"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, January 06, 2010
DAP: Minum Racun, DAP: Bantah Bayar Parking
Teong Ai Ling, 33, yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas dia ditemui di rumah seorang saudara maranya.
Difahamkan bahawa keadaannnya adalah stabil, tetapi anggota keluargnya tidak membenarkan sebarang pemimpin DAP menziarahinya.
Awal hari ini, perkhidmatan Teong sebagai ahli majlis tersebut tidak diperbaharui oleh kerajaan negeri yang ditunjangi DAP kerana didakwa tidak cekap.
Difahamkan dia kecewa berhubung satu laporan akhbar yang memetik sumber-sumber yang mengkritik perkhidmatannya.
Teong - ketua bahagian Nibong Tebal - merupakan satu-satunya ketua bahagian wanita DAP di Pulau Pinang.
Sementara itu, ADUN Jawi, Tan Beng Huat, mengancam untuk keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya kerajaan negeri masih berkeras untuk mengenakan bayaran letak kereta di Nibong Tebal.
Tan berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menimbangkannya semula.
"Jika mereka enggan (menarik balik sistem letak kereta berbayar), saya akan (letak jawatan dan jadi calon bebas)," katanya kepada pemberita di pusat perkhidmatannya hari ini.
Sebelum itu, kira-kira 50 wakil penduduk dan ahli NGO berhimpun secara aman untuk membantah keputusan mengenakan bayaran letak kereta, berkuatkuasa 1 Januari.
Sebelum ini, tiada bayaran letak kereta yang dikenakan.
TPU - Hujung minggu depan aku pi Penang... hahaha... geng Penang standby..!
Hasang Ali Oh Hasang Ali...
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan Ali
SHAH ALAM - PAS Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.
Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.
Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.
“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, PAS Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.
Beliau menyeru supaya semua ahli PAS bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.
Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.
TPU - Aik..? Betul la cakap ALHUSSEYN... Hasan Ali tidak faham berjemaah... tapi aku tau lama dah... Hasan Ali cuma faham "Perpaduang"... lain hancur...
Hapuskan Parasit Dalam PAS..!
Budak Sekolah, Guru Disiplin Mengaku Tidak Bersalah Curi & Lupus Enjin TUDM
Roslan Ali, daripada yang lengkap berpakaian seragam sekolah hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.
Guru disiplin sekolah berkenaan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.
Roslan didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.
Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.
Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.
Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.
Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.
Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan. Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay. - FAKAP
http://adukataruna.blogspot.com/
Isu Kalimah Allah: Beberapa Pengajaran Yang Saya Pelajari
1.0 - Perbezaan pendapat dalam isu ini masih terpecah mengikut Fraksi UMNO dan Fraksi PAS. Rata-rata pemimpin PAS Pro UMNO lebih suka mengambil sikap yang selari dengan sikap UMNO dalam isu ini. Di sinilah kita dapat pelajari punca perpecahan di kalangan pimpinan PAS. Kelompok yang Pro UMNO mahu mengimplementasi Islam dalam semangat NASIONALISMA MELAYU persis UMNO. Kelompok yang BENCI UMNO pula mahu Islam diamalkan mengikut Al Quran dan Sunnah serta contoh-contoh para Sahabat Nabi SAW. Ertinya perbezaan ini adalah bersifat AKIDAH dan bukan perbezaan politik semata-mata. Di sini semua ahli2 PAS wajib ambil perhatian.
2.0 - Hakikatnya, penganut-penganut Kristian di Semenanjung Malaysia mengadakan upacara sembahyang mereka dalam bahasa Inggeris. Dan Bible dalam bahasa Inggeris tidak menyebut perkataan Allah (kecuali satu jenis Bible bernama “Schofield Bible”). Sekiranya semua bible Bahasa Inggeris menyebut nama Allah, nescaya ramai orang Krisitan di Barat akan masuk Islam.
3.0 - Penggunaan Kalimah Allah adalah oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Ini kerana sejak sebelum mereka masuk Malaysia, mereka telah menggunakan Bible terjemahan Indonesia. Bible Indonesia semuanya menggunakan perkataan Allah. Bukan niat mereka mahu menghina Islam atau umat Islam
4.0 - Di Sabah dan Sarawak, hubungan kekeluargaan ini erat. Saya pernah lihat dengan mata kepala saya sendiri, seorang Muslimat bertudung menghadiri sebuah upacara perkahwinan di dalam sebuah gereja. Dan kontraktor saya sendiri pada waktu itu, seorang Kristian. Beliau mengambil kerja saudara2 beliau di dalam syarikat beliau. Dan saudara2 beliau itu ada yang Kristian dan ada yang Islam dan saya berjumpa dengan saudara2 beliau itu.
5.0 - Di sana, dalam satu keluarga besar, ada yang Islam dan ada yang Kristian. Dan mereka hidup aman damai. Kalau kita silap mengambil pendirian dalam isu ini, maka ada kemungkinan kita akan dipandang sebagai pemecah belah keluarga di kalangan orang2 pribumi Sabah dan Sarawak.
6.0 - Yang saya suka adalah, walaupun ada ahli keluarga mereka yang masuk Islam, tetapi rata-ratanya, tidak ada penindasan dan pemulauan berlaku di sana.
7.0 - Dan hasil dari hubungan keluarga ini juga menyebabkan ada orang-orang Kristian di Sabah masuk Islam sehingga hari ini. Walaupun orang2 Islam di Sabah ni rata-rata perangai tak jauh beza dengan orang Kristian.
8.0 - Perdebatan Tulang Besi dengan AB Al Banjary : Saya sebenarnya berterima kasih dan minta maaf pada AB Al Banjary sekiranya saya terkasar bahasa. Bagi saya perdebatan ini telah membina banyak pengetahuan saya berkenaan dengan “Akidah” tidak kira akidah Islamiyyah mahupun akidah bukan Islam.
9.0 - Hakikatnya, kefahaman yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu Tuhan dimulakan oleh Kristian Mesir. Ertinya kefahaman yang menjadikan Isa sebagai Tuhan berasal dari Tanah Mesir dan dirasmikan dalam satu “kongress” yang dinamakan sebagai “Council of Nicea”.
9.1 - Di kalangan penganut “Ajaran Isa” selepas naiknya Nabi Isa ke langit, telah bercampur baur dan beranak-pinak dari segi fahaman dan kefahaman mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS
9.2 - Maka, Raja Constantine, seorang penyembah berhala, telah memanggil kesemua “Bishop” ataupun “Ketua2 Gereja” untuk mebahaskan “Ketuhanan Isa”. Namun, mereka yang mengatakan Nabi Isa itu BUKAN TUHAN, tidak dijemput malahan dibunuh dan ditindas oleh Kerajaan Rom
9.3 - Mesyuarat pertama mereka diadakan di sebuah bandar bernama “NICEA” yang berhampiran dengan Izmir di Turki. Di kongress tersebut, pengundian telah dibuat dan pendapat dari wakil Mesir telah menang pengundian. Maka lahirlah apa yang kita panggil “The Nicean Creed” (Akidah Nicea)
9.4 - Secara mudahnya, AKIDAH NICEA mengatakan bahawa NABI ISA itu ADALAH TUHAN. Maka sesiapa yang menolak KETUHANAN ISA, tidak boleh dianggap sebagai KRISTIAN.
9.5 - Waktu ini, fahaman Trinity belum lahir tapi telahpun dikiaskan dengan usul yang telah diluluskan oleh ”Nicean Council” ini.
10.0 - Dari pengalaman saya di Mesir sendiri, orang2 Kristian Koptik menggunakan nama Allah dalam semua upacara keagamaan dan kehidupan harian mereka. Malahan mereka menggunakan ungkapan2 seperti Inshaalah, Alhamdulillah, Subhanallah, Assalamualaiku, dsbnya.
11.0 - Kalau pergi ke pasar Mesir, nak bagitau orang di pasar yang kita orang Islam, kita mesti BERSELAWAT NABI ( ataupun sebut “Sollu Alan Nabi”) pada mereka. Barulah mereka tahu kita Islam. Kalau tidak sakit hati je dengar puak2 ni tanya kita “Enta Muslim?”. Ini pembeza antara Krisitian dengan Islam yakni BERIMAN KEPAD A NABI MUHAMMAD SAW.
12.0 - Dan setahu saya, tiada pengharaman dari Ulama Azhar berkenaan dengan penggunaan kalimah-kalimah ini ke atas Kristian Koptik Mesir walaupun Krisitan Mesir bertanggunjawab terhadap kefahaman “ISA ITU TUHAN”. Kalau ada Ulama Azhar yang mengharamkannya, sila bagitau saya.
13.0 - Jadi, saya dengan rendah diri TAK BERANI nak menentang sebab siapa saya dari segi ilmu kalau nak banding dengan ulama2 Azhar. Ada ulama2 Azhar ini yang kasyaf. Misalnya, pelajar Azhar yang mati eksiden dua tahun dulu, sebelum beliau mati, guru beliau telah berkata aka nada seorang anak murid beliau yang akan meninggal dunia.
14.0 - Malahan ada ulama-ulama Azhar yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Kristian Koptik ini walaupun mereka belum Islam. Rata-rata Kristian Koptik ini dianggap sebagai “Ahlul Kitab” walaupun mereka makan babi.
15.0 - Waktu Salahuddin memerangi tentera Salibbiyyah, Kristian Koptik di Mesir telah berperang bersama-sama dengan Salahuddin Ayubi bagi membebaskan tanah Palestine. Saya bertanya dengan kawan saya mengapa orang Kristian Mesir tidak pergi “Haji” mereka lagi. Beliau menjawab selagi Baitul Laham dijajah Yahudi, orang Krisitan Mesir tidak akan sekali-kali menunaikan “Haji” mereka di Baitul Laham.
16.0 - Juga, bukan UMNO pernah menangkap ramai pimpinan PAS sewaktu “Operasi Lalang” atas tuduhan menyebarkan maklumat berkenaan Kristianisasijavascript:void(0) di Sabah satu masa dahulu untuk melindungi rakan BN mereka, PBS?
Gua Isytihar Bodoh Siapa Yang Sokong UMNO.
Oleh : AdukaTaruna
Gua meluat gak kat PKR, DAP, PAS. Tapi gua paling tak dapat terima kalau sokong UMNO. Hak demokratik gualah untuk gua mempunyai sifat begitu. Dan hak demokratik orang lainlah untuk sokong UMNO.
Tapi sebagai pemerhati bebas, gua isytihar bodoh tahap piang kepada yang sokong UMNO. Apa punya bodoh 2 sarjan yang bertanggungjawab kes kehilangan enjin. Meh imbas lakonan2 untuk genetik sebodoh bangsa Melayu.
Sabtu Disember 17, 2005
Dua anggota PGA mengaku salah curi senjata api
KUALA TERENGGANU : Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencuri 21 pucuk pistol dan revolver serta 596 butir peluru di Kem Batalion Ke9, PGA Gong Badak dekat sini pada 3 Dis lepas.
Konstabel Akmal Aliff Mohamad, 21, yang berasal dari Pengkalan Hulu, Perak dan Konstabel S. Sathiya Silan, 23, dari Port Dickson, Negeri Sembilan mengaku melakukan kesalahan itu setelah pertuduhan dibacakan secara bersama kepada mereka di hadapan Hakim Zainal Azman Abdul Aziz.
Ntah apa motif ntah 2 ekor konstabel tu nak curik senjata. Sampai skang tak tahu apa kes. Macam sial.. mudah2 gua panjang umur ketika kerajaan baru Malaysia menyiasat semula kes2 macam gampang seperti ini. Walau gua percaya ketika itu UMNO bakal lari ke luar negara, tapi gua nak tengok kisah sebenar.
Apa punya bangang tahap Melayu Felda 2 sarjan curi enjin gedabak macam tuh. Kat genetik maju, sah2 Menteri Pertahanan kena hukum bunuh walau dia letak jawatan. Sebab itu keselamatan tanah air. Ini, Singapore selamba bagi kat Lee Kuan Yew, Pulau Batu Putih bagi kat Lee Kuan Yew, pasir jual kat Lee Kuan Yew, air bagi kat Lee Kuan Yew, tanah tadahan air Kota Tinggi dikawal askar Singapore, sampai Muhyiddin dan TDM tuduh-menuduh.
Gua isytihar bodoh kepada siapa yang sokong UMNO. Gua keluarkan fatwa kubur mereka yang mengundi UMNO sebelum ini boleh dikencing di masa hadapan, termasuk kubur ulama lompat UMNO dan ulama perpaduang.
Takkan Mesyuarat PAS Keluarkan Kenyataan Kufur!?
(Bermula) Kenyataan yang saya sokong penuh yang dipetik dari berita Malaysiakini 5/1/10 bertajuk "PAS tolak tindakan agresif dan provokatif"
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ
Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Petikan berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din":
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
Selepas ini adakah akan keluar kenyataan "akhbar salah petik kenyataan saya"? Dan, dalam berita bertajuk "Islam perlu bersatu", Mingguan Malaysia 3/1/10 melaporkan :
Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.
“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.
“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Saya terhidu bau sesuatu dalam laporan Mingguan Malaysia itu. Anda ada terhidu bau apa-apa? Bukan macam bau Umno ka? Saya tak tuduh. Saya tanya ja. Pelik sangat bau yang saya terhidu ni!!
Bubar DUN Perak: Pakatan Rakyat Dah Bersedia..?
MB UMNgOk Perak, Zambry dikhabarkan berkampung di 1 kawasan pedalaman iaitu penempatan orang asli.
Beberapa Hari Lalu...
Beberapa ADUN UMNgOk dikhabarkan berada dalam beberapa program kemasyarakatan dan kebanyakannya meyampaikan ucapan ala-ala kempen pilihanraya dalam program masing-masing - menyeru para tetamu supaya mengundi UMNgOk/Beer eNd dalam pilihanraya akan datang.
Kelmarin...
Kakitangan SUK Perak diminta supaya menyemak nama masing-masing didalam Daftar Pemilih Pilihanraya dan bagi yang belum mendaftar, diminta supaya mendaftarkan nama masing-masing dikaunter SPR yang dibuka ditingkat bawah SUK Perak - Agak pelik bila SPR yang sebelum ni tak pernah membuka Kaunter Daftar Pemilih, membuka Kaunter tersebut didalam bangunan SUK Perak.
Semalam...
1 Program Pilihanraya telah diadakan di Manjung.
Rasanya Beer eNd Perak dah mulakan kempen pilihanraya di Perak. Pakatan Rakyat Perak pulak macam mana..? katakan DUN Perak dibubarkan bila-bila masa dari sekarang, dah bersedia ke Pakatan Rakyat Perak..?
AKIBAT MISKIN: ADA JADI PELACUR
Saya sudah menulis sejak 40 tahun lalu dan sudah 25 buah buku saya tulis. Dua buku diharamkan dan 3 cerpen juga diharamkan dituduh murtad dan segala macam.
Amaran berulang-ulang, tetapi jenis saya bukan mudah tunduk kalau apa yang saya buat benar dan saya tidak akan tunduk untuk membicarakan apa yang benar/saya hanya meminta maaf kalau memang saya salah/kalau tidak mampuslah mereka untuk mendengar kata maaf dari manusia yang bernama Ismaily Bungsu ini.
Saya menulis apa yang benar dan berulang saya perkatakan yang sabah ini cukup kaya. Ada balak, ada tembaga, ada emas, ada kepala sawit, tanah luas dan terakhir merupakan pemilik telaga minyak paling besar di tenggara Asia, tetapi kenapa kita miskin? saya ulangi lagi "KENAPA NEGERI KITA MISKIN?"
Negeri lain di Semananjung tidak sekaya kita, tetapi kita kaya menjadi negeri termiskin di Malaysia? Bukankah anih bin ajaib namanya itu? 23% kemiskinan Sabah pak!/itu fakta yang jelas dikeluarkan oleh pemerintah/bukan fakta saya buat-buat/Kerajaan yang buat. Saya tidak membohong. Tak ada istilah bong dalam kamus hidup politik saya.
Kemiskinan di Penang hanya 5% dan demikian juga Selangor dan Kelantan negeri termiskin, tetapi tidaklah semikin kita ini. Nah, lalu ke mana harta Sabah diangkut? Apa para pemimpin Sabah tidak bijak mengurus negeri Sabah ini? Apa akan disalahkan rakyat Sabah lagi yang tidak pandai mengurus diri?
Kalau Rakyat Sabah disalahkan, kenapa zaman USNO, BERJAYA dan PBS tidak semiskin seperti sekarang ini? apa bezanya otak rakyat dulu dan rakyat pimpinan BN sekarang ini?
Saya harap para pemimpin BN di Sabah bisa menjawab persoalan ini tanpa mengaitkan nama Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada kaitan hal kemiskinan di Sabah ini.
Saya bertanya kepada para pemimpin BN terutama di Sabah ini. Kan elok adakan debat antara PKR dan BN mengenai isu ini, dan sekaligus panggil sama DAP dan SAPP untuk menyilat kata tuduhan ini agar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Saya bercakap ini bukan main-main/bukan sengaja cari publisiti murahan, tetapi saya agak rawan sekali melihat lulusan universiti, belum dikira lulusan kolej/ramai yang mengganggur tak punya pekerjaan untuk membantu orang tua.
Mereka yang sudah sekian lama membiayai persekolahan anak-anak/ramai balik kampung dan masih minta makan dengan orang tua yang kalau berkerja di kerajaan dikira selesai, tetapi yang tak ada kerja/bagaimana mahu hidup?
Lihat fakta berapa orang yang juga lari ke kuala lumpur, selangor dan singapura? mereka berkerja di kilang-kilang. Ramai mereka ini adalah belia-belia dari Sabah yang memang tidak punya pekerjaan di Sabah. Gaji mereka tidak seberapa dan cukup menyedihkan terpaksa menyewa kamar dan makan hanya magi dan terpaksa sesekali menahan lapar.
Yang paling mengecewakan ialah mereka yang pergi ke Singapura/ada kalangan anak bangsa kita berkerja di sana/wang tak cukup biayai sara hidup, lalu menjadi PELACUR secara sambilan untuk menampung perbelanjaan. Ini fakta yang saya dapatkan dari seorang kawan dan ada juga dibunuh di Singapura. Cukup sedih bila mengenangkan keadaan ini.
Apa tindakan kerajaan Sabah untuk menyelesaikan masalah ini? Saya tahu ada bermacam juga dilakukan, tetapi saya lihat hanya semacam sambil lewa sahaja dan tidak serius sangat dan alangkah baiknya kalau di Sabah ini dibikin kilang misalnya yang bisa menampung sebarang pekerjaan untuk kaum belia kita dan ini mengelak mereka ke semanannung Malaysia yang akhirnya melakukan perkara buruk bila kesempitan wang untuk sara hidup.
Inilah persoalan bangsa kita. Apaklah hal semacam ini tidak diperhatikan atau mereka hanya memikirkan berapa juta wang masuk ke kantung sendiri untuk cepat kaya alias buang main judi kalah 25 juta di luar negeri dan rakyat pula dibiar miskin papa kedana hidup menderita pahit jua kesannya.
Saya akan terus menulis tanpa henti dan saya tidak pernah gentar kerana mereka itu juga manusia seperti saya/Kalau memang saya ini menghasut atau "BIADAP" istilahnya dalam bidang penulisan yang saya kawini bertahun-tahun lamanya/silakan lakukan apa saja kerana usia senja seperti ini tentunya tidak bermakna kalau disumbat ke penjara dan saya sendiri sudah siapa sedia akan bangun terus menendang dan terjang.
Rakyat Sabah harus bangun dan sedar/jangan sampai leka tidur kesiangan, tau-tau akhirnya menjadi pelarian di bumi sendiri.
Saya tidak pernah gusar sedikutpun dan kawan-kawan tidak usah risau dan saya akan terus memperjuangkan hidup rakyat yang miskin meski saya gagal menduduki kerusi MP lewat pilihanraya lalu/saya tak salahkah rakyat yang belum mengerti erti hidup ini sebenarnya. Tak apa.
BILA kita memeperjuangkan rakyat yang miskin, itu bermakna perjuangan agama sebab agama tidak mahu rakyat miskin sebab miskin menghampir kufur/teruskan dan saya terpaksa jua pergi kerana sudah tidak punya tanah untuk membikin rumah. Tanah yang ada rupanya milik orang asing.
BILA rakyat miskin, maka sekaligus melarang rakyat punya pendidikan dan bila rakyat tak punya pendidikan/lalu samalah istillahnya di zaman Raffles yang tak mahu menghantar rakyat biasa belajar lebih tinggi kecuali anak raja/inilah yang kita terima/makanya di SK Mantanani tak seorang lulus peperiksaan darjah enam/satu sejarah buruk dalam pendidikan negara kita. Apa kata BN?
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybungsu@yahoo.com
bangmaily@yahoo.com
019-8400005/016-8222262
014-5555175
Tarik Balik Artikel Dalam Blog: Patut Atau Tidak..?
Macam-macam alasan aku bagi pada sahabat yang jadi orang tengah. mula-mula aku cakap aku ada dekat luar dan aku akan tarik balik sebaik saja aku balik, kemudian aku bagi pulak alasan aku tak dapat akses internet, kemudian aku bagi lagi lain-lain alasan yang tak masuk akal dan akhirnya aku terus terang dengan sahabat tu - tolong bagitau orang berkenaan bla bla bla bla bla...
Sahabat yang jadi orang tengah serba-salah... aku paham sangat-sangat keadaan dia (sahabat) dan akhirnya aku minta nombor HP orang berkenaan dan minta untuk selesaikan sendiri hal berkenaan posting aku tersebut dengan orang berkenaan.
Pendekkan cerita, sebaik dapat no HP orang tersebut aku segera koling-koling dia dan minta dengar dari dia sendiri alasan kenapa aku mesti tarik balik artikel tersebut.
Aku ditanya - "patut ke buat posting macam tu..?", aku terus jawab "memang patut sebagai teguran dan encik jangan anggap apa yang saya post ada kaitan atau dirancang dengan mana-mana orang lain... apa yang saya postkan diwebsite adalah saya, atas nama saya adalah pandangan saya dan tak ada kena mengena dengan sesiapa..."
Ringkas jawab aku.
Tak tahulah dia faham/terima atau tak penjelasan dari aku.
Hari ni, aku yakin 100% orang berkenaan akan buka dan baca website aku macam yang biasa dia buat. satu tabiat yang sangat-sangat terpuji bagi sesiapa sahaja yang rajin membaca apa-apa bahan bacaan. dapat ilmu, dapat macam-macam. yang baik kita simpan, yang tak baik kita jadikan sempadan. masing-masing Allah kurniakan akal, gunakan sebaik-baiknya.
Aku jugak mintak maaf sebab tak dapat nak tarik balik artikel tersebut dari website ni. itu etika aku dan aku hormat diri aku sendiri. pada aku artikel tersebut memang patut dipaparkan diwebsite ni dan anggaplah ianya sebagai teguran... muhasabah diri kalau terkena batang hidung sendiri.
Jadi untuk orang yang berkenaan dan lain-lain pembaca yang cerdik, aku jelas sekali lagi disini, apa yang aku postkan disini, kalau terkena pada batang hidung korang, ambiklah ianya sebagai teguran. untuk kebaikan korang jugak. kadang-kadang cara teguran dibuat agak kasar.
Itu biasalah dalam dunia cyber. mana yang tak bagus, cuba ubah jadi lebih baik. kadang-kadang teguran dibuat bukan sebab benci, tapi sebab kita tak mahu orang-orang yang kita tegur jadi lebih teruk. jadi bahan bualan dikedai-kedai kopi sebab sikap yang tak bagus bukanlah 1 perkara yang baik bagi sesiapapun.
Mana lebih baik - orang menjaja kelemahan kita atau orang menjaja kebaikan kita..?
Yang tu terletak atas diri sendirilah kan..? kalau tak suka orang menjaja kelemahan kita, maka ubahlah jadi yang lebih baik. selalunya kita tak sedar apa yang kita buat tu orang tak suka. bila baik sangat, orang pun segan nak tegur kita. jadi...
fikir-fikir, dan ubahlah...
Jawapan Pada Songkok Putih/TKO Keatas Artikel Bersiri Beliau Terhadap Tulang Besi
Tetapi tahukah pembaca, sewaktu Songkok Putih menulis siri 1,2 dan 3, beliau telah menyatakan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai Webmaster TKO. Kenyataan Songkok Putih itu adalah bertajuk ” Perletakan Jawatan Sebagai Webmaster TKO”.
Tapi, tahukah anda sebenarnya perletakan jawatan Songkok Putih ini adalah satu pembohongan semata-mata.
Berdasarkan email yang saya dapat dari beliau tempohari :
Ini bererti yang Songkok Putih ni tak rasa bersalah ke atas pembohongan yang beliau lakukan tempohari. Beliau bukan sahaja berbohong pada saya, tapi pada keseluruhan pembaca Laman Tranung Kite. Kalau di Amerika, pembohongan begini boleh menyebabkan Presiden Amerika sendiri terpaksa letak jawatan.
Contohnya, Richard Nixon yang telah berbohong kepada rakyat Amerika kononnya beliau tidak mengetahui orang yang bertanggungjawab terhadap skandal “Watergate”.
Terpulang pada pembaca untuk membuat penilaian ke atas penulisan Songkok Putih ni ke atas saya. Tapi, saya dah buktikan banyak kali, Songkok Putih ni bukan seorang yang boleh dipercayai sama sekali. Berhati-hati lah.
Suka saya ingatkan bahawa saya tidak pernah membuka gelanggang dengan Songkok Putih. Malahan, setiap tulisan saya sebelum ini tidak pernah menyebut nama Songkok Putih. Saya telah bersikap mahu berdamai dengan Songkok Putih. Namun, Songkok Putih telah membuat keputusan untuk memulakan kempen fitnah ke atas saya. Maka, saya terpaksalah mempertahankan diri saya.
JUMPA PIMPINAN DI MEKAH
Songkok Putih ada bertanya kepada saya dahulu adakah saya telah berjumpa dengan Dr Syed Azman dan Husam Musa di Mekah.
Malangnya, jawapan saya Songkok Putih tak sedar atau tak baca. Saya kata saya ada bertemu dengan Dr Hasan Ali di Mekah selepas solat tarawikh. Malangnya, Dr Hasan Ali tidak dapat bertemu lama dengan saya kerana Dr Hasan Ali mengejar waktu mahu bertemu Datuk Zahid Hamidi.
Cumanya, dari pertemuan yang singkat itu, saya masih ingat Dato’ Hasan Ali menjanjikan jawatan yang membawa gaji lebih RM10k kepada saya sekiranya saya mahu kembali ke Malaysia nanti. Masih ada kawan saya yang menjadi saksi sekarang ini bekerja di Jeddah. Sesiapa yang hendak membuat umrah, dipersilakan berjumpa kawan saya itu.
SOALAN SAYA YANG SONGKOK PUTIH TIDAK PERNAH JAWAB
Soalan saya ialah :
"Adakah Songkok Putih setuju PAS bekerjasama dengan UMNO?"
Soalan itulah saya acap kali tanya Songkok Putih tapi sampai sekarang dia tak jawab. Cumanya, dia ambil jalan untuk serang saya dan fitnah saya.
Tak eloklah macam ni.
TUDUHAN TULANG BESI AHLI UMNO TAMAN MELEWAR
Kawan si Songkok Putih ni kata saya ahli UMNO Taman Melewar. Sebelum ni saya dah tunjuk bahawa Batu Api telah memfitnah saya dua kali. Dan saya telah bersumpah juga. Kali ini saya ingin mencabar Batu Api buat sumpah laknat yang berbunyi :
- “Wallahi Wabillahi Watallahi, sekiranya Tulang Besi ini bukan ahli UMNO Taman Melewar, maka aku minta supaya Allah menurunkan laknat ke atas diri aku dan tercerailah isteri aku dengan aku dengan talak tiga”
Yang saya tahu, orang seperti Batu Api ni tak boleh jadi saksi dalam mahkamah syariah di atas kefasikan dan kemunafikan beliau menyebar fitnah dan pembohongan. Semoga Allah SWT menurunkan bala kaum nabi Nuh dan Nabi Salleh ke atas beliau di atas segala fitnah yang beliau berikan ke atas saya. Amiinnn
Tulang Besi