Tindakan UMNO ini juga satu bentuk PENDERHAKAAN kepada Titah Baginda Sultan Selangor baru-baru ini yang menegah penggunaan masjid untuk tujuan kempen politik kepartian. UMNO pula, memang selamanya parti munafik dan hipokrit. Bagaimana mereka ini boleh menggunakan masjid untuk memenangkan calon MIC, saya pun tak tau. Kalau orang Islam biasa pun tak tergamak untuk buat benda seperti ini.
Ini semua adalah natijah dari sikap munafik dan double-standard mereka. Sikap munafik ini juga boleh kita lakarkan ke atas PERKASA sekiranya mereka tidak bangun dan mengutuk tindakan UMNO yang jelas derhaka kepada Baginda Sultan Selangor.
Sekiranya JAIS gagal menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas perkara ini, maka JAIS juga boleh dianggap telah MENDERHAKA kepada Baginda Sultan Selangor. Tak sabar nak tengok juak2 Berahim PERKASA bakar gambar Najib dan Muhyiddin depan bangunan UMNO pula.
UMNO dah guna masjid untuk kempen politik mereka sejak sekian lama. Takda sapa pun yang bising. UMNO lah bapak pengguna masjid untuk kempen politik.
Tulang Besi
p/s - Teringat saya waktu kempen pilihanraya kecil DUN Jerlun, 15 tahun yang lepas. Saya bertemu dengan seorang ahli PAS yang bekas ahli UMNO. Saya bertanya kenapa beliau keluar UMNO dan masuk PAS.
Dia kata satu masa dahulu UMNO cawangan dia mahu mengadakan majlis kebudayaan dan tari menari. Maka, oleh kerana tiada tempat yang sesuai, majis tersebut dibuat di dalam surau kampung tersebut. Dia antara yang marah sangat tapi kerana kampung tersebut kuat UMNO, dia jadi minoriti. Akhirnya dia tak sanggup melihat Islam dihina sebegitu, dia keluar UMNO masuk PAS.
Pembeza antara orang UMNO dan PAS adalah iman. Mereka yang ada iman di hati mereka kepada Allah SWT TIDAK AKAN SOKONG UMNO. Masakan mereka yang beriman mahu menyokong parti yang mendokong arak dan judi?
Orang yang beriman, antara UMNO dan DAP, mereka akan ambil DAP kerana sekurang-kurangnya DAP menentang judi. Manakala, Melayu-Islam UMNO menyokong judi dan qazaf serta arak.
Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid
Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.
Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.
Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog pro pembangkang di kawasan parlimen tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.
“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.
Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.
Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.
Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.
Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.
“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.
Sebaliknya, menurut Khalid, Nik Aziz hanya memberikan tazkirah berhubung “prinsip am” dalam agama iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Itu pun, tambahnya, setelah diminta oleh imam dan nazir masjid berkenaan