Esok 2 peristiwa besar akan berlaku dan kedua-duanya akan jadi perhatian seluruh negara dan mungkin juga seluruh dunia. semua perhatian akan tertumpu di 2 tempat strategi ni.
Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Perak (SUK). Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadualkan akan diadakan pada pagi ini dan keadaan disini dah mula panas dengan jalan-jalan utama ke Pusat Bandar Ipoh dan beberapa kawasan strategi telah mula ditutup dan tidak boleh dimasuki oleh orang awam.
Apa yang akan berlaku disini esok tak siapa tau.tunggu laporan dari BloggersNetwork@Perak. wakil kami akan berada dilokasi dan laporan-laporan terkini akan dipaparkan diblog team kami seawal mungkin.
Mahkamah Tinggi Jalan Duta. perbicaraan kes DS Ir Nizar lawan Zambry dalam tuntutan untuk mengesahkan siapa Menteri Besar Perak yang sah akan disambung seawal jam 9:00 pagi disini.
Laporan-laporan dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta juga akan menyusul dari team BloggersNetwork@Perak dilokasi ini.
Harap semua dapat bersabar dan jangan lupa untuk melayar blog-blog team BloggersNetwork@Perak hari ini.
Gambar-gambar dari lokasi di Perak bakal menyusul pada sebelah petang manakala gambar-gambar dari Mahkamah Tinggi mungkin tidak dapat dipaparkan kerana wakil kami tiada kemudahan kamera disana... (kah kah kah kah kah...!!!).
Sabar beb...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, May 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment