"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 25, 2008

KJ Akhirnya Berpeluang

Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin hari ini melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno selepas menerima dua lagi pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Dua pencalonan daripada Pemuda Bahagian Tawau dan Gua Musang itu membolehkan Khairy memenuhi kuota 39 pencalonan untuk bertanding jawatan itu seperti ditetapkan Perlembagaan Umno.

Dua lagi calon jawatan itu, Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, masing-masing mendapat 63 dan 31 pencalonan setakat semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menambah dua lagi pencalonan bagi jawatan Presiden Umno.

Sehingga 1.30 tengah hari, Najib menerima pencalonan dari bahagian Jasin dan Marang menjadikan 68 pencalonan yang diterimanya setakat ini manakala dua lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing menokok satu pencalonan.

Mohd Ali menerima pencalonan daripada bahagian Jasin menjadikan 14 pencalonan, manakala Muhammad menerima pencalonan dari bahagian Marang menjadikan 10 pencalonan setakat ini.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyidddin Yassin masih kekal 44 pencalonan. Muhyiddin bagaimanapun telah melepasi jumlah pencalonan yang disyaratkan bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu 39 pencalonan.

Bagi calon Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Dr Rais Yatim masing-masing menokok satu pencalonan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambah dua pencalonan.

Bahagian Marang mencalonkan Hishammuddin, Shafie dan Ahmad Zahid, manakala Syed Hamid dan Rais menerima pencalonan daripada bahagian Jasin yang turut mencalonkan Ahmad Zahid.

Ini menjadikan setakat ini Hishammuddin menerima 56 pencalonan manakala Shafie (33), Ahmad Zahid (40), Syed Hamid (13) dan Rais (7).

CEUPECS Harap Kerajaan Beri Peluang Bertukar

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memberi peluang kepada kakitangannya yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertukar kepada skim pencen.

Presidennya Omar Osman berkata ketika skim KWSP mula diperkenalkan kepada kakitangan awam yang baru pada 1997, ramai yang tidak diberi peluang untuk memilih antara skim KWSP dan pencen.

"Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi tetapi ramai kakitangan awam pada masa itu tidak jelas dan mereka seperti tidak ada pilihan jadi terpaksa memilih skim KWSP," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

"Apalah sangat RM300,000 pada hari ini (KWSP), hari ini keluar, bulan depan mungkin habis...lain nilainya duit hari ini dengan kalau kita bersara pada tahun 80-an dahulu dengan jumlah yang sama," katanya lagi.

Katanya lebih kurang 43,000 orang kakitangan awam telah memilih skim KWSP dan kini berada dalam dilema.

CUEPACS ada berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan JPA sedang membuat kajian mengenai perkara itu.

Shah Rukh Khan & PAS

Soalan tentang anugerah Datuk terhadap pelakon Bollywood itu nampak semakin tidak ada ertinya.

Tambahan pula pelakon itu dijangka akan berada di Malaysia tidak lama lagi.

Kita tidak pasti apakah beliau datang dengan perbelanjaan sendiri ataupun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka.

Namun sesuatu yang ingin kita lihat, apakah akan terjadi jika Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dengan memakai baju PAS dan membawa bendera parti itu seperti foto yang disiarkan?

Apakah gelaran Datuknya akan ditarik balik?

Jika ini berlaku bukankah kecoh jadinya puak-puak UMNO ini.

Lagi pun difahamkan aktor itu beragama Islam.

Maka sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Bahkan dulu dalam lagunya ada menyebut "Tum Pas Ser Air" dan juga lagu "UM NO Ko Ko Ko", maknanya UMNO akan K.O dan PAS akan tumpaskan UMNO.

Cuba tengok foto yang kami siarkan ini, Shah Rukh Khan membawa bendera hijau putih kemudian ada tulisan "Kaun Haga PAS" pada pentas hijau (anak panah kuning) itu.


-Pahang Daily

Lajim letak jawatan jika kalah ketua bahagian

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Lajim Ukin akan meletak jawatannya sekiranya beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua Bahagian Umno Beaufort."Kalau saya kalah bertanding ketua Bahagian, saya rasa janggal untuk memegang jawatan timbalan menteri.

"Saya bukan gila kuasa. Tetapi lebih baik saya undur diri (letak jawatan) dan beri peluang kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Beaufort hari ini.

Menurut Bernama lagi, Lajim akan berhadapan dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun, yang menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Bahagian itu, minggu lalu.

Ni saje nak glamour ke ape ni? aku macam tak caye je kenyataan nih... ala... kenyataan orang-orang UMNO/BN same je dengan kenyataan ungka... apa nak heran?

Strawberry mana?

Kesamarataan Kaum Penting Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen

Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan kesamarataan kaum jika mahu merampas semula enam kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique.

Katanya strategi kempen perlu disusun semula supaya lebih berciri kontemporari dan relevan kepada pengundi muda selepas parti pembangkang menguasai enam lagi kerusi Parlimen itu selepas pilihan raya umum Mac lepas.

Zulhasnan, yang juga Ketua Umno Bahagian Setiawangsa, berkata Umno perlu bekerjasama dengan MIC dan MCA serta parti komponen lain dalam menyelesaikan masalah pelbagai kaum di bandar raya Kuala Lumpur.

"Sekiranya Umno dan BN ingin menang (pada pilihan raya umum akan datang) kita memerlukan sokongan rakyat berbilang kaum, kita tak boleh 'survive' sendiri," katanya ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa, di sini, Sabtu.

"Setakat ini Umno bahagian Setiawangsa telah menjalinkan kerjasama dengan pengetua dan guru-guru sekolah menengah, serta ibu bapa melalui (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) PIBG, untuk membincangkan masalah berkaitan pelajaran, selain mengadakan majlis sukan dan sosial untuk golongan muda" katanya.

Pada pilihan raya lepas, BN cuma memenangi satu daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kerusi Parlimen Setiawangsa yang diwakili oleh Zulhasnan sendiri.

TP - Kesamarataan kaum? aku macam pernah dengar la ayat tu sebelum ni... kat mana ya?

ooo... kat ceramah Pakatan Rakyat... UMNO/BN ciplak la tu...

Hangpa Nak Habaq Apa Pulak Wei..?

Kat sebelah ni print screen dari blog ANGIN PERUBAHAN. nampak tajuk, gambar dan jugak sikit komen dari blogger blog ANGIN PERUBAHAN?

Aku taip balik kot-kot hangpa tak nampak - Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?

Hari ni pulak dalam Malaysiakini ada 1 berita bertajuk
Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur.

Aku ambik sikit petikan berita tu : Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

"Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita," kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

"Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti," kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

Lepas ni aku nak tengok apa komen-komen pencacai-pencacai UMNO/BN dan jugak tuanpunya blog ANGIN PERUBAHAN tentang kenyataan Najib semalam.

Hangpa nak habaq apa pulak lepas ni?

Jilat jangan tak jilat..!

Cepat KJ..! Wang Besar, Wang Besar..!

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hanya memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno parti Mac depan.

Semalam, Khairy mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Hulu Terengganu, menjadi pencalonan baginya sehingga ini berjumlah 38.

Kelayakan minima bagi jawatan ketua Pemuda ialah 39 pencalonan.

Apa lagi KJ, tabur la lagi pitis kat mana-mana... bukan susah nak beli undi kan?

Mahdet dah habaq awal-awal - orang tau, tau la... apa nak kisah, berdosa, berdosa la... apa nak kisah?

Kenyataan Media AMK Selangor

Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan
ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor didesak agar memberikan
peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak-anak syarikat
kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang
berkelayakan.

Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam
anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang
dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri
Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat. Ini
telah menimbulkan tandatanya di kalangan mereka.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru
agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan
rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar
jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah
Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

AMK Selangor bertegas agar penomena ini disedari oleh kepimpinan
negeri Selangor samada kepada barisan Exco kerajaan yang ada
sebahagiannya bukan anak jati Selangor mahupun Menteri Besar. Memang
kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi
tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai
kelayakan.

Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah
menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor
diberikan peluang yang seadil-adilnya.

Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.

Vasu Yaranian
Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor

Syed Botak Dan Belit...

Syed Botak habaq - Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri

TP habaq - Yang lain semua dapat surat tunjuk sebab kenapa tak boleh diambik tindakan, yang ni pulak bagi amaran je? double standard la hang ni botak...

Syed Botak habaq - polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.

TP habaq - Yang lain semua kena tahan terus, tak payah siasat-siasat. tangkap, tahan baru siasat, hat ni pulak kena siasat sampai makan banyak bulan ni awat? sebab darah dia kaler biru tua ka? baguih la tu botak... tak lama dah tu...

Ada wartawan tanya Syed Botak - mengapa tindakan tidak diambil terhadap Ahmad sedangkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana melaporkan kenyatan Ahmad itu.

Syed Botak habaq - "Jangan tanya kenapa orang ini tidak ditahan dan kenapa orang itu ditahan. Dalam hal ini, pihak polis mempunyai alasan mereka sendiri...,"

TP habaq - Pulak dah..? apa pulak bidang kuasa menteri dalam negeri?? tukang belit ka???

Masa Tan Hoon Cheng kena tahan dalam ISA Syed Botak habaq - "demi keselamatan Tan"

Masa rumah orang tua Teresa Kok kena bom dengan Molotov Cocktail pulak Syed Botak habaq - err err... brr brr... trr trr.. krr krr...*Syed Botak no spik malay and inglish

Betul Ka?

Negara tidak memerlukan pilihan raya baru sebab kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang mempunyai mandat untuk terus memerintah selama lima tahun lagi.

"Kami ingin meneruskannya serta ingin terus berkhidmat hingga tamat tempohnya dan apabila berakhirnya tempoh ini, rakyat boleh menghakimi kami," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Mandat? betul la tu, PRU12 haritu hangpa dapat mandat tanpa majoriti 2/3... tapi tang alasan tak perlu pilihanraya tu aku musykil sikit...

Betul-betul tak perlu sebab dah dapat mandat ka atau betul-betul tak perlu sebab takut tak dapat mandat???

hangpa rasa macam mana?

Maza: Subjek Fekah Interaksi Antara Agama

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Fekah Interaksi Antara Agama bagi memupuk keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya, mata pelajaran yang khusus kepada para pelajar Islam itu akan mendedahkan mereka terhadap prinsip, adab dan hukum Islam ketika berinteraksi dengan kalangan bukan Islam.

"Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, salah sangka yang semakin meningkat memerlukan mata pelajaran itu disegerakan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini dan menurutnya cadangan itu pernah diketengahkan pada 2007.

Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.

Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:

"Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah."

"Tetapi seperti disebut apabila pengundi pilihan raya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno.

"Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang," katanya.

BANYAK LAPORAN

Dr. Mahathir berkata, beliau menerima banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno.

"Demikianlah keadaan sehingga Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender.

"Datuk Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas," katanya.

Sambil menambah beliau diberitahu wang banyak digunakan Dr. Mahathir menjelaskan, pada masa lalu cuma ketua-ketua Pemuda bahagian sahaja dapat.

"Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

"Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu.

"Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat," katanya.

Kini, kata beliau, cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai.

MENAWARKAN SOKONGAN

"Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur," katanya lagi.

Malah katanya, mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

"Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka.

"Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka," katanya.

Dr. Mahathir menambah, orang ramai sudah jelek dan muak "dengan Umno, orang UMNO dan pemimpin UMNO."

"Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat," katanya.

Najib Dah Ke"bodoh"annya

"Saya sedang berusaha melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) beransur-ansur apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai daripada mereka sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing dan berjaya pada peringkat global serta domestik.

"Dalam tempoh tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan digantikan," kata Timbalan Perdana Menteri ketika diwawancara dalam program 'Bloomberg Voices' terbitan Bloomberg TV, yang disiarkan di sini, semalam.

"Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada masa sama, sungutan yang berasas serta keperluan setiap masyarakat perlu diberi perhatian," katanya dalam program selama 30 minit itu.-petikan dari Berita Harian Online.

Kan aku dah cakap... bukan aku je yang cakap, ramai dah yang cakapKERAjaan yang ada sekarang memang tak mampu dan tak de idea nak mentadbir dan mengurus ekonomi rakyat dan jugak ekonomi negara.

Dulu depa ni la yang dok sibuk pertahan Dasar Ekonomi Baru, la ni lepas Pakatan Rakyat dok kecoh tolak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Mat Najib pun sama naik dah nak buang unsur-unsur DEB.

Hat masa awal-awal Pakatan Rakyat dapat pegang Pulau Pinang tu hangpa ingat geng-geng mana yang dok sibuk demo depan Komtar dengan bangunan SUK Shah Alam pasai DEB nih?bukan puaka-puaka UMNO ka?

Sekarang apa sudah jadi?puaka-puaka UMNO Pulau Pinang dengan UMNO Selangor tak mau buat demo depan Pejabat Mat Najib ka? pi la oi..!

Sekarang dah terbukti dah kewibawaan Pakatan Rakyat dalam menjana dan melaksanakan idea-idea baru yang lebih menjamin semua kaum di Malaysia.nak harap idea puaka-puaka UMNO?jangan harap la... kalau nak idea macamana nak "sepelet" pitis 200% memang depa pakar.nak idea jahat memang depa juara.

Senang cerita, daripada hangpa (puaka-puaka UMNO/BN) dok cebok 1-1 idea Pakatan Rakyat lepas tu dok tahan muka kena sindir dekat rakyat, baik hangpa serah je kuasa mentadbir dekat Pakatan Rakyat.

Najib? dulu hang habaq "negara akan bankrap kalau rege minyak diturunkan"... la ni apa jadi? berapa kali dah hangpa turunkan rege minyak?apa jadi dengan "negara"?Malaysia dah bankrap ka?

Khak Ptuih..!

*bodoh betul bakal Pi Em ni..!

PRS: Umno is a bully, so is PBB

A Parti Rakyat Sarawak (PRS) division leader has described Umno at the federal level and Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) in Sarawak as ‘too dominant’ and indeed are ‘bullies’ in their dealings with smaller component parties in the Barisan Nasional.

Taking a cue from the statement of former MCA president Ong Ka Ting who has expressed similar sentiments, Balleh PRS publicity chief Beginda Minda said this tendency of one party dominance has an adverse impact on public perception and intra BN relationships.

“It is my view that in Sarawak, PRS, a component party inside the state and federal Barisan Nasional has been bullied by what could collectively be called the "BN leadership," he said in a statement to Malaysiakini today

Elaborating, Beginda explained that in the case of Sarawak, the BN system has generated a state level entity where there has been one dominant party, the PBB which is leading the state BN government.

Very Powerfull Taib Mahmud

PBB president Abdul Taib Mahmud is also state BN chair and chief minister of Sarawak for the past 27 years.

taib mahmud and sarawak new state assembly buildingHe has long been described as Sarawak's most powerful personality and is known to be intolerant of dissent within the party's ranks.

“Just as there is a public perception of Umno being too dominant at the national level, there is also a similar perception that in Sarawak, the dominant role of PBB has had an effect on the conduct of smaller parties, such as PRS,” Beginda said.

Prime Minister and national BN chair Abdullah Ahmad Badawi has responded immediately to Ong’s remarks on Oct 18, denying that Umno has bullied others in the BN. Umno information chief Muhammad Muhammad Taib has also asked for proofs of Umno bullying.

Responding to Muhammad Taib’s request, Beginda cited two recent instances of Umno and PBB bullying PRS.

The first was during the 2006 state election when a component BN party was ‘allowed’ to steal a PRS seat

“Neither the state nor federal BN intervened effectively to stop a component party from interfering in the affairs of another. Where was BN when effective action was needed? It was as if the BN was shutting its proverbial "eye" to the intra-BN infighting in Sarawak. By letting the problem fester, it was acting as a bully, not a problem solver,” Beginda pointed out.

The second incident was during the March general election when two of the party’s candidates were rejected without any reason.

Beginda queried why was PBB allowed to choose its candidates to contest on PRS seats.

“Where is the principle that component parties ought to be free to conduct their own affairs and make the selection of candidates themselves? Is this not a case of dominance and bullying?” he asked.

“As a result, PRS was caught in a dilemma. The choices were two: PRS could have rejected the suggested replacements or it could have accepted them. A refusal to accept the replacement candidates could have left the party open to accusations of being disloyal to BN, a grave enough political sin. Such a move would have put PRS leadership in hot soup and perhaps alienate the party from BN.

james masing“The impact on PRS was that it was a tremendous "let down". To paraphrase Dato Seri Ong, the perception was that a partner in Sarawak BN - the PBB - was being "too dominant".

Despite these internal BN problems, Sarawak managed to deliver all but one of its 31 parliamentary seats to the BN. The ruling coalition only lost Bandar Kuching to DAP.

PRS is led by Dr James Masing who is the party's founder president. He is also state land development minister.

PRS has six members of parliament. Its vice-president Joseph Entulu serves at the federal level as deputy minister for national and rural development.

Other Options, Other Then BN

On the current situation within the Sarawak BN, Beginda said it would seem that “we in PRS are still back in a bad school environment where the weaker students are being bullied by the more senior ones.”

He called for a mechanism in the BN for components parties to be protected from the predation of others, no matter what the excuse.

“Umno and PBB could be strong but that should be so without being dominant up to the level that it could openly ‘interfere’ into the internal affairs of another component party,” said Beginda.

parliament seats sarawak 241008Stressing that the BN leadership must be just, Beginda said the organisational integrity of a component party like PRS must be maintained.

“Its decisions, such as the nomination of candidates, must be respected. Failure to do this could lead to fragmentation at the peripheries and ultimately could spread to the centre,” he warned.

Beginda also emphasised on the need for re-generation, re-vitalization and re-growth within the BN..

“The BN machinery is seen as an ossified body, presently unable to respond effectively to the needs of component parties and that of the country as a whole. The message is that such dominance need to be rectified and ways be found as a means of resuscitating the rest of the BN partners so that the BN machinery could be energized and respond to the people more effectively, “ he said.

Beginda reminded the BN top leadership that the coalition must wake up to current political realities and stop being in a state of denial.

“Before, there was only BN which could provide the national leadership. After March 2008, it is clear that PRS has other, perhaps better, options,” he added with that friendly ‘warning’