Yang jelasnya, YBK telah mendapat tanah yang luas di Serendah dan tanah itu adalah milik rakyat. Yakni, tanah seluas 190 hektar di Serendah yang YBK bercadang membina kampus UiTM.
Tanah yang didapati oleh YBK itu adalah tanah milik rakyat Selangor. Makanya wakil kepada rakyat Selangor (yakni Kerajaan Selangor) mempunyai hak untuk bersuara di dalam apa jua keputusan berkaitan dengan tanah tersebut.
Tuntutan awal Kerajaan Negeri hanyalah mahu melihat laporan audit YBK pun tidak dapat dipenuhi oleh YBK. Nik Nazmi dilaporkan berkata :
- “Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.
"YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.”
Inilah dia mentality UMNO. UMNO ingat semua kekayaan dalam negara kita ini milik MAK BAPAK MEREKA. Padahal mereka lupa semua harta tersebut adalah milik RAKYAT dan MILIK ALLAH SWT.
Saya sokong sangat Tan Sri Khalid dilantik sebagai Pengerusi Kampus UiTM. Kalau boleh jangan beri YBK ni laksanakan projek di Serendah selagi laporan audit yang bebas tidak diberikan kepada MB dan dibentangkan di DUN Selangor.
Lebih elok, panggil anak Pak Sakom ni ke SELCAT dan kita tengok sendiri bagaimana anak Pak Sakom ni jawab soalan2 berkenaan dengan duit rakyat dan tanah rakyat yang diberikan kepada YBK.
Saya, Tulang Besi, sebagai anak kelahiran Selangor meminta Kerajaan Negeri Selangor supaya jangan bersikap lembut dengan YBK dan Anak Pak Sakom dalam isu ini. Saya mahu setiap sen yang dibelanjakan oleh YBK diperkirakan dan dipertangunggjawabkan. Saya mahu setiap inci tanah serta setiap sen peruntukan yang diberi kepada YBK diperkirakan dan diaudit serta didedahkan kepada pengetahuan umum.
Tulang Besi
p/s - Eh, bukan anak Pak Sakom ni ke yang tolong Mike Tyson kahwin lari dulu? Itu cerita yang saya dengar la. Harap2 duit yang Mike Tyson kena tangkap kat Brisbane tu bukan duit YBK.
- 'YBK tidak pernah kemuka laporan audit'
Jan 13, 10 10:02am
Kerajaan Selangor meminta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu menyediakan laporan audit kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberi kepada mereka bagi tujuan melaksanakan program membasmi kemiskinan.
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.
"YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.
Katanya, kerajaan Selangor juga berharap semua NGO menyokong usaha itu bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncana memberi manfaat kepada golongan sasar tanpa mengira kaum.
Beliau berkata atas dasar itu jugalah majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 20 Oktober lepas memutuskan untuk melantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi YBK, dan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal
Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga.
Akhbar sebelum ini melaporkan YBK Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri itu mengenakan prasyarat untuk meluluskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah, Selangor.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata badan itu perlu membayar tunggakan cukai RM6 juta dengan segera jika enggan menerima Khalid sebagai pengerusinya, sekali gus merencatkan pembangunan kampus UiTM tersebut.
- Bernama
YBK: Melaka, NS tawar tapak kampus UiTM
Kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing menawarkan tapak baru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor untuk membina kampus cawangan baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sebelum ini, YBK merancang untuk membina kampus UiTM di tanah miliknya di Serendah, Rawang. Ia bakal mengandungi tiga fakulti yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dan sarjana dan mampu menampung kira-kira 5,000 pelajar.
Tawaran itu dibuat ekoran kemelut yang dihadapi YBK ekoran usaha kerajaan Selangor yang mahukan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.
Dilaporkan kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK, jika tidak, pembinaan kampus itu di Serendah akan dihentikan.
Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, tawaran tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Disember lalu.
Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan mengenai permohonan tersebut akan diumumkan pada bila-bila masa.
"Keputusannya terserah kepada budi bicara perdana menteri," katanya.
Mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor itu, Zainal Abidin berkata ia mempunyai unsur politik dan "proses pengambilan YBK sedang berjalan".
“Sedangkan YBK adalah sebuah yayasan NGO yang didaftarkan di bawah Ordinan Pemegang Amanah 1952 dan ia ditadbir oleh enam anggota lembaga pemegang amanah.
"Kalau (kerajaan Selangor) nak bekerjasama, kita tak ada masalah. (Dan) tak perlu buat syarat-syarat begini.
"YBK pada asasnya ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang politik. Kalau kerajaan negeri menguasai, (maka) hilanglah fungsinya sebagai NGO,” katanya.
YBK ditubuhkan oleh bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika negeri itu diperintah oleh BN.
Ia ditubuhkan 20 tahun lalu, bercadang membangunkan kawasan seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang.
Tanah tersebut adalah milik YBK yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar tahun 1995.
Pada 11 Januari lalu, sebuah NGO - Bersih Bangun Selagor (BEBAS) - telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pengerusi BEBAS, Mohd Abdul Raof Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan Selangor telah mengarahkan YBK melantik Khalid sebagai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sekeping tanah milik yayasan itu akan dihentikan.
Mohd Abdul Raof dilaporkan mendakwa ianya mengandungi unsur ugutan terhadap YBK dan meminta SPRM menyiasatnya.