"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 10, 2009

Johari: "Jangan Bertanding Haji Malik..!" - malaysiakini

"Jangan Masuk Bertanding Haji Malik, Kita Tak Boleh Menang Pilihanraya Dah. Duit tu bawa anak bini pi cuti lagi baguih". Itulah kata-kata beliau pada YB Haji Abdul Malik Kassim apabila beliau nampak tidak boleh memenangi kerusi DUN Batu Maung pada Pilihanraya Umum ke-12 apabila beliau turun padang bersama-sama PKR Bahagian, Pemuda & Wanita di Bayan Baru & meninjau sejauh mana potensi untuk menang kerusi Dun Batu Maung.

Beliau pernah bertanding di kerusi DUN Teluk Bahang Balik Pulau di kalahkan oleh YB Helmi Yahya pada Pilihanraya Umum 1999. Seterusnya beliau bertanding mewakili parti juga bertanding di kerusi Dun Telok Air Tawar dan ditewaskan oleh YB Jahara pada pilihanraya umum 2004.

Mungkin kesan daripada itu beliau sudah menjangkakan tidak akan ada lagi harapan bersama untuk mendokong perjuangan yang telah dibawa oleh PKR, PAS & DAP waktu itu, tidak nampak bibit-bibit kemenangan yang terpancar di kalangan rakyat malaysia melainkan DSAI cukup yakin untuk menang besar di parlimen serta memenangi Pulau Pinang di tawan oleh PKR, DAP & PAS.

YB Haji Abdul Malik Kassim adalah orang yang berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN Telok Air Tawar yang ditinggalkan oleh Johari Kassim, beliau terpaksa balik ke kerusi DUN Batu Maung setelah Johari Kassim menarik diri saat akhir daripada meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ke-12. Sebab apa? Mungkin perenggan di atas boleh menjawab sikit sebanyak mengenai sikap Johari Kassim terhadap mengutamakan perniagaan beliau daripada perjuangan asal rakyat.

Akhirnya bila berlaku pilihanraya umum yang ke-12 pada 8 Mac 2008, Johari Kassim gigit jari...

Bersambung...

1Malaysia nak tahu

Sumber -DIAM JOHARI KASSIM MAI

No comments: