BENGKEL "SAFETY RIDING" BERSAMA YASIR SAID (JUARA CUB PRIX ASIA).
TARIKH : 26 MEI 2009
WAKTU : 4.30 PETANG
TEMPAT : JALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTI.
Demo "Weikang" dan "Williey".
Demo dan taklimat safety riding.
Pertandingan berkaitan safety riding.
Percuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertama.
Anjuran : Parti KeADILan N.Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah serta AMK Permatang Pauh, semua di jemput hadir.
Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin untuk mempromosi gaya hidup sihat. Parti KeADILan akan mengadakan satu program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan mempromosikan pemboncengan selamat/safety riding.
Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel "Safety Riding" bersama Juara Cub Prix Asia saudara Yasir Said.
Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma.
Selain itu, Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan pemboncengan selamat.
Demonstrasi willie dan weikang (iaitu dua aksi popular anak muda bermotorsikal) akan dipertontonkan juga.
Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh Parti KeADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt. Mertajam, diharap dengan program ini Parti KeADILan bukan sekadar mampu mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup
sehat anak muda.