"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, May 07, 2009

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (6) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (5) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (4) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (3) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (2) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (1) - malaysiakini

Bisikan diraja' untuk Pakatan - malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar yang diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah :

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.

UMNO/BN Di Kemuncak Kegilaan - malaysiakini

Salam alaik,

Sejak Najib naik jadi PM ada 3 perkara utama yang Kabinetnya unjurkan :

1. Anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun perlu berada dalam agama asal walaupun salah seorang dari ibubapa mereka bertukar agama. Sekaligus memberi persepsi bahawa Mahkamah Syariah tidak lagi relevan kerana keputusan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Civil.

2. Melepaskan quota Bumi daripada 27 subsektor perkhidmatan yang merangkumi 56% GDP Malaysia. Ia membabitkan berbillion ringgit setahun.

3. Membatalkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengakibatkan MARA, Suruhanjaya Koperasi dan banyak lagi Jabatan yang menjaga kepentingan bumiputera kini agak sukar untuk membuat keputusan.

Semunya membabitkan dan memberi kesan kepada Bumiputera dan Muslim.

Dengan 3 perkara di atas, ada 5 kategori rakyat Malaysia yang terjejas. Dengan itu, sebarang saki-baki simpati serta sokongan terhadap UMNO dan BN telah hangus hilang dan susah untuk dikembalikan.

Pandangan saya, Najib dan Partinya telah hilang saki-baki simpati dan langsung hilang penyokong daripada 5 kumpulan grassroot yang berikut :

1. Golongan yang suka kepada Agama Islam tetapi BUKAN AHLI PAS serta tidak suka pada politik.

2. Golongan ahli perniagaan dan usahawan SME yang terdiri dari Bumi dan Muslim yang tidak peduli pada Agama Islam walaupun Muslim.

3. Golongan petugas swasta, NGO dan kerajaan yang tidak politik dan tidak berniaga TETAPI memikul tanggungjawab mereka mengendali tugas untuk masyarakat.

4. Golongan peguam-peguam Syar'ie, penyelidik, penuntut agama, tenaga pengajar, ahli agama berpengaruh dan penulis ilmiah.

5. Golongan yang tidak politik tetapi amat meluat dengan telatah orang UMNO ketika pimpinan Pak Lah. Sebagai contoh adalah peminat-peminat Tun Mahathir yang bukan UMNO tetapi telah merasai pencapaian Malaysia ketika pimpinan beliau.

Bukankah mereka ini terdiri daripada 30% hingga 40% rakyat Malaysia?

Selain daripada itu, BN dan UMNO sudahpun mempunyai musuh ketat dari kalangan PKR, PAS dan DAP. Kemungkinan mereka ini terdiri daripada 30% rakyat Malaysia.

Kalau benar andaian saya, maka BN dan UMNO sedang menggali lubang yang amat dalam untuk diri-mereka sendiri. Iaitu, mereka tidak lagi relevan untuk 60% rakyat Malaysia pada PRU13. Hampir pasti, siapa saja pembangkang akan memperolehi banyak undi. Dan agak sukar untuk BN dan UMNO kembali memerintah untuk beberapa dekad selepas itu.

Kini timbul pula pengumuman yang menggusarkan lebih ramai lagi rakyat :

1. Pembukaan industri Pembiayaan dan Perbankan kepada rakyat asing.

2. Pembukaan industri Takaful dan Insuran kepada rakyat asing.

3. Pembukaan sektor Guaman kepada rakyat asing.

4. Perlantikkan Pak Lah sebagai Penasihat National Corridor Development.

Saya melihat ini semua langkah-langkah Political Suicide hasil dari tekanan beberapa pihak ataupun sememangnya SHORT-SIGHTEDNESS dari pihak Najib sendiri. Secara logiknya, ia amat pelik dan tidak menguntungkan tetapi sedang berlaku kepada UMNO dan BN.

Apa jua kesan yang buruk berlaku pada rakyat akibat keputusan Kabinet kini, pasti akan mendapat reaksi yang sama di dalam PRU akan datang.

-Mann Trex

Sidang DUN Perak Ditangguh - malaysiakini

Sidang DUN Perak ditangguh.

Penat beb... lepas ni kalau ada apa-apa masalah berkaitan Perlembagaan Negeri Perak, semua pihak kene rujuk pada ...
"Undang-Undang PERSETUBUHAN Negeri Perak"

Dapatkan dipasaran...

Sidang DUN Perak Gila Babi - malaysiakini

Ganesan bercakap, ADUN Pakatan Rakyat beramai-ramai menghempas meja, Barisan Nasional setuju ADUN Pakatan Rakyat membalas membooo ADUN-ADUN Barisan Nasional.

ADUN kerumun Speaker dan warning ADUN Simpang Pulai supaya keluar dari Dewan.

ADUN Bentara tak berani dan tak ikut arahan supaya mulakan pembacaan doa.

Raja Muda Nazrin bersedia untuk masuk ke Dewan untuk memberi ucapan perasmian.

Sidang DUN Makin Kecoh - malaysiakini

Jeritan "Bubar DUN" berkumandang di dalam Dewan Undangan Negeri, polis cuba masuk campur ke dalam dewan dan ada usaha untuk membawa keluar Speaker Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri.

Mufti sedang menunggu untuk berdoa agar Zambry ditabalkan sebagai Menteri Besar.

Setiausaha SUK mundar-mandir, jeritan "Who are you..!", "Bentara" menggamatkan keadaan dalam Dewan Undangan Negeri. Zambry teruk kena umput dek Speaker Sivakumar.

Jeritan disana-sini menggamatkan dan keadaan terlalu kecoh didalam dewan.

Ganesan terus membebel seorang diri.

Polis masuk ke dewan setelah dipanggil oleh Setiausaha SUK.

Minta tolong baca Qulhuallah dan apa yang patut. keadaan dalam dewan amat tidak tenang ketika ini.

Sidang DUN Perak: Polis Masuk Campur - malaysiakini

Polis sekitar 20 orang menceroboh masuk campur Sidang DUN termasuk yang berpakaian seragam ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker.

Makin gila dah...

Sidang DUN Perak - malaysiakini

Perundingan untuk menghalau Ganesan masih diteruskan, ADUN UMNO/BN berkumpul.

Zambry minta Ganesan bercakap manakala Tajol Rosli termenung.

Strategi UMNO/BN tak menjadi.

Nizar Lawan Zambry: Keputusan Isnin Ini - malaysiakini

Perbicaran kes Nizar lawan Zambry dalam menuntut pengesahan siapa MB Perak yang sah baru berakhir sebentar tadi.

Keputusannya akan diisytiharkan pada hari Isnin lebih kurang jam 2:00 petang.

Jumpa di Mahkamah Jalan Duta Isnin ni.

SUK Perak: Luar Dalam Kecoh - malaysiakini

Di SUK Hari ni keadaan panas. luar dewan panas, dalam dewan pun panas. setakat ni hampir 80 orang telah ditangkap dan penangkapan masih diteruskan. sape nak rasa naik trak polis, boleh cuba-cuba lalu depan polis. terus dapat tiket kelas 1 black maria.

Dalam Dewan Undangan Negeri lagi kecoh...

Satu lagi rampasan kuasa berlaku di Perak dan kali ni berlaku didalam Dewan Undangan Negeri.

Mikrofon Sivakumar telah disabotaj. puak-puak gila pi tutup mikrofon Siva... aku malas nak cerita panjang karang tak pasal penuh ludah aku dekat sini.

Buat masa ni negeri Perak ada 2 Menteri Besar, 2 Kerajaan, 2 Speaker, 2 Dewan Undangan Negeri dan macam-macam 2 lagi.

Sidang Dewan baru je disambung, Siva tengah bertekak dengan Ganesan. Hasbullah pun nak join sama, dengar kata depa nak betumbuk. biaq pi... aku nak tengok sape bengkak dulu.

Karang sambung. gambar ada banyak tapi karang baru aku masukkan gambar.

Chiow... tengok kat luar nu, SB dok berkeliaran mengutip sape-sape yang pakai baju hitam.

Krisis MB: Che Det Kata Apa..? - malaysiakini

Aku mintak pencacai-pencacai UMNO/BN a.k.a penjilat jubor tahi Najib komen kenyataan Che Det dekat bawah ni... celik mata luas-luas, baca betul-betul pas tu komen...
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat seseorang Perdana Menteri.
  • Bekas Perdana Menteri berpendapat, perkara yang sama diaplikasikan di negeri-negeri iaitu raja tidak boleh menyingkirkan ketua kerajaan melainkan terdapat undi tidak percaya.
  • Bagaimanapun beliau tidak merujuk perkara itu kepada kes di Perak sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah berhubung pengesahan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru.
  • "Raja tidak boleh menolak untuk tidak melantik seseorang Perdana Menteri tetapi baginda tidak boleh memecat apabila sudah membuat pelantikan sehinggalah ada undi tidak percaya.
  • "Saya fikir peraturan itu juga terpakai di negeri-negeri tetapi dalam kes Perak mungkin ada undang-undang lain, jadi ini saya boleh diperbetulkan," katanya.
  • Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada siri wacana perdana bertajuk Peranan Eksekutif, Legislatif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
  • Mengulas mengenai krisis politik di Perak, Dr. Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun melihat Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa bertindak mengambil alih kerajaan negeri itu daripada pakatan pembangkang.
  • "Saya lihat begitu, ia agak tergesa-gesa. Mungkin mereka membuat sesuatu yang betul, tetapi ia agak terburu-buru," katanya.
  • Dr. Mahathir menjelaskan, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Perak iaitu mereka tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.
  • "Sesuatu perkara itu mesti dipertimbangkan secara betul sebelum keputusan dibuat.
  • "Ini kerana apabila kita dalam keadaan terlalu tergopoh-gapah, kita selalunya membuat silap, jadi dalam situasi apa sekali pun, sentiasalah ambil sedikit masa untuk berfikir," katanya.
  • Kepada soalan adakah beliau merasakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menyalahgunakan keistimewaan baginda berhubung kes politik di Perak, Dr. Mahathir menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
  • "Saya tidak mahu membuat keputusan tentang perkara ini. Biasanya apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, kita akan menutup mulut," katanya.
  • Beliau juga enggan mengulas sama ada pilihan raya di seluruh Perak perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Aku gerenti penjilat-penjilat jubor tahik UMNO/BN a.k.a Najib tak kan komen dekat bawah ni... Kunun-kununnya depa tak baca la posting ni...

1Malaysia: No Black Shirt..! - malaysiakini

Ini undang-undang baru 1Malaysia...

Sape pakai baju hitam esok - TANGKAP...!!!

Kah kah kah kah kah...!!!

Garis Panduan Pertama 1Malaysia: Tak Boleh Solat Hajat..! - malaysiakini

Tengahari tadi masa aku dekaat Mahkamah Tinggi Jalan Duta aku terbaca dalam akhbar (aku lupa akhbar mana) JAKIM akan mengeluarkan Garis Panduan yang akan mengikut konsep 1Malaysia.

Malam tadi bolehlah dikatakan bahawa garis panduan 1Malaysia yang pertama dah dikeluarkan iaitu lebih kurang bunyinya "tak boleh solat hajat"...

Korang baca dekat [sini], aku malas nak ulas panjang-panjang...

Mulai lepas maghrib semalam, semua aktiviti dimasjid-masjid sekitar Bandaraya Ipoh adalah DILARANG SAMA SEKALI...!!!

Syabas...!!!

Malaysia dah ada agama baru. zaman Pak Lah dulu agama Islam HadHari, masuk zaman Najib, agama 1Malaysia pulak..! tak boleh solat hajat..!

Hangpa jangan main-main ha..!

Panas Dari 2 Lokasi Panas Esok - malaysiakini

Esok 2 peristiwa besar akan berlaku dan kedua-duanya akan jadi perhatian seluruh negara dan mungkin juga seluruh dunia. semua perhatian akan tertumpu di 2 tempat strategi ni.

Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Perak (SUK). Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadualkan akan diadakan pada pagi ini dan keadaan disini dah mula panas dengan jalan-jalan utama ke Pusat Bandar Ipoh dan beberapa kawasan strategi telah mula ditutup dan tidak boleh dimasuki oleh orang awam.

Apa yang akan berlaku disini esok tak siapa tau.tunggu laporan dari BloggersNetwork@Perak. wakil kami akan berada dilokasi dan laporan-laporan terkini akan dipaparkan diblog team kami seawal mungkin.

Mahkamah Tinggi Jalan Duta. perbicaraan kes DS Ir Nizar lawan Zambry dalam tuntutan untuk mengesahkan siapa Menteri Besar Perak yang sah akan disambung seawal jam 9:00 pagi disini.

Laporan-laporan dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta juga akan menyusul dari team BloggersNetwork@Perak dilokasi ini.

Harap semua dapat bersabar dan jangan lupa untuk melayar blog-blog team BloggersNetwork@Perak hari ini.

Gambar-gambar dari lokasi di Perak bakal menyusul pada sebelah petang manakala gambar-gambar dari Mahkamah Tinggi mungkin tidak dapat dipaparkan kerana wakil kami tiada kemudahan kamera disana... (kah kah kah kah kah...!!!).

Sabar beb...