"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 29, 2009

Banner-Banner Menarik Hari Ini - malaysiakini

Dato' Seri Ir Nizar Imam, Zambry, Muhyiddin dan Ismail Makmum - malaysiakini

Aku dapat sms dari Sya Reformis...

Dato' Seri Ir Nizar sembahyang Maghrib di Masjid Simpang. sewaktu tiba, beliau diminta oleh supaya mengimamkan solat Maghrib berjemaah disitu. yang menariknya ialah antara yang menjadi makmum dalam solat Maghrib berjemaah tadi ialah Zambry KUDETA, Muhyiddin Yasin dan juga calon UMNO/BN untuk Pilihanraya kecil P-059.

Tu je lah yang aku nak sampaikan buat masa ni... mekasih... korang komen la ye..?

Mekasih CyberBoron...

Lupa nak habaq... pagi tadi ramai yang call dan sms aku pasai depa pelik. macam mana blog aku boleh update padahal aku dok lepak tepi parit dekat Dataran Perbandaran.

Pagi tadi memang aku dok dekat Dataran Perbandaran dan aku dapat kerjasama dari bro CyberBoron dari Stesen Media 1. aku cuma maklumkan pada CyberBoron setiap perkembangan dari lokasi melalui HP kemudian CyberBoron updatekan melalui akses yang aku bagi.

Jadi aku dan korang kena terima kasih dekat CyberBoron jugak pasai kalau tak dak dia, tak mungkin kerja-kerja kemaskini blog dan penyaluran maklumat dapat dilakukan dengan teratur.

Hangpa pi la serang blog CyberBoron dekat link ni : http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/ ucap terima kasih dekat dia. malam ni aku kena belanje CyberBoron. hehehe...

Photo Penamaan Calon 8hrs - 9hrs - malaysiakini

8:02am - Para Penyokong Pakatan Rakyat mula memasuki padang. sebelum tu dari jauh dah kedengaran sorakan dan Takbir memenuhi ruang angkasa sebelum depa ni muncul.

8:12am - Hampir separuh padang mula dipenuhi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang mula berasak-asak masuk dari lokasi perhimpunan di Taman Tasik Taiping ke Dataran Perbandaran.

8:27am - Padang penuh dengan penyokong Pakatan Rakyat. orang ramai mula memenuhi bahagian pinggir bukit di sebelah Dataran Perbandaran. dekat belakang sana orang ramai masih berasak-asak masuk. suasana makin hangat.

8:27am - Cuba korang teropong elok-elok sorang mamat kental dalam gambar ni. geng PEWARIS. menyusup masuk ke kawasan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul sambil mengedar risalah Sedutan Teks Titah Raja Muda Perak... aku tak paham... apa ndaknya tu..?

8:33am - Bahagian pinggir bukit pun dah penuh. pesta penamaan calon sudah bermula. suasana makin hangat. banner-banner mula dinaikkan. bendera-bendera parti mula berkibar tapi disebelah AMNO/Bi End masih tak kelihatan para penyokong depa. mungkin tengah tunggu stok penyokong yang diimport dari luar.

Mat Saman Kati dengan Ummi Anni yang standby dekat sebelah AMNO/Bi End pun dah gerak ke sebelah sini. depa habaq bosan gile dok sana. nak report apa pun tak tau pasai tak dak perkembangan...

Photo Penamaan Calon 7hrs - 8hrs - malaysiakini

7:08am - Pagar kawat berduri dan jugak papan tanda sempadan disusun sebagai langkah berjaga-jaga supaya para penyokong ke 2-2 parti tidak berGOMO ditengah-tengah padang.

7:12am - Terak "Woter Kenen" mula memasuki kawasan perhimpunan. tak tau air apa yang depa isi sebab hari ni tiada ujian semburan dibuat keatas orang ramai.

7:13am - Terak perisai PDRM menyusul dibelakang Terak "Woter Kenen".

7:34am - Anggota Ef Ar Yu mula berkawal disekeliling padang yang memisahkan penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong AMNO/Bi End.

7:44am - Unit Bulan Sabit Merah pun standby jugak kot-kot ada yang pengsan.

Photo Penamaan Calon 6hrs - 7hrs - malaysiakini

6:43am - 3 minit lepas aku sampai ke lokasi... dalam perjalanan ke sini, 3 masjid yang aku lalu dah penuh dengan pelancong-pelancong politik. parking sekitar Taiping (pembetulan... tadi aku silap... mekasih pengliporlari sebab kejutkan aku... mamai lagi nih... hehehe...) hampir penuh. terpaksa berjalan lebih kurang 3km ke lokasi tempat perhimpunan.

6:47am - suasana dalam kawasan Taman Tasik Taiping yang jadi lokasi perhimpunan... penuh dengan gerai-gerai jualan makanan, minuman dan lain-lain. ramai yang mendapat untung besar hasil dari Pilihanraya Kecil P-059. rezeki ada dimana-mana.

6:48am - masih dilokasi yang sama. pembekal-pembekal air batu keluar masuk menghantar bekalan ais ke gerai-gerai peniaga. ptugas PDRM mundar-mandir dalam keadaan siap-siaga.

6:50am - lokasi : tempat para penyokong berkumpul. sebuah lori milik penyokong Pakatan Rakyat dengan mesej yang jelas "Katakan TAK KEBULOQ pada UMNO/BN!"...

6:59am - Kami patah balik ke jalan masuk utama ke kawasan perhimpunan. orang ramai mula masuk. ada yang berkumpul di kiri-kana jalan. mungkin menunggu rakan-rakan yang lain sebelum bergerak masuk ke lokasi.

Blog Sedang Dikemaskini...

Nak cerita sikit...

Semalam lebih kurang jam 6:00 petang sahabat-sahabat dari Barisan Rakyat Blogger sampai ke Taiping, lepas tu kita buat perjumpaan dan sikit briefing antara BloggersNetwork@Perak, Barisan Rakyat Bloggers dengan Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat. Selesai perjumpaan tadi kami berpeluang pulak bertemu muka dengan Dato' Seri Ir Nizar yang kebetulan berada di Markas Induk P-059.

Selesai lebih kurang jam 11:00 malam.

Lepas tu lebih kurang jam 2:00 pagi kami buat lawatan ke kem Barisan Rakyat Blogger di bla bla bla... balik lebih kurang jam 5:00 pagi. penat tok sah cerita.

Sampai dekat stesen maya 1 masing-masing sibuk buat persiapan untuk ke penamaan calon di Taiping. sorang pun tak sempat nak membantal.

Jam 6:30 pagi kami gerak ke lokasi penamaan calon dengan 3 buah kereta bersama 9 kru untuk melaporkan berita langsung dari sana.

Sampai ke lokasi 10 minit kemudian.

Laporan demi laporan dibuat walaupun tak banyak sebab tak banyak sangat yang berlaku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan aman, tiada perkara-perkara tak elok berlaku di kem Pakatan Rakyat walaupun kehadiran dianggarkan mencecah angka 30 ribu orang.

Penyokong Pakatan Rakyat bagi aku dah cukup-cukup matang sekarang, tak macam 10 tahun dulu. setakat nak provoke tu tak payah lah... semua provokasi dilayan sebagai bahan jenaka. tiada lagi amarah, tiada lagi panas baran. semuanya cool. aku respek hangpa.

Balik dari penamaan calon lebih kurang jam 2:00 petang, sampai ke stesen maya letak kamera, letak beg, mandi lepas tu terus membantal.

Mintak maaf banyak-banyak sebab tak kemaskini blog dengan gambar-gambar. penat sangat-sangat sebab dari semalam tak membantal.

Jadi dalam masa sekurang-kurangnya sejam dari sekarang, insya-Allah (harap BerukBand tak buat hal) aku akan publishkan gambar-gambar sekitar penamaan calon pagi tadi. semuanya ada hampir 600 keping gambar. tapi lepas penapisan mungkin hanya separuh akan diupload ke galeri gambar Perisik Rakyat.

Harap semua bersabar, dan mintak maaf banyak-banyak sebab lepas 6 jam, baru sekarang teman kemaskini. penat sangat-sangat geng.

Keep in touch.

SPR Umumkan 3 Calon Sah Bertanding

Pegawai Pengurus Pilihanraya P.59 Bukit Gantang telah mengumumkan 3 kertas penamaan calon telah diterima dan disahkan bertanding dalam pilihanraya 7 April nanti

Calon 1 : Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar bin Jamaluddin (PAS)
Calon 2 : Ismail bin Sapian (BN)
Calon 3 : Kamarul Ramizu bin Idris (Bebas)

Ketiga-tiga calon masih berada di dalam dewan.

UMNO BERKELAHI DENGAN UMNO

Tak semena-mena keadaan di kawasan penyokong BN jadi kelam kabut seolah-olah ada pergaduhan berlaku. Rupa-rupanya ada pergaduhan antara sesama UMNO. Barangkali antara kem KJ dengan team Mukhriz. FRU terpaksa campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Aku terkenang lagu umno:

bersatu kita bersatu
dengan setia berganding bahu
jiwa teguh berpadu
kita rumpun melayu

pinjam ketawa albanjari, wakakakakakakakakakakakakaka!

SETAKAT INI 1 - 0

Sekarang ni tempoh bantahan sedang berjalan sehingga pukul 11.00 pagi. Tiga calon telah menyerahkan borang penamaan calon masing-masing bermula dengan calon PR, diikuti calon BN dan akhir sekali calon Bebas.

Sebahagian penyokong BN meninggalkan padang untuk berlindung di bawah pokok berhampiran. Kebanyakan yang bertahan di kawasan padang ialah remaja yang dipercayai belum pun layak mengundi. Petugas BN yang memakai jaket bertulis MARSHAL melaungkan arahan supaya Putera dan Puteri masuk semula ke dalam kawasan padang.

Penyokong PR tidak berhenti melaungkan takbir, reformasi, makkal shakhti dan slogan-slogan anti-rasuah serta kembalikan hak rakyat.


20000 PR - 7000 BN & Kapal Selam Di Udara

Penyokong BN masuk ke padang. Jumlah yang hadir kira-kira 7000 orang. Cuaca cerah menyebabkan kawasan penyokong BN agak kurang selesa kerana terdedah terus kepada pancaran matahari. Sebaliknya sebahagian besar daripada 20000 penyokong PR masih terlindung daripada pancaran terus cahaya matahari kerana berada berdekatan dengan kawasan berbukit di sebelah Taman Tasik. Selain daripada memenuhi semua ruang padang, penyokong PR juga turut memenuhi bukit redup berdekatan.

Kejutan terkini ... belon berbentuk kapal selam baru saja dinaikkan di kawasan penyokong PR. Orang ramai kelihatan tersenyum dengan belon simbolik 'Scorpene' Najib-Razak Baginda-Altantunya.

Penyokong PR Masuk Ke Padang!

Lebih kurang 8000 penyokong PR masuk ke padang depan dewan MPT. Dua penghadang diletakkan dalam kawasan padang. Ruang tengah di kosongkan untuk menjarakkan kedudukan antara penyokong PR dan BN.

Penyokong BN masih berkumpul di belakang bangunan MPT. Mungkin masih menunggu lebih ramai penyokong untuk mengimbangi jumlah penyokong PR yang jauh lebih ramai.

Keadaan tenang.

Ambulan Pun Dah Ready!

Beberapa buah ambulan dah sampai ke padang di depan dewan penamaan calon. Nampak macam ada kemalangan atau kecederaan yang dah dijangkakan. Ada penyokong PR bertanya mungkinkah ada kekacauan yang telah dirancangkan?

FRU dah mengepung keliling padang yang dipagar dengan kawat berduri. Belum dapat dipastikan kumpulan penyokong mana yang akan ditempatkan di dalam kawasan padang. Setakat ini tak ada penghadang yang membahagikan kawasan padang ini seolah-olah hanya satu kumpulan saja yang akan ditempatkan di dalam padang ini.

Lebih kurang 1000 polis berpakaian biasa berkeliaran di sekitar kawasan ini.

30 Trak Polis Dan FRU Tawan Kawasan Penamaan Calon

7.10 pagi - 30 buah trak polis dan FRU telah sampai ke tempat penamaan calon dengan kira-kira 750 anggota (30 trak X 25 anggota). Sebuah kenderaan meriam air neraka (water canon) dan sebuah kereta perisai ditempatkan berhampiran kawasan penyokong PR. Selain itu kira-kira 500 SB dipercayai telah menyertai perhimpunan kedua-dua belah pihak dan kebanyakannya di dalam kumpulan penyokong PR.

Ribuan penyokong PR sedang berkumpul berdekatan Taman Tasik manakala penyokong BN berkumpul di belakang bangunan Majlis Perbandaran Taiping.

Pesta Penamaan Calon - Peniaga Untung Besar!

6.50 pagi - Suasana disekitar kawasan berhampiran tempat penamaan calon bagaikan pesta seawal subuh ini. Ratusan gerai memenuhi kawasan berhampiran terutama di sekitar jalan menghala ke Taman Tasik.

Lebih kurang 5000 penyokong telah membanjiri kawasan berdekatan Dewan MPT tetapi belum memasuki kawasan berpagar yang disediakan sebagai tempat berkumpul. Orang ramai kelihatan membawa bendera parti masing-masing. Setakat ini bendera PAS sedang mendominasi remang-remang cahaya pagi

Tempat Parking Di Taiping Dah Penuh!

6.15 pagi - Tempat letak kenderaan di seluruh bandar Taiping dah penuh. Tiga masjid di bandar ini pun penuh juga. Kalau ada yang sedang menghampiri bandar Taiping dan bercadang nak solat subuh, eloklah berhenti kat mana-mana masjid atau surau di luar Taiping.

Segala macam unit dalam PDRM + FRU & anggota tak beruniform dah ada kat sini. Tak taulah diorang solat subuh kat mana.

Ada yang mengesyorkan kepada penyokong-penyokong yang nak datang ke sini, eloklah parking je kat Ipoh atau kat Bagan Serai. Lepas tu berjalan kaki ke Taiping. Macam tu bunyinya lawak subuh.

The Time Has Finally Arrived..! - malaysiakini

Barisan Rakyat Bloggers Team Marches Into Bukit Gantang And Bukit Selambau Battlefield..

After series and series of aerial bombardment, The Barisan Rakyat Bloggers Team is once again set to move into the battlefield. Another war to be won and this time, we would be concentrating on the two Bukits by-election with the help of Perak's own Bloggers Network Team while our Sarawak counterpart will take care of the Batang Ai battle.

A job well done on the Sarawak side if you notice the intensity of quality blog posts that have been churned out by the Barisan Sarawak Bloggers. Syabas Brothers!

We had a briefing last night to iron out some technicalities and identify the roles and programs that we would be playing for the coming by-elections.

All turned out well and we are set and ready to take the win back to The People. Well, at least, it is for The People who recognized our effort to walk Our Cause and for those who have threw their support behind us all these while. My heartfelt thanks to all of you.

In showing our gratitude, we will be bringing you 'No Holds Barred' reporting from Ground Zero for the whole duration. Please find available links listed below and bookmark it for your convenient.


And for those whom I have left out, please do drop a comment and I ll be glad to update my link list. Before I end my post here, allow me to perform my ritual..

Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya, Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita, Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua, Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi, Menuju medan bakti!"

Suara Rakyat, Suara Keramat!

Posted by - TheWhisperer

Laporan Terus Dari Pusat Penamaan Calon - malaysiakini

Aku baru balik dari ronda-ronda dan jugak beberapa perjumpaan dengan sahabat dari Barisan Rakyat Blogger. tak mau cerita pasal perjumpaan tu.

Pagi ni kita ada "Festival Bersejarah" iaitu Hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang (P-059) di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping.

Gambar-gambar kawasan sekitar Pusat Penamaan Calon korang boleh tengok dekat blog Ummi Anni. ada gambar sebelah tengahari dan jugak selepas jam 5:30 petang.

Aku akan gerak ke Pusat Penamaan Calon awal pagi. kami akan berpecah kepada beberapa kumpulan dan dah ada tugasan masing-masing. dan kami akan laporkan semua berita dari Pusat Penamaan Calon setiap setengah jam bermula dari waktu kami tiba.

Antara kami ada yang ditugaskan di Stesen Maya 1, 2 dan 3 dan kami yang berada di Pusat Penamaaan Calon akan melaporkan setiap perkembangan dari masa kesemasa kepada petugas di ke 3-3 Stesen Maya manakala gambar-gambar pulaa aakan dikemaskini selepas selesai Penamaan Calon.

Korang yang tak dapat nak ikut serta dalam majlis bersejarah boleh mengikuti perkembangan di blog-blog BloggersNetwork@Perak.

Aku dah tugaskan salah sorang dari kami untuk mengambil alih tugas mengemaskini blog Perisik Rakyat bagi pihak aku. jadi, untuk yang berada jauh, boleh online di blog ni dan kene rajin refresh untuk perkembangan-perkembangan terkini.

Sama-sama kita doakan supaya hari ini berjalan dengan lancar dan juga sama-sama kita berdoa agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang Penamaan Calon.

Vote Pakatan Rakyat For Stability..!

Undi Pakatan Rakyat Untuk Kestabilan..!