"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 27, 2008

Demokrasi berperlembagaan atau "Diskriminasi" berperlembagaan?

Assalamualaikum...

Rujuk pada laporan Harakahdaily bertarikh May 27.2008 : [ Laporannya ]

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama.

Tinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen.

Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung.

"Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki.

"Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu.

Katanya insiden ini juga melambangkan secara tidak langsung sikap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah yang hilang wibawa dan tidak menghormati suara rakyat yang memilih ahli parlimen dan wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada PAS, KeADILan dan DAP sebagai pemimpin mereka.

Wah...sampai begitu sekali diskriminasi dari kerajaan HadHari "Selamat,Aman.Makmur" terhadap para MP Pakatan Rakyat.apa lagi lepas ni ya?tak mustahil jugak kalau satu masa nanti dikhaskan satu ruangan khas untuk MP Pakatan Rakyat & "banyak" ruangan khas untuk MP UMNO/BN...x mustahil kan?

Mungkin itulah ajaran HadHari...mengHADkan setiap kebebasan mengikut naluri.tiada yg mustahil dalam HadHari...Demokrasi berperlembagaan pun dah jadi "Diskriminasi" berperlembagaan...

(Ezam)Kotakan Janji.

Sumber : http://bilik.blogspot.com/

bilik no: 26.5.08

KOTAKAN JANJI
minggu lepas, pada pagi 22 May 2008, aku baca satu berita di Malaysiakini yang bertajuk "Umno: Ezam sahkan minggu depan". dalam berita tersebut ada mengupas cerita mengenai desas desus yang mengatakan saudara Ezam akan kembali menyertai Umno. dan dalam berita tersebut menerangkan bahawasanya Ezam akan membuat kenyataannya mengenai perkara ini sekembalinya beliau dari luar negara nanti. kata Ezam, hari Selasa minggu ini dia akan kembali ke Malaysia. maksudnya, pada minggu ini beliau akan membuat kenyataan rasminya.

dalam tidak percaya bahawa Ezam akan kembali menyertai Umno, hati kecil berasa tidak selesa dengan perkara tersebut. benarkah Ezam akan masuk Umno? pada sebelah malam 22 May 2008, aku mengutus satu sms kepada Ezam yang berbunyi:

"assalamualaikum bang. apa kabar? :). straight to da point ya. saya harap cerita mengenai abang akan kembali menyertai umno adalah TIDAK BENAR. dan semoga abang terus berjuang dengan GERAK. amin..."

walaupun aku tahu Ezam berada di luar negara, dan mungkin tidak akan menerima sms yang aku kirim, tapi aku tetap kirim. sekadar menyedapkan hati yang gundah.

ada beberapa kawan aku sms aku bertanyakan kabar mengenai perkara ini kepada aku. dan aku cuma jawab, ianya mungkin gosip murahan politik. dalam masa yang sama, aku bertanyakan kesahihan berita ini dengan kawan-kawan aku yang boleh dipercayai sumbernya.dan mereka berkata, berita Ezam masuk Umno semula bukan lagi gosip, tetapi kenyataan. walaupun mendapat berita dari sumber yang boleh dipercayai, aku masih tetap cool. dan masih menunggu jawapan yang pasti dari mulut Ezam sendiri.

subuh pagi tadi, 26 May 2008, aku membaca sms dari Ezam yang di utus pada jam 2 pagi.

"salam.. saya kena kotakan janji kalau BPR bebas mesti sedia bantu.. jesteru saya masuk untuk terus lawan.. tk. wslm." - Ezam

sms ringkas tersebut sedikit mengecewakan aku. apapun, aku tetap disini.

Dhani at 7:55 AM

Ezam mengulang jejak Anwar.

Assalamualaikum...

Sehingga kehari ini,masih lagi khabar itu bersifat "khabar angin"...Ezam berhasrat sertai UMNO?betul ke?ah...macam-macam yang tak terduga berlaku dalam politik Malaysia hari ini...kejutan demi kejutan...rumors demi rumors...khabar angin demi khabar angin...

Agak membingungkan bila memikirkan kenyataan bekas pemimpin AMK dan juga antara orang terpenting didalam terbentuknya Parti KeADILan Rakyat.Ezam antara tenaga muda & pemimpin idola anak muda yang bersama-sama bangkit ketika era Reformasi pada tahun 1998...ketika itu mantan TPM DSAI dijatuhkan dengan begitu aib sekali oleh TDM yang ketika itu memegang kerusi PM...


Antara yang paling lantang mengkritik & mendedahkan salahlaku para pemimpin UMNO/BN pada masa itu ialah Ezam.sebut sahaja Ezam,meremang bulu roma...semangatnya dan nekadnya tidak ada pada mana-mana pemuda ketika itu.andai diadakan undian SMS siapakah idola rakyat Malaysia ketika itu,pasti Ezam akan menjadi Naib Juara dibelakang sang juara DSAI.tanyalah sesiapa sahaja pasti mengakui hakikat ini...


Tapi hari ini Ezam seakan telah berpaling 180'...dan tak siapa yang dapat menduga isihati Ezam hatta DSAI sekalipun mungkin masih kabur dengan isihati Ezam...


Satu masa dahulu,kita pernah dikejutkan dengan keputusan DSAI untuk menyertai parti yang paling kuat dikritiknya.semua kita pernah terkesima seperti hari ini lantaran keputusan yang dibuat oleh DSAI satu masa dahulu.Almarhum Ustaz Fadhil Nor antara rakan yang mendekati DSAI ketika itu & menasihati akan musibah yang mendatang dikemudian hari.namun semangat & tekad DSAI mengatasi segalanya.dan akhirnya DSAI tumbang didalam tekadnya.ditumbangkan dengan cara yang amat aib sekali.


Hari ini Ezam pula bakal mengambil langkah yang sama seperti DSAI dahulu.sekali lagi kita terkesima seperti dulu.seolah ulang tayang wayang gambar hindi.babak-babak seterusnya seolah telah dapat dibaca oleh kita.dan pelakonnya pula macam pelakon wayang gambar hindi juga.tidak pernah belajar dari kesilapan hero-hero yang lain.


Entahlah Ezam...buatlah yang terbaik untuk kamu.aku seolah dah tahu kesudahan filem lakonan kamu...10 tahun lagi,Ezam akan tersungkur didalam UMNO.tapi mungkin tak akan bangkit lagi.sebab kali ini tiada yang akan mendekati kamu untuk memberi nasihat.sebab kami tahu & kami yakin,nasihat kami hanya sekadar nasihat...macam DSAI dulu.kami menunggu hari itu.

Wakil DAP lebih faham Ajaran Islam dari UMNO...

Assalamualaikum...

Media perdana UMNO/BN yang sampai kehari ini masih tak habis-habis melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa PAS menjadi balaci DAP kerana parti DAP tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan negara Islam sementelah pula DAP dibarisi oleh mereka yang bukan beragama Islam...

Tetapi kenyataannya DAP lebih memahami ajaran Islam lebih dari UMNO yang khabarnya memperjuangkan Islam(HadHari)...Ini dapat dilihat dengan kenyataan pemimpin DAP(Lim Guan Eng)sendiri yang mahu menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai model didalam pentadbirannya...dan setakat hari ini Lim Guan Eng tidak hanya sekadar "bercakap kosong" sahaja tetapi telahpun mula mengamalkan apa yang dikatakan tempohari...

Kalau Lim tidak mengamalkannya sudah pasti nama beliau akan berada di muka depan media perdana sehingga muncul PRU13...percaya tak?

UMNO pula masih bermegah dengan entah siapa-siapa pemimpin & model kepimpinannya.masih lagi mereka tercari-cari idola mereka.yang nyatanya,wajah dan kepimpinan Mahdet masih menjadi ikutan dan menghantui para pemimpin parti melayu ini...


Petang tadi pula sidang dewan DUN Selangor mencipta sejarah buat pertama kali apabila meluluskan usul tergempar mengkritik akta keselamatan dalam negeri(ISA)
Dalam perbahasan DUN Selangor lewat petang tadi pula sekali lagi wakil DAP iaitu Lau yang juga setiausaha DAP negeri mengejutkan kita...dalam ucapannya Lau turut menyifatkan akta tersebut sebagai bercanggah dengan prinsip Islam."ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl," kata Lau lagi...

Kita yang beragama Islam sendiri pun belum tentu dapat berhujah dengan fakta beserta nas dari Al-Qur'an sebaik itu.

Apa yang lebih memalukan kita ialah bila wakil parti yang kononnya memperjuangkan Islam(HadHari)dan selama ini begitu angkuh mengatakan DAP menghina Islam langsung tidak mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut...jadi siapa yang tak faham dan menolak ajaran Islam sekarang...DAP atau UMNO?


Lantang juga UMNO/BN menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik...kita tanya balik pada UMNO siapa yang menggunakan agama untuk kepentingan politik?Umno bercakap soal agama tetapi apa jadi pada pemimpin UMNO yang rasuah?apa jadi pada pemimpin UMNO yang kaki perempuan?apa jadi pada pemimpin UMNO yang kaki judi?apa jadi pada pemimpin UMNO yang kaki minum arak?apa jadi pada pemimpin UMNO yang meraba?apa jadi pada pemimpin UMNO yang bersenggama dengan gadis bawah umur(khabarnya menawarkan diri untuk bertanding pucuk pimpinan tahun ni)?...apa jadi pada semua mereka?


Nak tanya lagi pada UMNO...sebagai seteru politik,tak dapatkah UMNO mengesan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat yang bertentangan dengan ajaran Islam?hatta dari DAP sendiri(parti bukan Islam)pernahkah ada tuduhan salahlaku pemimpin DAP sepertimana dalam UMNO?tak dapat kesan atau memang tak ada?


Atau mungkinkah ajaran HadHari membolehkan pemimpin UMNO melakukan apa sahaja asalkan mendapat restu dari UMNO?(tentulah mendapat restu sebab yg diatas sekali pun 2x5)...buatlah apapun yang menyalahi ajaran agama...UMNO pasti membela anda kerana anda - Ahli UMNO...begitu?
Ada baiknya pemimpin UMNO dan penyokong2 UMNO yang telah berpecah belah mulai berhenti dari bercakap soal agama kerana anda dan parti anda sendiri entah apa pegangan agamanya...oh ya...lupa pula beberapa perkara...

DAP menolak negara Islam kerana tidak faham akan Islam.macam mana nak faham?bila dengan PAS,mereka diajar judi & arak - Haram...


UMNO HadHari pula mengajar "seluruh" rakyat Malaysia 2 perkara -

1 - Judi Haram ialah judi yang tidak ber"lesen".kalau ada lesen...halal...

2 - Arak Haram ialah Arak yang tidak berlesen.kalau ada lesen...minumlah dengan tenang,sambil menikmati cerut "cohiba" diselangi dengan adegan raba-meraba...


Siapa yang sebenarnya menolak Islam?DAP atau UMNO?