Kenapa?
Barisan Nasional masih memegang majoriti yang agak besar walaupun bukan 2/3. UMNO masih parti yang paling banyak kerusi. Sebagai parti yang kerusinya tak banyak mana pun di parlimen, bahkan kurang dari PKR, hairan juga saya apabila presiden PAS mengemukakan cadangan ini. Lainlah kalau PR/BN menang with a very slight majority dan PAS berada di tempat UMNO - maksud saya, mempunyai kerusi yang paling banyak. Waktu itu PAS akan ada kelebihan atas UBN.
Saya juga ada keraguan dalam isu ini :
1. Mengapa sekarang? Kenapa bukan 2004, ketika PAS kalah teruk? kenapa isu penyatuan tidak ditimbulkan waktu itu, samada dari PAS mahupun UMNO?
2. Kenapa tidak pastikan semua pimpinan dan ahli faham sebelum idea dikemukakan di peringkat Pakatan Rakyat?
Lebih penting lagi, kenapa parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak diperjelaskan sedalam-dalamnya tentang UG ini? Jika PAS (TGHH & Nasa) betul-betul serius tentang UG ni, buat kertas kerja. Present di peringkat parti dan PR. Pastikan semua parti dalam PR faham dulu baru bincang dgn UBN.
Keraguan yang timbul sekarang adalah berpunca dari usaha mereka yang terlibat yang tidak bersungguh memberi penerangan kepada PR tetapi sebaliknya berbincang dengan UMNO! (ingat, mereka yang mencadangkan UG dan berbincang secara rahsia dengan UMNO adalah orang yang sama).
3. Adakah PAS (TGHH & Nasa) sedar bahawa sokongan besar rakyat terutama dari non-muslim bukannya sebab mereka faham perjuangan PAS tetapi kerana mereka menolak UMNO? Reaksi rakyat terhadap UG adalah buktinya.
Respon kepada respon kepada UG juga menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
1. Kenapa Mustafa Ali yang beri jawapan? bukankah idea UG itu "dilontarkan oleh Presiden PAS "? Mustafa bukan Presiden, Timbalan, Naib atau Ketua Penerangan pun.
2. "Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut."
Dimaklumkan dan difahamkan oleh siapa? Mustafa, anda nampaknya memberi jawapan bagi pihak TGHH, jadi andalah yang sepatutnya lebih maklum tentang siapa yang tahu dan siapa yang tidak tahu.
3. "Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP."
"Bagi saya"!? Mustafa, anda tahu ke apa yang anda cakap ni?
Saya minta tolong sangat-sangat pada pimpinan PAS, jika ada sebarang idea yg melibatkan semua, libatkan semua. Perjelaskan betul-betul sebelum ambil langkah seterusnya. Jangan buat pertemuan rahsia yang ahli-ahli sendiri tak tahu.
-muhammad