kem. Itu adalah kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.
Renung2kan yaa
othman inayatullah
Stok Gula "Stuck": Harga Maksima RM7.99/kg Lebih Sesuai..!
Dilaporkan juga oleh para pengguna yang ditemuramah (dipintu sempadan) bahawa bekalan gula dinegara jiran cukup-cukup mewah dan harganya pula tak jauh berbeza dari harga baru gula di Malaysia iaitu RM2.30.
Kalau nak cakap pembekal gula simpan stok bagi aku tak lojik sebab harga gula dah naik. kalau harga belum naik dan 'akan' dinaikan dalam masa terdekat baru kira lojik.
Tak pun mungkin ada perancangan terancang untuk menaikkan lagi harga gula di Malaysia lebih-lebih lagi lepas ada pihak yang buat kenyataan bahawa walaupun harga gula di Malaysia telah meningkat bermula dari 1hb. Januari, 2010, ianya masih murah dari harga gula di negara jiran (macam biasa la perbandingan ni... masa harga barangan lain naik pun dibandingkan dengan negara jiran jugak... fakap..!)
Jadi aku cadangkan pada KERAjaan, kalau nak naikkan lagi harga gula (bagi menyokong pihak Kapitalis) elok dinaikkan semaksima mungkin... RM7.99 sekilo pun ok jugak.
Ala... ni kan negara Malaysia yang majoriti penduduknya ialah orang MeLAYU... tak kan KERAjaan tak kenal hati budi orang MeLAYU... MeLAYU ni spesis paling BANGANG. hari ni marah, esok reda.
Tak de hal punya la...
Alang-alang seluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan, alang-alang nak perbodoh MeLAYU, biar sampai tahap BANGANG BERDOUBLE-DOUBLE.
MeLAYU... pencacai UMNgOk/Beer eNd kan ada untuk backup kalau MeLAYU marah. lepas ni naikkan harga gula sampai RM7.99 sekilo, lepas tu mintak pencacai ramai-ramai keluarkan kenyataan - "Gula penyebab utama kematian di Malaysia"
Setel...
Krisis Istana Kelantan: Sultan Boleh Hilang Kelayakan Memerintah
Majlis Perajaan Negeri (MPN) akan membuat siasatan dan pertimbangan tentang keupayaan Tuanku Ismail Petra sebelum memutuskan sama ada Baginda dapat memegang semula tampuk pemerintahan.
''Di bawah Fasal 22A (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, apabila Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan meninggalkan negeri lebih 30 hari atau jika Baginda gering dan tidak boleh menjalankan hal ehwal negeri, maka Pemangku Raja boleh dilantik.
''Pemangku Raja hendaklah berhenti menjalankan tugasnya apabila Sultan pulang ke negeri atau apabila Baginda sembuh.
''Namun, jika Baginda pulang dalam keadaan yang masih gering dengan beberapa kecacatan besar dan berat, MPN boleh memutuskan jawatan itu terus dipangku," ujar sumber itu di sini hari ini.
Manek Urai: Projek Tipu Kerajaan..!
Mungkin setengah orang setuju dan tak setuju dengan pendedahan ni. lokasinya ialah di Sungai Rek, jalan melalui kilang papan kayu getah menuju ke kebun getah milik penduduk sekitar La'loh dan Sungai Rek.
Jalan lebih 1 kilometer tersebut berada dibawah selian JPS Kuala Krai, khabar nya ratusan ribu juga kos yang terlibat dengan hanya menarah sedikit bukit dan menabur sedikit batu-batu kerikil, culvert yang sepatutnya menggunakan culvert konkrit hanya dibuat dengan menabur kayu-kayu buruk yang hampir reput sebagai culvert, gambar-gambar di bawah dari ehsan pengguna jalan ini.
Jalan itu kini lebuh teruk dari sebelumnya, pergh ! 1Malaysia kena tipu… siapa sokong cara kerja macam ni ?, hoi ! ratusan ribu ringgit tu duit penoreh-penoreh getah yang melalui jalan tu yang hasilnya dikutip oleh KERAjaan!, bukan duit KERAjaan pimpinan UMNgOk RASUAH la..! kalau macam ni UMNgOk kampung dekat situ pun marah juga...
Tolong beri respon, pada JPS tolong tambah badget dan repair balik, tak baik wat keje cam ni.
UMNgOk/Beer eNd... Tolong Komen Wahai Pencacai..!
Nak Ikut Nabi Pun Salah...
Aku ada satu lagi isu yang perlu kau orang perjuangkan iaitu menarik balik larangan memakai kopiah putih dan jubah di dalam sektor awam atau di jabatan kerajaan.
Kakitangan awam yang beragama Islam tidak dibenarkan memakai serban, kopiah putih dan berjubah. Apa masalahnya? Sikh boleh berturban dan Hindu boleh me"nandek" di dahi tapi kita nak berserban tak boleh.
Jangan bagi aku hujah bodoh mengatakan dalam Islam taklah wajib pakai jubah, kopiah atau serban. Aku tahu. Yahudi pun berjubah berserban. Aku tahu. Jangan cakap kat aku dalam Islam yang penting pakaian itu bersih, sopan dan menutup aurat. Aku bukan mangkuk.
Masalahnya Rasulullah saw suka memakai serban dan apa salahnya orang Islam nak ikut fesyen Nabi mereka? Tak bolehkah? Pakai kot dan tali leher di tengah iklim panas terik jadah hapa? Ikut fesyen tu boleh pulak? Hormatilah minat orang lain. Jatuh salah pula dari sudut kod etika berpakaian di jabatan kerajaan. Berdosa dari kacamata kod tu..
Serban yang dipakai Rasulullah saw itu sangat diminati oleh pencinta Muhammad kerana serban berbentuk huruf "miim" iaitu miim awal Muhammad. Dijunjung di kepala nama kekasih Allah itu tanda cinta yang sangat tinggi lagi suci. Yang salah pasai apa?
Pernah dalam satu kursus yang dihadiri kawan2 sejabatan aku ada seorang penceramah profesor kangkung memberi ceramah sebab tak boleh pakai kopiah putih adalah kerana putih cepat kotor. Mujurlah aku tak pergi dan memang sengaja aku ponteng sebab aku tahu kes camni akan ada punya.
Kalau aku ada mahu aku suruh dia cadangkan kalau dia mati jenazah dia dikebumikan dengan kain kafan biru, merah atau hitam sebab putih akan cepat kotor. Cakap jelah pakai kopiah putih nampak macam orang Pas.
Kangkung mangkuk kangkung bodoh!
nota : aku tak suka pakai serban. Aku suka pakai snow cap sebab kampung aku ada salji.
Sumber - labun KulupSakah