"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 08, 2010

Gula Dah Naik, Minyak Pun Nak Naik, Tol Pulak Menyusul...

  • Kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Beliau berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.
  • "Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol) nanti," katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini hari ini.
  • Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah 'munasabah' kepada rakyat.

Paham-paham la 1Malaysia weh..!

Aku Dah Cakap Puak Ni "BANGANG"..!

Mim Lam Alif Ya Wau - bunyinya -

A) Islam
B) Allah
C) MeLAYU
D) UMNgOk

Pilih jawapan anda.

*Gambar diatas aku cilok dari blog :: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::, sekitar "Demo Menjulang & Mempertahankan Kalimah Allah (Bukan Menjulang Bangsa Melayu)". tu... bendera "Jalur 3 (Hijau, Kuning, Merah) pun ada jugak tu apahal..?

Aku dah cakap... Puak-puak pro UMNgOk ni "BANGANG"..!

UMNgOk Terdesak

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi UMNO terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama. Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama. Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.

Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas. Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza. Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah. Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”. Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah? Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka. Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain. Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain. Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain. Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untuk kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah. Siapa yang perlu disalahkan?

Sumber - Zaid Ibrahim

Jangan jadikan keganasan sebagai jalan penyelesaian! Bukankah 'Allah' untuk semua?

Kebanyakkan umat Islam di negara kita membantah pengunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja-gereja dan akhbar-akhbar Kristian. Ini bukan sahaja melambangkan ketidakmatangan mereka untuk menerima sesuatu kebenaran, malah bercanggah dengan realiti Islam yang sering menekankan elemen keterbukaan.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu -

  • Allah (bahasa Arab: الله‎, Allāh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab.

Jadi apakah salahnya jika perkataan 'Allah' digunakan oleh semua agama di dunia ini? Bukankah ini lebih memperhebatkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia? Fikiran yang sempit perlu dielakan oleh segelintir umat Islam di Malaysia. Dunia sedang berubah dari masa ke semasa dengan lebih terbuka dan liberal, 'kefanatikan' pihak tersebut hanya satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Betulkan saya jika saya silap. Walaupun saya beragama Hindu, apa yang saya faham tentang Islam adalah walaupun perang yang berlaku, undang-undang Islam menyebut bahawa wanita, kanak-kanak dan rumah ibadat tidak boleh diusik sama sekali. Namun perkara yang paling 'kurang ajar' dan menyedihkan berlaku apabila pihak yang tidak bertanggunggjawab bertindak membaling bom petrol ke arah sebuah Gereja di pusat bandar. Susulan daripada berita tersebut, gereja-gereja di sekitarnya telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi 'keganasan' tersebut. Baca di sini- Gereja hangus dibaling bom petrol.


GEREJA YANG DILETUPKAN OLEH PENGGANAS

Persoalan yang nyata adalah adakah keganasan menjadi penyelesaian utama masalah ini? Begitu fanatiknya segentir umat Islam di negara ini sehinggakan tidak pandai menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang. Golongan ini semestinya ada kepentingan diri sendiri samada politik atau kuasa. Manakala kerajaan pula tidak mampu untuk menangani isu ini, seolah-olah mereka membenarkan ia berlaku.

Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.

:BANGSA MALAYSIA

Enjin F-5E: Dari Kuala Langat Ke Putrajaya

Berita awal - KUALA LANGAT 20 Dis. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah mengambil tindakan terhadap 'orang dalam' yang terlibat dalam kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berita seterusnya - KUALA LUMPUR 6 Jan. - Nilai sebenar untuk sebuah enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanyalah antara RM8.5 juta hingga RM28 juta.

Berita terkini - PUTRAJAYA 7 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 'afterburner' ialah RM303,570.

Bakar Gereja: Kerja Pihak Yang Tersepit...

Malam tadi, berlaku 1 kejadian yang tak diingini dimana sebuah Gereja telah dibakar oleh pihak yang tak diketahui. pada aku kejadian tersebut berlaku tak lain tak bukan adalah kerana isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ni.

Nak tuding pada siapa..?

Pada aku, mudah... Pakatan Rakyat dah umumkan awal-awal pendirian masing-masing. PKR bersetuju dengan keputusan mahkamah, PAS juga bersetuju dengan keputusan mahkamah (kecuali PAS Selangor yang kepalanya Fraksi UMNgOk iaitu Hasan Ali) manakala DAP pula mengambil sikap berkecuali.

Setakat hari ni pihak yang sebok-sebok mempertikaikan keputusan mahkamah tersebut ialah tak lain dan tak bukan - UMNgOk, siap anjurkan Demonstrasi besar-besaran bersama NGO pro UMNgOk lagi.

Tak kan yang setuju dengan keputusan mahkamah nak buat kerja gila macam ni..? dah tentu terang-terangan ialah angkara pihak yang tak setuju dengan keputusan mahkamah. PM Najib sendiri pun "kelihatan" berada dipihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan perlu diingat, PM ini jugaklah yang mengadap Paduka Yang DiPertuan Agung "kununnya" untuk selesaikan isu ini.

Buat masa ni aku malas nak ulas panjang-panjang. aku bagi bunga sikit-sikit sudahlah... nanti blogger-blogger lain akan sambung ulasan aku.

UMNgOk sekarang makin tersepit... itu yang aku nampak. kalau ikut sejarah, parti MeLAYU ni bila dia dah tersepit, dia akan guna macam-macam cara untuk kekalkan kuasa hatta menimbulkan huru-hara di Malaysia (sejarah tak pernah menipu, yang menipu ialah pihak yang menulis balik sejarah untuk kepentingan...).

Pakai modal perkauman tak jalan, laga-lagakan pimpinan tak jalan jugak, last sekali pakai isu agama. semuanya untuk kekalkan kuasa yang makin mereput.

Sikit aku tak heran kalau tiba-tiba sejarah berdarah berulang kembali. kalau dulu bapak, ni giliran anak pulak. matlamatnya sama, "kuasa'.

Kita rakyat Malaysia yang cintakan negara kita jangan terikut rentak ahli neraka jahannam. lepas solat Jumaat, terus balik ke pejabat, kalau tak kerja, terus balik rumah. tempat paling selamat bagi kita.

Api dah dinyalakan malam tadi, tak mustahil kalau ada yang mencurah minyak untuk marakkan balik api malam tadi. macam-macam boleh jadi hari ni.

Aku tak harap akan berlaku perkara yang tak baik hari ni.

"Asyhadu'anlailahaillallah wa'asyhadu'annamuhammadurrasulullah"
Semoga negara tercinta kita Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia termasuk para tetamu negara tak kira apa warna kulit, kaum, bangsa, jantina atau agama dilindungi oleh-Nya... amin...

Gereja Desa Melawati Di Bakar "Pejuang" Gila..!

A church has been fire-bombed in an attack that gutted its ground floor, church officials said, escalating a dispute over the use of the word 'Allah' by non-Muslims.

Al least four other churches are also believed to have been attacked in the oast 12 hours in the Klang Valley, including the Assumption Church in Petaling Jaya.

A fire department official said all stations were on alert for more blazes at religious buildings, ahead of planned nationwide protests today by Muslim groups angry over the use of the word as a translation for 'God' by Christians.

The three-storey Metro Tabernacle church in Desa Melawati, Kuala Lumpur, part of the Assemblies of God movement, was set ablaze in the attack which took place around midnight, said church leader Peter Yeow, 62.

"Witnesses saw four people smash the glass and throw incendiaries into the church building. They came on two motorcycles," he told AFP at the scene as fire department forensic officers picked through the wreckage.

There were no casualties in the attack on the church, which occupies the corner lot of a row of shop houses and which Yeow said draws some 1,500 people weekly.

"The fire destroyed the administrative part of the church. We do not know if the prayer hall on the third floor suffered any damage," he said, warning all other churches to "double their guard" against any attacks.

Anuar Harun, who headed the fire department operation, said that forensic experts were working with the police and a canine unit to probe the blaze.

"We are investigating the cause of fire. We cannot provide any more details. It is a sensitive issue," he said when asked if it was a case of arson.

"We have asked all our fire stations to be on alert for such fires on religious premises," he told AFP.

Meanwhile Kuala Lumpur police Sabtu Othman said the police found one spanner and a kerosene container at the scene, along with two scorched helmets.

He said that the police were investigating the matter under Section 436 of the Penal Code which can punish an offender to 20 years' jail and a fine.

Meanwhile the Assumption church, which is located next to the Assunta Hospital, is believed to have come under attack at about 4am today.

Church officials said that homemade firebombs were thrown into the Catholic church but fortunately they did not explode.

Building erupted into flames

The High Court last week ruled in favour of the Catholic weekly, The Herald newspaper, which has used 'Allah' as a translation for "God" in its Malay-language section. The government has said the word should be used only by Muslims.

The ruling was suspended on Wednesday pending an appeal, after the government argued the decision could cause racial conflict in multicultural Malaysia, where Muslim Malays make up 60 percent of the population.

The security guard at the Metro Tabernacle church, 65-year-old V Mariappan, said he had just walked away from the main entrance of the building to use the bathroom when the building erupted in flames.

"When I came back, there was a huge fire inside the church building. There was a few loud explosions like bombs exploding," he said, adding he saw two motorcycle helmets lying on the road in flames.

The Herald's editor Father Lawrence Andrew has warned of a campaign of intimidation including hacker attacks against the weekly's website, protest plans and widespread criticism in the media over last week's ruling.

"We believe these actions (are designed) to create a climate of fear and a perceived threat to national security so as to pressure the court in reversing its decision," he said this week.

The Herald, which is printed in four languages, has been using the word 'Allah' as a translation for 'God' in its Malay-language section, but the government argued 'Allah' should be used only by Muslims.

More than half of Malaysia's Catholics are from indigenous groups, most of whom live in Sabah and Sarawak and who mainly speak Bahasa Malaysia.

Sumber - Malaysiakini

82% Pembaca Malaysiawaves Setuju Isu “Kalimah Allah-The Herald” Adalah Perangkap UMNO

Mengikut poll terbaru Malaysiawaves, kira% 82% dari responden bersetuju isu Nama Allah ini adalah perangkap UMNO semata-mata. Ertinya, para responded tidak percaya yang UMNO ikhlas memperjuangkan isu ini.

Pada pendapat saya, susah bagi para responden untuk yakin dengan tindakan UMNO kerana UMNO sendiri sudah 50 tahun lebih menentang Islam. Bagaimanakah UMNO yang istiqamah menentang Islam dapat diharap untuk memperjuangkan Islam?

Lebih baik UMNO berjuang hak Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat perbicaraan dalam isu Qazaf terhadap SAiful Bukhari dari mereka memperjuangkan isu yang tidak jelas haramnya seperti isu kalimah Allah ini

BEBERAPA NOTA PASAL ISU QAZAF SAIFUL BUKHARI

Ada orang UMNO kata Saiful diperkosa oleh Anwar Ibrahim. Lantaran, hukum Qazaf tidak dapat relevan dalam kes ini.

Tapi tiada siapa yang boleh percaya Anwar Ibrahim yang pernah melalui pembedahan tulang belakang dapat mengalahkan Saiful Bukhari yang jelas lebih muda dan kuat dari beliau. Ia juga bermakna sumpah Saiful tu bohong apabila beliau kata beliau dipaksa kerana hanya orang gila sahaja yang percaya cerita macam tu. Hakikatnya, Saiful boleh mencederakan Anwar Ibrahim dengan begitu mudah kalau dia hendak. Mustahil Anwar Ibrahim mampu “memperkosa” Saiful.

Lagi pula, SAiful sendiri berubah-ubah cerita banyak kali. Sekejap kata dipaksa.Bila orang kata tak logic, dia tukar jadi dengan rela pula. Semuanya auta UMNO semata-mata.

Dan hukum Qazaf itu tetap relevan sebab SAiful sendiri ada mengaku dia berbuat demikian dengan rela.

UMNO nak berjuang isu nama Allah konon. Pooorraaaah!!!.

Tulang Besi

Skandal Najib: Bagaimana RM2 Million Setahun Menjadi RM21 Million Setahun Untuk Tempoh 15 Tahun

Oleh : Raja Petra Kamarudin

Seperti yang dijanjikan, Malaysia Today akan mendedahkan laporan yang disokong dengan dokumen untuk membuktikan keanehan bagaimana Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak menggunakan wang pembayar cukai. Semua insiden tersebut melibatkan salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur secara terang-terangan. Hari ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

Sejak 1988, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) lazimnya melatih pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos belanja RM2 milion setahun.

Pada 2007, Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) daripada sebuah syarikat tempatan dengan kos berjumlah RM21 milion setahun – lebih sepuluh kali ganda daripada apa yang TUDM bayar bagi melatih pegawainya di Thailand. Penyewaan tersebut adalah untuk selama 15 tahun.

Kontrak tersebut berdasarkan ‘rundingan tanpa tender’ dan syarikat terbabit tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelumnya dalam perniagaan tersebut. Kontrak melalui rundingan itu tidak dilakukan samada melalui prosedur biasa atau melalui saluran yang sepatutnya. Namun Perdana Menteri yang ada sekarang ini meluluskan kontrak tersebut dengan melanggar prosedur yang boleh di takrifkan sebagai penyalahgunaan kuasa.

Malaysia Today mula mendedahkannya dengan dokumen berikut. Banyak lagi berkaitan perkara ini akan didedahkan bagi membuktikan wujudnya banyak salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur yang berlaku secara terang-terangan yang telah sekian lama oleh Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak.
Sumber - Malaysia-Today.net