DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.
Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.
Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.
DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.
Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.
Sumber - Malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, July 01, 2009
PAS Sesat Sebab Bersekongkol Dengan DAP..? - malaysiakini
Hari ni tak de berita menarik yang aku nak ulas... jadi dalam dok pikir-pikir, aku terase nak ulas sikit pasal tuduhan bahawa parti PAS sesat sebab bersekongkol dengan DAP.
Ramai pro UMNgOk cakap DAP kafir harbi. yang ni aku tak setuju. kalau nak tau kenapa aku tak setuju, korang boleh rujuk alim-ulamak apa itu "kafir" apa itu "kufur". kalau aku jelaskan dekat sini, sah ramai yang akan tempelek penjelasan aku sebab aku bukan alim-ulamak sementelah lagi pendidikan agama aku tak setinggi pembaca yang ada.
Jadi untuk lebih paham dan tidak BIAS, baik korang carik sendiri makna "kafir" dan jugak "kufur" supaya korang paham.
Balik pada apa yang aku nak ulas. PAS sesat bila bersekongkol dengan DAP dan alasan yang UMNgOk berikan ialah DAP itu kafir harbi.
Pada aku, tak salah kalau PAS bersekongkol dengan DAP walaupun DAP dikatakan kafir harbi.
Aku bagi 1 contoh untuk mudah faham.
Dalam 1 perbicaraan kes jenayah kolar putih. Mat Bijan dibicarakan atas tuduhan merogol seorang nenek berusia 74 tahun dan telah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. dalam mahkamah pula ada 20 orang juri 10 juri Islam dan 10 juri kafir harbi.
Pada penghujung perbicaraan, Tok Hakim Korek (seorang Islam) mahu menjatuhkan hukuman dan perlu mengambil kira pendapat para juri.
10 juri Islam memberi pendapat supaya Mat Bijan dibebaskan tanpa hukuman, cukup sekadar memberi amaran manakala 10 juri kafir harbi pula memberi pendapat supaya Mat Bijan dihukum dengan setimpal kerana kesalahannya merogol seorang nenek yang telah "banyak" umurnya.
Dalam hal ini, Hakim Korek terpaksa memilih 1 keputusan yang adil bagi membela seorang nenek yang telah teraniaya dan juga 1 keputusan yang adil sebagai pengajaran kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh Mat Bijan dan juga sebagai amaran kepada penjenayah-penjenayah di luar sana.
Kalau korang jadi Tok Hakim Korek... korang ambik pendapat siapa? 10 juri Islam atau 10 juri Kafir Harbi?
Ingat... ini soal keadilan dan pengajaran. kalau Hakim Korek memilih untuk mengambil pendapat 10 juri Islam iaitu memberi amaran dan membebaskan Mat Bijan adakah keadilan terhadap nenek tersebut?
Dan jika Hakim korek memilih untuk mengambil pendapat 10 juri kafir harbi iaitu hukuman yang setimpal dengan kesalahannya adakah Hakim Korek dikira sebagai sesat kerana bersekongkol dengan kafir harbi?
Aku pilih untuk bersekongkol dengan kafir harbi. sesat pun sesat la... peduli apa aku... janji keadilan dapat ditegakkan.
Macam tu jugak dalam kes PAS bersekongkol dengan DAP. pada masa ini DAP konsisten dengan perjuangan PAS iaitu menegakkan keadilan di bumi Malaysia, menegakkan yang HAQ dan menolak yang BATIL.
DAP juga menolak Rasuah, ISA, Salah Guna Kuasa dan bermacam-macam lagi perkara yang seiringan dengan PAS. perlukan kita bermusuh dengan sesiapa yang seiringan dengan kita dalam perjuangan menegakkan keadilan hanya kerana mereka itu "KAFIR HARBI?"
UMNgOk seolah juara dalam menegakkan keadilan tetapi apa buktinya? apakah hanya kerana UMNgOk itu perti "MELAYU" maka apa sahaja yang dilakukan oleh UMNgOk adalah kerana keadilan?
Pada aku UMNgOklah yang sesat kerana didalam UMNgOk terdapat majoriti orang Islam tetapi tidak menjalankan suruhan agama Islam... bukankah itu "SESAT" namanya? bukankah itu "KUFUR" namanya?

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU MANUSIA TETAPI MANUSIALAH YANG MENIPU SEJARAH..!
Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa
Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:
Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.
Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.
Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).
Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi.Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.
Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008.
Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu.
Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).
Sumber - Ustaz Ahmad Awang
- "Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.
- Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."
Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.
Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.
Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).
Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
- Peristiwa 1 : Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah.
- Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
- Peristiwa 2 : Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil.
- Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu.
- Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
- Peristiwa 3 : Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi.
- Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan.
- Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
- Peristiwa 4 : Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau.
- Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid.
- Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
- Peristiwa 5 : Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran.
- Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi.Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.
Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008.
Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu.
Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).
Sumber - Ustaz Ahmad Awang
PRK Manek Urai, PR DUN Perak - malaysiakini
- Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.
- Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling-tadah kepada PKR.
- Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.
Sumber - Fakulti Siyasah Syar'iyah
TPU - Salah seorang daripada Jamal & Osman nak berpaling tadah..?
Huh... nak masuk PKR balik..?
Huh... Cukup laaa...
Jangan lupa apa yang dah berlaku di Perak awal bulan Februari... Seluruh Malaysia jadi saksi.
Ingat lagi Dato' Nasa..?
Khak Ptuih...!!!
Kalau ya pun dah rasa aura kekalahan di Manek Urai, tak payah la nak alih perhatian ke Perak pulak...
GULA-GULA je ni...!!!
Korang percaya ke..? go-on...
Pada aku laaa... sampai ke sudah aku tak percaya... apa yang aku nampak macam ni...
"KeMUNGKINan" Muhyiddin "AKAN" mengadap Sultan Perak Mohon "BUBAR DUN" (dalam tempooh kempen Pilihanraya Kecil Manek Urai)...
Alaaa... nak bagi nampak UMNgOk/Barisan Nasiyonal ni "BAIK" di mata pengundi Manek Urai... keputusan untuk "BUBAR DUN PERAK" gantung dulu sampai habis Pilihanraya Manek Urai... GULA-GULA je ni...
Habis Pilihanraya Manek Urai, 2-2 ekor tu twist balik, buat sidang media, bagi kenyataan ringkas - "HASIL PERBINCANGAN KE 2-2 BELAH PIHAK, KAMI BERPUAS HATI, MAKA KAMI BERDIRI TEGUH DIBAWAH KEPIMPINAN UMNgOk/BARISAN NASIYONAL"...
1Malaysia kena kelentong...
Khak Ptuih..!
Jamal & Osman..?
RM RM RM RM RM ... !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)