"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 02, 2009

3 Siswa UM Diburu Oleh Hantu..! - Malaysiakini

Polis terus memburu tiga lagi pelajar Universiti Malaya (UM) untuk membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cubaan membakar di sebuah dewan apabila mereka menyambung pengajian mulai minggu depan.

"Kita tunggu sehingga mereka masuk UM, mereka mesti masuk (untuk) mendaftar (bagi semester baru)," kata pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam.

Kelas pengajian akan dimulakan 6 Julai ini.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian menconteng, antaranya "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dewan Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.

Selain contengan, polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian itu.

Difahamkan, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - ketiga-tiganya pelajar API.

Shazni Munir belajar di tahun akhir, sementara dua lagi akan memasuki tahun kedua pengajian.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, pegawai polis Brickfields itu menasihatkan ketiga-tiga mereka menyerah diri dan bekerjasama dengan polis bagi memudahkan siasatan kes tersebut.

Selasa lalu, dua pelajar akademi Islam, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan semalam selepas ikat jamin RM5,000.

Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Sumber- Malaysiakini

Pegliporlari - dah tentu puaka nyiang rapik ni,mana saja pergi sambutan fanatik! tak payah sambut guna banner, bantai je kat dinding... nak rugi pun RM25 je mahal lagi kapal selam kan??

1 comment:

bekas ahli umngok said...

ye ke ada simbahan petrol kat permaidani tu..?
ni citer nk tambah hukuman berat la ni..nk hukum kes conteng tk masuk akal,klau simbah petrol kira berat la ckit..