"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 06, 2010

Takkan Mesyuarat PAS Keluarkan Kenyataan Kufur!?

Nota Editor: Terima kasih kepada Pak Bakaq@Penarik Beca kerana mengeluarkan artikel di bawah ini. Tulang Besi merasakan artikel ini wajib dihayati dan diketahui oleh semua pembaca terutamanya ahli-ahli PAS sekelian.

(Bermula) Kenyataan yang saya sokong penuh yang dipetik dari berita Malaysiakini 5/1/10 bertajuk "PAS tolak tindakan agresif dan provokatif"

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ


Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

Petikan berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din":

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

Selepas ini adakah akan keluar kenyataan "akhbar salah petik kenyataan saya"? Dan, dalam berita bertajuk "Islam perlu bersatu", Mingguan Malaysia 3/1/10 melaporkan :

Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Saya terhidu bau sesuatu dalam laporan Mingguan Malaysia itu. Anda ada terhidu bau apa-apa? Bukan macam bau Umno ka? Saya tak tuduh. Saya tanya ja. Pelik sangat bau yang saya terhidu ni!!

8 comments:

Anonymous said...

tuan TS...

wa pon bau jugak.. hancing beb...

Anonymous said...

ye le bau hancing bile baca kat blog ni... mcm nak menimbulkn fitnah je..

Prof. Era Pasca said...

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang SAMA antara KAMI DAN KAMU iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

cuba studi siapa ALLAH maksudkan ahli kitab, siapa itu kami, siapa itu kamu dan siapa itu mereka...
Allah maha mengetahui..

Anonymous said...

khilaf berbau
tapi ALLAH tetap esa
tidak triniti sebagaimana dalam Herald-the catholic weekly tetap sesat
siapa sokong triniti kafir

Sape PR/UMNO/BN yg nak panjangkan zakar? said...

Takbirr!!

Anonymous said...

Bau loya, sah utusan meloya..

Anonymous said...

Bro TB,
bab agama jgn main-main. Ko pesan kat sedara ko khalid samad, jgn tegakkan benang yg basah lagi. kalu dah buat silap mengaku ajelah.(bukti tgok klip parlimen).
kami mmg dah agak ko n org2x ko...akan kata mcm-mcm kat ust nasa, dha ust haron dll.
depa bantah pun hang mesti kata pro U dll. mmg dah rasmi lidah bewak. buat mcm mana pun hang mmg tak boleh ubah. hati hang dah hitam pekat mcm arang.
nasihat kat kawan hang (pembina kuil hindu tu)jgan nak meraik sokongan smpai sanggup gadai maruah islam.
HANG PUN SAMA MACAM DIA. SALING TAK TUMPAH. TUNGGU BALASAN HANG DI DUNIA KELAK

Anonymous said...

TB, TB
anda mmg tidak tuduh tapi semacam je soalan yg ditanya tu. ada udang disebalik batu ke.atau sengaja berlagak tak suka provokasi.
ha ha ha semua org dah tau perangai anda tb.