"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 27, 2008

Wakil DAP lebih faham Ajaran Islam dari UMNO...

Assalamualaikum...

Media perdana UMNO/BN yang sampai kehari ini masih tak habis-habis melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa PAS menjadi balaci DAP kerana parti DAP tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan negara Islam sementelah pula DAP dibarisi oleh mereka yang bukan beragama Islam...

Tetapi kenyataannya DAP lebih memahami ajaran Islam lebih dari UMNO yang khabarnya memperjuangkan Islam(HadHari)...Ini dapat dilihat dengan kenyataan pemimpin DAP(Lim Guan Eng)sendiri yang mahu menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai model didalam pentadbirannya...dan setakat hari ini Lim Guan Eng tidak hanya sekadar "bercakap kosong" sahaja tetapi telahpun mula mengamalkan apa yang dikatakan tempohari...

Kalau Lim tidak mengamalkannya sudah pasti nama beliau akan berada di muka depan media perdana sehingga muncul PRU13...percaya tak?

UMNO pula masih bermegah dengan entah siapa-siapa pemimpin & model kepimpinannya.masih lagi mereka tercari-cari idola mereka.yang nyatanya,wajah dan kepimpinan Mahdet masih menjadi ikutan dan menghantui para pemimpin parti melayu ini...


Petang tadi pula sidang dewan DUN Selangor mencipta sejarah buat pertama kali apabila meluluskan usul tergempar mengkritik akta keselamatan dalam negeri(ISA)
Dalam perbahasan DUN Selangor lewat petang tadi pula sekali lagi wakil DAP iaitu Lau yang juga setiausaha DAP negeri mengejutkan kita...dalam ucapannya Lau turut menyifatkan akta tersebut sebagai bercanggah dengan prinsip Islam."ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl," kata Lau lagi...

Kita yang beragama Islam sendiri pun belum tentu dapat berhujah dengan fakta beserta nas dari Al-Qur'an sebaik itu.

Apa yang lebih memalukan kita ialah bila wakil parti yang kononnya memperjuangkan Islam(HadHari)dan selama ini begitu angkuh mengatakan DAP menghina Islam langsung tidak mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut...jadi siapa yang tak faham dan menolak ajaran Islam sekarang...DAP atau UMNO?


Lantang juga UMNO/BN menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik...kita tanya balik pada UMNO siapa yang menggunakan agama untuk kepentingan politik?Umno bercakap soal agama tetapi apa jadi pada pemimpin UMNO yang rasuah?apa jadi pada pemimpin UMNO yang kaki perempuan?apa jadi pada pemimpin UMNO yang kaki judi?apa jadi pada pemimpin UMNO yang kaki minum arak?apa jadi pada pemimpin UMNO yang meraba?apa jadi pada pemimpin UMNO yang bersenggama dengan gadis bawah umur(khabarnya menawarkan diri untuk bertanding pucuk pimpinan tahun ni)?...apa jadi pada semua mereka?


Nak tanya lagi pada UMNO...sebagai seteru politik,tak dapatkah UMNO mengesan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat yang bertentangan dengan ajaran Islam?hatta dari DAP sendiri(parti bukan Islam)pernahkah ada tuduhan salahlaku pemimpin DAP sepertimana dalam UMNO?tak dapat kesan atau memang tak ada?


Atau mungkinkah ajaran HadHari membolehkan pemimpin UMNO melakukan apa sahaja asalkan mendapat restu dari UMNO?(tentulah mendapat restu sebab yg diatas sekali pun 2x5)...buatlah apapun yang menyalahi ajaran agama...UMNO pasti membela anda kerana anda - Ahli UMNO...begitu?
Ada baiknya pemimpin UMNO dan penyokong2 UMNO yang telah berpecah belah mulai berhenti dari bercakap soal agama kerana anda dan parti anda sendiri entah apa pegangan agamanya...oh ya...lupa pula beberapa perkara...

DAP menolak negara Islam kerana tidak faham akan Islam.macam mana nak faham?bila dengan PAS,mereka diajar judi & arak - Haram...


UMNO HadHari pula mengajar "seluruh" rakyat Malaysia 2 perkara -

1 - Judi Haram ialah judi yang tidak ber"lesen".kalau ada lesen...halal...

2 - Arak Haram ialah Arak yang tidak berlesen.kalau ada lesen...minumlah dengan tenang,sambil menikmati cerut "cohiba" diselangi dengan adegan raba-meraba...


Siapa yang sebenarnya menolak Islam?DAP atau UMNO?

No comments: