"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 12, 2010

Khir Toyo Yang Hipokrit (Siri 1)

Baru2 ni ada seorang pembaca Malaysiawaves pro-UMNO bernama Grand Marquis tak ori memberi komen sebegini:
“Grand Marquis said...
Welcome to selangor

Nak tunggu TB komen.
March 11, 2010 11:52 AM”
Link tersebut pergi kepada artikel2 terbaru Khir Toyo berkaitan dengan perjalanan ekonomi Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Saya terdetik untuk menyambut cabaran ini sebab saya suka menulis pasal ekonomi. Belum habis baca pun kita dah nampak betapa hipokritnya Khir Toyo ini.

KHIR TOYO NAK TIPU SAPA NI???

Saya tak tau siapa Khir Toyo nak tipu bila beliau menulis kedua-dua artikel beliau yang bertajuk:
1.0 - "Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 1"
2.0 - "Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 2): Urusan Kewangan Negeri Kacau Bilau".
Ini kerana beliaulah yang paling tiada kredibiliti untuk bercakap pasal urusan kewangan negeri.

Misalnya, persoalan Khir Toyo menggunakan RM1.5 juta untuk bercuti di Disneyland dan Eropah sehingga hari ini masih belum terjawab. (Klik di sini untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan lawatan rasmi ke Disneyland dan Eropah ini)

MARI KITA KOMEN TULISAN KHIR TOYO

Izinkan saya memberi komen mengikut beberapa dakwaan yang dibuat oleh Khir Toyo ini:

1.0 - Khir Toyo menjadikan isu pengambilan hutang Talam Corporation. Dia kata:
14. Pada November 2009, Kerajaan negeri mengumumkan satu acara silap mata kewangan yang yang dikenali sebagai round-tripping. Bukan saya sahaja mengkritik silap mata ini. Malahan seminggu selepas kritikan saya tersebut, keluar emel daripada Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Salahuddin Hashim yang turut mengkritik, "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector."

15. Dalam pengumuman tersebut, Menteri Besar Incorporated (MBI) melakukan pengambil alihan hutang Talam sebanyak RM 391.7 juta dan berjanji untuk menyelesaikannya dalam masa tiga bulan. Namun selepas tiga bulan hanya RM 50 juta sahaja dikutip. Kutipan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Talam Corporation.
JAWAPAN: Mengapa Khir Toyo tidak mahu komen fakta selama lebih 10 tahun (8 tahun adalah di bawah pemerintahan dia) hutang Talam tersebut TIDAK PERNAH DIBAYAR mahupun diiktiraf wujud oleh Khir Toyo?

Kalau terror sangat si Khir ni, apasal selama dia jadi MB, dia tidak mengutip hutang Talam Corporation yang berjumlah RM391.99 juta ringgit kepada tiga badan kerajaan Negeri Selangor: Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Universiti Industri Selangor (PIYSB) and Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Sila jawab soalan ni Dato’. Lagi satu cara nak tengok isu ni:
Hutang Talam 10 tahun : RM 391.99 juta
Khir Toyo 8 Tahun Kutip : RM 0
Khalid 2 tahun Kutip : RM 50 juta
Apa salahnya Tan Sri Khalid dalam hal ni?

Baik si Khir mahupun si Salehuddin, balik2 tanya pasal “round tipping”. Kalau ada bukti penyelewengan pegi lah buat report SPRM. Dia sendiri pun tak tau apa dia round tipping ni kot?

Khir takkan tak sedar, isu yang Salehuddin bawak tu sebab Salehuddin tak dapat kerja CEO di Perangsang. Sebab tu dia ngarut terus-terusan macam tu. MEngarut si Salehudin, Khir Toyo pegi kutip. Takda klas la si Khir Toyo ni.

Khir ni tak kelentong rakyat Malaysia macam Muhyiddin pegi rasmi pelancaran Buku Natrah. Apa kerja Timbalan PResiden UMNO serta Timbalan Perdana Menteri pegi lancar buku sejarah? Bagi Pengarah Dewan Bahasa Pustaka sudahlah.

Hakikatnya, UMNO nak sorok hakikat bahawa UMNO membantu PERMURTADAN NATRAH dengan mereka berdiam diri dan tidak mahu mengembeling orang Melayu menentang permurtadan Natrah. Jadi, nak ubah sejarah, dia pun pegi la lancar buku Natrah tu. Dasar pembohong puak2 UMNO ni.

Setakat ini dulu bagi Siri 1. Siri 2 menjelang tiba.

Wassalam

Tulang Besi

Tulang Besi Akan Bertemu SU Agung PAS Berkaitan Aduan Salah Laku

Tulang Besi telah dihubungi Pejabat Agung PAS dan telah diberitahu bahawa SU Agung PAS akan bertemu dengan Tulang Besi di Pejabat Agung PAS pada 15 March 2010 jam 1400 hrs. Topik perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan 4 aduan salah laku yang telah dibuat oleh Tulang Besi tempohari.

Untuk membaca aduan-aduan tersebut, sila klik di sini dan sini.

Tulang Besi juga bercadang mengadakan sidang akhbar sejurus selepas perjumpaan dengan SU Agung itu di tingkat bawah, Pejabat Agung PAS.

Tulang Besi dengan rendah hati menjemput sekelian blogger dan wakil media untuk menghadiri sidang akhbar tersebut yang dijangka akan diadakan kira-kira jam 3 petang.

Tulang Besi juga meminta semua pembaca Malaysiawaves mendoakan keselamatan serta kejayaan Tulang Besi dalam usaha Tulang Besi membersihkan PAS dari anasir-anasir UMNO ini.

Wallahua'lam bissawab

Tulang Besi

Target: 15 ADUN serta 20 MP Pakatan Rakyat

Maklumat baru yang saya dapati adalah pihak tertentu meletakkan target 20 MP serta 15 ADUN Pakatan Rakyat untuk dibeli. MP dan ADUN ini akan datang dari ketiga-ketiga parti dalam Pakatan Rakyat. Cumanya, untuk PAS agak susah kerana ada “Baiaah Taklik” serta imej Mutfi Perak amat buruk di kalangan ahli dan pendokong PAS. Kalau ada fatwa mengatakan “Bai'ah Taklik” tidak sah pun, kemungkinan tidak akan dipercayai oleh ahli2 serta wakil2 rakyat PAS.

Mereka sedang menggunakan segala instrumentkerajaan yang mereka ada seperti SPRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri, MARA, Bank dsbnya. Mereka bukan sahaja menyiasat wakil-wakil rakyat, tetapi juga anak beranak dan kaum keluarga kepada wakil-wakil rakyat ini.

Misalnya, ada seorang MP dari Kelantan, isteri beliau sedang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana kebetulan isteri beliau adalah seorang doktor. Seorang wakil rakyat PR dari Pahang sedang menghadapi penyiasatan MARA ke atas isteri beliau yang kebetulan pernah mendapat bantuan pinjaman pelajaran MARA.

Selain dri itu, pejabat “Attorney General” dan Polis digunakan untuk mendakwa beberapa wakil rakyat PR yang “strategik” dengan dakwaan jenayah supaya mereka tidak dapat bertanding Pilihanraya Umum yang akan datang. Tian Chua telah pun menjadi mangsa kepada konspirasi ini.

Dan ini bukan benda baru kerana kalau kita boleh ingat, sebelum 2004, calon2 PKR seperti Azmin dan Ezam, Irene Fernandez telah dihalang bertanding kerana beberapa tuduhan “jenayah” yang ringan dan tidak masuk akal. Taktik yang sama akan digunakan kepada beberapa MP strategik PR seperti Khalid Samad, Saifuddin Nasution, Dr Hatta dsbnya.

Selain dari itu, data-data dari Majlis Agama juga digunakan untuk menyiasat samada ada wakil-wakil rakyat ini ada skandal atau tidak. Mana tahu mungkin mereka pernah ditangkap basah atau pernah ditangkap basah.

Maklumat yang saya dapat juga, pekerja-pekerja hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga diupah untuk memerhatikan pergerakan wakil-wakil kita.

Pendek kata, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk memaksa serta melemahkan semangat wakil-wakil PR sehingga ke tahap terpaksa menerima tawaran dari mereka dan melompat.

ZUL NOORDIN KONFIDEN SANGAT

Itulah sebabnya Zul Noordin dengan konfiden dilaporkan berkata:
"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.”
Perkataan “Firaun Kecil” ini dicedok oleh Zul Noordin dari Ezam Mat Nor. Namun, adakah Zul Noordin sedar Ezam Mat Nor makan duit Soros? Adakah Zul Noordin sedar kemungkinan Ezam Mat Nor ini adalah “bekas firaun” dalam PKR dahulu? Kalau dah makan duit Soros, takkan bukan firaun kot? Sampai hari ni Ezam tidak bagitau mana dia dapat duit beli Banglo mewah dia di Shah Alam tu.

Saya yakin Zul Noordin tahu akan perancangan jahat membeli 20 MP dan 15 ADUN ini dan saya yakin Zul Noordin sedar akan Modus Operandi perancangan ini. Itulah sebabnya beliau dengan konfiden mengeluarkan kenyataan ini.

KAEDAH CADANGAN

PR wajib mengadakan panel guaman serta melancarkan Tabung Guaman bagi melindungi wakil-wakil rakyat serta ahli keluarga mereka. DEngan bantuan guaman yang “percuma” akan mampu MENGHALANG majoriti dari percubaan puak-puak ini.

Cadangan kedua adalah perlu didedahkan SETIAP PERCUBAAN “Harrassment” ini kepada media. Kalau benar ada usaha mengacau ahli keluarga MP dan ADUN, WAJIB didedahkan kepada umum. Biasanya, apabila berlaku pendedahan, maka mereka akan berhenti, inshaalah.

Ketiganya, mari kita anjurkan solat hajat besar-besaran di setiap negeri bagi mendoakan kehancuran serta jahanam puak2 yang sedang berusaha membeli wakil-wakil rakyat PR serta mereka yang dibeli. Doakan juga supaya Allah SWT melindungi wakil-wakil rakyat PR dari mara bahaya dan bencana serta kuat iman mereka menghadapi percubaan membeli ini.

Kita lihat sendiri hasil dari doa dan solat hajat di Bagan Serai, Mohsin terpaksa hantar SMS dengan mengatakan beliau tidak akan sokong BN. Itulah sahaja tempat kita mengadu.

Cadangan keempat, supaya setiap ahli dan penyokong berdoa secara pribadi meminta tuhan mengagalkan usaha jahat puak2 yang mahu membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dan doakan supaya mereka ini diturunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Hud ke atas mereka.

Dalam berjuta-juta penyokong Pakatan Rakyat, takkan tiada seorang pun yang WALI ALLAH dan doanya mustajab.

AAAMMINNNN

Tulang Besi