"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 02, 2009

Media Perdana Putar Belit Isu "Wacana" - malaysiakini

Sumber -

Baca berita asal dekat bawah...

Sebelum ni kecoh dengan kerajaan perpaduan. Hari ni kecoh dengan 'wacana'. Aku sendiri pun tak tau sangat tentang makna wacana ni .. Yang aku tau "wa caya lu'.

Debat tukar pada wacana. Mungkin tujuannya nak pekena Pemuda UMNO .. supaya datang 'wacana' tapi akhirnya 'berdebat'. Dengan harapan .. ada lah pihak yang berjaya di kantoi kan pada hari 'wacana' itu nanti. Tiba tiba media tukar dari wacana kepada kerjasama.

Bila istilah dah berubah, .. dalam kepala aku kata "Dah kena dah". Ingat nak jerat .. tapi terjerat. Sekarang ni Pemuda PAS nak saman plak media kerana putar belit berita.
"In that regard, PAS Youth is considering legal action against the media organisations for false reporting on the issue," he said.
Apa nkorang tak kenai lagi ka dengan media arus perdana?

Aku bukan nak perendah mentaliti Pemuda PAS, tapi sekarang ni kat Manek Urai orang dah sibuk buat persiapan untuk pilihanraya. Baik hangpa fokus kat sana.

Istilah wacana, diskusi, bincang, sembang, santai antara parti ni jangan dok kecoh buat masa ni. Takut di kejar tak dapat, di kendong keciciran. Silap sikit kantoiiii .. !

Tu pasal aku lebih berminat nak buat pertanian dari sembang benda benda cam ni .. Buat aku sakit jantung. Elok elok boleh hidup lagi 20 tahun ... tup tup .. waktu tidur dah kojol.

Hishhhhh ...

PAS Youth denies cooperating with Umno

KUALA LUMPUR, July 1 - PAS Youth today denied reports by several media organisations about cooperation between the movement and Umno Youth.

PAS Youth secretary Kamaruzaman Mohamad in a statement said the reports referred to a handing over of an official invitation letter to Umno Youth to have a discourse on the topic titled "Is it true that Umno's struggle is not against Islam" through the setting up of a secretariat of both movements.

"In that regard, PAS Youth is considering legal action against the media organisations for false reporting on the issue," he said.

He said the secretariat proposed by Umno Youth vice-chief Datuk Razali Ibrahim had already been clarified by PAS Youth chief Nasruddin Hasan Tantawi as being only a technical committee to discuss dates, place, time, membership and discourse format only.

He said the discourse was a continuation of a challenge to debate made by PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Umno going astray in its struggle. - Bernama

3 Siswa UM Diburu Oleh Hantu..! - Malaysiakini

Polis terus memburu tiga lagi pelajar Universiti Malaya (UM) untuk membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cubaan membakar di sebuah dewan apabila mereka menyambung pengajian mulai minggu depan.

"Kita tunggu sehingga mereka masuk UM, mereka mesti masuk (untuk) mendaftar (bagi semester baru)," kata pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam.

Kelas pengajian akan dimulakan 6 Julai ini.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian menconteng, antaranya "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dewan Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.

Selain contengan, polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian itu.

Difahamkan, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - ketiga-tiganya pelajar API.

Shazni Munir belajar di tahun akhir, sementara dua lagi akan memasuki tahun kedua pengajian.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, pegawai polis Brickfields itu menasihatkan ketiga-tiga mereka menyerah diri dan bekerjasama dengan polis bagi memudahkan siasatan kes tersebut.

Selasa lalu, dua pelajar akademi Islam, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan semalam selepas ikat jamin RM5,000.

Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Sumber- Malaysiakini

Pegliporlari - dah tentu puaka nyiang rapik ni,mana saja pergi sambutan fanatik! tak payah sambut guna banner, bantai je kat dinding... nak rugi pun RM25 je mahal lagi kapal selam kan??

Babi Merajuk: Komen MB Kedah..? - Malaysiakini

"Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatah lagi itu keperluan mereka, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan beri kerjasama. Saya telah meminta mereka mencari tempat baru dulu tapi mereka bohong, selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang (bila dirobohkan PBT) mereka hendak keluar (dari PR Kedah)... keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP pusat.

"Saya serahkan kepada PAS pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa... seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa (BN)...

"Dulu semasa berbincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau, sekarang pun kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa (mereka) kacau" Katanya

*Kemungkinan mainan politik upahan BN ataupun UMNgOk/BN yang patut dipindah dan dirobohkan... Apa pendapat korang?