"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 25, 2009

Gambar Hari Pengundian N11: Wajah-Wajah

Komen...!!!

Hari Lahir Dato' Mahfuz - Ribuan Hadir Ceramah Kemenangan

Di Markas Induk PRK N11 ketika ini sedang berlangsung ceramah kemenangan Pakatan Rakyat dan pada waktu ini, Bri Mat Sabu sedang menyampaikan ucapannya.

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama meraikan kejayaan yang penuh bermakna ini... hari ini kita menikmati juadah berbuka puasa yang paling lazat iaitu kemenangan dalam PRK N11...

Alhamdulillah...

Hari ini juga Dato' Mahfuz Omar menerima hadiah hari lahir yag paling bermakna iaitu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK N11... Dato' Mahfuz Omar hari ini genap berumur 52 tahun... selamat panjang umur...

Antara pimpinan yang hadir ialah Dato' Zahir Salleh, YB Mahfuz Omar, TKM1 Pulau Pinang, Dato' Mansor, Mat Sabu, KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, YB Ronnie Liu dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Mekasih...

Salah 1 Punca Kekalahan UMNO...

"Kejayaan Ini Adalah Kejayaan Semua"

Tahniah kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK N11.

"Kejayaan ini adalah kejayaan semua" kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Malam ini juga bertempat di Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir, pihak Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ceramah bagi meraikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil kali ini sekaligus menambahkan 1 lagi rekod kekalahan UMNO/BN kepada 7 kali.

Ucapan Tahniah Buat PM Najib

Dengan ini, kami para penyokong Pakatan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PM najib dan juga Gerombolan UMNO/BN atas kejayaan mereka mempertahankan kekalahan buat kali ke-7 berturut-turut..!

Tahniah 1Malaysia..!

Keputusan Tidak Rasmi N11

Keputusan tidak rasmi N11 boleh disemak di header website http://perisik-rakyat.com/ pada bahagian header website (bahagian atas chatbox).

Sila refresh pages.

Gambar Hari Pengundian N11 - Kubang Semang 2

Aku ingat ramai-ramai ni Pemuda BN, rupanya Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas...
Kipas Susah Mati PAS.
Muslimah... alamak... berdebar-debar lak rasa... hahaha...!!! objek ditemui..!
Para pemuda harapan Negara...
Sape cakap huru-hara..? ok je ni ha...
PP UMNO buat bantahan pada pihak PDRM & SPR... geng-geng ni tak puas hati sebab penyokong PR berjaya menawan keseluruhan kaki lima jalan menuju ke pusat pengundian... oit..! datang lambat lepas tu banyak pulak komplen..! cit..! lain kali datang awal..!
Kecoh seketika... PP UMNO pun nak jugak tempat... datang lambat, demand lebih... perangai lanun..!
Kakak 2 orang ni cool je... UMNO dok kecoh-kecoh dekat belakang dia, dia buat bodoh je... layan pun buang masa...
Inike perhimpunan BERSIH 2 yang KJ anjurkan..?
Pakcik ni dengan anak dia lagi cool... korang yang tak datang langsung tak cool...
*Pakcik ini ialah ADUN Tawang, Kelantan YB Ustaz Haji Hassan Mohamad yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan... cool kan..?

Aku nak gerak usya UPU 2nd round... karang aku upload lagi gambar... Puteri UMNO ramai woi..! muahahaha... biar aku layan sorang dulu..! geng-geng UMNO kalau nak layan jugak, mintak tolong isi borang mana-mana parti PR dulu tau..! jangan degil..!

Muahahaha...!!!

Gambar Hari Pengundian N11 - Kubang Semang

Pagi tadi jam 8:20 aku dah terpacak dekat Pusat Pengundian Kubang Semang. penyokong PAS dah penuh dikiri dan kanan jalanraya menuju ke pusat pengundian. mungkin dalam 200-300 orang... masa aku sampai, DSAI & Calon PAS yang mewakili PR dalam PRK N11 dah masuk ke Pusat Pengundian.
Yang berbaju kuning berkumpul bawah kemah tu ialah para pemuda BN, mula-mula tak ramai... ada la dalam 20-30 orang je...melepak-lepak sambil menunggu geng-geng lain sampai...
Jam 8:25, geng-geng Pemuda BN yang berkonvoi dengan motor dari Bandar Bukit Mertajam (kalau tak silap aku) tiba ke Pusat Pengundian Kubang Semang... kuning beb... kuning..!
Yang ni sebahagian dari penyokong PR yang berkumpul di sebelah kanan jalan dari Masjid Kubang Semang menuju ke Pusat Pengundian Kubang Semang.
Jam 8:30, DSAI keluar dari Pusat Pengundian selepas selesai mengundi dengan diiringi oleh calon PAS yang mewakili PR, saudara Salleh Man...
Sempat beramah mesra dengan para penyokong PR yang menghadirkan diri memberi sokongan.
Dari sini, Salleh Man berpecah dengan DSAI... Salleh Man menuju ke Pusat Pengundian yang seterusnya (tak dapat dipastikan lokasi) manakala DSAI bergegas pulang ke KL.
Lambaian seorang pemimpin berjiwa rakyat...
Nak masuk kereta pun sempat lagi tu kena sambar...

Mata Rohaizat Lebam Dikerjakan..!

N11:38.9% Keluar Mengundi Sehingga 11 Pagi..

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.

Laporan awal:

Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.

Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".

Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.

Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Di pusat pengundian SMK Samagagah di sini berlaku peristiwa tak pernah ditemui iaiti penyokong UMngok/BN bertakbir dan dibalas dengan berselawat oleh penyokong PAS dengan memegang Poster calon.

N11- Amanat TGNA & TGHH Untuk Para Pengundi

"Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 Permatang Pasir ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

"Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan UMNO-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

Beliau juga meminta agar digunakan kesempatan pilihan raya kecil kali ini dengan penuh cermat.
"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih, tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela ma'aruf dan kebaikan; sekali gus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," katanya lagi.

Video Amanat TG Hadi Awang untuk para pengundi N11

Kenali Calon PAS N11 Permatang Pasir

Pendidikan/Latihan -
  • Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.
  • Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Seberang Perai.
  • Mempunyai Kelulusan 5 Senawi.
  • Sekolah Menengah P.G.A.S.
  • Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan.
  • Melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah.
Pengalaman Kerja -
  • Berkhidmat sebagai pegawai masjid.
  • Penceramah bebas.
  • Pengarah syarikat enterprise.
  • Pengurus sekolah swasta.
Penglibatan Dalam Politik -
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasik Gelugor (1987-1989)
  • Yang DiPertua PAS Kawasan Tasek Gelugor (1990-1993)
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Negeri Pulau Pinang (1994-1997)
  • Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Pulau Pinang (1998-2001)
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang (2007 hingga sekarang)

Ceramah Perdana Malam Terakhir Kempen PRK N11

Malam tadi bertempat di Bilik Gerakan Induk AMK Sama Gagah, Lorong Chermai berlangsung acara terakhir Ceramah Perdana Pakatan Rakyat untuk kempen PRK N11.

Dianggarkan ceramah tersebut telah berjaya menarik tidak kurang dari 5 ribu audience dari kawasan sekitar dan juga luar kawasan pengundian.

Antara pimpinan yang hadir malam tadi ialah ADUN Hutan Melintang - YB Kesavan, Bekas Menteri Kesihatan - Dato' Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Pokok Sena - Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Umum PKR - DSAI, Ahli Parlimen Kuala Krai - Dr Hatta Ramli, Bekas Menteri Di JPM - Dato' Zaid Ibrahim, Ketua AMK Pusat - Saudara Shamsul Iskandar, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Gombak - Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang - Saudara Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Batu - Saudara Tian Chua.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat komited dengan perjuangannya untuk mewujudkan satu budaya politik baru menghormati undang-undang.

Beliau berkata, masyarakat di Malaysia khususnya di Permatang Pasir perlu menjadikan PRK pada kali ini sebagai satu titik tolak untuk merubah kerajaan yang penuh dengan penyelewengan dan mengamalkan kronisme.

“Ada gambar Ketua UMNO Kedah (Mahadzir Khalid), hendak beli wakil rakyat kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia rakam. Ada tindakan yang diambil? Tidak... sebab UMNO ada undang-undang khas untuk dia.

“Curi tak apa, bunuh tidak mengapa, rompak pun tidak mengapa, komisyen, korupsi tinggi... Menteri Pertahanan ambil komisyen RM400juta,” katanya.

Anwar berkata, orang Melayu menjadi rakyat miskin tegar di negara ini disebabkan mempunyai pemimpin kerajaan yang rasuah dan zalim.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat memberi sokongan kepada calon PAS Salleh Man sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat dan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru.

“Yang kita miskin, padahal AP sahaja puluh billion ringgit, saham bumiputera puluh billion ringgit, kontrak bumiputera puluh billion ringgit, minyak ratus billion ringgit. Kenapa Melayu miskin? kerana adanya pemimpin Melayu rasuah yang ambil kesemuanya,” katanya.
Bekas Menteri Undang-Undang, Dato' Zaid Ibrahim berkata, UMNO-BN merupakan sebuah parti yang tiada masa depan.

Katanya, UMNO-BN telah membuktikan parti berkenaan tidak menghormati rakyat dengan mengemukakan calonnya Rohaizat Othman yang telah disenarai hitam Majlis Peguam.

“Kalau tidak layak menjadi peguam, bagaimana beliau mahu menjadi wakil rakyat? Tetapi UMNO kata boleh,” katanya lagi.
Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata, gejala rasuah di kalangan pemimpin UMNO-BN bukan sahaja melibatkan golongan pemimpin senior tetapi turut berlaku di kalangan pimpinan muda parti berkenaan.

Menurutnya, rakyat seharusnya memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Dalam UMNO, dari tua sehingga muda semuanya perompak dan perasuah, kenapa kita hendak memilih orang muda yang merompak, rasuah dan tidak menjaga hak koperasi? baik sokong Lim Guan Eng anak muda yang baik dan amanah.

“Baru satu penggal jadi Menteri Besar (Khir Toyo) sudah bina mahligai, dengan berani mengatakan apa salahnya mantan MB bina mahligai takkan hendak duduk di pondok? Nik Aziz masih MB sejak 20 tahun duduk di pondok menjaga kebajikan rakyat,” katanya.
Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam amanat terakhirnya, meminta semua masyarakat di Permatang Pasir menunjukkan sokongan kepada calon PAS, Salleh Man bagi membenamkan Barisan Nasional.

“Bulan Ramadhan bulan mulia, adil ditegak rakyat dijaga, bulan suci harapan menyala, undi bulan dapat pahala….betul tidak?

“Jangan percaya lagi tuduhan BN dan penting kita bawa perubahan sama-sama dirikan sistem kerajaan bersejarah di Malaysia iaitu kita hendak tubuhkan kerajaan berjiwa rakyat bukan kerajaan bersikap kronisme,” katanya.