"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 11, 2010

Ceramah Perdana Royalti Minyak: Ada Siaran Langsung Ke Tak..? Cuba Klik...

Aku tak pasti malam ni ada siaran langsung ataupun tak, tapi korang boleh cuba tengok dekat sini - http://www.mykelantan.tv/.

Kalau ada siaran langsung, Alhamdulillah, kalau tak de, aku mintak maaf banyak-banyak. pepehal pun, gambar-gambar aku akan upload lepas tengah malam ni.

Mekasih...

Jemputan Kepada Para Media & Bloggers

Kepada para Wartawan dan Bloggers yang dihormati,

Assalamu'alaikum dan salam hormat,

Dengan rasa rendah diri dan bertanggungjawab, saya mewakili Blogger Tulang Besi (malaysianwaves.com) atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib menjemput para wartawan dan bloggers ke Pejabat Agong PAS esok, 12hb. Februari, 2010 (Jumaat) sekitar jam 10.30 pagi kerana beliau mahu membuat aduan salah laku disiplin kepada kepemimpinan PAS dan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.

Dari maklumat yang diterima, beliau akan membuat suatu aduan yang menggemparkan tentang beberapa pemimpin partinya, PAS yang didakwa melakukan salah laku disiplin, termasuk terbabit mengetepikan keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam iaitu memperkukuhkan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Sila sebarkan!

Yang diberi bertanggungjawab,

ZAINULFAQAR YAACOB
0194241583
http://zainulfaqar.wordpress.com/

Raja Petra’s son tortured: The cruel regime's dirty tactic

According to Raja Petra, his son Raja Azman slashed his wrist and swallowed a razor blade due to the torture that he received from the authorities in Sungai Buloh prison. I feel disappointed with Malaysian authorities that physically and mentally tortured Raja Petra’s son in the detention. This is not the way punish Raja Petra, the cruel regime are not gentle in facing Raja Petra! Read here- Raja Petra’s son rushed to hospital over razor blade incident

I believe all religions tell that it’s a sin to punish someone for his father's wrong doing, much more when the father is fighting for a good cause. I wonder they are really God fearing. Most of the police are made used off by the politicians to further their causes. This is not good for Malaysia!

I know that Raja Petra as a father must be undergoing a terrible time. At this point in time, I urge all Malaysians to pray for RPK’s son and so RPK. Definitely the God will punish the cruel regime that punished his innocent son!

May God keep Raja Azman safe!
BLOGGER RAJA PETRA KAMARUDDIN

:BANGSA MALAYSIA

"Hullamak"..! TGHH Lewat 2 Jam

Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi lebih dua jam menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.

"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.
Lewat sampai 2 jam..? "Ulamak"..? ni "Ulamak" ke, "Hullamak" ke "Ular Dalam semak"..?

Berita penuh disini.

Beberapa Soalan Untuk Jawatankuasa Disiplin PAS

Antara benda yang paling membimbangkan saya mengenai PAS ialah kesanggupan dan kepasifan mereka dalam membiarkan fitnah-fitnah berterusan sehingga dipercayai ramai sebelum ada tindakan untuk menjawabnya secara terus, telus dan terang.

Walaupun YB Khalid Samad dan ustaz Tuan Ibrahim telah menerangkan pandangan masing-masing melalui blog mereka mengenai kontroversi keputusan JK Disiplin, masih terdapat ramai suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan JK Disiplin kerana tidak memahami bagaimana JK Disiplin PAS memberikan hukuman yang tidak serasi dengan permintaan mereka.

Memandangkan tiada orang yang berani bertanya mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS baru-baru ini berkaitan dengan kontroversi keputusan menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada jawatannya selama 6 bulan manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula diberikan amaran sahaja walaupun kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS; biarlah saya mengemukakan beberapa soalan yang dikumpul daripada blog-blog dan pemikiran sendiri untuk dijawab Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum itu, jangan kita sangka buruk pada JK Disiplin PAS khususnya Tuan Ibrahim, yang saya percaya telah melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dalam menghakimi isu disiplin YB Khalid dan YB Hasan. Jangan pula kita terlalu bersangka baik pada YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali dalam hal ini kerana penghakiman hanya boleh berdasarkan fakta-fakta kes dan bukannya pada persepsi semata-mata. Tanggapan bahawa orang baik tidak mungkin melakukan kesilapan dan orang kurang baik mesti dihukum mesti dibuang sebelum kita dapat menilai balik secara rasional tanpa emosi keputusan JK Disiplin PAS.
1) Mengapa hukuman tidak setimpal terhadap YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali walaupun kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS? Adakah hukuman ini mengambil kira:
a - Perbandingan jasa dan bakti antara 2 pemimpin di dalam PAS.
b - Kesengajaan kedua-dua pesalah melakukan kesalahan disiplin yang disebut di atas.
c - Motif untuk melanggar kesalahan disiplin di atas.
d - Musibah dan kesan buruk terhadap nama baik, organisasi dan sistem dalam parti PAS?
e - Musibah dan kesan buruk terhadap nama baik, organisasi dan sistem dalam Pakatan Rakyat?

2) Tuan Ibrahim dalam blognya mengatakan sekiranya JK Disiplin memilih untuk menjawab kritikan, ia mungkin akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti yang tidak perlu diketahui umum. Ok, saya amat bersetuju dalam penjelasan Tuan Ibrahim dalam hal ini. Soalan saya, dalam skala 1 hingga 10 (10 paling berat), apakah nilai pemberat terhadap rahsia parti yang didedahkan oleh:
a - YB Khalid Samad
b - YB Hasan Ali

3) Adakah nilai pemberat ini mengambil kira:
a - Berapa orang yang mengetahui rahsia ini selepas ia didedahkan?
b - Tempat rahsia ini didedahkan, terbuka atau tertutup?
c - Risiko rahsia yang didedahkan kepada parti PAS?
d - Risiko rahsia yang didedahkan kepada Pakatan Rakyat?
e - Apakah tujuan pesalah-pesalah yang mahukan rahsia ini didedahkan?
f - Kritikan media terhadap PAS selepas rahsia ini didedahkan?

4) Sebelum mengumumkan keputusan ini kepada media, adakah JK Disiplin melaporkan keputusan tersebut kepada pemimpin tertinggi parti untuk mendapat restu terlebih dahulu? Ataupun JK Disiplin perlu mendapatkan restu dan pandangan daripada sesiapa sahaja selain daripada ahli JK Disiplin sendiri dalam menjustifikasikan hukuman sebagai patut dan adil sebelum menjadikannya hukuman tersebut yang muktamad?

5) Adakah JKD lupa bahawa mereka ditubuhkan untuk menggantikan EGM dan sebagai langkah memperbetulkan imej PAS selepas seminar terbuka mengutuk pemimpin-pemimpin atasan PAS? Adakah keputusan JK Disiplin ini tidak pernah berubah sejak 22hb Januari (tarikh pengumuman yang sepatutnya dilakukan) sehinggalah pengumuman rasmi yang dibuat pada 29hb Januari 2010?
Soalan kiasan saya.
Fakta kes 1:
A curi, seorang ahli biasa parti didakwa mencuri RM10 daripada laci wang parti. Tertuduh memberitahu JK Disiplin parti bahawa dia mencuri kerana berasa amat lapar selepas permintaannya untuk mendapatkan makanan daripada ketuanya tidak dihiraukan. Aduannya kepada bos ketuanya bahawa dia dianiaya oleh ketuanya sendiri turut tidak dihiraukan. Tertuduh berkata dia tidak berniat untuk mencuri RM10, tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana di dalam laci itu hanya terdapat nota RM10. Tertuduh berkata sekiranya tidak dianiaya, dia tidak akan melakukan sedemikian melainkan terpaksa. JK Disiplin sudahpun dapat membuktikan dakwaan A curi bahawa dia dianiaya ketuanya adalah benar.

Fakta kes 2:
B curi, seorang ketua cawangan parti didakwa mencuri RM1 daripada laci wang parti. Tertuduh memberitahu JK Disiplin parti bahawa dia mencuri atas alasan perasaan ingin mencuba dan menarik perhatian orang parti bahawa laci wang parti tidak dijaga dengan selamat. Tertuduh berkata sekiranya betul dia ada niat untuk mencuri, dia tidak mencuri wang RM1 sahaja. Tertuduh juga berkata dia mencuri untuk menjaga kepentingan parti walaupun salah dari segi etika. JK Disiplin menerima penjelasan B curi bahawa jikalau betul dia, seorang berpangkat ketua cawangan berminat untuk mencuri, takkanlah dia mencuri RM1 sahaja.
Bagaimanakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh JK Disiplin PAS terhadap A curi dan B curi yang kedua-duanya mengaku telah melakukan kesalahan mencuri wang dari laci parti? Adakah jumlah wang yang dicuri akan menjadi faktor dalam menentukan hukuman? Ataupun faktor luaran seperti kelaparan dan demi kebaikan parti memainkan peranan lebih penting dalam menentukan hukuman terhadap A curi dan B curi?

Itu sahaja soalan-soalan daripada saya untuk JK Disiplin PAS. Harus diingatkan artikel di ditulis bukan untuk mempertikaikan keputusan JK Disiplin PAS mahupun sesiapa. Cuma diharap artikel ini dapat membantu JK Disiplin PAS dan Tuan Ibrahim untuk menerang bagi menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Sesungguhnya, saya merasa simpati terhadap JK Disiplin kerana masa, keadaan dan faktor manusia tidak sesuai dan serasi dengan keputusan JK Disiplin walaupun kemungkinan besar mereka telah bertindak adil dari segi prinsipnya.

Marilah kita sama-sama menunggu jawapan daripada JK Disiplin untuk mengetahui keadaan sebenar daripada terus bersangka buruk terhadap mereka yang telah berkhidmat dengan penuh beramanah terutamanya bagi pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan JK Disiplin.

Saya juga ingin mengingatkan ustaz Tuan Ibrahim bahawa PAS tidak harus bergembira apabila UMNO tidak menyerang PAS kerana sememangnya pihak lawan tidak akan mengejek kita apabila kita menyumbat gol ke dalam jaring sendiri. Bagi saya, YB Khalid dan YB Tuan Ibrahim adalah permata dalam PAS dan saya amat berharap kontroversi di atas tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan dalam kareer politik mereka semata-mata undang-undang dan perlembagaan PAS tidak menyebelahi mereka kali ini.

Ismail Awang

Tangguh Debat Royalti: Tiada Respon Dari Mustapha & Nazri

Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu pada Sabtu ini, terpaksa ditangguhkan kerana pihak penganjur tidak menerima pengesahan kehadiran 2 ahli panel yang dijemput.

Mereka ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Penganjur debat tersebut, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) berkata, Pegawai Pejabat 2 Menteri berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan dari GEGAR ke majlis anjurannya.

2 lagi ahli panel - EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengesahkan untuk menyertai debat tersebut.

Walaupun ditangguhkan, pihak GEGAR akan berusaha untuk menjayakan program debat tersebut dan akan menetapkan tarikh baru setelah mendapat persetujuan semua ahli panel yang dijemput.

Sementara itu, GERAK meminta rakyat Kelantan tanpa mengira di mana sahaja supaya mengibarkan bendera Kelantan di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac 2010 sebagai tanda keprihatinan dan komitmen mereka terhadap tuntutan Royalti Petroleum.

Dalam satu kenyataan, pengerusi bersama GERAK, Dr Abdul Halim Yusof dan
Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, langkah itu bertujuan sebagai:
1. Menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan Royalti Petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.

2. Menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

3. Bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada DYMM Al-Sultan.
"GEGAR menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada DYMM Sultan Kelantan," kata kenyataan itu.

Apa Yang Hasan Ali Buat Untuk Melayu di Selangor?

Berkokok kuat Hasan Ali kononnya beliaulah harapan kepada Melayu dan Islam di dalam EXCO Selangor. Amat bangga beliau kata yang beliau adalah harapan kepada memperjuangkan hak Melayu dan Islam dalam EXCO Selangor.

Tapi, hakikatnya amat berlainan sekali. Pertama-tama sekali, semua bukti yang beliau dakwa itu bohong belaka. Misalnya, dalam isu SELCAT, yang diperjuangkan oleh beliau adalah mempertahankan amalan korupsi pihak yang pro kepada UMNO dalam kerajaan Negeri Selangor.

Dalam isu arak pula, kalau beliau betul2 ikhlas memperjuangkan isu arak, mengapa Hasan Ali tidak mahu menjalin kerjasama erat dengan beberapa NGO Bukan Islam yang sudah selamanya berusaha mengurangkan masaalah ketagihan arak terutamanya di kalangan masyarakat India? Bukankah usaha Dato Hasan Ali lebih mudah kalau mendapat sokongan dari kaum bukan Islam? Kalau Dato Hasan Ali ikhlas lah nak berjuang isu arak tapi saya rasa isu arak tu semata-mata bertujuan mengkaburkan mata orang sahaja.

PAS MEMPERJUANGKAN MELAYU DI SELANGOR?

Kita nak tanya kepada Dato Hasan, apa usaha beliau sebagai PJ Selangor mendaftar orang-orang Melayu di Selangor dalam program-program Kerajaan Negeri Selangor seperti:

1 - Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) - Berapa banyak kempen dan usaha yang dilakukan oleh PAS Selangor untuk membantu orang Melayu di Selangor kepada program ini. Yang lebih memalukan, DAP lebih banyak mendaftar orang Melayu yang miskin kepada program ini dari PAS Selangor.

2 - Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

3 - Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3)

4 -
Hadiah Anak Masuk Universiti

5 - Caruman Takaful/ Perubatan Percuma Warga Emas

6 -
Program Penigkatan Hasil Bahan Batuan Dan Mineral

7 - Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)

8 - Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang

9 - MESRA USIA EMAS

10 - Pinjaman Pelajaran Selangor

11 - Khidmat Kaunseling Kerajaan Negeri Selangor

12 - Skim Komprehensif Takaful Selangor

13 - Maklumat Pelan Bencana

14 - Kempen Pelancongan Selangor

15 - Program Pekerja Yang Diberhentikan (Retrenchment Helpline)

DARIPADA MELALAK MACAM ORANG GILA, LEBIH BAIK PROMOSI PROGRAM2 INI PADA ORANG MELAYU

Mana kita dengar PAS Kawasan2 menjalankan kempen serta promosi program2 di atas secara meluas di Selangor? Kalau ada pun secara inisiatif sendiri dari Kawasan masing2 dan bukan arahan serta perancangan dari Perhubungan Negeri.

Apa yang hebatnya Hasan Ali memperjuangkan Melayu kalau yang hebat mendaftar orang Melayu kepada program2 di atas adalah DAP. Tak heranlah ada orang2 Melayu yang menubuhkan cawangan DAP di Selangor.

Jelas, Hasan Ali tak layak memimpin PAS Selangor. Dia hanya layak jadi Ketua Pembangkang semata-mata.

Hasan Ali melalak sana melalak sini menyerang kerajaan Pakatan Rakyat, tapi kerja dia yang sebenar tak pernah buat. Tak malu ke?

Berapa ratus ribu orang Melayu yang “miss” program2 di atas kerana jentera PAS tidak digerakkan mendaftar serta menaikkan partisipasi orang Melayu dalam program-program ini.

Yang Hasan Ali tahu hanya melalak sana melalak sini menghentam kerajaan negeri Selangor. Bukankah Melayu Selangor lebih untung kalau PAS Selangor menyalurkan tenaga dan masa untuk mendaftar orang2 Melayu kepada program2 di atas? Kalau aktiviti ini agresif, UMNO siang2 lagi dah bungkus.

Tapi Hasan Ali tahu dia kebal kerana ahli2 PAS sanggup wala’ pada pimpinan walaupun parti hancur.

Tulang Besi

PM Najib Sinonim Dengan Kerja-Kerja "Bodoh" Dalam UMNO

Malam ini jam 9:00 malam bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohamed IV akan berlangsung 1 lagi Ceramah Perdana isu Royalti Minyak Kelantan. antara yang dijangka hadir menggegar pentas ceramah ialah Abang Mat Sabu dan juga Dato'Zaid Ibrahim.

Ini adalah sinambungan dari program-program pencerahan isu Royalti Minyak Kelantan yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama GEGAR, sebuah Pertubuhan Bebas yang dianggotai oleh lebih dari 50 NGO yang bersama-sama memperjuangkan HAK Negeri Kelantan yang Berdaulat.

Bulan lepas (28hb. Januari, 2010) kita dan dunia telah menyaksikan kehadiran audein yang tidak dijangka dan jika dirujuk disini, tidak mustahil angka kehadiran mencecah lebih dari 50,000 orang dan yang lebih menggegarkan lagi Pucuk Pimpinan UMNO Negeri dan Pusat ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ahli UMNO merangkap Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas Pengerusi, juga Pengasas kepada penubuhan Petronas telah tampil hadir mengetuai "Ceramah Mega" tersebut bersama-sama dengan rakyat Kelantan.
Apa yang dinyatakan oleh Ku Li pada malam tersebut, hari-hari sebelumnya dan juga hari-hari kemudiannya amatlah bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh KERAjaan Pusat yang diketuai oleh UMNO yang Presidennya adalah Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Ku Li pada hari ini pada mata ahli-ahli UMNO adalah seorang yang amat "menjengkelkan" dan memualkan. dengar khabarnya, beberapa hari selepas Ku Li berdiri diatas pentas "Pembangkang" (kenyataan bodoh dari UMNO Kelantan dan juga Pusat... BANGANG-BANGANG ini tak sedar bahawa "Pembangkang" di Kelantan ialah UMNO..!), UMNO Kelantan telah mengadakan 1 mesyuarat/perbincangan halus untuk mengusul kepada UMNO Pusat supaya Ku Li dilucutkan keahliannya dari UMNO.

Tak tau pulak aku apa yang berlaku seterusnya dipihak KERAjaan Pusat (UMNOlah "KERA"jaan tu...) tapi yang pastinya, dipihak UMNO yang kepalanya ialah PM Najib, tetap mempertahankan bahawa kelantan hanya berhak mendapat "Wang Ehsan" dan bukannya "Royalti".

Pada aku tak kisahlah apa namanya sekalipun, "Royalti" pun mewakili duit, "Wang Ehsan"pun mewakili duit jugak. maka atas sebab itulah UMNO yang kepalanya pada ketika ini ialah PM Najib liat sangat nak bagi pada Kelantan padahal perkara itu termaktub didalam "Perjanjian antara "Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan" dan bukannya "PM Najib dengan Rakyat Kelantan" atau "KERAjaan Pusat dengan Rakyat Kelantan".

Susah sangat ke sorang yang bertaraf PM (Perdana Menteri) nak faham benda alah ringkas macam tu..?

Yang paling BANGANGnya ialah bila PM Najib dan puaka-puaka UMNO termasuk geng-geng "Kelantan Tak De Maruah" seperti Tok Pa, Awang Adek dan kuncu-kuncunya keluarkan kenyataan berbau "jilatan" yang bau "lacurannya" sama dengan nada PM Najib (nada PM Najib pulak berbau "jilatan" pada Che'Det) iaitu Kelantan tiada HAK untuk terima Royalti sama seperti nasib Terengganu yang "tiba-tiba hilang HAK" bila PAS berjaya menawan terengganu pada 2004.

Ramai pimpinan UMNO yang tak sedar pada malam Ku Li tampil di pentas "Kerajaan" (itu kenyataannya), ramai ahli-ahli UMNO juga turut hadir untuk mendengar penerangan isu tersebut dari mulut Ku Li sendiri dan mereka-mereka (ahli-ahli UMNO) ini pulang dengan beberapa persoalan.

Soalan yang pertama diajukan oleh mereka-mereka ini pada Pimpinan, Ketua-Ketua Cawangan dan juga Ketua-ketua bahagian pada keesokan harinya ialah, "Royalti tu apa dan Wang Ehsan itu apa..?" dan soalan yang keduanya ialah "sejak bila timbul 'Wang Ehsan'..?"...

2 soalan mudah yang gagal dijawab dengan susun kata yang lancar dan bermaya oleh penjilat-penjilat UMNO Kelantan dan apa yang mampu dijawab oleh mereka-mereka yang diajukan soalan tersebut ialah "kita tunggu jawapan dari Pusat"... maka sampai hari ni, masing-masing ahli UMNO peringkat bawahan yang "totoknya" belum mencapai tahap "darah pun kaler biru" masih tertunggu-tunggu jawapan dari "Pusat".

Korang datang ke Kelantan dan korang perati la... yang mana jalan menunduk sepanjang masa tu semua dok tunggu "Pusat" bagi jawapan.

Ada jugak pimpinan atasan UMNO Kelantan yang menyoal balik pada ahli bawahan... "Jebatkah yang benar, atau Tuahkah yang benar..?"... "Ku Li kah yang benar, atau Najib kah yang benar..?" tergantung...

Semua ni angkara si Bodoh bernama Najib yang juga PM 1Malaysia dan juga Presiden UMNO. terlalu sinonim menyambung kerja-kerja bodoh dalam UMNO tinggalan TDM.

Si Bodoh inilah yang dikaitkan dengan "Konspirasi Liwat 2", Si Bodoh inilah yang mengaku tidak kenal siapa itu Sepul dan beberapa hari kemudian ter"eh" dengan kenyataan sebelumnya dan Si Bodoh ini jugalah yang banyak meneruskan kebanyakan kerja-kerja bodoh TDM dalam UMNO sebaik sahaja dinobat sebagai Presiden UMNO dan juga PM dan kerana Si Bodoh inilah juga UMNO Kelantan menjangkakan bahawa PRU-13 nanti Kelantan akan kekal menjadi milik PAS.

Kempen 49 jam sehari pun tak guna kata "orang lama UMNO Kelantan" kalau macam ni...

Banyak lagi kerja-kerja Bodoh telah dilaksanakan oleh PM Najib (malas nak listkan sebab malas nak buat "Kerja Bodoh"...).

Program-Program Penerangan Isu Royalti Minyak akan diteruskan lagi selepas ini dan khabarnya Urusetia Penerangan Negeri Kelantan telah mengatur sebegitu banyak program dan ianya akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau 2 minggu sekali.

1 langkah bijak oleh Kerajaan Negeri Kelantan. lebih banyak program sebegini diatur, lebih terserlah lagi kebodohan demi kebodohan PM Najib didalam Isu Royalti. BANGANG yang mungkin tak pernah melihat atau membaca Sirat Perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan cuba menjadi "hero" tapi dia tak sedar "hero"nya hanya pada nama sedangkan pada hakikatnya "hero" ini tampil dengan memakai "spender" diluar. Superman la kununnya...

Sambil-sambil jadi "hero', sambil-sambil memalukan diri sendiri.

Ah... PM Najib memang "sinonim' dengan kerja-kerja Bodoh dalam UMNO... itu 1 perkara yang sangat-sangat baik untuk Pakatan Rakyat. tak perlu susah-susah sebab orang jenis ini "pandai" menampilkan keBodohannya kepada umum dan Pakatan Rakyat cuma perlu "cucuk sikit" je dengan apa-apa isu yang difikirkan sesuai.

Seterusnya, Si Bodoh akan tampil kedepan lagi dengan "spender"nya yang dipakai diluar...

Kalau dah "Presiden" sendiri "Bodoh", orang bawahan pulak apa..? (orang bawahan merujuk kepada para penjilat).

Kota Bharu Malam Ini: Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak

Jangan lupa malam ini...!!!
Jemput datang beramai-ramai...!!!