"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 25, 2008

KJ Akhirnya Berpeluang

Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin hari ini melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno selepas menerima dua lagi pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Dua pencalonan daripada Pemuda Bahagian Tawau dan Gua Musang itu membolehkan Khairy memenuhi kuota 39 pencalonan untuk bertanding jawatan itu seperti ditetapkan Perlembagaan Umno.

Dua lagi calon jawatan itu, Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, masing-masing mendapat 63 dan 31 pencalonan setakat semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menambah dua lagi pencalonan bagi jawatan Presiden Umno.

Sehingga 1.30 tengah hari, Najib menerima pencalonan dari bahagian Jasin dan Marang menjadikan 68 pencalonan yang diterimanya setakat ini manakala dua lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing menokok satu pencalonan.

Mohd Ali menerima pencalonan daripada bahagian Jasin menjadikan 14 pencalonan, manakala Muhammad menerima pencalonan dari bahagian Marang menjadikan 10 pencalonan setakat ini.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyidddin Yassin masih kekal 44 pencalonan. Muhyiddin bagaimanapun telah melepasi jumlah pencalonan yang disyaratkan bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu 39 pencalonan.

Bagi calon Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Dr Rais Yatim masing-masing menokok satu pencalonan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambah dua pencalonan.

Bahagian Marang mencalonkan Hishammuddin, Shafie dan Ahmad Zahid, manakala Syed Hamid dan Rais menerima pencalonan daripada bahagian Jasin yang turut mencalonkan Ahmad Zahid.

Ini menjadikan setakat ini Hishammuddin menerima 56 pencalonan manakala Shafie (33), Ahmad Zahid (40), Syed Hamid (13) dan Rais (7).

1 comment:

kulatlapok said...

SALAM bRO:

mOGA kj BERJAYA. wA SOKONG kj BEB. pASAL kALAU IKUTKAN PEMUDA. kj ADALAH PILIHAN YG TEPAT SEBAGAI 'PEMUDA' YG DIMAKSUDKAN OLEH mUSA HITAM.