Oleh Bernama | |
Sabtu, 12 Julai 2008 | |
KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan kerajaan pusat melaksanakan sistem pembelajaran satu sekolah dengan menjadikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai model. Beliau berkata sekolah terbabit dibolehkan mengajar semua bahasa termasuk Cina, Tamil, India dan Orang Asli dan tidak terikat kepada Bahasa Inggeris sahaja atau Bahasa Malaysia semata-mata. "Kalau boleh dedahkan kepada rakyat kita dengan pelbagai bahasa kalau tidak melibatkan semua pelajar, pilih murid yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru dan anugerah kecemerlangan Maahad Pengajian Islam di sini, Sabtu. Nik Aziz berkata cara demikian boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam di samping menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat tanpa terikat kepada mana-mana kaum sahaja. "Dengan cara itu dapat kita menangkis tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam," katanya. Beliau berkata untuk memulakan sistem itu, terserah kepada pihak pengurusan iaitu kerajaan pusat untuk menentukan peringkat tertentu pelajar terlibat dengan sistem yang dicadangkan. |
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, July 12, 2008
Sekolah: Cadangan Nik Aziz
Perak Berhasrat Wujudkan Bandar Volkswagen Pertama Di Dunia
Beliau berkata bandar VW yang pertama di dunia itu akan menawarkan kepelbagaian gabungan berkaitan dengan kenderaan buatan Jerman itu.
"Memandangkan pertambahan peminat yang kini menjadi pengumpul kenderaan jenama ini di serata pelosok dunia, adalah tidak mustahil bandar pelancongan ini dilengkapi dengan perkhidmatan membekal alat-ganti dan sebuah galeri pameran jenama itu.
"Mungkin akan ada sebuah bengkel dan makmal bagi peminat untuk mengkaji kehebatan kenderaan VW yang tahan lasak dan usia yang panjang ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Volkswagen Ipoh 2008 di Dataran Ipoh di sini Sabtu.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai lokasi sesuai untuk tujuan itu dan bila bandar VW itu boleh diwujudkan, Mohammad Nizar berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Jawatankuasa Pelancongan negeri dan pihak berkaitan terlebih dahulu.
"Tetapi kita melihat ia mempunyai potensi besar bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini termasuklah dari Jerman. Kita akan wujudkan sebuah kawasan di luar kawasan bandar raya yang serba lengkap dengan hotel dan restoran bagi semua pemilik dan peminat VW berhimpun," katanya.
-- BERNAMA
Penduduk Kampung Baru tolak 'Draf Plan Bandar Raya KL'
Sat | Jul 12, 08 | 7:51:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali berkata beliau berbangga dengan penduduk Kampung Baru yang berani untuk tampil memberi respon mengenai Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru) yang diadakan di Dewan Hamzah, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini pemilik dan pewaris tanah kampung tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menentukan arah tuju pembangunan kampung mereka sendiri.
"Biarpun sebelum ini saya berasa agak kesal dengan apa yang berlaku kepada mereka kerana tidak ada yang menjuarai mereka tetapi hari ini majoriti mereka berani menyuarai hak mereka," katanya yang sebaik selesai beliau bersama majlis Taklimat dan Diolog Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru).
Dalam pada itu katanya, penduduk di situ yang mempunyai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bersatu.
Ini katanya, walaupun mereka di bawah Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk iaitu Malay Agricultural Settlement (MAS) yang bertindak sebagai pemegang amanah enakmen Kampung Baru masih tidak bersatu hati.
Parlimen ditutup pada orang ramai Isnin ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.
Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.
"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini," katanya.
Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.
Mohamed Nazri berkata, "dia nak boikot, boikotlah... itu dia punya hal lah tapi saya nak bagi nasihat kepada mereka supaya jangan membawa lima orang tetamu itu kerana polis akan membuat kawalan ketat,"
TP - Siapa la 5 orang tetamu yang Mat Nazri ni maksudkan tu & sape pulak nak berdemo nih?? Mat Nazri ni dah kene sawan khinzir ke??? maklumat kejadah yang Mat Nazri ni dapat nih? Sah UMNO dah kene sawan...mampuih la cepat-cepat...
Baca seterusnya di [ sini ]
Salam Perjuangan...
Pergh...2 hari beb...2 hari mengadap PC nak siapkan yang ni ha...2 kali kene C4 & setiap kali kene C4 aku terpakse buang masa sebanyak 24 jam untuk siapkan blog baru...
Dulu perisikrakyat...lepas tu perisikrakyat1...
Tapi aku tetap kembali dengan semangat yang lebih tinggi...tak patah beb...bukan "aku" untuk korang tumbangkan tapi 1 bende yang lebih tinggi dari kita beb...
Kalau nak tumbangkan, jangan tumbangkan aku...tak kan berjaya nawaitu yang itu...kalau nak tumbangkan, tumbangkanlah yang lebih dari itu...andai tumbang yang lebih dari itu, sepantas "titik" tertumbang jugak aku.
Apa yang lebih pantas dari "mata"?...carilah didalam akal...
Salam perjuangan buat semua...
Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!
Golongan Munaafiqiin Sinonim Dengan Sumpah.
سورة المنافقون
بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (1) اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (2) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آَمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ (3) وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (4
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ (5) سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (6) هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ (7) يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ (8) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ (9) وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10) وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (11
Al-Munafiqoon
Perwakilan pilih pengganti saya...
"Perwakilan yang akan menentukan (siapa presiden), bukan saya," kata Samy Vellu dalam sidang akhbar selepas perasmikan perhimpunan agung MIC di PWTC pagi tadi.
Tegasnya, tidak ada rancangan pemilihan kuasa secara automatik dalam MIC.
Sebaliknya, kata beliau, ia akan ditentukan oleh 3,600 pengerusi cawangan di seluruh negara.
Pemilihan pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ketiga terbesar itu, akan diadakan Mac tahun depan.
TP - bagus lagi mat samy ni dari Pak Lah & UMNO...reti jugak dia nak serah kuasa pemilih dekat sapa...UMNO pulak kalau cakap pasal demokrasi mengalahkan hero...tapi bab pemilihan ketua "JANGAN SESIAPA CABAR PRESIDEN!!!"...huhuhu...demokrasi sungguh...
Baca selanjutnya di [ sini ]
Amaran Ezam pada Anwar...
"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi.
Menurut laporan Bernama, Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.
Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.
Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.
Komen TP :
1 - Sumpah? dari 1998 sampai 2008 sebulan sekali ngko bersumpah...sekarang aku tengok ngko dah kene makan sumpah dah...x de lain, asek nak bersumpah je keje...elok ngko jadi pesuruhjaya sumpah...
2 - "Akan" bongkar pun ayat yang sama jugak...bila agaknya lembu pawah ni "akan" bongkarkan 6 kotak tu??? tungguuu...di karnival sure heboh!
3 - Khak...ptuih!!!
baca selanjutnya di [ sini ]