"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 10, 2009

UG: Mustafa Ali: "Saya Dimaklumkan" - malaysiakini

Unity Government ini walaupun bunyinya bagus on paper, tapi dalam iklim politik Malaysia sekarang ia masih belum sesuai dilaksanakan.

Kenapa?

Barisan Nasional masih memegang majoriti yang agak besar walaupun bukan 2/3. UMNO masih parti yang paling banyak kerusi. Sebagai parti yang kerusinya tak banyak mana pun di parlimen, bahkan kurang dari PKR, hairan juga saya apabila presiden PAS mengemukakan cadangan ini. Lainlah kalau PR/BN menang with a very slight majority dan PAS berada di tempat UMNO - maksud saya, mempunyai kerusi yang paling banyak. Waktu itu PAS akan ada kelebihan atas UBN.

Saya juga ada keraguan dalam isu ini :

1. Mengapa sekarang? Kenapa bukan 2004, ketika PAS kalah teruk? kenapa isu penyatuan tidak ditimbulkan waktu itu, samada dari PAS mahupun UMNO?

2. Kenapa tidak pastikan semua pimpinan dan ahli faham sebelum idea dikemukakan di peringkat Pakatan Rakyat?

Lebih penting lagi, kenapa parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak diperjelaskan sedalam-dalamnya tentang UG ini? Jika PAS (TGHH & Nasa) betul-betul serius tentang UG ni, buat kertas kerja. Present di peringkat parti dan PR. Pastikan semua parti dalam PR faham dulu baru bincang dgn UBN.

Keraguan yang timbul sekarang adalah berpunca dari usaha mereka yang terlibat yang tidak bersungguh memberi penerangan kepada PR tetapi sebaliknya berbincang dengan UMNO! (ingat, mereka yang mencadangkan UG dan berbincang secara rahsia dengan UMNO adalah orang yang sama).

3. Adakah PAS (TGHH & Nasa) sedar bahawa sokongan besar rakyat terutama dari non-muslim bukannya sebab mereka faham perjuangan PAS tetapi kerana mereka menolak UMNO? Reaksi rakyat terhadap UG adalah buktinya.

Respon kepada respon kepada UG juga menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

1. Kenapa Mustafa Ali yang beri jawapan? bukankah idea UG itu "dilontarkan oleh Presiden PAS "? Mustafa bukan Presiden, Timbalan, Naib atau Ketua Penerangan pun.

2. "Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut."

Dimaklumkan dan difahamkan oleh siapa? Mustafa, anda nampaknya memberi jawapan bagi pihak TGHH, jadi andalah yang sepatutnya lebih maklum tentang siapa yang tahu dan siapa yang tidak tahu.

3. "Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP."

"Bagi saya"!? Mustafa, anda tahu ke apa yang anda cakap ni?

Saya minta tolong sangat-sangat pada pimpinan PAS, jika ada sebarang idea yg melibatkan semua, libatkan semua. Perjelaskan betul-betul sebelum ambil langkah seterusnya. Jangan buat pertemuan rahsia yang ahli-ahli sendiri tak tahu.

-muhammad

12 comments:

Anonymous said...

confuse, tp apa pun TG n Nasa kena bg clear

Anonymous said...

diam...
tak payah ulaslah...

hang ni lah pemecah-belah kesatuan pakatan rakyat yang sebenar....

kebanyak kan tulisan hang dalam blog ni, melagakan-laga pimpinan pas,ahli pas dan pakatan rakyat....

baik hang duk diam je...lagi hang tulis lagi orang benci kat hang...

Dari segi pribadi tuan guru Nik Aziz tak setuju kerajaan perpaduan tapi Tuan Guru serah kat parti tetang urusan ini ...

hang jangan buat kecoh...

Mr Joker said...

Anon 9:10 PM - hang sapa? kalau rasa x leh kene tegur, pi isi borang UMNgOk. situ seswai sgt utk org2 yg tak leh kene tegur macam hang ni.

Kalau rasa blog ni banyak memecah belah, yang hang dok masuk baca tu buat apa?

pi la masuk blog UMNgOk kalau hang rasa depa baguih.

Ni mesti orang UMNgOk pro Muqabalah ni menyamar orang PAS... nama pun pakai anon.

Khak Ptuih..!

muhammad said...

Anon June 10, 2009 9:10 PM,

Saya yg tulis post tu sbg komen. Kemudian TP edit sikit dan letak sebagai post (Tq TP!)

Sebab saya xda blog, tapi mahukan tempat untuk meluahkan fikiran dan pandangan, sampailah di sini.

Jadi nak tuduh, tuduhlah saya.

Saya nak jelaskan, saya penyokong PAS dan PR. Kalau PAS/PR berpecah (minta dijauhkan!) saya tak dapat seduit pun.

Tapi saya nak pucuk pimpinan parti yg saya sokong bersifat telus, pintar mengatur strategi, bijak berpolitik, boleh dipercayai, tidak terpengaruh dgn godaan duniawi, dan memberi manfaat pada parti dan Islam.

Anonymous said...

OOO baru aku tau....patut geng blogger menghadapi kesukaran masa muktamar.....depa cop geng blogger sebagai pro erdogan....nasib tak setiap blogger dibekalkan vest ada cap puncak niaga...ini bukan nak adudomba tapi baru faham....
apa pun saya mohon (bukan arah) Tim. Presiden kena la minta maaf kat Murshidul Am....Presiden lak kena la cerita betui-betui pasal UG..Mustafa ali kena bagi laluan kat TGHH jawab...bukan hang...

drp anon-nek

kembara putih said...

Slogan Kerajaan Perpaduan ni asyik menyusahkan dari awal sampai akhir. Kalau slogan Kerajaan Berkebajikan dan PAS For All boleh hidup subur dan berjaya menarik pengundi2 baru, slogan Kerajaan Perpaduan ni langsung meranapkan apa yang dibina selama ini. Ikut pada momentum rakyat, sepatutnya UMNO yang dipihak defensif, tapi angkara slogan ni PAS da PR pula berada di pihak defensif.

Apa punya idea la...kalau dah rasa tak sesuai, tak kena tempat dan masa, baik buang saja slogan ni ke longkang, tak usah nak hidupkan lagi, walaupun berasa dipihak yang menang selepas muktamar PAS lalu.

maun said...

Sama macam UMNgok..PAS anjur UG, UMNgok anjur OneMalaysia..2x5, memeningkan kepala rakyat. Mantapkan Pakatan untuk PRU13 lagi berfaedah....

lempentalam said...

Abg Mus suruh diam tu ..kalau depa buka cerita UG kita bubuh depa lagi.boring le pemimpin tak boleh ditegur ni.beza penyokong PR ni berani menegur pimpinan.

GOMO AL KANTOI said...

SALAM...
APA NAK HERAN...
TU ANWAR DAH SIGNAL NAK RAKAMAN CCTV..HU HU HU....

TU PASAL PAS NAK KELUAR AWAL....

Man Jeniang said...

Muhammad.. aku setuju cakap hang. Tapi walau berjela mana pun hang tulih, 2 orang yg buat havoc ni iaitu presiden & timbalan presiden PAS tak kan peduli apa yang hang tulis, pasai telinga depa tu hanya dengak cakap tuan penasihatnya Mustapa Ali saja. Takat cakap Mursyidul PAS pun depa tak mau dengak, lagi la cakap hang. Macam Nasa tu, dia dengak cakap UMNO saja, dah teringin sangat nak jadi menteri. Pasai tu dia tak dak buat apa pun nak tolong rakyat.

aziz al-fayyed said...

Wacana Ilmiah adalah jalan penyelesaian pertelingkahan bersangkutan dengan UG

Salam...

Ikhwan yg dirahmati Allah... Semoga anta semua brada didalam kesejahteraan dan keafiatan anugerah Allah SWT.

Ana nak buat cadangan sedikit tntang UG ni... dari apa yg ana baca dr blog2 pro dan kontra, dari pemimpin2 pakatan dan yg 'sblah sana', dari teman2 seperjuangan dan dn yg brlawanan, bersama penyokong dn pmbangkang.

Cadanganny amat senang untuk dilaksanakan oleh pihak2 yg menyokong dan membangkang UG ni... Wacana Ilmiah adalah jalan penyelesaian, dimana pihak yg mngeluarkn kenyataan utk mewujudkan UG ini perlulh memberi "clear picture" terhadap perkara ini dan pihak yg membangkang perlulah mengeluarkan hujah disokong oleh dalil dan ilmiah bagi merungkai kekusutan.

aziz al-fayyed/100609/0142/tanjungputeri

Anonymous said...

rasa sedih perlahan-lahan ulama dan pemimpin pas nak jadi ulama umno!

lepas nih harus la pas kena 'masak cukup2' oleh umno... kasi lunyai

heran kan pemimpin pas nih tak faham2 dan tak pernah belajar sejarah agaknya, atau jenis pemalas nak membaca buku politik. Nampak sagat lak timbalan nya dah jadi timbalan umno, yes man aje...

aku hormat pemimpin tapi bukan bermakna semua pemimpin tuh betul dan tak buat dosa/salah

wait n c la pilihanraya akan dtg nih