-
Si Tampok ManggisSalam semua.
Hebat kesah Tuah dan Jebat di Perak seminggu dua ni..
Aku kesal dgn yang mereka yg bermain aci lut di koridor kuasa. Tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan kita, rakyat. Asal saja dapat habuan untuk temolok sendiri, persetanlah apa pun nak jadi pada negara, bangsa dan masa depan anak2 kita.
Bayangkan lah kalau Tuanku Sultan boleh memberi perkenan kepada Najib merampas kerajaan Perak dgn cara yang telah dipertontonkan minggu lepas, apa akan jadi kepada negara kita?
Apakah kalau aku ada RM 15 juta aku boleh pulak menyogok ADUN2 di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan aku di sana. Atau aku mintak bantuan US untuk USD 20 bil supaya boleh aku beli 40 MP BN melompat ke PR supaya Anwar pujaanku boleh jadi PM. Sorang MP tu aku kasi USD 500juta. Banyak sangat tu!!! Rasanya USD 5 juta (RM 20 juta) sorang pun dah cukup. Jumlahnya baru USD 200 juta. Woww USD 200 juta (RM 700 juta) untuk sebuah negara. Untung Petronas tahun lepas pun tak kurang dari RM 70bil. Nanti aku suruh Anwar trade off jer Petronas untuk bayar balik USD 200 juta tu. Tapi kalau nilai sebegitu tak payah nanti US, Singapore yang tak der minyak tu pun pasti berminat.Mak datukkk. kecik dan murahnya nilai negara kita. Ehhh sekejap. Kalau beli satu Dewan Parlimen dengan YB Pendikar Speaker tu sekali baru USD 1 bil jer. Yer lah aku beli semua 200 kerusi parlimen, tiap satu berharga USD 5 juta. Mamat yang beli team EPL Man City hari tu pun mampu beb..
Inilah yang disebut orang bahawa 'hilang maruah hilang segala'. Analisis di atas menunjukkan betapa maruah dan harga diri lebih berharga dari segala-galanya. Dalam hal ini aku heran mengapa orang yang bukan Islam, atau kadang2 tiada pegangan ugama pun lebih mementingkan maruah dan integriti dari kita orang melayu Islam. Kita dengar pemimpin di US, Jepun Korea dan negara bukan Islam lain letak jawatan, atau kadang2 bunuh diri bila di tuduh rasuah. Tak gaduh nak pertahankan atau tunggu sampai 'provent guilty' oleh mahkamah. Ini kita, sogok menyogok, terima dan amal rasuah di buat terang-terangan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Rendah benar harga diri dan maruah kita.
Kalau ADUN Behrang tu aku tak heran. Mungkin kesempitan hidup, hutang, ugutan dan sebagainya menjadikan dia rela menggadaikan maruah dirinya. Tapi aku cukup takut, apa akan jadi kalau orang yang akan bergelar Perdana Menteri Malaysia kurang dari dua bulan lagi pun sanggup menggadai maruah demi keangkuhan kuasa. Lebih teruk dari itu aku kesal kerana pasti nantinya tak ada lagi manusia yang berintegriti dan bermaruah, kalau manusia bernama DYM Tuanku Sultan Azlan Shah termakan atau memperkenankan tindakan Najib. Bukankah Baginda Sultan Azlan ini mahsyur seantero dunia kononnya sebagai orang yang tinggi pekerti, bermaruah, berpendidikan, komited dengan prinsip keadilan sejagat? Orang yang mempertahan dan memelihara Rule of Law? Bukan ker selama ini ini yang dijaja kemana perihal Baginda. Itu yang aku baca. Atau semua itu sekadar bahan baca-bacaan tidak lebih sebagai 'bedtime story' untuk anak-anak aku sahaja. Selama ini sebagai rakyat Perak, aku berbangga dengan raja aku ini. Kalau Baginda pun boleh diperlaku begitu, alamatnya negara kita akan dijual beli macam team bolasepat di liga EPL atau liga Spanyol aje ler
Ayuh kenkawan! Bila keadaan dah jadi begini, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya. Pada diri kita tekatkan bahawa kita akan mempertahankan maruah dan harga diri kita. Biar kita terhina kerana tidak berharta, jangan kita terhina kerana tak punya maruah dan harga diri. Semaikan nilai yang sama kepada anak-anak kita. Mereka nanti akan merencanakan masa hadapan negara kita. Ajak dan nasihati rakan taulan dengan cara yang paling berhemah. Katakan kepada mereka ini bukan perkara parti aku Parti Pakatan Rakyat, Parti engkau Parti Barisan Nasional. Perkara ini untuk masa depan kita bersama. Ini melibatkan maruah negara dan bangsa. Sebelum terlambat kitalah yang kena berusaha merubahnya. Mari kita sama2 tolak pemimpin yang walau dari parti mana pun kalau mereka memberi dan menerima rasuah. Kita hindarkan diri dari manusia yang tidak bermaruah. Biar pun manusia itu dari golongan istana yang telah berkurun berdaulat kononnya. Ini bukan mohon derhaka, tetapi harga diri dan maruah kita sebagai manusia.
Jika tidak !. Tunggulah masanya bila nanti negara kita tergadai. Masa itu harganya dijaja dengan nilai di sebut dollar, dinar, yen, rupee, won atau dolar Singapura. Masa itu kita tak mampu lagi menyebut 'hangpa buat ler aper pun, asal aku boleh cari makan'. Kerana masa itu anda tidak lagi kisahkan pasal cari makan, tapi anda melihat anak-anak anda lari mencari perlindungan dari hujan dan ledakan peluru. Masa itu segala yang anda bina semasa MENCARI MAKAN dulu telah berkecai semuanya menjadi abu.
Ooooh apa ni? Hang merapu sampai kemana? Tak percaya? Tengoklah buktinya ada di depan mata. Jengok ke kiri kanan melihat Palestin, Afghanistan, Iraq dan banyak lagi. Tidak ker peristiwa terbaru di Gaza menjadi cermin dan mengingatkan kita supaya kita jangan lagi jadi manusia yang 'aku buat hal aku, hang buat ler ikut suka hang'