"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 06, 2009

Hari Sambutan Ulangtahun Altantuya ke 31 di JPM, Putrajaya - malaysiakini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membawa kek sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya Shaariibuu yang ke 31.

Kek yang sedap dan enak ini dirampas oleh polis oleh kerana disyaki mengandungi Bom C4.

Sani Md Shah salah seorang aktivis SAMM ditahan kerana “mempertahankan” kek hari jadi Altantuya.

Yasir Sheikh Abdul Rahman turut menjadi mangsa ketika membuka banner “Selamat Hari Jadi Altantuya!” Yang lebih mengharukan lagi, Yasir berkongsi tarikh lahir dengan Altantuya. Apo nak dikato, Yasir menyambut hari lahirnya dalam lokap Putrajaya!!!

Pegawai dari JPM turun untuk menerima surat dari bapa Altantuya dan Koordinator Yayasan Altantuya daripada Badrul Hisham.

Cop pengesahan JPM sebagai tanda penerimaan surat dari bapa Altantuya.

Nizar Lawan Zambry: Perbicaraan Disambung Esok - malaysiakini

Hari ni tak dak keputusan, perbicaraan akan disambung pagi esok jam 9:30 pagi dan keputusannya akan diumumkan tengahari esok.

Harap Maklum.

Topeng Perak Melaporkan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Dah, jangan dok kecoh-kecoh..! UMNO gila mana dok lebong kata Zambru menang tadi? amik nih...

Khak Ptuih..!

Dah keluar keputusan baru boleh kecoh..! paham..?

Keputusan Perbicaraan Nizar Lawan Zambry - malaysiakini

Aku dekat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Ramai dok call aku tanya keputusan macam mana, ada jugak yang call dari jauh bagi tau UMNO habaq Zambry menang... menang kepala pak hangpa la...

Mai nak bagitau... Peguam Nizar, Sulaiman tak habis lagi sessi penggulungan macam mana hangpa boleh dapat keputusan?

Ni... selagi aku tak publish keputusan dekat sini hangpa tak payah nak percaya. karang hakim dah habaq sapa menang, aku bagitau hangpa.

Lain pada tu, semua cerita karut.

Tunggu...


Perlantiikan Zambry Tidak Ikut Perlembagaan - malaysiakini

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa perlantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Perlantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada perlantikan yang sah dalam undang-undang untuk menduduki pejabat itu kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar dalam satu negeri," kata Sulaiman dalam hujahnya yang memakan masa hampir 2 jam.

Pada 13 Februari lepas, Mohammad Nizar 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa :
  • Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga ADUN telah meletak jawatan.
  • Tidak ada pembubaran DUN.
  • Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN.
  • Beliau belum meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Sulaiman dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak."Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada perlu atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar mengadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti sahaja," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada tahun 1966 dalam kes ini.

Dalam kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budi bicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung pada jam 11 pagi esok.